Kumpulan dari Cerpen Cinta Melayu.

Sayang Aku, Cari Aku

Oleh : Aida
Aleeya merenung ke luar jendela.Pagi yang dingin itu membuatkan hati Aleeya menjadi tenang. Dia berasa sangat tenang. Tidak pernah dia merasakan perasaan yang setenang ini. Dia merebahkan dirinya di katil lalu memeluk patung beruang kesayangannya.

Tiba-tiba mimpi Aleeya terganggu. Mendengar ketukan pintu yang diketuk bertalu-talu. Pantas Aleeya membuka pintu. Ibunya,Puan Aminah tersenyum manis melihat Aleeya. “Morning,sayang.”

Aleeya menjungkitkan bahunya. “Morning. Kenapa mama senyum-senyum ni? Ada apa?” tanya Aleeya dengan hairan. Jarang ibu Aleeya ‘wish good morning’ padanya. “Nanti Aleeya pergi bersiap tau.Pakai cantik-cantik.” pesan Puan Aminah.

“What? Kita duduk dekat rumahlah,ibu. Buat apa pakai cantik-cantik?”kata Aleeya sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding.

“Ada orang nak datang nanti.” Senyuman sinis Aleeya kelihatan. “Aleeya pakai baju yang paling simple.”tegas Aleeya.

“No way. Ibu nak Aleeya pakai cantik-cantik.”kata Puan Aminah lalu beredar dari bilik Aleeya.

Aleeya mematah-matahkan jarinya. Dia mengetap bibirnya dekat kuat. Geram rasanya. Sememangnya , Aleeya langsung tak reti bergaya. Kalau dia bergaya nanti takut nampak macam badut. Keyakinan diri untuk bergaya semakin tipis. Jadi, dia buat kesimpulan bahawa semakin dia bergaya, semakin ramai orang ketawa. Hipotesis diterima!

Aleeya membuka almari. Satu per satu baju yang tergantung dibelek. Kebanyakan baju di dalam almari hanya baju kurung. Macam orang kampung! Tapi itulah baju kegemarannya. Mahu tak mahu, dia terpaksa juga menyarungkan baju kurung itu.

Baju kurung yang berwarna ungu pekat seakan-akan warna biru sudah pun disarungkan pada tubuhnya. Tudung yang berwarna hitam disarungkan di kepala.Nasib baiklah sudah gosok. Kalau tak, sudah tentu dia memberontak bagai nak gila. Tapi, bila memberontak, tiada siapa pun yang perasan. Memanglah. Hati dia yang memberontak bukannya empunya badan.

Selesai saja dia bersiap, dia melabuhkan punggungnya di kerusi sambil membaca novel kegemarannya.Itulah tabiatnya dari kecil. Sejak dia berumur 5 tahun lagi, ibunya sudah mendidik dirinya untuk membaca buku. Kadang bila dia bosan, dia membaca komik. Dia memang layan novel k. Sebenarnya, boleh dikatakan 80% perempuan di luar sana yang sedang membaca novel dan cerita ini. Betul tak? Kalau nak dibandingkan lelaki….. Tak ramai.

Kedengaran riuh-rendah di ruang tamu. Ruang tamunya di bawah. Aleeya pula di atas. Sungguh bingit! Aleeya membuka pintu lalu menjenguk keriuhan yang berlaku di bawah. Kakinya tiba-tiba saja terkaku. Entah kenapa tak mahu bergerak. Jantungnya berdegup kencang. Allahu! ‘Kenapa aku berasa gementar sangat ni?’ bisik hati kecilnya.

Aleeya terus terduduk di lantai yang berhadapan dengan biliknya. Tiba-tiba saja, dia berasa lemah. Entah kenapa dirinya berasa gementar. Lemah tak terkata.

“Aleeya,what’s wrong?” tanya Qayyum iaitu abang kepada Aleeya.
“Ada apa di bawah?”tanya Aleeya kehairanan.Qayyum melemparkan senyuman lalu memegang pergelangan tangan. “Adik bangun dulu.Kemudian kita turun.”jawab Qayyum.

Cepat-cepat Aleeya bangun lalu mencapai tangan Qayyum.Takut.Tidak pernah dia rasa gementar sebelum ini. Perlahan-lahan mereka berdua menuruni anak tangga.

“Hah, puteri kami sudah sampai.”kata Encik Hussin. Ramai mata yang tertumpu kepada Aleeya dan Qayyum. Aleeya memegang tangan Qayyum dengan erat.”Jangan tinggalkan adik.Takut,”pintanya lalu Qayyum mengangguk.

“Wah,cantiknya puteri awak.”kata wanita itu. Aleeya memandang ke arah wanita itu. Umur boleh diteka melalui wajah seseorang.Kadang-kadang bila meneka kemudian salah.Buat malu saja.
“Kami datang ni ada hajat besar.”kata lelaki yang lingkungan 40-an. “Apa hajat kamu semua ke mari?”tanya Aleeya.

“Kami nak satukan kamu dengan anak kami, Fahimi.”jawab lelaki itu. Membulat mata Aleeya. Direnung pula ke arah ibunya. Dia mencebik. “Tapi…..”
“Tak apa.Orang tua kamu dah restu.”kata lelaki itu.

Aleeya tertawa lalu mendekati Puan Aminah. “Ibu,dia tu buayalah.”Aleeya berbisik ke arah telinga Puan Aminah.

Puan Aminah yang mendengar bisikan Aleeya, terus menoleh ke arah Fahimi. Wajah Fahimi yang tenang itu ditatap lama. Wanita itu mengeluh apabila Aleeya merenung tajam ke arah Fahimi.

“Aunty tahu. Fahimi kaki perempuan. Jangan risau, Fahimi dah berubah.” Aleeya yang mendengar kata-kata wanita itu, terus melepaskan keluhan lega. Tapi boleh percaya ke lelaki itu sudah berhenti? Entah-entah belakang orang tuanya, dia mainkan perempuan.

Fahimi memandang sekilas ke arah Aleeya.Senyuman sinisnya kelihatan.Dia tertawa.Sah Aleeya tidak percaya dengan kata-kata mama. Siapa yang tak kenal dia, semua orang kenal dia.Aktiviti dia pun ramai yang tahu.

Gelaran kasanova dan playboy khas untuk dirinya. Lagipun, dia akan bersama dengan perempuan itu selama 3 hari saja. Lepas tu, tinggalkan saja.Buat apa nak simpan barang yang lama.Baik buang, cari yang baru.

“Lupa nak kenalkan diri aunty.Nama aunty, Sara. Suami aunty, namanya Rizal.”kata Puan Sara dengan ramah. Dia memperkenalkan dirinya kepada Aleeya. Perlahan-lahan Aleeya angguk.
“Fahimi,pergilah melamar Aleeya.”usik Ruzaidah,adik Fahimi. “Adik ingat abang nak sangat dengan perempuan tu?”kata Fahimi dengan berbisik ke telinga Ruzaidah.

“Pergilah melamar cik abang oi.” kata Qayyum sambil memandang ke arah Aleeya.
“N….O..Okay.”Fahimi tersenyum kelat.’Ish, aku tak nak perempuan macam dia ni.’rungut hatinya. Aleeya merenung tajam ke arah Fahimi.”Mampu ke buaya melamar saya?”sindir Aleeya.

Tertonjol biji mata Fahimi mendengar kata-kata Aleeya. Geram! “Sekarang juga saya lamar!”Bentak Fahimi lalu menghampiri Aleeya.

“Kau jangan ingat aku sukakan kau.”Fahimi berbisik. Aleeya terdiam.
Fahimi terus melutut lalu mengeluarkan kotak kecil yang berwarna merah. Perlahan-lahan dia membuka kotak kecil itu.

“Sudikah engkau….menjadi isteriku? Menerangi hari-hariku dan sentiasa di sampingku tatkala aku senang dan susah. Sudikah engkau menjadi permaisuriku,Aleeya?”

Muka Aleeya menjadi merah. Fahimi merenung anak mata Aleeya.Senyuman sinis Fahimi kelihatan. Dia nampak semua mata tertumpu ke arahnya. Menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulutnya sendiri. Kemudian dia memandang ke arah Fahimi. Mata Fahimi yang semakin mengecil.

“Saya terima dia.”jawab Aleeya dengan suara yang berat nak keluarkan.
Aleeya tersenyum pahit. Tenang melihat wajah ibu bapa Aleeya dan ibu bapa Fahimi. Habislah kau, Aleeya. Bakal suami kau tu ‘buaya’. Ah, bahagiakah aku nanti? Aku pun tak tahu. Ramai orang gembira mendengar kata-kata Aleeya.

Tubuh Aleeya didakap erat oleh Puan Sara. “Aunty, harap sangat Aleeya dapat ubah perangai Fahimi.”kata Puan Sara. Semakin tersekat nafas Aleeya.

“KAU tu dah lah buaya! Kau fikir aku nak sangat ke?”kata Aleeya geram sebaik saja semua orang berlalu menjamu selera.

“Eh,hello. My mum and my dad okay yang buat keputusan.”
“Tak payah nak poyo sangatlah,gila!”
“Wei,perempuan.Kau tu bakal isteri aku.Kau hormat aku sikit!”kata Fahimi. Perkataan ‘isteri’ sengaja ditekankan. Aleeya menjeling tajam ke arah Fahimi. Nak saja menampar mulut Fahimi yang tak ada insurans tu. Sabar Aleeya. Sabar.

Fahimi tersenyum sinis. Akhirnya, mengalah juga Aleeya. Kemudian dia duduk di sebelah Aleeya. Aleeya mengesot sedikit untuk menjauhinya. Dia tergelak kecil. Semakin Aleeya mengesot, semakin dekat pula dia dengan Aleeya.

“Ish,kau duduklah sana!”Bentak Aleeya.
“Tak nak.” Fahimi tersengih melihat wajah Aleeya yang garang seperti singa. Tidak pernah lagi dia jumpa perempuan seperti Aleeya. Keras kepala.

Selalunya, ramai perempuan yang tergedik-gedik dengannya. Makin dirapat tubuhnya dengan perempuan tu, makin suka pula. Lain pula dengan Aleeya. Pandangan mata Aleeya yang tidak suka terhadapnya jelas kelihatan.

‘Aku akan buat kau tergila-gilakan aku.’ Itulah azam Fahimi. Tetapi. mampukah Fahimi membuat Aleeya tergila-gilakannya? Entahlah! Melihat wajah Aleeya yang putih dan bibir sedikit kemerahan membuatkan dia mahu melihat wajah Aleeya lagi dan lagi.

“Jom bincang pasal perkhawinan kita.”kata Fahimi lalu memandang ke arah Aleeya.
“Kau sajalah yang setel pasal ni.Malas aku nak masuk campur.” balas Aleeya tanpa menoleh ke arahnya.

Fahimi mengetap bibirnya.Geram pula rasanya.Aleeya memang betul-betul nak kena.Buat sakit hati cakap dengan perempuan yang tak faham bahasa.Tapi perasaan geramnya lain daripada sebelum ini. Dia tidak berapa pasti dengan perasaan dia.

“Aku tahulah aku buaya. Tapi……” Belum sempat Fahimi menghabiskan kata-katannya, Aleeya sudah mengangkat kaki. ‘Sabar Fahimi.’ pujuk hati kecilnya. Melihat Aleeya bersama dengan abangnya, Danny membuatkan Fahimi berasa sedikit cemburu. ‘Tak payah cemburu sangatlah Fahimi!’

“Kenapa awak boleh terima adik saya?”tanya Danny.Aleeya menjungkit bahu. “Ibu ayah yang nak sangat saya khawin dengan dia.”jawab Aleeya.”Tapi awak tahukan yang adik saya tu buaya?”tanya Danny. Perlahan-lahan Aleeya mengangguk.Tapi apa daya , dia tidak mahu menghampakan kedua-dua ibu bapanya. Nak tak nak, kena terima juga.

Untuk pengetahuan anda semua,Danny merupakan senior kepada Aleeya. Pernah juga Danny menaruh harapan kepada Aleeya. Tapi Aleeya menolak dia mentah-mentah kerana mahu belajar.Maklumlah, Danny tengah SPM manakala Aleeya sedang PMR. Malas nak fikir panjang masa tum jadi Aleeya hanya sudi berkawan dengan Danny.

Fahimi curi-curi dengar perbualan mereka tetapi gagal apabila ibunya memanggil dia. ‘Ish,kacaulah.’rungutnya.
“Ye mama,kenapa?”tanya Fahimi lalu melemparkan senyuman.
“Ingat. Jangan buat hal dengan Aleeya.”tegas Puan Sara.
“Why not? Fahimi tak cintakan perempuan kampung tu.”rungut Fahimi.
Puan Sara mencubit perut Fahimi lalu memulas. “Mama,sakitlah.” kata Fahimi.
“Remember that! Jangan malukan mama. Cinta tu akan datang kalau Fahimi setia. Mama ulang setia!” kata Puan Sara.

Fahimi mengeluh. Setia? Apa tu setia? Selama ni, dia langsung tidak tahu erti setia. Apa yang dia tahu , keseronokan untuk memainkan perasaan perempuan. Itulah yang makin dia kerap keluar kelab malam.

Tapi, bila dia tahu diri dia akan berkhawin. Entah dapat entah tidak.
Melihat personaliti Aleeya dari atas ke bawah membuatkan dia tidak berasa selesa. Tapi bila memandang wajah Aleeya, dia berasa entahlah. Tidak tahu kenapa perasaannya.Fahimi menghampiri Aleeya lalu menarik lengan Aleeya.

“Ish,apa ni? Suka hati badak kau saja tarik lengan aku.”kata Aleeya lalu bercekak pinggang.
“Eh,makcik. Kau tu bakal isteri aku. Cuba kau jaga sikit percakapan kau.”kata Fahimi sambil merenung tajam ke arah Aleeya.

“Eh,Mi. Kau ni. Suara kau yang tah pape. Macam nak makan orang. Macam manalah bakal isteri kau nak layan kau macam suami?”tanya Danny sambil bercekak pinggang.

“Yes. I agree dengan statement you.” kata Aleeya sambil tersengih melihat reaksi Fahimi yang bengang.
“Oh, dengan abang aku you I, dengan aku, kau guna kau aku. Mana adil!” Bentak Fahimi.
“Eh,macamlah girlfriend-girlfriend kau tak pernah guna I dengan you. Entah-entah, baby,darling, honey, sayang semua girlfriend kau gunakan.”kata Aleeya sambil menjeling ke arah Fahimi.

Terkekek-kekek Danny ketawa. Tak sangka Aleeya jenis perempuan yang berbeza. Apa yang beza ? Aleeya suka sangat melawan, membantah,membangkang. Ha, memang sesuai berdebat macam ni.

“Ish…Kau….”Fahimi mengetap bibirnya.
“Kau tu lembu.” kata Aleeya sambil ketawa. “Salahlah.Buaya gatal.”celah Danny. Berdekah-dekah mereka berdua ketawa. Aleeya ketawa sambil menutup mulutnya manakala Fahimi mengetap bibirnya dan terus mengenggam tangannya dengan geram.

“Ah,abang. Aku tahulah kau bukan jenis ‘buaya’ ! Kalau dah lepas putus cinta tu buatlah cara putus cinta. Tak payah nak menggatal dengan bakal isteri aku.”tegas Fahimi.
“Tengok tu,Leeya. Ada orang cemburu buta dah.”usik Danny sambil menahan ketawanya.
Fahimi merenung tajam ke arah Danny. Mahu saja dibunuh Danny yang tak habis-habis mengusiknya.
“Aku tak cemburulah. Setakat perempuan hingusan macam dia ni. Aku petik jari saja,keliling pinggang datang.”kata Fahimi dengan bangga.

Riak muka Aleeya berubah.Perempuan hingusan? Sedap mulut dia saja cakap aku macam tu. “Kau petik jari sekarang!”Bentak Aleeya dengan geram.
“Kalau sekara….”
“Tak payah banyak alasan! Aku nak kau petik jari sekarang!” Aleeya memotong kata-kata Fahimi. Senyum sinis Danny kelihatan jelas. Fahimi menjeling tajam ke arah Danny lalu memetik jarinya.Aleeya mengangkat keningnya sambil bercekak pinggang.

“Meoww……”
Seekor kucing datang ke arah Fahimi. Aleeya dan Danny saling berpandangan. Muka Aleeya jelas berwarna merah. Menahan ketawa. “Kau panggil kucing. Bukannya perempuan.”sindir Danny.
Fahimi melepaskan keluhan yang kasar. ‘Kucing pun boleh jadi peminat aku.’ keluh hatinya. “Sudahlah,Fahimi. Walaupun muka kau handsome tapi kau tak reti nak setia memang payah. Percayalah, kau rugi sangat kalau kau tak pernah rasa sayang.” kata Danny sambil tersenyum.

Aleeya mengangguk perlahan. “So, kau nak aku setia dengan bakal isteri akulah ni?”tanya Fahimi sambil memandang ke arah Aleeya.”Yes!” jawab Danny.
“Kalau kau tak nak khawin dengan Aleeya. Biar aku saja khawin dengan dia.”kata Danny sambil memandang ke arah wajah gadis yang manis itu.
“Mana boleh.”kata Fahimi lalu menarik lengan Aleeya dan terus mengatur langkah ke ruang tamu.Danny yang melihat reaksi adiknya, ketawa kecil. ‘Pelik-pelik saja.’kata hati kecilnya.
“Kau dengar sini Aleeya. Aku tak nak kau rapat dengan abang aku.”tegas Fahimi lalu merenung tajam ke arah Aleeya.

“Kenapa?Kau cemburu?”tanya Aleeya sambil tersengih. “Kau nak aku setia,bukan?”tanya Fahimi.
“Muka kau boleh setia ke,hah?”tanya Aleeya. Suaranya seperti mencabar Fahimi. “Kau cabar aku,ye?”tanya Fahimi.

“Yes.”
“Okay! Aku akan setia sampailah kau tergila-gilakan aku.”
Aleeya tertawa. “Aku yang tergila-gila atau kau yang tergila-gilakan aku?”tanya Aleeya.
“Kau!”
“Aku? Aku rasa kau yang gila-gilakan aku. Cemburu buta kau tadi bila aku rapat dengan abang kau. Hah!”balas Aleeya.
Mati kutu Fahimi nak membalas. Akhirnya, dia diam.
“Kau dengar sini,walaupun kau playboy.Selagi kau tak tahu setia, kau tak akan pernah rasa sayang.”kata Aleeya lalu beredar. Fahimi mengeluh perlahan.

*******
Sebulan kemudian…..
“AKU terima nikah Aleeya Shahira binti Hussin dengan mas khawin sebanyak 1500 ringgit Malaysia dengan manhaj kitab Allah dan sunnah Rasulullah.”Lancar Fahimi melafazkan akad itu.
Saksi-saksi yang ada di sekelilig mengangguk apabila Encik Hussin menoleh ke arah mereka.Maklumlah,nak tahu sama ada sah atau tidak.”Sah!” Tangan Fahimi dilepaskan.Riang hati Puan
Aminah.Alhamdulillah.

“Khawin dengan orang yang ergh..”rungut hati Fahimi lalu memandang sekilas ke arah Airish yang sedang tertunduk.

Berpeluh-peluh dahi Fahimi untuk melafazkan akad nikah.Mesti gementar.
Fahimi menarik tangan Aleeya untuk mendirikan solat sunat dua rakaat.. Aleeya menunjukkan jari manisnya ke arah Fahimi.”Cincin untuk aku mana?”

“Nanti aku sarungkan.Jom solat.”
SEUSAI saja mereka melakukan solat sunat, tangan Aleeya dicapai oleh Fahimi lalu menyarungkan cincin di jari manis Aleeya.Lembut.

“Pahal lembut sangat tangan kau.Kau tak buat kerja rumah eh?”kata Fahimi.
“Wei, aku buatlah.Aku pakai losyen! Kalau aku tak pakai, tangan aku kasar macam kau,buaya.”rungut Aleeya.

Kedua-dua ibu bapa mereka melihat telatah anaknya. Pelik.Layan macam kawan walaupun sudah bersuami isteri.

“Aku bukan buaya.Aku manusia.”kata Fahimi lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Aleeya.
Cepat-cepat Aleeya menolak Fahimi dengan perlahan.Geli.”Aku ingatkan kau,monster.”sakat Aleeya.

Makin dilayan,makin merepek yang keluar dari mulut Aleeya.Fahimi menyentuh bibir Aleeya dengan jari telunjuk.”Baik kau senyap atau aku belasah kau.”tegas Fahimi.
“Belasah? Belasah macam mana?”tanya Aleeya sambil tersengih.
“Malam pertama.”jawab Fahimi sambil memuncungkan bibirnya.
“Ei,gatal gila!”kata Aleeya lalu menjauhkan dirinya daripada Fahimi.Cepat-cepat Fahimi mencapai pergelangan Aleeya.”Gurau jelah sayang.”kata Fahimi sambil menyentuh dagu Aleeya.Bibirnya mengucup dahi Aleeya. Nafas yang hangat menyentuh dahi Aleeya.

“Aku akan setia dengan kau.Aku sahut cabaran kau.”kata Fahimi lalu melemparkan senyuman.Aleeya turut tersenyum lalu bersalaman dengan Fahimi. “Sayang kau.”kata Aleeya dengan perlahan.
“Hah?”Fahimi mencebik.Suara Aleeya langsung tidak dengar.”Tak ada apa-apalah.”kata Aleeya.

**********
Selepas saja solat Maghrib di masjid, kereta Fahimi terus saja meluncur ke rumah baru. Sepanjang perjalanan mereka, mereka langsung tidak bercakap. Ditanya sepatah,jawab pun sepatah. Entahlah! Lebih baik tak payah bercakap.

30 minit kemudian, kereta Fahimi sudah pun sampai ke destinasi lalu keluar dari kereta. Aleeya yang masih tertidur di dalam kereta, dikejut dengan kasar. “Woi,bangunlah dah sampai!”

Aleeya melepaskan keluhannya ke udara.
“Wei, ni lah rumah kita yang bakal kita duduk.”kata Fahimi sambil memimpin tangan Aleeya.
“Okay.”
Fahimi merenung ke arah anak mata Aleeya.”Okay je?”
Aleeya mengangguk. Tak mungkin dia nak tambah perlataan sayang pula.Geli-geliman dia nanti.
“Cium pipi aku tak nak?”tanya Fahimi. Muka Aleeya berubah jadi merah. Tangannya cepat-cepat dilepaskan. “Wei,kau kenapa ni?”tanya Fahimi dengan panik.

“Gatal sangatlah kau ni.”kata Aleeya. “Ala, dengan kau saja.”kata Fahimi sambil tersenyum.”Kau bukalah pintu cepat.Penat aku berdiri.”rungut Aleeya sambil mencebik.
Fahimi mencubit pipi Aleeya lalu membukakan pintu untuk Aleeya. “Silakan masuk,sayang.”kata Fahimi.
“K.”balas Aleeya tanpa menoleh.

Membulat mata Fahimi mendengar jawapan daripada Aleeya. K saja yang dia balas?Aku punyalah cakap perkataan sayang dekat dia.Ei,perempuan ni. Aku tumbuk juga kang. Sabar Fahimi. Kau kena banyak-banyak bersabar. Cabaran setia sudah bermula.

Fahimi melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Perlahan-lahan kepalanya dilentokkan di bahu Aleeya.Entah kenapa dia berasa gembira bila bersama Aleeya. Sebelum ni, belum pernah dia melentokkan kepala di bahu gadis.

Aleeya tersengih lalu mencapai tangan Fahimi.”Ingat. Cabaran sudah bermula.”tegas Aleeya. “Kalau aku menang, aku dapat apa?”tanya Fahimi lalu meramas tangan Aleeya.
“Kau akan dapat apa yang kau nak.”jawab Aleeya.
“Maksud kau?”
“Kau tunggu sajalah.Selagi kau tak setia, kau tak akan dapat jawapan.”jawab Aleeya. Fahimi terdiam lalu merampas remote control daripada Aleeya.
“Wei!Aku nak tengpk cerita tadilah.”bentak Aleeya.
“Tak boleh.”Fahimi menjelir lidah. “Fahimi…Please…”rayunya.
“Cium pipi aku dulu. Baru boleh tengok.Kalau tak nak, aku tak bagi.”ugut Fahimi.Aleeya memuncungkan bibirnya.
“Fine!”rajuknya. Fahimi terdiam seketika. Melihat gadis yang cuba mengesot jauh darinya. Mencebik. Comel. Cepat-cepat Fahimi menghampiri Aleeya.
“Jauhlah sikit.”kata Aleeya tanpa menoleh ke arahnya.

Fahimi tersengih lalu mengucup pipi Aleeya. Terkaku Aleeya seketika.Tidak bergerak.Mata yang tidak berkerdip.
“Ish, apa ni wei.”
“Boleh tak kau panggil aku abang? Rasa macam kau tak respect aku pula.”
Aleeya terdiam.
“Sayang?”Fahimi memandang muka Aleeya. “Tak nak aku. Tak biasa.”
“Biasakan juga!”
“Tak nak juga.”kata Aleeya sambil menjelir lidah. Dia terus mengangkat kaki lalu mengaturkan langkah ke bilik.

SAMPAI di hadapan pintu bilik, langkah Aleeya terhenti.Renungan matanya tertumpu ke arah bilik itu.’Cantiknya.’kata hati kecil Aleeya lalu melangkah masuk.
“Apahal sayang tercegat di situ.Masuklah.Nak tunggu abang angkat baru nak masuk?”usik Fahimi lalu melanggar bahu Aleeya. “Ish,budak ni.Aku…..”

“Aip,jangan guna kau aku lagi dah. Guna abang dan sayang. Tak pun,sayang guna nama sayang sendiri.”kata Fahimi lalu merebahkan dirinya ke atas katil. Aleeya berdengus kasar. Jelingan maut dihadiahkan kepada Fahimi.

“Ingat comel buat macam tu?”tanya Fahimi apabila perasan jelingan Aleeya.
“Ha’ah memang comel pun!” jawab Aleeya dengan kasar lalu melabuhkan punggungnya di sofa.
Fahimi terus duduk tegak lalu memerhatikan Aleeya. “Sayang cantik juga kan.”kata Fahimi sambil tersengih. “Kau….”

“Haish budak ni. Panggil abang boleh tak?”tanya Fahimi lalu mendekati Aleeya. Aleeya membuang pandangannya ke arah lain. Fahimi melabuhkan punggungnya di sebelah Aleeya.
“Dah lah,Leeya nak mandi.”
“Abang nak ikut.”
“Jangan nak menggatal.”kata Aleeya sambil menepuk pipi Fahimi. “Sakitlah sengal!”
“Whatever!”

*****
Langit yang dihiasi bintang membuatkan Aleeya tersenyum seorang diri. Angin dingin bertiup menerbangkan rambut Aleeya. Aleeya menoleh ke arah kanan. Tiada orang. Aleeya menoleh ke arah kiri. Tiada juga orang, Belum sempat nak menoleh ke belakang,pipi Aleeya sudahpun di cubit oleh Fahimi.

“Abang,sakitlah!”
“Padan muka.”

Fahimi dan Aleeya turut memandang ke arah langit bersama. “Sayang tak nak duduk ke?”tanya Fahimi. Aleeya menggeleng. Baru beberapa minit duduk di luar. Kaki Aleeya tidak lenguh lagi.
Fahimi memaut bahu Aleeya. Bau haruman rambut Aleeya membuatkannya semakin mendekatkan mukanya ke kepala isterinya, “Sayang,setia tu macam mana?”tanya Fahimi sambil menatap wajah isterinya. Hm.Dari tepi sajalah.

Aleeya membiarkan saja soalan itu.Malas nak dijawab.Kalau dia jawab nanti, entah panjang entah pendek jawapannya.Dadanya berasa berdebar-debar. Dibiarkan saja tangan Fahimi melinglingkar sebebasnya di pinggang rampingnya.

“Sayang, besok abang kerja. Jom tidur.”kata Fahimi. Aleeya menggeleng. “Abang tidurlah dulu.Leeya nak main campak batu dekat kolam jap.”jawab Aleeya. Fahimi tertawa kecil lalu meleraikan tangannya dari pinggan ramping milik Aleeya.

“Bagi abang satu batu.”kata Fahimi sambil menghulurkan tangannya. Aleeya memberi batu kecil kepada Fahimi.
“Abang akan cuba belajar setia dengan sayang dan tak akan curang.”kata Fahimi lalu membaling batu ke arah kolam. Aleeya mengelengkan kepalanya lalu membaling batu selepas Fahimi.
“Aik,tak wish?”tanya Fahimi. “Buang masalah!”jawab Aleeya sambil tersenyum riang.

Fahimi berasa terpegun melihat wajah Aleeya. Perasaan yang dia tidak pernah alaminya menyerang secara tiba-tiba lalu memeluk Aleeya dengan erat. “Wei, abang dah kenapa?” tanya Aleeya.
“Saja.Lepaskan rindu.”jawab Fahimi sambil tersengih. Aleeya menjeling ke arahnya lalu meleraikan pelukan daripada monster also known as Fahimi.

***
SELESAI bersarapan, Aleeya bangun dari kerusi lalu menyorong kerusi ke bawah meja. Bersedia untuk pergi kerja. Fahimi mengangkat wajah lalu menatap wajah Aleeya seketika. “Dah nak pergi ke,sayang?”tanya Fahimi. “Ye,monster.Cepatlah! Nanti Leeya lambat pula masuk.”jawab Aleeya. “Relaks lah. Tempat kerja pun sama. Itupun nak risau.”kata Fahimi sambil tersengih.

Jelingan maut dihadiahkan. “Awak tu bos. Saya ni perkerja biasa saja!”kata Aleeya. “Kalau awak tak nak hantar, saya naik teksi. Lagi cepat.”sambung Aleeya.
“Okay.Okay. Abang hantar sayang.”kata Fahimi. Kenapa pula aku kena mengalah dengan Aleeya? Tak pernah-pernah aku mengalah! Ah,lupakan sajalah.Cabaran juga ini.

KERETA FAHIMI bergerak meninggalkan banglo tingga tingkat menuju ke Jalan Batik. Sesekali Fahimi curi-curi melihat wajah Aleeya.Wajah Aleeya yang tenang membuatkan hati dia sedikit senang.
“Agak-agak sayangkan. Abang akan bahagiakan sayang tak?”tanya Fahimi tanpa menoleh ke arah Aleeya. “Entahlah.”
Fahimi terdiam lalu menumpukan perhatiannya untuk memandu.

****
Aleeya melangkah masuk ke pejabat. Sebenarnya, dia berasa malas sangat nak datang ke pejabat. Namun, untuk menyedapkan hati teman-temannya yang sedang merinduinya. Mahu tak mahu, dia datang juga.

Belum panas punggungnya di kerusi, Raihan sudah memanggilnya.
“Ada apa.Han?”
“Encik Danny panggil.”jawab Raihan. Aleeya terus mengatur langkah ke bilik Danny/

Lelaki itu tenang menanti kehadiran Aleeya.Wajah tenang Danny kelihatan setelah Aleeya menutup pintu. “Have a seat,Leeya.”pelawanya dengan ramah.
“So, macam mana dengan Fahimi? Okay?”tanya Danny sambil merenung ke arah anak mata Aleeya. Aleeya hanya menjungkit bahu.

“Abang nak pesan. Jangan percaya sangat dengan Fahimi tu. Takut-takut nanti Leeya yang merana. Tadi abang nampak Fahimi bawa perempuan masuk ke pejabatnya.”kata Danny. Tersentap Aleeya mendengar kata-kata Qayyum.
“Abang biar betul?” Danny mengangguk. Aleeya mengeluh perlahan. Nak sahut cabaran konon! baru dua hari khawin, dah buat hal.

Fahimi membuka pintu bilik Danny. Aleeya terus menoleh ke belakang. Fahimi menelan air liur apabila Aleeya ada di dalam bilik abangnya. “Kau buat apa dekat sini,Leeya?”tanya Fahimi.
Aleeya diam.

“Sayang,perempuan tu siapa?”
“Kawan I,sayang.”jawab Fahimi. Danny tersengih.Aleeya mengetap bibirnya lalu bangun dari kerusi dan terus keluar dari bilik Danny.

‘Sakit pula mata aku.’ bisik hati Aleeya. Fahimi hanya memerhatikan Aleeya dari jauh kemudian membuang pandangannya ke arah Danny. Mata Fahimi sedikit membulat. Danny pula menjungkit bahu. “Abang tak tahu.”kata Danny dengan selamba.
Biarpun begitu, berdetik juga rasa cemburu di sanubari Aleeya. Siapa perempuan tadi? Cantiknya. Mesti model yang terkenal.

****
KELUAR dari kafeteria selepas makan tengah hari, Aleeya berjalan beriringan dengan teman-temannya menuju ke lif. Sepanjang perjalanan mereka menuju ke lif, mereka tertawa dengan jenaka yang merepek.
“Leeya. Tu suami kau,bukan?”tanya Raihan. Pantas Aleeya menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Raihan.Terkedu Aleeya melihat Fahimi berjalan bersama dengan gadis yang baru saja bertemu pagi tadi.
Pakaian yang menjolok mata membuatkan mata Aleeya sakit.

Oh,dalam diam kau ada perempuan lain ye?Jadi kau kalah dalam cabaran. Tanpa membuang masa, Aleeya dan teman-temannya melangkah masuk ke dalam lif yang sama dengan Fahimi.
Fahimi sengaja mengemaskan pelukan di pinggang Eliyana. Tujuannya cuma satu, dia sengaja membuat Aleeya cemburu dengannya. Bila Aleeya menoleh ke arah Fahimi. Senyuman sinis Aleeya kelihatan. ‘Tak mungkin di tidak cemburu.’kata hatinya.

Sakit mata menatap perlakuan Fahimi. Walaupun dia sengaja mahu menyakiti hati Aleeya. Aleeya hanya berdiam diri sambil melemparkan senyuman sinis. Sememangnya, gadis itulah selera Fahimi.Tinggi, putih, bibir yang merah. Boleh dikatakan seksi.

Sengaja Aleeya merapatkan dirinya dengan Danny sambil ketawa yang buat-buat.Danny yang perasan kehadiran Fahimi, terus merapati dengan Aleeya. Semakin membuak-buak cemburu Fahimi lalu menolak Danny sehingga terduduk.

“Kau dah kenapa?”tanya Aleeya sambil bercekak pinggang.
“Aku tak nak kau rapat dengan abang aku!”
“Kau cemburu ke?”tanya Aleeya sambil tersenyum sinis. Fahimi mengetap bibir. Belum pernah dia berkelakuan sebegitu hanya kerana gadis di hadapan matanya.
“Kau dah ada Eliyana,bukan?So , relakslah.”celah Danny lalu bingkas bangun.Aleeya mengangguk.
“Hari ini atau sampai bila-bila pun,aku tak duduk rumah dengan kau.”kata Aleeya lalu beredar. Bahunya sengaja berlaga dengan bahu Fahimi.
Danny tertawa kecil.”Padan muka kau,dik.”

“Siapa perempuan tadi? Kenapa dia boleh duduk rumah you tapi I tak boleh?”
“Dia tu isteri aku!”jawab Fahimi lalu meninggalkan Eliyana. Danny menjeling ke arah Eliyana lalu melangkah masuk ke biliknya semula.
‘Tak guna.’getus hati Eliyana.
“LEEYA.Tunggu akulah!”kata Fahimi yang tercungap-cungap mengejar Aleeya. Aleeya memberhentikan langkahnya.
“Apa lagi yang kau nak,Fahimi?”tanya Aleeya sambil tersenyum sinis.
“Aku nak kau duduk rumah dengan aku. Selamanya!”kata Fahimi sambil mencapai tangan Aleeya.Cepat-cepat Aleeya lepaskan tangannya. “Apa kata kau duduk saja dengan gadis tadi tu.Lagipun dia tu lawa.”kata Aleeya tanpa menoleh ke arahnya.

Fahimi mengetap bibir.Geram.Tangannya menolak tubuh Aleeya dengan kasar. “Kalau kau nak sangat aku duduk dengan dia.Boleh. Jangan kau yang merana nanti.”kata Fahimi sambil mencekik leher Aleeya. Aleeya terdiam lalu terbatuk-batuk. Cepat-cepat Fahimi lepaskan Aleeya dengan kasar. Kepalanya terhantuk dek dinding.

“Jangan terkejut kalau masa tu,Aleeya dah tak sayangkan abang! Sebab masa tu,Aleeya dah tak perlukan abang dah! Abang kalah dalam cabaran Aleeya!”kata Aleeya. Fahimi langsung tidak mempedulikan kata-kata Aleeya.Selepas dia berasa puas barulah dia beredar.
Aleeya hanya memanggung kepalanya.’Sampai hati abang buat Aleeya macam ni.’kata hati kecilnya.

****
Keesokan harinya…
Aleeya pergi bekerja seperti biasa tetapi bukan pergi dengan Fahimi. Encik Hussin jugalah yang menghantar Aleeya pergi ke kerja sejak pergaduhan di antara Fahimi dengan Aleeya. Dia langsung tidak duduk di rumah yang dibelikan oleh Fahimi. Buat apa duduk di sana? Buang masa saja.
Tiba saja di pejabat, Fahimi masih lagi berkepit dengan Eliyana dengan sengaja. Sengaja mahu membakar perasaannya. Terus dia berlaga bahu Fahimi. ‘Cemburu.’ bisik hati Fahimi sambil melihat Aleeya yang kian hilang dari pandangannya.

Ketukan jari-jemari Aleeya memecahkan suasana yang sunyi di dalam biliknya. Selakan kertas juga turut menyertai memecahkan suasana yang sunyi.
Dipandang langit yang kian gelap. Ada beberapa tompok awan yang berwarna hitam. Menandakan air hujan akan turun membasahi bumi. Pintunya diketuk “Masuk!”
Farhan menutup pintu setelah saja kakinya sudah sampai ke bilik Aleeya, “Ada apa?”tanya Aleeya. Farhan menghulurkan fail berwarna hitam kepada Aleeya.

“Bos suruh semak apa yang patut. Lagipun dia nak Leeya pilih yang mana yang tempat sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan.”jelas Farhan sambil menyelak kertas di fail berwarna hitam.Perlahan-lahan Aleeya angguk.

“Lepas tu, bahagian sini. Leeya kena tanda tangan and bacalah apa yang patut. Bos kata ada yang tak kena dengan fail warna hitam jadi dia nak awak tolong semakkan.”jelas Farhan.
“Baiklah. Tidak ada masalah.Awak boleh keluar sekarang.” Farhan melemparkan senyuman lalu membiarkan Aleeya seorang diri. Belum sempat pintu bilik Aleeya ditutup, Fahimi dan Eliyana malangkah masuk ke dalam biliknya.

Aleeya menarik muka.Merenung tajam ke arah Eliyana. ‘Siapa perempuan tu?’tanya hati kecilnya. Fahimi mencampak fail berwarna merah ke atas meja Aleeya. “Banyak kesilapan kau menaip. Aku nak kau betulkan juga.”

Aleeya mengetap bibir. “Kau sajalah yang betulkan. Malas aku nak betulkan.”jawab Aleeya tanpa menoleh ke arah Fahimi. Matanya tertumpu ke arah skrin laptop. Fahimi menutup laptopnya.
“Kurang ajarnya perempuan ni.” kata Eliyana sambil melentokkan kepalanya di bahu Fahimi.
“Suka hati sayalah.”kata Aleeya.
“Kau nak aku potong gaji kau? Kau tu setiausaha. Dengar sajalah cakap aku!”
“Kalau aku tak nak?”

Fahimi mengetap bibir lalu membaling pen ke arah Aleeya. “Kau ikut cakap aku. Kalau tidak, aku dera kau!”
“Aku langsung tak kisahlah kau nak dera aku ke tak?Lagipun aku dah tak peduli dah dengan kau.”kata Aleeya.Tangannya menari-nari menaip. “Sayang,you keluar kejap.”
Eliyana akur dan terus keluar dari bilik Aleeya. Pintu di tutup rapat. Fahimi merenung tajam ke arah Aleeya. “Kau sekarang dah pandai melawan,kan?”kata Fahimi lalu menampar pipi Aleeya.

Aleeya terdiam.
“Siapa perempuan tu?”tanya Aleeya.
“Buat apa kau nak sibuk?” tanya Fahimi.
“Aku berhak tahu.Sebab aku isteri kau!”
“Ah,kau bukan isteri aku lagilah.”kata Fahimi lalu merentap tangan Aleeya dengan kasar. “Aku rasa,buang masa kalau aku ikut cabaran kau.Tak seronok langsung!”sambungnya lagi.
“Kau dengar sini. Aku pun dah sakit mata tengok kau dekat sini.Lebih baik kau berambus!”kata Fahimi.
“Kalau aku tak nak?”
“Aku kata berambus!”kata Fahimi lalu menolak Aleeya.Kepalanya terkena bucu meja.Aleeya menahan kesakitan.Fahimi yang nampak kepala Aleeya berdarah, dia terus beredar. ‘Puas hati aku.’bisik hati Fahimi.
“Tinggalkan aku,monster gila!” Fahimi langsung tidak peduli kata-kata Aleeya.

****
Tiga minggu kemudian…..
Fahimi mencari kelibat Aleeya di pejabat. Kenapa Aleeya tidak datang bekerja? Dia tak sihat ke? Otak Fahimi tidak boleh berhenti dari memikirkan tentang Aleeya, Tangannya cepat-cepat memulas tombol pintu bilik abangnya.

“Aleeya!”
Berkerut dahi Danny dibuatnya.”Wei,ni PA akulah. Sejak bila PA aku nama Aleeya?”kata Danny sambil meletakkan pen di atas meja.
“Tapi,aku nampak kelibat Aleeya tadi.Mana wei?”kata Fahimi sambil memerhatikan sekeliling bilik abangnya.
“Manalah aku tahu.Tak mungkin dia tidak duduk serumah dengan kau?”kat Danny. Fahimi menggeleng. “Kau mesti tahu dia pergi mana,bukan?!”tanya Fahimi lalu menghentak tangannya di meja Danny.
“Manalah aku tahu.”kata Danny sambil menjeling.
“Kau kan rapat dengan isteri aku!”Bentak Fahimi. Dia langsung tidak berpuas hati dengan jawapan abangnya.
“Memang aku rapat dengan dia tapi dulu. Aku tak duduk sebumbung dengan dia.Lagipun, aku dengan dia dah tak rapat dah sekarang.”kata Danny sambil menoleh ke arah skrin komputernya.

Fahimi melangkah keluar dari bilik abangnya. “Nak pergi mana tu?”tanya Danny. “Keluar kejap!”jawab Fahimi.
Kalau aku jumpa Aleeya, aku nak minta maaf dekat dia. Aku nak peluk dia. Itulah hajat Fahimi. Aku tak kisah kalau Aleeya nak tolak dia, marah dia, tengking dia. Dia langsung tak kisah. Yang penting, aku rindu dia. Rindu yang teramat!

***
Kereta Fahimi sudah pun sampai di rumah ibu ayahnnya. Cepat-cepat Fahimi keluar dari keretanya lalu mengetuk pintu rumah.
“Mama,mama!”Fahimi mengetuk pintu dengan kuat.
“Hah,ada apa ni sayang? Aleeya mana?”tanya Puan Sara.
“Aleeya tak ada di rumah ke?” tanya Fahimi. Puan Sara menggeleng. “Bergaduh dengan Aleeya ke?”tanya
Puan Sara. Fahimi mengeluh perlahan. “Baik,Mi cerita dekat mama sekarang.”tegas Puan Sara lalu Fahimi bercerita dari A hinggalah Z. Tidak ada sebarang tokok tambah.Tidak ada yang tertinggal.Puan Sara mengurut dadanya. Mahu saja menampar muka Fahimi.

“Bertuah punya budak! Kau pergi bawa Eliyana buat apa?”kata Puan Sara lalu memulas telinga Fahimi. “Mama,sakitlah!”kata Fahimi lalu mengusap telinga yang dipulas tadi.
“Mama tak kira. Mi cari sampai dapat! Cari dekat rumah aunty Aminah.”kata Puan Sara.

Tak sampai lima minit, Fahimi sudah pun memulakan enjin lalu meluncur laju meninggalkan laman banglo.
“Leeya, kau dekat mana?!”kata Fahimi sambil memicit-micit kepalanya. Fahimi semakin gelisah. Hatinya semakin tidak tenang. Perasaan rindu mula datang menyerang. Belum pernah dia merasakan rindu yang teramat sakit sebelum ini. Walaupun dia duduk sebumbung dengan Aleeya tidak lama. Perasaan sayang terhadap Aleeya mula muncul di benak hatinya.
“Sayang,tunggu abang!”

****
Kedengaran kereta Fahimi sudah pun tiba di halaman rumah. Aleeya terjenguk dari tingkap untuk memastikan siapa yang datang. Manalah tahu dia salah meneka. Puan Aminah sudahpun mengetuk pintu biliknya.

“Sayang,Fahimi dah datang.”
Aleeya membisu. “Tak naklah dengan monster tu.Dah lah buaya. Cakap dengan dia Aleeya tak nak jumpa dia.”kata Aleeya.

Puan Aminah mengeluh. Anak perempuannya ,memang keras kepala. Sudahlah susah untuk dipujuk lalu menutup pintu bilik Aleeya.Cepat-cepat Aleeya mengunci pintu bilik Aleeya.

Puan Aminah menuruni anak tangga satu demi satu.
 “Cari Aleeya ke?”tanya Encik Hussin. Fahimi mengangguk. “Mi,nak jumpa sangat Leeya,uncle.”kata Fahimi lalu bersalaman dengan Encik Hussin dan Puan Aminah.
“Dia ada di atas tapi dia tak nak jumpa kamu.”kata Puan Aminah.Fahimi terduduk di sofa. Mati akal.
“Kenapa kamu buat Aleeya macam tu?”tanya Encik Hussin.
“Saya saja je.”jawab Fahimi dengan selamba. “Saja kamu kata? Awak ni tak ada perasaan ke,Mi?”tanya Puan Aminah. Mata tajamnya merenung ke arah anak mata Fahimi.

“Aleeya tu susah nak dipujuk. Pandai-pandailah kamu pujuk dia.”kata Encik Hussin lalu menyelak surat khabar. “Pergilah jumpa dia.”kata Puan Aminah.
Cepat-cepat Fahimi mengatur langkah menuju ke bilik Aleeya. ‘Aleeya, abang datang.’ bisik hatinya. Langkahnya terhenti apabila berhadapan dengan bilik Aleeya Pintunya ditutup rapat lalu tangannya mengetuk pintu bilik Aleeya.

“Aleeya,buka pintu sayang.”rayu Fahimi sambil mengetuk pintu.
“Tak nak!”
“Aleeya,please!”
“Tak nak! Leeya benci abang!”
“Aleeya, tolong buka pintu. Abang rindu dengan Aleeya sayang.”
“Leeya tak percaya dengan monster macam abang!”
“Aleeya. Sayang nak abang robohkan pintu bilik ye?”
Aleeya membisu lalu membuka pintu

“Abang tahu,abang bersalah. Abang yang salah buat Aleeya macam tu. Abang tipu Aleeya. Maafkan abang sayang. Abang tahu. Abang sengaja bawa Eliyana ke mana-mana sedangkan Aleeya abang langsung tka peduli. Maafkan abang sayang.”rayu Fahimi.

Penat Fahimi merayu tetapi Aleeya hanya membisu. Langsung tidak menoleh ke arahnya. Apabila Fahimi mencapai tangan Aleeya, dia langsung tidak memberi sebarang reaksi.

“Sayang,abang ada hadiah untuk sayang. Comel macam sayang tau. Jom balik,sayang.”pujuk Fahimi.
“Siapa perempuan tu?”tanya Aleeya. Mukanya masih lagi masam. Gembira hati Fahimi apabila suara Aleeya menyapa ke gegendang telinganya.

“Lupakan sajalah,sayang.”
“Kenapa pula? Mana perempuan tu yang sentiasa berkepit dengan abang?”
“Tak perlu sebutlah pasal perempuan tu.Lagipun abang tak ada perasaan dekat dia pun” Fahimi tertawa kecil.

“Tak ada perasaan konon. Ke hulur hilir bawa perempuan tu. Tahulah dia cantik!”
“Sayang,perempuan di mata abang ni dah cukup cantik tahu.”
“Abang buat apa dengan dia?”

“Abang tinggalkan sajalah dia.Bukannya abang ada perasaan pun. Dia yang nak sangat dengan abang. Geli!”
“Dasar buaya darat ! Buaya laut ! Buaya bujang ! Dasar monster perasan handsome! Monster gatal. Eiii. Abang gatal.”Segala buaya dan monster disebutnya.
Ketawa Fahimi dibuatnya. “Monster macam abang pun, Leeya tetap sayangkan abang,bukan?”usik Fahimi.

“Euw,jangan perasanlah wei.”kata Aleeya. “Eleh,abang akan buat Aleeya sampai Leeya cakap “Leeya sayangkan abang.I love you Fahimi’ Dengan penuh dramatis lagi.”
Terbeliak mata Aleeya mendengar usikan nakal Fahimi. Leeya terus memulas telinga Fahimi.
“Lain kali,jangan nak perasan je lebih. Geli tahu.”bisik Aleeya di telinga Fahimi. “Abang janji, abang akan setia dengan sayang. Sebab abang sayang sangat dengan Leeya.”kata Fahimi lalu memeluk tubuh Aleeya dengan erat.

Aleeya cuba meloloskan dirinya daripada pelukan Fahimi, tetapi dia gagal. Pelukan Fahimi terlalu kuat membuatkan dia tersentuh hati. ‘Leeya sayang abang.’bisik hati Aleeya. “Rindu tau abang dekat Aleeya.

Jangan lari lagi tau.”kata Fahimi lalu mencubit pipi Aleeya.
Senyuman di bibir Aleeya sudah pun kelihatan.
“Abang,Leeya nak beritahu sesuatu.”kata Aleeya. Kepalanya ditunduk.
“Apa dia sayang?”tanya Fahimi. “Leeya…..me..”sengaja Aleeya mengantungkan ayat-ayat. Mahu melihat reaksi Fahimi.

“Me apa sayang?”tanya Fahimi yang kurang jelas.
“Mengandung.”jawab Aleeya sambil tersenyum. Telinga Fahimi menyapa ke perut Aleeya.
“Hai anak papa.Apa khabar?” Aleeya tertawa.”Kenapa baby ketawa?”tanya Fahimi. “Ish,itu saya yang ketawalah!”kata Aleeya sambil memuncung bibirnya.
“Abang nak baby girl. Nanti comel macam mamanya.”usik Fahimi sambil mengucup dahi Aleeya.
“Abang nak berapa?”tanya Aleeya.
“Abang nak cukupkan satu team bola.Boleh tak sayang?”tanya Fahimi.

“Boleh. Abang beranak sendiri ye? ”
“Ala,nak satu team bola.”
“Ramai sangat tu.Abang sajalah mengandung. Biar Aleeya jaga abang masa abang mengandung.”usik Aleeya. Fahimi tertawa kecil. “Kurang asam.”kata Fahimi sambil mencubit pipi Aleeya.
“Cukuplah sepasang saje.”kata Aleeya. “Cukup ke?”tanya Fahimi sambil tersengih.”Ish abang ni kan.”rungut Aleeya.

“Berapa bulan dah sayang mengandung?”tanya Fahimi dengan wajah yang bersinar-sinar. “Heh,baru 3 minggu.”kata Aleeya sambil tertawa kecil.
“Sayang kalah dengan cabaran Leeya.”

Fahimi tersenyum lalu menganggu,. “Tahu. Asalkan abang dah mula sayangkan Leeya.”kata Fahim lalu mencuit hidung Aleeya. Tersenyum Aleeya dibuatnya.

Perasaan sayang sudah pun muncul di dalam hati Fahimi. Sejak kehilangan isterinya, hidup Fahimi jadi tidak menentu. Dirinya yang tidak terurus membuatkan dia tidak selesa.Sejak kehadiran Aleeya di dalam hidupnya, segala-galanya berubah. Dia tidak lagi keluar malam dan tidaklah bertukar pasangan.Percik sayang daripada Aleeya sudah pun menyapa ke hatinya. Sayang dia terhadap Aleeya, tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Semoga hubungan mereka kekal abadi.

-TAMAT-

Sayang Aku, Cari Aku Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Kusen Almunium Lampung