Kumpulan dari Cerpen Cinta Melayu.

Gaun Cik Bos, Tuxedo Mr Secretary


Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 1

“Abah, Khalisah feduplah macam ni, sorang-sorangsecretary Khalisah quit. Buang masa betul, hari tu masa minta kerja kata semua boleh buat, itulah, inilah..”

“Khalisah tu yang garang sangat kot. Lisa, secretarydekat pejabat tu pembantu Lisa, bukan hamba abdi Lisa, dari sikap Lisa juga sebenarnya, tegas tak tentu pasal” Dato’ Mazil ayah lisa menasihati.

“Abah ni nak sebelahkan Lisa ke secretary? Abah tau tak, kalau Lisa buat selamba je, nanti naik tocang mereka,” Lisa membantah.

“Kalau macam tu memang macam chipsmorelah secretary dekat ofis Lisa tu, nanti jangan salahkan abah kalau secretary baru Lisa berhenti lagi. Ingat Lisa, syarikat tu yang penting, jangan difikirkan sangat hal-hal secretary ni,” Ayah Lisa menasihati.

Sedang Lisa berbual di telefon. Pintu pejabatnya diketuk.

“Lisa letak phone dulu ya bah. Ada guest, Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam..ingat apa yang abah cakap.”

“Yess big boss!!”

Khalisah meletakkan gagang telefon, dia memerhati pintu dan memberi arahan.

“Masuk.”

“Puan Khalisah, yang nak interview jawatan secretary dah ada dekat luar,” Rafida memaklumi.

“Baik, ada berapa orang semuanya?” Khalisah bertanya.

“Ada sepuluh orang Puan,” Rafida menjawab.

“Bagus, interview boleh dimulakan. Pastikan semuanya memenuhi kriteria yang kita mahukan,” Khalisah memberi arahan.

“Baik Puan.”

Rafida keluar dan menyuruh salah seorang calon masuk ke dalam bilik Khalisah.

“Selamat Pagi Puan.”

“Selamat Pagi” Khalisah menjawab.

Seorang wanita yang berpakaian agak menarik, bertudung shawl sopan berjalan masuk ke dalam pejabat Khalisah. Jika dilihat dari luaran, macam salah tempat je dia pergi temuduga. Jalan dan caranya seolah seorang model.

Ops! Boleh pulak terpelecok. Ish-ish..

“Maaf Puan, kasut saya ni tinggi sikit, saya tak biasa,”

Khalisah hanya tersenyum.

“Silakan duduk,”

“Terima Kasih Puan,” Wanita itu mengucapkan Terima Kasih.

“Boleh beritahu saya nama dan kenapa awak nak memohon menjadi seorang setiausaha?” Khalisah bertanya.

“Nama saya Zaitun. Asal dari Kelantan. Umur 22 tahun, taraf pendidikan Diploma Kesetiausahaan IPTS…..

Tu dia…sekali buka mulut asal Kelantan rupanya, tapi pakaian yang dipakainya sangat menyeramkan. Ni mesti bajet takut tak dapat kerjalah ni, sebab tu pakaian macam artis make up tebal 4 inci, bulu mata double bak Rozita Che Wan. Khalisah hanya mendengar sambil melihat jam di dinding pejabat.

Amboi!

Panjang pula mukadimah budak ni, napa tak sampai-sampai lagi soalan kedua. Khalisah berharap selepas ini, Zaitun sudah menerangkan kenapa dia ingin menjadi setiausaha.

“….dulu, saya tak suka ambil kursus setiausaha ni, itu pun nenek saya yang paksa…nenek saya dah tua, umurnya 75 tahun, dialah yang jaga saya dan adik-adik saya..ada sekali tu kami tak cukup makan…”

Alamak! Bab mukadimah lagi, tak boleh ni. Kalau tak stop, sampai ke petang agaknya budak ni bercerita. Apa dia ingat ini pertandingan bercerita ke apa.

“Stop-stop, tadi saya cuma tanya nama awak dan kenapa awak nak memohon menjadi setiausaha bukan? Kenapa agaknya tak sampai-sampai lagi dengan jawapan yang kedua tu ya? Maaf, saya tak perlu dengar kisah awak, semua dah tercatat dekat resume awak.” Khalisah mencelah.

“Err..ya ke Puan? Maaflah, saya ni kalau bercakap memang tak berhenti, kenapa saya nak memohon menjadi setiausaha ya, saya nak jadi setiausaha sebab saya nak kerja, tu jelah rasanya Puan.” Si Zaitun menjawab.

“Tu je? Ada apa-apa lagi sebab lain?” Khalisah bertanya.

Zaitun menggeleng.

“Awak boleh keluar, Terima Kasih ya,”

Khalisah melihat wanita tersebut berdiri dan keluar dari pejabatnya sambil menggeleng kepala, sekali lagi wanita itu terpelecok kerana tidak biasa memakai kasut tinggi. Khalisah menggeleng, rupa cantik tapi mulut banyak pun tak boleh, nanti mulut pula yang bekerja lebih dari sepatutnya. Lebih tu boleh, jangan melebih-lebih sudah. Kemudiannya Khalisah menekan intercom.

“Rafida, next…”

Seorang lelaki masuk ke dalam pejabat Khalisah. Dari caranya, sangat bersopan santun. Bolehkah kerja ni? Tebak Khalisah. Takpelah, dia tanya dulu, manalah tahu. Kadang-kadang orang bersopan santun macam ni boleh diharap.

“Silakan duduk.”

“Terima Kasih Puan,”

Sopannya cara bercakap.

“Baiklah, boleh beritahu nama sahaja dan kenapa nak menjadi setiausaha?”

Seolah sudah tahu soalan yang akan ditanyakan, lelaki itu mengambil sehelai kertas yang telah disiapkannya. Khalisah naik hairan, apa benda pula tu tetapi dia membiarkannya sahaja.

“Boleh saya teruskan Puan?”

Khalisah mengangguk.

“Nama saya Syed Syukrie Syed Almi, berumur 22 tahun. Kenapa saya ingin memohon menjadi setiausaha? Sebelumnya saya sudah pernah bekerja di pasaraya-pasaraya sebagai cashier selama beberapa tahun dan saya masih lagi bekerja sebagai cashier di 7 eleven. Selain itu, saya juga pernah menjadi house keeping di sebuah hotel, dekat kampung dulu saya pernah kerja di gerai mak saya sebagai tukang masak, saya memang pandai masak puan. Puan takkan rugi kalau ambil saya”

Kejap! Bila masa pula yang aku nak hire tukang masak ni. Tebak Khalisah. Fuh! Satu-satu macam nak geget je. Sekali lagi aku dengar kau cakap yang bukan-bukan selain jawapan yang aku minta...

Get outlah jawabnya.

“Baiklah Puan. Kenapa saya ingin menjadi setiausaha? Saya nakkan pengalaman bekerja di syarikat besar macam syarikat puan.”

Alamak! Kalau tak ada pengalaman kerja pejabat macamana pula mahu mengambilnya bekerja. Aku takde masa nak melatih orang baru, yang aku perlukan orang yang boleh kerja terus.

“Puan, macamana? Saya ok? Boleh lantik saya menjadi setiausaha tu?”

“Sebenarnya saya nak mereka yang ada pengalaman kerja pejabat. Kalau ikut kelayakan awak memang cukup, tapi pengalaman kerja kurang. Next time cuba lagi ya” Khalisah berkata.

“Terima Kasih Puan, tapi Puan, harapnya boleh tolong saya ya Puan. Saya nak sangat kerja Puan, kalau Puan nak Puan boleh cuba saya selama seminggu, saya boleh buat macam-macam untuk Puan, makan minum, jadi driver, jadi maid dekat rumah pun saya sanggup.”

Aish! Orang nak hire setiausaha, tapi dia pula nak jadi maid bagai. Adoi! Bila Khalisah tidak mempedulikan barulah dia keluar. Namun, sebelum membuka pintu keluar.

“Puan, jangan lupa call saya ya Puan. Puanlah yang paling terbaik, tercantik sekali..”

Tu dia puji. Macam lidah takde tulang. Khalisah menunjukkan isyarat hulur tangan menyuruh lelaki itu keluar. Khalisah menggeleng kepala, kalau 10 orang yang macam perempuan dan lelaki tadi, habislah..dengan tangan yang agak berketar, Khalisah menekan interkom.

“Rafida, sebelum masuk, awak tolong pastikan sekali lagi pengalaman kerja tu. Tengok betul-betul.”

“Baik Puan.”

Khalisah menekan-nekan keyboard komputernya. Dia bersedia dengan calon ketiga. Namun sebelum itu, interkom Khalisah berbunyi.

“Puan, ada lagi 5 orang. Yang lain semua tak penuhi syarat kelayakan.”

“Terima kasih Rafida.”

Khalisah menemuduga seorang demi seorang calon secretary di syarikatnya. Sehinggalah calon yang ke tujuh setelah ditolak tiga daripada sepuluh orang calon yang datang. Fuh! Nak cari secretary yang baik susah juga. Dulu, masa buat temuduga, dia suruh bahagian HR main ambil saja. Kali ni Khalisah malas nak harapkan orang lain yang buat temuduga. Hasilnya, semua out!

“Rafida. Masuk!”

Beberapa minit kemudian, Rafida masuk ke dalam menemui Khalisah.

“Puan,”

“Duduk,”

Khalisah mengurut-urut kepalanya.

“Macamana Puan dengan hasil temuduganya? Ada yang berkenan?” Rafida bertanya.

“Parah lagi memarahkan Rafida. Semua tak layak, bukannya saya memilih. Tapi orang yang terpilih akan bekerja dengan saya dan kena faham cara kerja saya.” Khalisah menjawab.

“Kalau macam tu saya pun tak boleh tolong, Puan yang memilih sangat.”

“Kan dah kata jangan panggil Puan kalau kita berdua. Awak ni.. protokol sangat.” Herot Khalisah.

“Puan Khalisah oii.. awak tu boss saya, mestilah saya panggil Puan.”

“Suka hati awaklah. Tapi dekat luar panggil nama ya. Nak Panggil Puan macam saya ada suami pula”

Opss! Terlepas cakap.

“Ehem..” sengaja Rafida menyindir dalam nada suara.

“Rafida!’ marah Khalisah.

“Owh, tak ada apa-apa, tekak aku sakit tadi. By the way, tentang temuduga tu. Puan tak payah pening-pening. Kan kita adakan temuduga terbuka, manalah tahu esok-esok ada calon yang sesuai. Ni, gara-gara temuduga hari ni, report kewangan yang aku nak buat untuk tertangguh dah.”

“Takpelah Rafida. Esok-esok kau hantar dekat aku,”

“Mana boleh macam tu, esok pagi aku hantar dekat kau. Kawan, kawan juga, kerja, kerja juga,”

“Terima Kasih Rafida, awaklah yang faham saya,”

“Puan, saya nak sambung buat laporan. Saya keluar dulu ya,”

“Okey,”

Khalisah meneruskan kerja-kerjanya, dia meneliti semua resume calon-calon secretaryyang hadir temuduga tadi. Timbang punya timbang, dengan kilo, gram, semua, tiada satu pun yang lepas. Telefon bimbit Khalisah berbunyi. Sengaja dia alertkan, sebab petang nanti dia dan Rafida akan menemani salah seorang rakan universiti mereka fitting baju pengantin dekat butik. Itu lagi satu hal, ayah dan umi asyik-asyik bertanya, giliran dia bila pulak sebab semua kawan-kawan dia sudah naik pelamin. Jangan ingat hidup macam novel kata ayahnya menyindir kerana Khalisah suka membaca novel, yang endingselalunya kahwin, gembira. Dunia realiti lain sikit kata ayahnya, semua kena cari sendiri. Khalisah malas mahu memikirkan soal kahwin ke, anak ke buat masa sekarang. Dia mengemaskan barang-barangnya dan keluar dari pejabatnya bersama Rafida.

*********************

SAMPAI di butik, Kirana sudah menunggu mereka dengan senyuman lebar. Tunangnya Khairil, tidak bersamanya hari itu.

“Mana Khairil?” tanya Rafida kepada Kirana yang wajahnya agak berseri-seri.

“Aku baru nak fitting baju Fida, nanti takde ong pula kalau dia ternampak baju pengantin aku, minggu depan photoshoot barulah dia ada sekali. Dia dah datang semalam,” Kirana menjawab.

“Oh I see, kau dah pilih ke belum ni?” Khalisah pula bertanya.

“Belum, Khairil kata nak pakai orange. Tapi aku lagi suka hijau,” herot mulut Kirana.

“Kita masuk dulu tengok. Lagipun kau kahwin bulan depan, masih ada masa nak pilih lagi,”

“Okey, jom Fida!” Kirana seperti tak sabar.

Memang tak sabar pun. Mereka terus masuk. Butik itu nampak gah, macam-macam baju pengantin ada. Kebetulan butik itu milik kawan universiti mereka, Mona Iskandar yang dulu ambil kursus rekaan fesyen di universiti, kenal sebab satu rumah sewa. Dialah yang menyambut kedatangan mereka dan membawa Kirana memilih baju. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada di butik itu. Sementara Kirana memilih mana-mana baju yang berkenan, Khalisah memandang sekeliling, kemudiannya dia ternampak sepasang tuxedo yang amat menarik. Khalisah mendekatinya.

Cantiknya tuxedo ni, siapalah jejaka bertuah pilihan aku yang nak pakai ni. Katanya dalam hati.

Di sentuhnya tuxedo itu. Khalisah leka memandang tuxedo tersebut sambil melihat mana-mana gaun yang boleh dipadankan. Terbayang-bayang rasanya sang jejaka tampan yang menemaninya di malam memotong kek di sebuah taman, di bawah sinaran bulan terang, diiringi muzik mendayu-dayu katak memanggil hujan.

“Khalisah!”

Tersentak Khalisah, bulan dan bunyi muzik yang dia bayang-bayangkan tadi semua berlalu pergi.

“Kau ni Fida, terkejut aku,”

“Hah! Aku tahu kau dah sampai taman-taman yang cantik dengan cahaya bulan terang kan? Aku nak tanya ni. Kenapa pandang Mr Tuxedo ni? Dah ada yang berkenan di hati? Ke, menunggu si secretary mengisi hati?”

“Ish kau ni apa pulak kaitan dengan secretary ni?”

“Saja aku cakap. Harap-harap masinlah mulut aku,”

“Helo? Minta simpang wei? Laki aku, secretary aku. Mana boleh..”

“Yang kau minta simpang tulah yang selalu kita dapat tau. Kau jangan..baik kau tarik balik kata-kata kau tadi,”

“Nak tarik macamana, ada tali ke nak tarik?”

“Ni yang aku malas nak cakap dengan kau ni Lisa. Banyak betul nak mengelak,”

“Lisa! Rafida!!!!!”

Kedengaran suara cemas Kirana. Khalisah dan Rafida bergegas ke tempat Kirana.

“Kau ni kenapa Kirana? Nak tercabut jantung aku tadi..”

“Tulah pasal...kesian tau Encik Tuxedo Khalisah tertinggal..”

Amboi! Sempat kau menyindir aku Rafida. Diam-diam jelah aku ya.

“Tengok baju ni Fida, tak muat kot,”

“Takkanlah kau nak muat baju sempit ni Kirana, agak-agaklah ..pilihlah yang lain..” Mona memujuk.

“Tapi aku suka baju ni Mona..”

“Hurm..dah tahu asal tak diet, makin nak kahwin makin banyak kau makan pulak,” Rafida mencelah.

“Alah hati senang, takkanlah aku nak makan ala kadar je kan,”

“Kirana, kau ada 38 hari lagi. Kalau nak pakai baju ni, kenalah diet.” Khalisah menasihati.

Kirana memandang Mona.

“Mona, kau tak boleh buatkan aku baju macam ni ker?”

Kirana bertanya Mona.

“Kalau kau datang 3 bulan sebelum, mungkin aku boleh buat. Tapi ada sebulan lebih saja lagi. Mana sempat..”

“Bolehlah Mona..Please..Engkaulah kawan aku yang paling terbaik, tercantik, termulia, tertarik dan terboom....Aku lupa, nak tambah lagi..kawan aku yang very the vogue the vass...”

Mona mencebik, kalau tak dipedulikan berjela-jela pula Kirana memujinya, manis di mulut saja kot. Mona melihat gaun tersebut sambil berfikir dan kemudiannya...

“Oklah Kirana, hanya untuk kau. Lagipun Khairil pun tempah baju dekat sini, takpelah, tapi ingat. Kalau dah overweight aku tak boleh nak tolong. Cuba diet. Manalah tahu aku tak sempat, meh aku ukur badan kau ni..”

Mona mengambil tempat dan mengukur.

“Terima Kasih Mona,”

“Ingat kata-kata Mona tu,” Rafida mengingatkan.

“Yalah-yalah...Wahai para penasihatku semua..”

“So, yang ni baju resepsi kat hotel kan? Baju lain macamana?” Rafida bertanya.

“Yang tu aku dah pilih semua..” Kirana menjawab.

“Amboi, sukanya dia..” Khalisah mencelah.

“Kahwin kot, siapa tak suka..Ha’ah aku nampak kau tengok tuxedo tadi, untuk siapa tu??” Kirana cuba mengorek rahsia.

“Untuk bakal secretary dia..” Rafida mencelah.

“Secretary kau lelaki?? Hensem ke dia? Really??” Kirana ingin tahu.

“Wah..tak lama lagi adalah yang nak tempah baju pengantin kat butik aku lagi..” Mona girang.

“Ish kau ni Fida. Mana ada, Fida ni yang pandai-pandai, secretary pun aku tak ada lagi tau,” Khalisah mempertahan diri.

“Mulut Rafida ni masin, manalah tahu kan...” Mona mencelah.

Tak..Ada yang lain..

Selain dirimu,

Yang selalu kupuja...

Telefon bimbit Kirana berdering. Syahdunya lagu, bunga-bunga cinta betul lagunya. Khalisah

menjeling-jeling ke arah Mr Tuxedo yang masih berdiri gah di hujung sana. Mona perasaan.

“Khalisah. Mr Tuxedo tu cuma untuk tayangan je. Tak boleh bawa balik tau..ahaks~”

Rafida senyum sendirian.

Kirana mematikan telefon bimbit.

“Oklah korang, Mr Tuxedo aku dah ada dekat depan, aku balik dulu ya. Khalisah, Fida jumpa lagi ya. Mona, don`t forget baju aku....Thanks korang..”

Sempat Kirana menyindir Khalisah. Kirana berlaga pipi dengan mereka bertiga dan keluar dari butik tersebut. Khalisah dan Rafida juga meminta diri daripada Mona. Kelihatan Khairil sudah menunggu Kirana, Kirana masuk ke dalam kereta porshe milik Khairil dan melambai ke arah mereka.

“Untung betul Kirana. Tak perlu susah payah kerja, laki dia tak suruh kerja kot.”

“Mana taknya, bakal laki dia CEO Dermaga Holdings.”

“Ha, kau pun Khalisah, CEO Seria Holdings, nanti laki kau tak payah kerja lah kan?”

Rafida menyindir.

“Lawak mana pulak yang kau pakai ni Fida. Macam-macam betul.”

“Tu yang aku cakap tadi, secretary kau, laki kau, kan senang...”

Haih! Rafida ni main lepas je mulut dia, nasib baik kawan, kalau tak, dah lama dia terasa hati. Khalisah malas nak ingat pasal temuduga calon secretary yang tak selesai-selesai lagi. Esok tak tahu lagi apa pula benda yang akan dihadapnya. Khalisah teringat, sebelum berlalu pergi, Khalisah menjeling ke arah Mr Tuxedo di dalam butik Mona dan terus berjalan bersama Fida ke tempat keretanya diparkirkan.

Tiba-tiba..

Shapp...

Beg tangan Khalisah direntap oleh dua orang lelaki bermotor. Khalisah ditolak ke tepi, nasib baik Fida sempat memegang tangannya.

“Lisa!!!”

“Beg aku!!”

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 2

“Hand bag, beg, beg akuuu...!!”

Rafida yang sedang mencari Khalisah mendengar suara Khalisah yang kedengaran cemas di sebelah kanan butik. Takut apa-apa terjadi kepadanya, Rafida bergegas menuju ke tempat di mana dia mendengar Khalisah berteriak. Alangkah terkejutnya Rafida apabila sampai di sana dia melihat Khalisah berada di sebelah patung yang memakai tuxedo tadi, sedang tidur lena.

“Adoi! Boleh pulak kau tidur dekat sini Lisa. Dah tu mengigau lagi. Ni mesti penat pilihsecretary tadilah ni.”

Rafida mendekati dan membangunkan Khalisah.

“Lisa, Lisa, bangun Lisa..bangun.”

Macam dah terlalu seronok pulak tidur dekat situ, payah pula Khalisah hendak dibangunkan. Sudahlah begitu, tidur sebelah Mr Tuxedo pulak. Rafida mengambil air mineral di dalam begnya dan merenjis ke wajah Khalisah. Khalisah bangun dan cemas, dia memandang dan memegang lengan Fida.

“Hand bag, hand bag, beg aku Fida, beg aku kena ragut!! Tolong aku Fida, tolong aku!!”.

Rafida terkejut, tetapi sekali lagi bertindak pantas merenjis wajah Khalisah dengan air mineral. Khalisah terkejut.

“Lisa, hand bag kau dekat aku ni ha. Kita dalam butik Mona lagi ni. Bila pula yang ada peragut ni dekat sini..Bangun, bangun!”

“Sorry Fida. Aku terlelap tadi, mengantuk sangat. Semalam aku tak tidur siapkan kertas kerja projek perumahan tu.”

Khalisah berdiri sambil dibantu Rafida.

“Aku faham Lisa. Kalau ya pun buat apa tidur sebelah Mr Tuxedo tu, kan dah mimpi bukan-bukan. Tadi lepas Mona ukur baju Kirana kau tetiba hilang. Aku ingatkan kau pergi ladies, lama kami tunggu, rupanya kau tidur di sebelah Mr Tuxedo. Ehem..ehem..”

“Apa ehem-ehem?”

“Ah! Malas aku nak layan kau, faham-faham sendiri sudah. Dahlah, Kirana dah tunggu kita dekat depan tu. Dia dah nak balik dengan Khairil.”

Sambil berjalan sempat lagi Khalisah memandang Mr Tuxedo dari jauh.

‘Aku mark kau Mr Tuxedo. Bye-bye!’ Gumam Khalisah di dalam hati.

“Kau ni Lisa kena badi Mr Tuxedo tu ke apa? Cepat, tak yah pandang-pandang.” Rafida menegur apabila Khalisah masih mahu memandang Mr Tuxedo di belakangnya.

Tangan Khalisah ditarik pantas. Mona dan Kirana menunggu mereka di bahagian hadapan butik. Khairil juga telah ada di sana.

“Kau pergi mana tadi Lisa?” Kirana bertanya.

“Dia pergi honeymoon kejap dengan Mr Tuxedo dia. Tidur lagi you all sebelah Mr Tuxedo tu.” Rafida jadi tukang jawab.

‘Amboi! Kena aku. Rafida ni coverlinelah sikit. Ni Mr Tuxedo punya pasallah ni. Buat malu je.’ Khalisah tersenyum-senyum pahit dalam malu memandang kawan-kawannya.

“Honeymoon? Amboi, dalam butik aku kau boleh honeymoon Lisa. Wah, boleh tambah pakej ni, pakej tidur dengan Mr Tuxedo.” Mona menyindir sambil tersenyum-senyum.

“Khalisah, kawan-kawan aku ramai lagi yang single. Tak nak try ke?” Khairil menyampuk.

“Awak ni Khairil. Ingat ni zaman dulu-dulu ke? Nak pasang-pasangkan orang. Dah-dah. Lisa, Mona, Fida, kami balik dulu.” Kirana meminta diri.

Kirana berlaga pipi dengan tiga kawan baiknya. Dia melihat mereka satu persatu dan tersenyum. Mona memeluk kawan baiknya yang bakal berkahwin itu erat-erat. Seketika kemudian melepaskan pelukan.

“Diet jangan lupa.” Mona berpesan.

“Mona, janganlah bagi dia nasihat. Dia ni tak makan saman.” Khairil menyindir.

“Awak niii!” Kirana memukul bahu Khairil.

“Violence betul bakal bini aku korang tengoklah ni, belum apa-apa lagi. Habislah aku kena queen control nanti.”

Khalisah, Rafida dan Mona senyum melihat gelagat kawan baik mereka Kirana. Rafida memandang Khalisah, nampak sangat dia penat.

“Mona, kami balik dulu ya, dah jam 8 malam ni.”

“Ok guys, next week jangan lupa datang tau. Birthday I.”

“Mona, kau tu dah tua. Dah ada anak dan suami. Nak buat birthday lagi ker?” Khalisah bertanya.

“Tak, aku cari jodoh untuk kau. Nanti, bolehlah angkut Mr Tuxedo dari kedai aku ni ha. Tak payah nak termimpi-mimpi lagi.” Mona menjawab pantas.

‘Fuh! Pedas dan berbisa sungguh jawapan Mona, menusuk kalbu yang paling dalam. Retorik yang pap! Kena muka aku.’ Gumam Khalisah di dalam hati.

“Ada-ada saja kau Mona. Kau jangan risau kalau betul si Khalisah ni nak kahwin akulah orang pertama yang suruh dia tempah baju dekat butik kau ni ha. Buat masa ni, kami balik dulu. Bye.” Rafida jadi tukang jawab minta diri.

“Bye. Ingat tau bawa hadiah”

“Ya wahai kawanku Mona, aku bawakan sejadah ya.”

Mulut Rafida memang berbisa, sesuka hati mak bapak dia saja bercakap, tapi sekurangnya puas juga hati Khalisah, asyik-asyik nak menyindir saja kerjanya. Diam Mona. Ala, sakit hati kawan-kawan, gurau-gurau manja. Biasalah. Sakit kau, sakit aku juga. Khalisah dan Rafida keluar dari butik dan menuju ke ruang parkir kereta. Khalisah nampak berhati-hati, takut pula jadi peristiwa macam dalam mimpinya tadi. Dia memandang ke kiri dan ke kanan penuh curiga, Rafida menggeleng kepala melihat gelagat kawan baiknya itu. Sampai di kereta, Khalisah mencari kunci kereta di dalam beg.

“Mana pulak kunci ni,”

“Takkanlah hilang. Cari dalam poket-poket beg tu. Kau ni Lisa, tenanglah. Jangan cemas-cemas, kita bukan nak racing atau ikut amazing race.” Rafida membebel.

Semantara itu, Adam berada di kawasan berhampiran, dia baru balik daripada menghadiriinterview kerja. Seharian dia menghadiri interview di sana-sini. Tapi macam tiada satu pun yang berjaya. Geram juga hatinya, belajar tinggi-tinggi tapi payah betul hendak dapat kerja. Bukan dia memilih, macam-macam kerja dipohonnya, semua dia balun, tapi tak dapat-dapat juga, apakan daya belum rezekinya lagi. Nasib baiklah kerjanya sebagai penyanyi di sebuah restoran mewah dapat menampung kos sewa rumahnya. Tapi itupun kadang-kadang cukup makan saja. Semasa motosikalnya masuk ke simpang jalan, dia ternampak seorang wanita mirip seseorang yang dikenalinya melalui cermin tepi motornya. Adam asyik memerhati wanita tersebut. Wanita itu adalah Khalisah.

‘Syakila?’ Katanya di dalam hati.

‘Ah, tak mungkinlah.’ Gumam Adam sendirian.

“Tolong!!! Tolonggggg!!!”

Adam terkejut. Seorang wanita separuh umur menjerit meminta tolong. Adam melihat sendiri beg wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotor di hadapannya, dia cuba mengejar peragut tersebut. Khalisah dan Rafida yang berada tidak jauh terus berlari ke arah wanita itu.

“Makcik tak apa-apa?”

“Tak, beg makcik. Makcik baru datang dari kampung. Anak makcik suruh makcik tunggu dekat sini.”

“Sabar makcik. Sabar.” Khalisah menenangkan.

Khalisah dan Rafida membantu makcik berumur lingkungan 60 tahun itu ke bus stop. Rafida mengangkat beg makcik tersebut. Sementara itu, Adam masih cuba mengejar peragut tersebut. Dia melajukan pemanduan. Menyedari diekori, si peragut melajukan pemanduan.

‘Ceit! Lampu nak merah kat depan.’ Adam geram sendirian.

Si peragut melambai tangan ke arah Adam. Geram juga dia. Lepas lampu merah, Adam menghala ke arah jalan peragut tadi, manalah tahu si peragut tu ada lagi. Semasa masuk ke jalan tersebut, kesesakan pula berlaku, bayang-bayang peragut itu sudah menghilang. Ada pula kemalangan dekat depan, jammed lagi. Nyesal tak sudah lalu jalan tu. Adam cuba menyelinap motornya di celah-celah kereta, sampai di depan dia melihat apa sebenarnya berlaku. Alangkah terkejutnya Adam.

“Innalillah...”

Si peragut tadi kena langgar kereta sampai mati di tengah jalanraya. Darah kelihatan di sana sini. Memang tragik. Para ambulans dan pihak polis belum sampai ke tempat kejadian, orang ramai ada antaranya yang turun dan melihat. Punca penyebab kesesakan. Adam melihat hand bag yang diragut tadi tercampak jauh. Adam turun dari motosikalnya dan mengambil hand bag tadi dengan niat nak memulangkannya kepada si makcik tadi. Dia berlalu pergi dari situ. Anggota polis dan kereta ambulans sampai ke tempat kejadian. Adam memandang motosikal peragut tersebut. Dia masih terkejut, tapi jauh di sudut hati, ada hikmah di sebalik semua ini. Adam menuju ke motosikalnya dan berlalu pergi.

“Rafida, aku ambil telefon dalam kereta ya?”

“Okey.”

Khalisah berjalan sambil teringat mimpi semasa dia tertidur di butik Mona tadi.

“Kenapa sebijik macam yang aku mimpi tadi? Tapi bukan aku yang kena ragut, makcik tu,” Khalisah berkata sendirian dan berjalan menuju ke keretanya.

Adam menuju ke jalan di mana beg tadi diragut. Dia melihat makcik tadi bersama seorang wanita di perhentian bas berdekatan. Dia berhenti di depan mereka.

“Makcik, ini hand bag makcik.”

Rafida memandang lelaki bermotor tersebut di sebalik helmet. Samar-samar. Tapi dia bersyukur, ada lagi orang baik macam lelaki tersebut. Makcik tersebut mengambil beg tangan tadi.

“Terima Kasih nak.”

“Sama-sama. Lain kali hati-hati makcik. Jalan ni memang bahaya sikit, ramai peragut.”

Makcik tadi mengangguk.

“Saya balik dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Rafida dan makcik tersebut menjawab salam.

Belum sempat Rafida hendak bertanya di mana peragut itu, lelaki itu sudah berlalu pergi. Khalisah pula baru sampai ke bus stop.

“Siapa lelaki tadi?” Khalisah bertanya.

“Our superhero. Dia kejar peragut tadi, Alhamdulilah dapat balik hand bag makcik ni. Sayang kau tak sempat jumpa dia.” Rafida menjawab.

“Alhamdulillah. Ada juga orang baik yang boleh diharapkan.”

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta sampai tepat di hadapan mereka.

“Itu kereta anak makcik.”

Seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 9 tahun turun dari kereta dan berlari.

“Nenek..”

“Amran.”

“Rajis, kenapa kau lambat sampai? Mak kena ragut tadi? Nasib baik ada orang tolong.”

“Maaf mak, saya banyak kerja tadi. Cik, Terima Kasih ya jaga mak saya,”

Lelaki itu memandang Khalisah dan Rafida sambil membuka pintu kereta.

“Sama-sama,” Rafida menjawab.

“Terima Kasih nak,” Makcik tadi mengucapkan Terima Kasih kepada mereka.

“Sama-sama”

Makcik tadi senyum dan dibawa pergi dari situ.

“Khalisah, jom. Dah malam ni. Kang tak pasal-pasal ada lagi peragut lain, nak cari superhero malam-malam ni susah.”

“Apa susah. Keluang Man kan ada.”

“Keluang Man lah sangat. Kalau kena ragut kau tunggulah sampai bertongkat, takkan sampai-sampai Keluang Man nya.”

“Kau ni Fida, aku bergurau sikit pun nak serius-serius.”

“Wahai Puan Khalisah binti Dato’ Mazil. Daku penat, jom balik!”

“Amboi Cik Rafida Ishak. Ada aku kesah kau balik jalan kaki??!”

“Lisa!”

Khalisah sengaja bergurau, kemudiannya mereka menuju ke kereta dan terus balik. Adam pula sampai ke rumah sewanya 20 minit kemudian. Rumah flat itu kelihatan suram dengan lampu jalan yang kekuningan. Dia memarkir motornya dan kemudian menuju ke arah lif. Sampai di lif, Adam menekan punat lif, nasibnya baik, terus terbuka.

“Meow.”

“Oh! Mak engkau!” Adam terkejut, dia terdengar kucing mengeow dan terus masuk ke dalam lif.

“Engkau ni kuning, pemalas betul naik tangga. Pandai betul kau naik lif. Ceh! Masuk cepat!” Adam marah sendirian, ada juga lucu di hatinya.

Adam memandang-mandang kucing tersebut yang bersedia bila-bila masa sahaja untuk keluar.

Ting! Pintu lif terbuka.

“Meow..”

“Amboi, pandai betul kau ya kuning. Tahu pulak kau pintu lif ni nak buka.”

Adam keluar, si kucing bertuah itu juga keluar menuju ke tempat lain. Adam berjalan menuju ke rumah Kak Pah di mana dia meninggalkan Danish.

“Assalamualaikum Kak Pah?”

“Waalaikumsalam. Masuklah.” Kak Pah membuka pintu grill rumahnya.

“Papa!!” Danish berlari mendapatkan Adam, Adam menyambutnya gembira.

“Hari ni anak papa nakal ya? Ni, dah makan belum?”

“Dah papa.” Danish yang berumur 3 tahun itu teramat manja, dia memeluk-meluk Adam dengan erat sekali.

“Kak Pah, kami balik dulu ya. Maaf kak, asyik susahkan akak je.”

“Takpelah Adam, akak pun sorang-sorang je dekat rumah, anak-anak semua dah besar. Ada si Danish ni, terhiburlah akak sikit.”

“Terima Kasih kak. Cakap Terima Kasih kat makcik.”

“Terima Kasih makcik. Danish balik dulu ngan papa..”

“Sama-sama Danish.” Kak Pah memegang lengan Danish mesra.

Kak Pah memandang Danish yang diangkat Adam. Adam memandang Kak Pah yang masih melihat mereka, janda beranak empat itu memang baik hati, anak-anaknya sudah besar, semua ada keluarga sendiri. Sejak umur Danish berumur setahun lagi, Adam meminta bantuannya untuk menjaga Danish ketika keluar bekerja. Kadang-kadang Adam memberikan upah tapi Kak Pah sekeras-kerasnya menolak kerana baginya Danish adalah satu anugerah buatnya.

“Papa, Danish nak ais krim.”

“Danish, malam-malam mana boleh makan ais krim. Nanti batuk.”

Danish hanya memandang Adam, Adam senyum dan mencium pipi gebu Danish. Danish faham kata-kata ayahnya. Adam sampai ke depan rumahnya, dia membuka pintu dan membawa Danish masuk. Adam memandang sekeliling rumah. Macam tongkang pecah, baju Danish dan bajunya di sana-sini. Pening kepala melihatnya. Dia melihat Danish yang sudah mengantuk lalu membawanya ke bilik tidur, mana taknya sudah masuk jam 9 malam. Kalau tidak kerana mahu jadi superhero tadi, tak juga dia lambat balik. Adam memerhati Danish tidur, beberapa minit kemudian Danish sudah terlelap. Perlahan-lahan Adam keluar dan mengemas rumahnya perlahan-lahan. Baju-baju kotor dimasukkannya ke dalam mesin basuh. Bunyi mesin basuh itu satu flat boleh dengar. Adam kembali ke ruang tamu dan melihat sekeliling.

“Fuh! Ini baru rumah.” Adam lega memandang rumahnya yang sudah kemas.

Kemudiannya Adam menuju ke dapur. Pinggan mangkuk dan gelas semua bertimbun dalam singki. Tanpa mengeluh, dia mencuci semuanya. Inilah hadiah kesibukannya mencari kerja selama seminggu. Siang cari kerja, malam pula menyanyi di restoran mewah, memang langsung tiada masa di rumah, balik rumah untuk tukar baju dan tidur. Usai mencuci pinggan. Adam ke ruang tamu semula. Kemudiannya Adam membawa barang-barangnya masuk ke dalam bilik. Selesai mandi dan makan nasi bungkus, Adam membuka komputer ribanya untuk melayari facebook. Saja buang masa dan melihat status rakan-rakan. Adam memandang Danish yang lena tidur. Tiba-tiba...

Dan bila esok

Kita kan bertemu kembali

Masihkah ada ruang di dalam hatimu..

“Aih, kacau daun betul, sapa pulak yang call malam-malam buta ni?”

Adam memandang Danish, nasib baik tidak terkejut dengan bunyi telefon bimbitnya. Kemudian Adam mengambil telefon bimbitnya di atas meja. Dia melihat nama yang terpapar di skrin. Nama Pak Su, laju saja diangkatnya.

“Assalamualaikum Pak Su.”

“Waalaikumsalam Adam.”

“Pak Su sihat?”

“Pak Su sihat je. Mak Su kirim salam, saja Pak Su telefon tanya khabar kau dan Danish.”

“Adam sihat je Pak Su. Danish pun dah lena tidur. Cuma Adam belum dapat kerja je lagi”

“Takpelah Adam. Pak Su doakan yang terbaik untuk Adam. Ni, Pak Su nak ke surau ni dengan Mak Su engkau. Kau dah solat?”

“Err..Belum Pak Su,”

“Budak bertuah ni..Jangan lupa solat, doa banyak-banyak supaya dapat kerja. Pak Su dengan Mak Su dah lambat ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

‘Kena aku sebijik, tak solat lagi.’ Gumam Adam sendirian.

Adam meletakkan telefon bimbitnya. Tanpa berlengah dia ke bilik air dan mengambil wudu’ lalu solat. Usai solat, Adam menghadap komputer ribanya lagi, menaip resumenya untuk esok. Setiap hari dia akan membaiki resumenya untuk mencari pekerjaan. Masa berlalu agak pantas, Adam melihat jam di dinding, sudah hampir jam 11 malam. Esok dia nak pergi interview lagi.

*************

AWAL pagi lagi Adam keluar dari rumah sewa untuk menghadiri interview kerja. Adam membawa Danish yang belum mandi ke rumah Kak Pah. Selepas itu dia turun ke bawah. Adam menhidupkan motor dan berlalu pergi. Adam sampai awal ke lokasi temuduganya itu. Ini temuduganya yang kelima, entah kali ni boleh dapat atau tidak dia berserah saja pada tuhan. Adam meletakkan motosikalnya di satu tempat. Masuk saja ke dalam, Adam ke kaunter pertanyaan dan bertanya di mana tempat temuduga. Adam masuk ke dalam lif, kelihatan seorang wanita tergesa-gesa masuk ke dalam lif dan hampir terlanggar Adam. Dokumen di tangannya jatuh, Adam lantas membantu tanpa disuruh. Adam seperti pernah melihat wanita tersebut. Baru dia teringat, wanita di bus stand semalam. Mungkin perempuan ni tidak sedar dia pernah berjumpa dengan Adam sebab malam tadi Adam memakai helmet.

“Maaf.” Wanita itu meminta maaf.

“Its ok.” Adam menjawab.

“Nak pergi interview juga ke?”

“Ya.”

Ting!

Pintu lif terbuka.

“Good Luck ya.”

“Terima Kasih.”

Adam dan wanita itu keluar, wanita itu senyum dan terus masuk ke dalam. Adam pula berjalan masuk ke bahagian hadapan dan melihat beberapa orang sedang mengisi borang. Itu sudah tentu lokasi temuduga. Seorang wanita menghulurkan borang, Adam mengisi borang tersebut. Ada lebih kurang 15 orang semuanya dan 3 orang saja lelaki. Adam mengambil tempat duduk sambil mengisi borang. Ramai juga yang datang, mesti tipis peluang nak dapat. Seorang daripada calon wanita menyapa Adam.

“Awak memang nak apply ke?”

‘Aish perempuan ni, dah aku dekat sini, takkan aku nak ronggeng plak.’ Marah Adam dalam hati.

“Ah. Ya. Awak?”

“Sama. Awak really nak apply jawatan secretary ni?”

‘Kenapa pulak yang aku rasa macam kena interview oleh seorang wartawan ni.’ Adam bercakap dalam hati

“Ya.” Adam menjawab acuh tidak acuh.

“Tapi biasanya jawatan secretary ni keutamaanya untuk perempuan. Awak tak tahu ke?” Perempuan itu bertanya lagi.

‘Perempuan ni nak psiko akulah tu. Helo? Ni mesti nak takut-takutkan akulah ni. Konon takde harapan nak dapat kerja tu,’ Gumam Adam di dalam hati.

“Tahu.” Adam menjawab perlahan.

“Zakiah Ahmad.”

Adam dan yang lain memandang. Perempuan yang bertanya Adam macam-macam tadi dipanggil.

‘Aman rasanya.’ Gumam Adam sendirian.

Belum sempat Adam merasa aman, Adam terpandang seorang lelaki yang duduk di hadapannya memandang Adam tajam. Adam faham benar maksudnya.

‘Bangang punya jantan. Aku tengah cuak nak interview kau sibuk usha aku.’ Marah Adam.

Adam memandang ke arah lain, mengambil telefon bimbit dan pura-pura bermain game, sengaja dia buat begitu. Kemudiannya Adam duduk seperti biasa. Lelaki itu senyum lagi. Mak aih! Mangkuk betul. Geram Adam dibuatnya. Sikap lelaki gay sekarang memang tak boleh tahan, dekat mana-mana ada. Adam faham benar perangai mereka, jangan dilayankan, nanti menjadi-jadi pulak. 10 minit kemudian perempuan yang bersoal jawab dengan Adam tadi keluar, sebaik keluar tiada senyuman langsung diwajahnya. Perempuan itu berlalu pergi dengan cepat, tak pandang Adam pun.

“Azman Hamid”

Wanita tadi memanggil, sekali lagi semua memandang siapa yang dipanggil. Lelaki yang memandang dan senyum dengan Adam tadi berjalan masuk. Lega Adam, tak perlulah lagi dia pura-pura bermain telefon bimbit bagai. Namun, apa yang mengejutkan tak sampai beberapa minit lelaki itu juga keluar, sekejapnya dia. Lelaki itu berjalan keluar dengan cepat. Tak memandang Adam dan sesiapa. Gerun juga Adam, apa yang sebenarnya berlaku di dalam, sudah lima calon dipanggil, bila keluar semua tarik muka. Apa yang sebenarnya terjadi? Kemudiannya beberapa nama lagi dipanggil, Adam menunggu dengan sabar. Kalau ikutkan, dia bukan nak apply jawatan secretary, tapi apa boleh buat, kata orang jangan memilih. Dia tak kisah kerja secretary, apa yang penting sekarang adalah mendapatkan pekerjaan. Adam menunggu dan menunggu. Ah! Tiba-tiba Adam merasa seram sejuk tangannya.

‘Napa macam rasa gemuruh ni. Pleaselah Adam, bukan kau nak kena menari joget lambak dekat dalam tu’ Marah Adam sendirian pada dirinya.

Boleh pula marah pada diri sendiri sebab gemuruh. Beberapa minit kemudian namanya dipanggil.

“Adam Rashid”

Adam melihat di sekeliling. Dah takde orang.

‘Aku yang paling last..habislah..mesti dia dah ada calon pilihan ni. Saja nak habiskaninterview.’ Tebak Adam sendirian.

Adam membuka pintu dan masuk ke dalam.

“Silakan duduk,”

Adam mendengar arahan dari seorang wanita, wanita itu menghadap ke belakang kerana sedang memfaks sesuatu. Adam menunggu penuh debaran sambil memegang pen. Macam-macam berlegar di kepalanya. Biasalah kalau sedang menunggu temuduga, berfikir soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang akan diberikanlah. Dia menunggu, Adam meneka, mungkin perempuan ni boss syarikat.

‘Lama lagi ke ni..’ Gumam Adam sendirian.

Tiba-tiba wanita itu berpaling ke hadapan menghadap Adam. Adam terkejut.

“Boleh saya tengok resume awak?” Wanita itu bertanya.

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 3

ADAM menyerahkan resumenya seperti diminta. Tangannya terketar-ketar, nasib baik resumenya tidak jatuh. Pantas saja wanita itu mengambil resumedari tangan Adam dan terus membeleknya sehelai demi sehelai. Tegas juga wanita itu fikir Adam. Adam menunggu dengan tenang, pen yang dipegangnya digenggam erat. Bersiap sedia dengan apa saja soalan daripada wanita tersebut. Sambil-sambil menunggu, sempat juga Adam memandang sekeliling pejabat yang serba indah, dari tingkap kaca di sebelah kanan dia dapat melihat menara berkembar petronas yang tersergam indah walaupun agak jauh. Selepas seketika, wanita itu memandang Adam sekali lagi.

“Encik Adam.”

“Ya..ya saya.” Adam menjawab terketar-ketar.

“Boleh berdiri dan buat catwalk tak?”

‘Whatttt???!!’ Adam berteriak di dalam hati. Apalah dosa dan kejahatan yang dibuat sehingga dia dikehendaki catwalk. Boleh jatuh saham yang memang tak laku itu. Apa sebenarnya sebab dan kriteria utama menyebabkan wanita tersebut menyuruhnya melakukan catwalk itu. Mungkinkah kerana dia menaiki lif bersama seekor kucing semalam. Dia habis fikir.

“Encik Adam.” Wanita itu masih menunggu jawapan dan permintaan arahannya.

“Ya Puan.” Dengan serba pelat dan malu-malu Adam berdiri dan berjalan menuju ke arah pintu.

“Ok, move!”

Dalam terpinga-pinga Adam menurut perintah wanita tersebut umpama Tyra Banks memberi arahan kepada peserta America’s Next Top Model nya, terbayang-bayang dia dengan calon-calon sebelumnya, mungkinkah mereka juga dikehendaki catwalksepertinya. Baru sekali round wanita itu memberi arahan lagi. Adam berhenti dari menayangkan aksi catwalknya yang ke laut merah itu dan mendengar arahan.

“Okey Encik Adam, Terima kasih kerana datang ya. Kami akan hubungi kemudian jika terpilih.”

“Terima Kasih Puan.”

Adam menuju ke arah pintu keluar.

“Encik Adam, resumenya.”

“Opss! Lupa, Terima Kasih.”

Adam mengambil resume yang tertinggal dan cepat-cepat keluar.

‘Fuh! Itu syarikat cari model ke? Nampak sangat nak buli aku.’ Gumam Adam sebaik keluar.

Geram pun ada, wanita itu akan diingatnya sampai bila-bila. Malu Adam dibuatnya, kalau tidak mahu ambil bekerja suruh saja balik, ini suruh catwalk. Teringat Adam ketika diminta rakan sekolej untuk menjadi model sesi photoshoot mereka, itulah kali pertama dan kali terakhir Adam bersetuju untuk menjadi model, itupun setelah dipujuk berkali-kali.

“Maaf, maaf.” Adam meminta maaf apabila terlanggar seorang lelaki ketika dia menuju ke lif.

Kerana geram tadi, matanya melilau entah ke mana. Adam masih merasakan wanita itu sengaja

mempermainkannya.

‘Buang minyak motor aku saja, kalau beli susu Danish lagi baik.’ Gumam Adam sendirian.

Rafida yang kebetulan berada di sana mahu kembali ke Seria Holdings setelah selesai menghantar kontrak perjanjian. Dia ternampak Adam baru keluar dari pejabat temuduga dan menuju ke lif. Adam kelihatan seperti tidak bersemangat. Rafida menarik nafas, tanpa bertanya dia sudah tahu apa yang berlaku. Adam berjalan ke arah lif tanpa menyedari Rafida memerhati. Rafida juga menuju ke arah lif. Kemudiannya Rafida menegur Adam.

“So, macamana interview tadi?”

Adam terkejut, dia menoleh ke tepi. Wanita yang dijumpainya di lif awal tadi.

“Maaf cik. Saya tak perasaan. Interview tadi rasanya tak dapat kot.”

“Takpe, next time boleh cuba lagi.”

“Kebetulan terserempak kali kedua. Awak memang kerja dekat sini ke? Gi lunch ke ni?”

“Ish, takdelah. Saya kerja dekat syarikat lain. Datang sini jumpa klien.”

“Oh, macam tu.”

Ting! Pintu lif terbuka. Adam dan Rafida masuk.

“Sila. Ladies first.”

“Thank You.”

Wait a minute. Rafida perasaan sesuatu. Seolah pernah dia bercakap dengan lelaki tersebut. Ah! Tak mungkin dia. Tapi, dari suaranya macam dia. Rafida berteka teki sehinggalah lif terbuka. Adam dan Rafida keluar bersama-sama.

“Mana kereta awak?” Rafida bertanya.

“Kereta? Saya naik motor sajalah.” Adam menjawab.

Kebetulan, kereta Rafida berada tidak jauh daripada motor Adam. Rafida menoleh dan melihat motor tersebut.

‘Memang dia superhero semalam.’ Gumam Rafida di dalam hati apabila melihat motor Adam.

Adam terasa malu dipandang oleh Rafida. Wanita itu memakai kereta lancer, dia pula hanya memakai motor rxz cabuk. Rafida masuk ke dalam kereta semantara Adam cuba menghidupkan motornya, mula-mula motor cabuk itu buat hal, sabar-sabar juga hati Adam, nasib baik cubaan kali keduanya berjaya. Adam menggerakkan motornya ke hadapan dan menaikkan tongkat motor.

“Awak lelaki semalam kan?” Rafida bertanya.

Terkejut Adam disapa sebegitu. Adam menoleh ke kanan, melihat Rafida yang sudah membuka tingkap keretanya.

“Maaf, saya takde niat apa-apa.”

“Janganlah macam tu. Kalau tak kerana awak, hand bag makcik semalam tu takkan selamat. By the way, saya Rafida.”

“Saya Adam.” Adam malu-malu.

“Saya rasa saya boleh tolong awak.”

“Maksud awak apa?”

“Macam ni, boss saya perlukan seorang secretary. Awak nak tak?”

“Insya Allah boleh.”

“Okey, kalau macam tu, awak datang esok jam 10 pagi dekat syarikat kami. Ini business card syarikat, awak datang syarikat ni jam 9 pagi esok, temuduga masih berjalan."

“Boss awak perempuan ke lelaki?.”

“Perempuan.” Rafida menjawab.

“Terima Kasih sajalah niat baik awak. Mesti saya tak dapat punya.”

Rafida tahu pasti Adam berfikiran sedemikian.

“Lain orang, lain pandangannya. Tak semua boss wanita cerewet tau. Okey Adam, esok kita jumpa dekat office ya.”

Adam melihat business card yang diberikan Rafida. Seketika kemudian Rafida menutup cermin kereta dan berlalu pergi meninggalkan Adam. Rafida senyum sendirian. Tidak jauh dari situ dalam sebuah kereta seseorang memerhatikan Adam.

“Jalan!.” Orang itu memberi arahan kepada pemandunya.

Semantara itu, Adam masih termagu dan berfikir-fikir. Tidak apa agaknya, belum cuba belum tahu. Mana tahu kali ini dia bernasib baik. Tapi yang dirisaukan Adam mengenai boss perempuan. Kalau dia memohon untuk menjadi office boy takpelah jugak. Ini jawatan secretary, takut reaksinya macam interview tadi. Seriau Adam dibuatnya,catwalk bagai segalalah. Adam menghidupkan motornya dan malas mahu memikir. Gumamnya kalau boss sang hawa ni memang biasa membuli pekerja lelaki. Dia berlalu pergi dari syarikat tersebut. Lagipula petang nanti dia mahu berjumpa pengurusnya di restoran mewah untuk meminta payment bagi membeli keperluan.

**********

KHALISAH yang sedang sibuk memeriksa beberapa dokumen syarikat mendengar pintunya diketuk, dia sudah mengagak. Itu pastinya Rafida.

“Masuk!”

Rafida membuka pintu dan mengukir senyuman panjang. Senyuman yang sudah ditebak oleh Khalisah.

“Kenapa senyum-senyum panjang ni? Berjaya kan?” Khalisah bertanya.

“Yang tu Cik Puan Khalisah jangan risaulah. Ini sayalah Rafida. Pastilah, takat-takat celah gigi je benda-benda tu. Ni, saya nak inform satu lagi berita gembira.”

“So, dalam gembira ada lagi satu berita. Let me know.”

“I rasa I dah jumpa secretary yang sesuai untuk Cik Puan Khalisah.”

“Apa?! Siapa? Mana calonnya?” Khalisah ingin tahu.

“Puan Khalisah, anda diminta bersabar. Hari ni dia tak dapat datang. Esok dia datang.”

“Tapi, tak semestinya dia dapat. Kena interview dulu.”

“Yalah-yalah. Aku faham polisi syarikat.”

“Bagus. Jom lunch.”

“Puan tak lunch lagi. Ramai ke yang datang interview tadi?”

“Ramailah sangat. Dua orang je. Tu pun tak boleh ambil. Surrender aku. Harap-haraplah orang yang kau cakap tu boleh memenuhi syarat aku.”

“Syarat kau tinggi sangat. Kalah syarat Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka.”

“Kita mesti nak yang terbaik kan? Kejap, lelaki ke perempuan orang yang kau proposejawatan ni?”

“Biarlah.. rahsia...” Rafida menyanyi sumbang lagu Biarlah Rahsia di depan Khalisah.

Mereka tertawa, kemudiannya keluar dari pejabat dan menuju ke ruang parkir. Semasa memasuki kereta, Rafida membuka hand bagnya.

“Boleh tunggu tak? Aku nak amik phone akulah. Tertinggal kat kereta aku.”

“Tak payahlah Fida. Ada yang penting ker? Ke, takut Mr Tuxedo kau call?”

Gara-gara kejadian di butik Mona tempoh hari, semua lelaki digelar Mr Tuxedo oleh Khalisah dan Rafida.

“Ish, takdelah. Biarlah phone tu, kita pun tak lama kan.”

Khalisah menghidupkan kereta, dia menekan punat radio dan kebetulan lagu yang disiarkan deejay adalah lagu kegemarannya. Asyik Khalisah dan Rafida mendengar lagu tersebut sambil Khalisah memandu menuju ke restoran berdekatan. Sambil-sambil itu Rafida teringatkan Adam, baru dia perasaan wajah Adam sangat kacak. Umpama lelaki Melayu terakhir. Sudahlah baik, kacak lagi. Dalam lamunan itu, Rafida asyik juga mendengar lagu yang diputar di radio kereta Khalisah. Lagu Kisah Dongeng yang diputar deejay radio itu membuai perasaannya.

Ku sedar ku tak seberapa

Jika dibanding mereka

Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berkias

Hanyalah hati yang ikhlas

Terpendam simpan untuk dia yang suci....

Mencintai aku dengan seadanya..

Sanggup menerima insan tak sempurna,

Dalam waktu sedih, Dalam waktu hiba,

Ku harapkan dia..Rela..

Khalisah memandang Rafida dan kemudian bertanya sesuatu kepada Rafida yang sedangfeeling-feeling seorang diri..

“Fida, kau tengok tak drama Cinta Elsysa semalam?”

Khalisah pelik tidak mendengar respon daripada Rafida. Kemudiannya Khalisah bertanya sekali lagi.

“Fida, kau tengok tak drama Cinta Elysa semalam?”

“Adam?”

Gara-gara perkataan semalam berdekatan dengan Adam, Rafida tersasul menyebut nama Adam, apalagi, bertanyalah Khalisah kepada empunya badan.

“Fida, siapa Adam tu? Nama watak lelaki dalam Cinta Elysa tu Aril lah.” Khalisah berasa pelik Rafida menyebut nama Adam.

“Ya, ya Aril. Maaf Lisa. Apa soalan kau tadi?”

“Wahai kawan baikku Rafida, kau dah sampai ke London ke Gunung Kinabalu ni?”

“Kau ni Lisa, aku ada dalam kereta kaulah, bila masa pula aku pergi tempat-tempat tu.”

“Jadi, yang kau termenung-menung ni teringat siapa? Ha, Adam ya? Siapa tu, sharelah sikit. Mr Tuxedo engkau ya? Kau jangan kata nak kahwin pulak...” Khalisah cuba mengorek rahsia emas dari Rafida.

“Takde apa-apalah. Kau tanya drama Cinta Elysa semalam kan?”

“Tak payah ubah topik okey.”

“Kau ni Lisa, aku cakap betul apa.”

“Okey. Aku dengarlah ni.”

“Semalam Mak Jah dah tahu mereka bukan suami isteri. Mak Jah suruh Elysa menikah dengan Aril.”

“Oh ya ke? Fida, sebenarnya aku tengok semalam. Saja aku tanya.”

“Lisa!!”

“Ala, janganlah marah. Aku saja je tanya sebab kau dah melayang-layang tadi. Kita dah nak sampai ni.”

Beberapa minit kemudian mereka sampai ke tempat dituju. Khalisah melihat restoran tempat mereka selalu kunjungi.

“Ramainya orang. Nak makan tempat lain tak?” Khalisah bertanya.

“Takpelah kot Lisa. Mula-mula ni je ramai tu. Jom ah.”

“Yalah-yalah.”

Khalisah memarkir kereta berhadapan restoran. Mereka berdua turun juga dari kereta lalu masuk ke dalam restoran. Seperti biasa, mereka duduk di meja mereka. Nasib baik tiada orang duduk di situ. Adam juga masuk ke dalam restoran tersebut kerana terpaksa, tiada lagi restoran berdekatan. Perutnya juga berbunyi-bunyi sebab tidak sempat makan pagi tadi gara-gara temuduga tersebut. Adam melihat hampir semua meja penuh. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Adam mengangkatnya sambil memerhati mana-mana meja kosong.

“Khalisah, aku nak pergi ladies kejap, dah nak terkucil ni.”

“Okey. Okey. Kau nak makan apa?”

“Macam biasa.”

“Roger.”

Khalisah terasa lama menunggu waiter mengambil pesanan, dia berdiri dan menuju ke kaunter. Adam menoleh dan melihat meja kosong. Dia terus duduk di situ. Khalisah tidak menyedari meja mereka telah diambil orang. Dia menunggu di kaunter kalau-kalau ada pekerja di situ, dia melihat semuanya agak sibuk.

“Apa Kak Pah? Pagi tadi dia baik-baik saja. Okey, okey, kejap lagi saya balik.”

Adam menutup telefon bimbitnya, terpaksa dimatikan niatnya untuk makan kerana Danish tiba-tiba diserang demam panas. Dia berdiri dan keluar dari restoran tersebut. Rafida menuju ke meja, dia terlihat Adam tergesa-gesa pergi.

“Adam?”

Rafida melihat meja di mana Khalisah menunggu tadi kosong. Dia menoleh ke kaunter dan terlihat Khalisah di sana sedang bercakap dengan waiter. Rafida mengambil tempat duduk dan menunggu Khalisah datang. Setelah selesai urusan di kaunter Khalisah balik kembali ke mejanya.

“Rajinnya kau Lisa, kalah waiter tu.”

“Amboi, puji ke sindir tu?”

“Dua-dua sekali bolehkan?”

Mereka berdua tertawa dan menunggu pesanan mereka sampai.

Semantara itu Adam dalam perjalanan balik. Dia berasa terlalu risau dengan keadaan Danish. Jarang sekali dia diserang demam panas dan sekiranya demam Danish selalunya akan mencarinya. Telefon bimbitnya berbunyi, dia dapat menebak. Sudah pasti itu Kak Pah lagi. Adam semakin bimbang takut apa-apa terjadi kepada Danish. Adam melajukan sedikit pemanduan untuk cepat sampai. Sebuah kereta yang membuat pusingan U tiba-tiba masuk dan melanggar motosikal Adam. Nasib baiklah Adam sempat terjun dari motosikalnya. Pemilik kenderaan yang melanggar motosikal Adam turun dari kereta dan mendekati Adam.

“Encik tak apa-apa?”

“Saya tak apa-apa, tapi tolonglah encik, anak saya demam panas. Saya nak bawa dia ke hospital.”

“Okey. Masuk kereta saya. Rahim telefon syarikat tunda dan bawa motosikal tu masuk bengkel.” Orang itu memberi arahan kemudiannya memandang Adam.

“Encik tinggal dekat mana?”

“Flat Sri Indah, Cheras.”

Adam kelihatan sangat risau, dia tidak perasaan sikunya juga berdarah. Dalam fikirannya hanya Danish. Kereta prado itu langsung saja memecut dan sampai ke destinasinya. Sampai di depan flat, Kak Pah sudah menunggu Adam datang.

“Mana Danish Kak Pah?”

“Ada kat dalam dengan Nadia. Kenapa dengan kamu ni Adam? Kamu kemalangan ke?” Kak Pah risau melihat keadaan Adam.

“Takpe Kak Pah, sikit je, motor dah masuk bengkel. Danish yang penting.”

Adam masuk ke dalam dan mengangkat Danish.

“Kamu nak bawa dia dengan apa Adam? Kak Pah minta tolong Pak Mat hantarkan ya?”

Adam mengangguk lalu kemudiannya turun ke bawah membawa Danish bersama dengan Nadia dan Kak Pah. Kak Pah mencari-cari Pak Mat tetapi kemudiannya lelaki yang menghantar Adam memanggil mereka. Rupa-rupanya dia menunggu Adam.

“Naiklah.”

Adam berasa serba salah tetapi memandangkan keadaan Adam yang seakan teruk, dia tiada pilihan selain naik kereta tersebut. Kak Pah melihat mereka berlalu pergi. Adam memeluk-meluk Danish dan mengusap-usap kepalanya.

“Abang Adam, saya ikut sekali ya?” Pinta Nadia.

Adam memandang Kak Pah, Kak Pah mengangguk, tiada kata yang mampu dikeluarkan kerana terlalu risau. Anak saudaranya itu baru saja sampai ke Kuala Lumpur pagi tadi kerana mendapat panggilan menyambung pelajaran di sebuah kolej, biasanya dia memang datang ke rumah ibu saudraanya itu bila ada kelapangan. Kemudiannya Adam dan Nadia masuk ke dalam kereta prado tersebut. Adam mengusap-usap kepala Danish, wajahnya tersangat risau. Lelaki itu memandang dan teringat akan dirinya berkelakuan seperti itu beberapa tahun dahulu. Air matanya mengalir deras apabila teringatkan peristiwa itu. Peristiwa yang tidak mungkin akan dilupakannya sampai bila-bila. Tidak lama kemudian mereka sampai ke hospital, Danish dibawa ke unit rawatan rapi. Adam cuba masuk tetapi ditegah oleh jururawat bertugas. Lelaki itu memegang bahu Adam. Nadia turut menenangkan Adam.

“Sabarlah. Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang sabar.”

Adam menarik nafas.

“Encik pun rasanya perlukan rawatan, siku encik banyak berdarah.” Lelaki itu memberitahu.

Adam menurut walaupun hatinya enggan meninggalkan Danish di sana. Nadia membawa Adam berjumpa doktor dan lukanya dibersihkan lalu dijahit. Kemudian mereka menunggu di luar ICU bersama-sama lelaki tadi dengan wajah resah..

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 4

SESEORANG memerhatikan Khalisah dan Rafida dari jauh. Telefon bimbitnya bergetar, dia tersenyum usai menerima pesanan ringkas daripada seseorang. Masa untuk kembali telah tiba. Dia menoleh ke arah Khalisah dan Rafida lalu berlalu daripada situ menuju ke satu tempat, tempat yang bakal merubah tiga ratus enam puluh darjah kehidupannya tetapi dia tetap gembira. Masa yang amat ditunggu-tunggu olehnya dengan penuh sabar selama bertahun-tahun kini telah berpenghujung. Dia melajukan pemanduan meninggalkan kawasan tersebut dengan rasa tidak sabar.

Semantara itu pesanan yang ditunggu-tunggu Khalisah dan Rafida akhirnya sampai ke meja mereka, baunya saja sudah cukup membuka selera. Menu mereka tengahari itu ialah sup cendawan, ikan tiga rasa, dan nasi putih. Menyirap kelaparan mereka dari pagi tadi terutamanya Rafida yang tidak menjamah apa-apa. Suasana restoran agak tenang, semua orang sedang menikmati hidangan tengahari mereka. Rafida membuka bicara.

“Tadi, calon secretary kau tu ada dekat sini. Tapi tiba-tiba dia dah keluar.”

“Ya ker? Aku tak nampak pun.” Khalisah menjawab dan menoleh ke kiri dan ke kanan.

“Wahai Khalisah sahabat tercinta, intan payung permata nilam. Kalau you terjumpa dengan dia pun you kenal ke? Agak-agaklah.”

“Aku dapat rasa secretary yang kau nak introduce ni Mr Tuxedo kan?” Khalisah cuba meneka.

“Amboi. Itu aku tak nak jawab. Esok kau tengoklah dengan mata kepala kau sendiri.” Bidas Rafida.

“Wah. Special sangat ke dia sampai kau nak berahsia-rahsia ni?” Khalisah ingin tahu, dia memandang tepat ke arah Rafida.

“Bukanlah special. Aku tengok lain, kau tengok lain. Manalah sama. Dahlah, nak dekat jam 1 dah ni. Makan, makan,” Rafida mengelak.

Rafida sengaja mengubah topik agar Khalisah tidak bertanya-tanya lagi mengenai Adam. Sedang enak mereka makan, ayah Khalisah menghubungi. Khalisah lantas saja mengangkat. Lagipula petang nanti ayahnya akan datang ke syarikat kerana ada klien dari Brunei Darussalam yang mahu berjumpa.

“Abah dekat mana tu?”

“Abah dekat hospital ni Lisa.” Dato’ Mazil menjawab.

“Apa?! Abah buat apa dekat situ. Abah sakit ke?” Khalisah cemas.

“Taklah. Kawan abah. Nanti kamu handle ya. Abah sampai office lambat sikit. Abah dah bagitau Dato’ Pangiran Malik.”

“Okey. Lisa tengah makan ni. Abah dah makan ke tu?”

“Abah dah makan awal tadi. Okeylah, abah letak phone dulu. Take care.”

“Baik big boss!”

Khalisah menutup telefon bimbitnya dan menyambung agenda makan tengaharinya bersama Rafida.

******

ADAM dan Nadia pula masih lagi menunggu doktor keluar, lelaki yang bersama mereka meminta diri bersama pemandunya kerana ada urusan. Sudah hampir dua jam mereka mundar mandir di luar ICU itu. Beberapa minit kemudian lampu di bilik ICU dipadamkan, doktor keluar.

“Keluarga pesakit?”

“Saya doktor.” Adam menjawab.

“Anak encik dalam keadaan stabil. Demamnya sudah turun, nasib baik dia dibawa ke hospital cepat. Kalau tidak mungkin ada komplikasi.”

“Terima Kasih doktor. Boleh saya melawat anak saya?”

“Boleh. Sila.”

Adam masuk ke dalam wad bersama Nadia. Di sana, dia melihat Danish yang sedang tidur. Adam senyum melihatnya. Adam mendekati dan mengusap kepala Danish dengan penuh kasih sayang. Kagum Nadia melihat sifat kebapaan Adam. Nadia sendiri baru mengenal Adam, Adam tidak pernah menceritakan perihal bekas isterinya samada mereka bercerai ataupun isterinya telah meninggal dunia. Kak Pah juga tidak pernah diberitahu, semasa Adam berpindah ke kawasan Flat itu, dia hanya membawa Danish dan sedikit barang. Adam tidak pernah menceritakan apa-apapun kisah dirinya kepada sesiapa. Dia lebih senang tidak dikenali. Nadia memandang jam tangannya. Kemudian meminta diri.

“Abang Adam. Saya balik dulu ya. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

“Terima Kasih Nadia. Cuma beritahu Kak Pah keadaan Danish. Hati-hati.” Adam berpesan dan memberi senyuman.

“Yalah.”

Nadia mencium dahi Danish dan kemudian meninggalkan Adam menjaga Danish.

*****

AWAL pagi itu sengaja Khalisah datang awal ke syarikat, berdebar-debar dia menunggu kedatangan calon secretary yang dimaksudkan oleh Rafida.

I keep falling, Falling I can..

I stop falling,

Falling in love with you..

Telefon bimbit Khalisah yang belum disilentkan berbunyi. Sengaja diubah ring tonetelefon bimbitnya kerana semalam dia terdengar lagu terbaru Dato’ Siti Nurhaliza I’m falling in love yang muziknya unik dan menarik ketika memandu semalam. Dia melihat skrin telefon jenama blackberrynya. Tertera nama abahnya. Khalisah cepat-cepat mengangkatnya.

“Helo abah.”

“Khalisah, petang ni bakal peguam akan balik ke Malaysia.”

“Bakal peguam? Maksud abah siapa?”

“Takkanlah Lisa tak kenal lagi Aril.”

“Terlupalah abah. Jadi, abang Aril dah habis studylah?”

“Ya.”

Khalisah teringatkan Aril seketika. Jejaka berumur 30 tahun itu sudah lama rasanya Khalisah tidak bertemu mata. Hampir beberapa tahun rasanya. Anak saudara ayahnya itu memang nakal, ada-ada saja caranya mengusik Khalisah. Khalisah berasa excited pula dengan kepulangan Aril, banyak saja cerita yang mahu didengarinya. Walaupun sering berhubung di laman maya, namun Khalisah berasa berdebar pula mahu menemui Aril semula. Aril sudah dianggapnya seperti abangnya sendiri walau pernah suatu ketika dahulu perasaannya terhadap Aril merasakan lebih dari seorang abang.

“Lisa, Lisa, Khalisah? Are you there?”

“Ya abah, Lisa ada lagi ni.”

“Sebenarnya dia dah balik minggu lepas. Just to suprise you.”

“Apa?! Kenapa abah tak inform dekat Lisa?”

“Lisa, bukan kejutanlah kalau abah dah bagitau Lisa. Sekarang, buka pintu pejabat Khalisah and let him in.”

“Betul ke ni bah?”

“Belum buka belum tahu kan?”

“Okey.”

Khalisah berjalan girang menuju ke pintu. Dan dengan sedikit getaran di tangannya dia menekan tombol pintu dan terus membukanya. Ah! Sah! Kena tipu. Tiada siapapun, bayangan Aril pun tiada. Khalisah mengambil telefon bimbitnya dan bercakap dengan ayahnya.

“Abah main-main dengan Lisa ya?” Marah Khalisah.

“Taklah, maybe Aril tak sampai lagi kot.”

“Yalah-yalah.” Khalisah membebel dan mematikan telefon bimbitnya.

Tiba-tiba...

“Happy Birthday to you...Happy Birthday to you..Happy Birthday to Lisa..Happy Birthday to youuuuuuuuuuuu.....”

Khalisah terkejut. Dia memandang ke belakang. Rafida dan staf lain tiba-tiba masuk ke dalam pintu bilik Khalisah yang terbuka. Seorang lelaki memakai mask sedang memegang sebiji kek chocolate yang baunya sangat menggigit hempedu lapar kerana Khalisah belum bersarapan disertai dengan beberapa batang lilin yang dinyalakan di atas kek. Khalisah masih lagi terkejut, terdiam. Dia sendiri hampir terlupa tarikh lahirnya hari itu. Selalunya dia akan ingat kerana pernah dia mempunyai pengalaman di kolej dulu, mandi tepung dibuatnya. Khalisah kemudian mendekati Rafida.

“OMG!!! Rafida, you yang plan semua ni dengan abah saya kan? Sampai hati ya!” Khalisah tiba-tiba bersuara seperti marah. Biasalah lagak seorang boss syarikat.

“Maaf Puan Khalisah, its not me really, but this guy.” Rafida seolah rasa bersalah dan menunjuk ke arah seorang lelaki di sebelahnya.

Khalisah memandang lelaki yang memakai mask tersebut, lelaki yang sangat misteri itu.

‘Ini mesti Aril. Oh My God! Berdebarnya aku...’ Gumam Khalisah sendirian, padahal dalam hati terukir taman-taman bunga indah siap ada pelangi-pelangi indah berwarna warni 12, e’eh selalu tujuh warna, melebih-lebih pula.

Khalisah terdiam sekali lagi dan tiba-tiba Khalisah terbayang pula lelaki bertopeng itu memakai tuxedo di butik Mona 2 hari lepas berada di taman-taman indah bersamanya. Ah! Bayangan nakal yang tidak patut dilayan, fikir Khalisah. Takpun sedang menariballroom bersama lelaki memakai topeng masquarade itu di satu dewan sambil diperhatikan orang ramai.

“So, birthday girl. Tiuplah lilin and don’t forget to make a wish.” Lelaki bertopeng itu tiba-tiba bersuara yang membuatkan Khalisah tersedar dari angannya.

Semua staf memandang dan bertepuk tangan gembira. Khalisah memegang rambutnya dan meniup lilin tersebut satu persatu. Sekali lagi semua staf bertepuk tangan. Malu Khalisah dibuatnya, macam budak umur 10 tahun buat birthday party. Manakan tidak, lilin pun ada sepuluh batang. Dari bau kek itu, dia tahu itu kek dari Secret Recipy kegemarannya. Kek diletakkan di meja oleh lelaki tersebut. Kemudian lelaki itu melutut di hadapan Khalisah dengan menghulurkan sebuah kotak berbentuk love berwarna merah, semua staf yang memerhati teruja dan berbisik. Khalisah tergamam, apakah erti semua ini? Khalisah memandang Rafida, Rafida dengan terkinja-kinja gembira menghayun tangan menyuruh Khalisah mengambil kotak tersebut. Dengan perlahan-lahan Khalisah mengambil kotak love tersebut, tangannya menggeleter. Khalisah membukanya.

“Pap!” Kedengaran bunyi seakan mercun.

‘Kurang hajar punya Aril, Dia propa aku.’ Khalisah geram dalam hati perasaanya dipermainkan. Dia melihat kartun spongebob bergoyang ke kiri dan kanan dari kotak berbentuk love berwarna merah itu umpama mentertawakannya. Khalisah memandang lelaki bertopeng itu dan membuka topengnya.

“Abang Aril!” Marah Khalisah.

“Ala, takkan Cik Boss nak marah-marah. Birthday girl kot.”

Aril masih tidak berubah walau selepas 5 tahun. Dia tetap seperti dulu, suka melawak. Cuma semakin maskulin sedikit. Rafida tersenyum simpul memandang Khalisah dan menayang-nayang thumbs up sambil menyebut Mr Tuxedo beberapa kali. Suka benar Rafida walau Khalisah mahu saja menggigit-gigit geram kawan baiknya itu.

Semantara itu, Adam balik ke rumahnya untuk mengambil sesuatu. Tapi sebelum itu dia mengambil surat di peti suratnya. Pelik fikir Adam, mungkinkah ada mana-manainterview kerja yang sangkut, entah-entah yang suruh dia catwalk, Adam berharap. Adam meletak surat tersebut ke dalam bajunya dan menuju ke lif. Sampai di dalam rumah Adam duduk di kerusi dan bertenang, dia memandang rumahnya yang berselerak. Dia mengambil surat dari kocek bajunya. Tiba-tiba..

Insyaallah... Insyaallah..

You find the way..

Insyaallah.. Insyaallah..

Adam mengambil telefon bimbit yang berada di meja dan mengangkatnya. Pelik. Nomborprivate, Adam tetap mengangkatnya.

“Helo.”

“Encik Adam. Sila baca surat yang saya beri. Penting.” Seseorang memberi arahan dengan suara tegas.

“Tapi kenapa?”

Belum sempat Adam menerima jawapan suara wanita itu hilang dari telefon bimbitnya. Adam pelik. Dalam terpinga-pinga Adam mengambil surat bersampul kuning yang baru diambilnya tadi dan membukanya. Ditariknya kertas A4 berwarna putih itu. Pelik, semuanya kosong. Macamana hendak membaca, tingkah Adam. Adam membelek-belek surat tersebut.

“Nak suruh baca, tapi kosong. Adoi! Stalker mana pula ni..”

Adam membebel sendirian sambil mengingatkan zaman universitinya beberapa tahun dahulu. Banyak gila surat yang diterimanya tiap hari, tapi Adam malas hendak membacanya, dibiarnya Rashid kawannya membaca. Adam membelek kertas A4 yang kosong itu. Adam terfikir sesuatu. Mungkin benar arahan yang diberikan wanita melalui telefon bimbit tadi. Adam teringat sesuatu, mungkin benar ada tulisan di dalam kertas A4 tersebut. Tanpa berfikir panjang, Adam memasang suiz seterika dan kemudian meletak kertas A4 itu di meja seterika. Kelihatan sedikit demi sedikit tulisan. Adam berasa pelik, penting sangat ke surat tersebut sehinga terpaksa dibuat sedemikian rupa, nasib baiklah Adam tercium bau limau tadi, kalau tidak dia tidak akan perasaan, jika dia bukan seorang penyabar, sudah lama dibuangnya surat itu. Adam membaca satu persatu isi kandungan surat tersebut.

Adam,

Terima Kasih kerana menjaga amanah saya. Tiada siapapun perlu tahu mengenai hal itu. Buka beg yang pernah saya bagi dahulu, kuncinya tarikh lahir Danish. Jaga benda yang ada di dalam beg itu. Jangan sentuh. Ia sangat penting.

Adam lantas mengambil sebuah beg yang disertakan bersama semasa seorang wanita tergesa-gesa menyerahkan seorang bayi kepadanya suatu malam 2 tahun setengah lalu dahulu di belakang restoran mewah tempat dia bekerja. Dia membuka kod beg tersebut mengikut tarikh lahir Danish. Beg itu disimpannya rapi atas pesanan wanita itu dahulu.

“Klak.”

Kunci beg itu terbuka. Adam terpandang sepasang tuxedo yang amat cantik. Sambil-sambil itu Adam terfikir. Apa maksudnya semua itu? Apapun, Adam hanya menurut. Adam menyimpan semula beg tersebut. Tuxedo misteri di dalam beg itu menjadi persoalan. Adam tidak berani menyentuhnya kerana nampaknya ia sangat penting. Adam mengunci kembali beg tersebut. Namun sebelumnya dia menerima pesanan ringkas dari nombor peribadi.

Jangan biarkan tuxedo itu terlepas kepada orang lain. Ia saksi atas satu perkara penting.

Seorang lelaki baru sampai ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Sudah lama rasanya dia tidak pulang ke bumi Malaysia yang amat dirinduinya. Dia menarik nafas. Lelaki itu mengambil bagasinya dan kemudian menuju ke sebuah kereta yang sudah siap menunggunya.

“Encik A?” Pemandu itu menunjukkan nama yang dipegangnya kepada lelaki itu.

Lelaki itu mengangguk dan tersenyum. Pemandu itu cepat-cepat mengambil bagasi yang ditarik lelaki tersebut dan meletakannya di bonet kereta. Lelaki itu sedikit pelik, tapi dia sudah menjangka mungkin Dato’ Mazil yang ingin menjemputnya. Terbayang-bayang dia wajah ceria Khalisah. Lelaki itu masuk ke dalam kereta. Tenang hatinya apabila kini dia sedang menuju ke destinasi. Dipandangnya pembangunan pesat di sekelilingnya sepanjang perjalanan menunjukkan betapa lama ia tidak balik. Lelaki itu melelapkan mata semantara menunggu tibanya ke lokasi. Tiba-tiba dipertengahan jalan, kereta yang dinaiki mereka rosak. Lelaki itu menunggu di dalam kereta semantara pemandu melihat jika ada apa-apa masalah.

“Tappp..”

Bunyi pintu kereta dibuka pantas. Lelaki itu terkejut, dia ditangkap.

“Lepaskan! Lepaskan aku!”

“Diam!”

Lelaki itu dipukul menyebabkan dia pengsan. Lelaki itu diheret pantas dan dibawa ke tempat lain. Semantara itu, seseorang yang sedang memakai handsfree menunggu bila-bila masa saja panggilan masuk. Telefon bimbitnya bergetar, dia menekan handsfreenya.

“Beres boss.”

“Bagus! Tapi ingat. Keep it clean.” Lelaki itu memberi arahan keras.

Bam!!!

Kedengaran bunyi pistol di telefon bimbit lelaki itu, dia senyum mendengarnya....

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 5

DUA hari kemudian Danish dibenarkan keluar dari hospital, lega hati Adam. Semasa Adam mahu membayar kos perubatan, jururawat bertugas memberitahu semua kos perubatan telah dibayar. Adam menebak sudah pasti lelaki yang membantunya itu telah membayarkan sekaligus bil perubatan Danish. Adam tidak sempat pun bertanya nama lelaki tersebut tempoh hari untuk mengucapkan Terima Kasih, kalau tidak kerananya pasti Danish sudah kenapa-kenapa. Seketika kemudian Adam dihubungi oleh syarikat bengkel memberitahu motosikalnya telah siap dibaiki. Lega Adam. Adam keluar dari hospital membawa Danish menaiki sebuah teksi menuju ke rumahnya.

Nadia dan Kak Pah yang sudah menanti-nanti kedatangan Adam dan Danish menyambut mereka dengan gembira. Kepala Danish diusap dan dicium, Kak Pah membawa Danish. Mereka semua masuk ke dalam rumah Adam.

Adam melihat keadaan rumahnya yang agak tunggang langgang dan menjemput Kak Pah dan Nadia. “Masuklah Kak Pah, Nadia. Maaf, bersepah sikit.”

Kak Pah memandang sekeliling dan usai faham. “Ish, takpelah Adam. Akak tahu kamu takde orang rumah.”

Kemudiannya Adam berdiri dan berjalan masuk ke dalam dapur.

“Abang Adam takpelah, biar Nadia yang buat.” Nadia menegah Adam. Adam akur dan kembali duduk. Kak Pah hanya tersenyum. Danish diletakkan di salah sebuah kerusi, dia kelihatannya mengantuk.

Kak Pah melihat Nadia sudah masuk ke dalam dapur. “Adam, Kak Pah bukannya menyampuk hal Adam. Tapi kalau ada orang rumah, senang sikit. Dapat juga si Danish ni rasa kasih sayang seorang mak. ”Kak Pah cuba mencadang.

“Ish Kak Pah ni, belum sampai seru lagilah Kak. Takpelah saya membujang dulu.” Adam menjawab dalam nada bergurau.

Seketika kemudian, Nadia sampai bersama seteko air teh. Dia menghidang teh tersebut.

“Abang Adam, Kak Pah. Minumlah.”

Nadia menjemput mereka minum dan dia duduk di sebelah Kak Pah.

“Nadia kata nak sambung belajar. Dah daftar ke?” Adam bertanya.

“Sudah abang Adam. Dah mula kuliah pun semalam.” Nadia menjawab.

“Baguslah. Belajar rajin-rajin tau.” Adam memberi pesanan ibarat seorang abang memberi nasihat kepada seorang adik.

Kak Pah tersenyum simpul seolah-olah ada makna. Kemudiannya dia membelai kepala Danish yang agak lena tidur.

Beberapa minit kemudian, Kak Pah meminta diri. “Kak Pah balik dululah Adam. Jom Nadia.”

“Cepatnya kak.”

“Kalau Kak Pah dengan Adam takpe, ni ada Nadia, kang lain anggapan jiran-jiran. Takpe, Kak Pah balik dulu. Jaga Danish tu, jangan lupa bagi dia makan ubat ikut waktu.” Kak Pah berpesan.

“Okey.” Adam menjawab sambil menunjukkan wajahnya yang jernih.

Adam memerhatikan Kak Pah dan Nadia balik. Nadia memandang-mandang ke belakang tetapi Kak Pah menariknya. Adam senyum dan masuk lalu mengangkat Danish ke dalam bilik. Anak kecil berumur 3 tahun itu umpama anugerah di dalam hidupnya. Adam membelai kepala Danish. Ada juga benarnya kata-kata Kak Pah tadi, tapi lebih baik dia menumpukan untuk mencari pekerjaan tetap, menjaga anak orang bukannya senang. Usai menyelimutkan Danish, Adam mengemas rumahnya. Dia membawa baju-baju kotornya dan memasukkan ke dalam mesin basuh. Semasa sedang meletakkan salah satu jaketnya, sesuatu jatuh dari kocek baju. Adam mengambilnya. Dia membaca kad nama yang jatuh itu dan barulah dia teringat, sepatutnya dia menghadiri interview secretary beberapa hari lalu. Adam pasrah, mungkin bukan rezekinya mendapat pekerjaan itu. Walau apapun, Adam menyimpan kad nama tersebut, manalah tahu ia akan diperlukan.

“Pingg!!”

Gelas yang dipegang Khalisah di ruang pantry pejabatnya terjatuh. Perasaannya seolah tidak enak. Semua staf agak terkejut. Rafida berlari menuju ke pantry dan melihat Khalisah sedang membersihkan gelas yang terjatuh.

“Kenapa ni Lisa?” Rafida bertanya.

“Tadi gelas ni terlepas dari tangan aku, nasib baik aku tak isi air lagi.”

“Kata orang kalau gelas terjatuh ke, pinggan terjatuh ke, petanda tak baik tau.” Rafida memberitahu..

Khalisah pelik dan memandang Rafida sambil menyapu serpihan gelas yang pecah. “Kau ni Fida, educated tapi percaya benda-benda karut. Aku yang cuailah. Ha, ni, mana calon secretary yang kau nak introduce ni? Kenapa tak datang-datang?”

“Maaflah Lisa, aku pun satu, lupa nak amik nombor phone dia. Sorry tau.”

“Sorry naik lorilah.”

Khalisah berasa serba salah dan cuba memujuk Khalisah sambil tersenyum-senyum manja. “Ala Lisa, maaflah. Aku janji, aku sanggup buat apa saja yang kau suruh.”

“Betul? Sanggup?” Khalisah bertanya dan memandang Rafida.

“A’ah.” Rafida menjawab pantas.

“Bagus. Memandangkan aku takde lagi setiausaha tetap, aku nak kau jadi setiausaha semantara aku. Bolehkan?”

Terkejut Rafida, dia cuba mengelak. “Tapi Lisa, tugas aku..”

“Ala, kau kan multitalentad, dua-dua kau boleh buat..” Khalisah memuji kawan baiknya itu agar Rafida bersetuju.

Selepas membuang serpihan kaca gelas, Khalisah membuat air baru. Rafida masih memikir-mikir, memang salah dia sendiri, kan pepatah selalu menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Khalisah minum dan memandang Rafida. “So, my new secretary. What say you?”

“Yalah-yalah, tapi semantara saja tau.” Rafida setuju dalam ikhlas tidak ikhlas.

“Deal?” Khalisah menghulurkan tangan.

Dalam keterpaksaan, Rafida menyambut salam tangan Khalisah. “Deal.”

Khalisah kemudian berlalu dari situ, namun sebenarnya dia memikirkan kata-kata Rafida mengenai kepercayaan gelas pecah. Memang sejak akhir-akhir itu, dia selalu berasa tidak sedap hati, seolah-olah ada perkara tidak baik yang bakal berlaku, bukan dia mahu percaya akan drama-drama yang ditontonnya, tapi kata hatinya seolah bimbang, namun dia tidak menunjukkannya kepada sesiapa.

Rafida baru sampai ke rumahnya selepas lelah bekerja seharian. Sudah tiga hari dia menunggu kehadiran Adam untuk menghadiri temuduga setiausaha, tapi bayang hidungnya pun tak nampak. Rafida beranggapan mungkin Adam serik untuk ditemuduga boss perempuan. Tapi, dia melihat Adam sebagai orang yang tidak mungkin pengalah, mungkin Adam ada masalah sendiri fikirnya. Kemudiannya Rafida menghidupkan radio, melayan lagu-lagu yang berkumandang sambil memandang ke luar jendela malam-malam itu. Lagu Samar Bayangan dendangan Nicky Astria mengalun halwa malamnya.

Langkah semakin hilang jejak

Dihembus angin duka

Kini tinggal samar bayangan

Tak bisa lagi berdiri

Tuk menatap cinta ini

Mengapa harus ku sendiri pertahankan

Cinta yang berdarah ini

Hati masih merindu sedih

Walau hujan berapi membakar bumi hatiku

Andainya putus kataku ini

Pergi dariku jangan kau menyesali

Segalanya akan aku tempuhi

Biarpun sejuta duri..

Menikam bisa hatiku

Menusuk pilu kalbuku

Akan aku teguh berdiri lagi..

Rafida melihat bulan agak terang malam itu. Ada seribu makna yang dipandangnya di balik cahaya yang menyinar itu, dia teringat perkara yang berlaku 3 hari lalu. Beruntung Khalisah kerana Mr Tuxedonya sudah kembali. Antara empat orang kawan baiknya, hanya dia sahaja yang masih belum ada teman. Kadang-kadang mahu juga dia mandi bunga berbesen-besen tapi khurafat pula. Mandi bunga dekat spa dengan Khalisah pun jarang-jarang kerana kesibukan kerja. Bila teringatkan tentang kerja, Rafida kemudian teringat dengan kertas kerja yang perlu disemaknya. Fuh! Memang penat, menyesal dia menerima tawaran Khalisah. Rafida mengambil kertas kerja yang dibawanya dari pejabat dan membeleknya malas.

Di satu tempat, Khalisah sedang makan malam bersama Aril. Tempat mereka makan itu adalah restoran di mana Adam bekerja tetapi malam itu dia tidak bekerja kerana mengambil cuti untuk menjaga Danish. Aril memandang-mandang Khalisah, Khalisah sedar tetapi tidak mempedulikan, alunan muzik di restoran itu cukup mempesonakan. Menenangkan jiwa Khalisah.

Aril kemudian membuka bicara. “So, Cik Boss macamana hidangan malam ni okey?”

“Aril ni boleh tak jangan panggil saya Cik Boss?” Khalisah kekok.

“Jadi, kalau Puan Boss boleh?” tanya Aril seolah-olah mempermainkan.

“Itu samalah juga. Panggil Lisa saja macam biasa sudah. Lagi selesa.” ujar Khalisah.

“Ala. Sekarang dah lain. Mana boleh suka-suka panggil nama.”

“Lisa sama lagi macam dulu.”

Kemudian Aril cuba bertanya soalan lain. “Ek? Boy friend takde ke?”

Menyirap darah Khalisah apabila ditanya sedemikian oleh Aril.

“Tak nak jawab tu maknanya adalah tu.” Aril menyambung.

Aril sengaja meneka, walaupun dia tahu tentang perkembangan diri Khalisah.

Dengan tersipu-sipu Khalisah menjawab. “Takdelah. Entah-entah awak yang ada girl friend Mat Salleh rambut blonde.”

“Pandai ubah topik. Sebenarnya Lisa, sebenarnya...” Aril memandang tajam Khalisah.

Khalisah terpaku dipandang sebegitu. Muzik melankolik yang dimainkan oleh band pemuzik restoran itu seolah-olah berbunyi kencang seakan-akan jantung Khalisah.

Aril mengambil sesuatu dari koceknya dan senyum. “Sebenarnya, ada hadiah untuk awak. Nah.”

Debar Khalisah hilang tetapi naik sedikit apabila dia teringatkan hadiah yang diberikan Aril di pejabat tempoh hari. Dia mengambil dan membuka perlahan-lahan. Dia melihat sebiji kotak, dibukanya tapi seakan was-was, Aril perasaan dan menegur.

“Spongebob dah tidur malam, dia tak dapat masuk kotak tu.”

Khalisah senyum dan terus membuka kotak tersebut, kelihatan seutas rantai yang amat cantik.

“Thanks Aril.”

“Sama-sama. Pakailah.”

Khalisah mengambil dan cuba memakainya. Aril berdiri. “Excuse me.”

Khalisah faham, Aril sudah mendekati dan memasang rantai di leher Khalisah. Kemudiannya Aril kembali duduk di tempatnya.

“Sekarang baru padan dengan baju yang awak pakai.” Aril senyum.

Khalisah senyum kembali, tetapi kemudian dia perasaan sesuatu apabila memandang tepat ke mata Aril. Mata itu kelihatan berbeza, dia terfikir sesuatu tetapi membuang perasaan itu jauh-jauh mungkin kerana dia sudah lama tidak bertemu Aril dan sebab itulah dia lupa bagaimana rupa mata Aril. Usai makan malam, Aril menghantar Khalisah balik ke rumahnya. Khalisah turun dari kereta, Aril berlalu pergi. Khalisah masuk ke dalam rumah, namun dia masih memikirkan perbezaan mata Aril yang dahulu dan sekarang, pelik Khalisah. Kahlisah kemudian memberi salam semantara Abahnya sudah menunggu.

“Assalamualaikum abah.”

“Waalaikumsalam.”

Khalisah berlalu dan kemudian Dato’ Mazil bertanya. “So, macamana dinner tadi? Ada Aril melamar kamu?”

Belum sempat Khalisah menanggalkan high heel yang dipakainya, ayahnya sudah bertanya soalan cepu emas.

“Abah!! Manalah ada. Abah ni..”

“Bukan salah pun abah tanya, kamu tak suka ke dengan Aril tu?”

Khalisah lantas menjawab. “Soalan abah tu subjektif bah, payah Lisa menjawabnya.”

“Lisa sajalah satu-satunya anak abah, mestilah abah tanya. Lagipun Aril tu baik.”

“Lisa memang suka berkawan dengan abang Aril tu.”

“Kan senang cakap macam tu.”

“Abah, suka dengan cinta tu berbeza abah.” Khalisah cuba menerangkan kepada abahnya.

“Kamu ni.. bukan sama ke?”

“Takpelah bah, esok kita sambung ya. Lisa penatlah. Lisa naik dulu ya bah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Tapi kan Lisa...” Ayah Lisa cuba melanjutkan perbualan.

Cepat-cepat Khalisah naik ke atas, kalau dilayannya perbualan itu pasti tidak berpenghujug.

“Budak bertuah, dah ada cinta depan mata dia, buat-buat tak nampak. Yang penting tak lama lagi aku dapat timang cucu..ye..ha!!” Dato’ Mazil berasa gembira.

“Abah!” Khalisah terdengar kata-kata ayahnya semasa menaiki tangga ke atas.

“Alamak, dia terdengar rupanya..” Dato’ Mazil bercakap dalam hati.

Dato’ Mazil memandang ke tangga dan melihat Khalisah baru masuk ke dalam biliknya. Kemudiannya dia masuk ke dapur membuat kopi sendiri sambil tersenyum-senyum sendiri.

*****

Hutan Simpan Bukit Tapah, Perak. 9.00 pagi

KELIHATAN seorang lelaki terbaring kaku seolah tidak bernyawa. Kaku tidak bergerak-gerak. Bajunya berdarah. Dari mulutnya juga keluar darah yang sudah beku.Jalasan yang sedang bergerak mencari akar kayu di hutan merasa pelik. Tinuk, tupai belaannya berkelakuan sangat aneh. Tinuk berlari menuju ke satu arah, Jalasan memanggil Tinuk tetapi Tinuk tidak peduli, Jalasan terus mengejar. Tiba-tiba, Jalasan terkejut, langkah kakinya terhenti... di hadapannya terbujur kaku seorang lelaki yang tidak dikenali, Tinuk berjalan-jalan di atas badan lelaki itu. Jalasan segera mengambil Tinuk, dia kemudian menghampiri perlahan-lahan jasad yang terkedang.. asing! lelaki itu sangat asing, caranya berpakaian dan wajahnya jauh berbeza dari dirinya. Jalasan ternyata terlalu jauh dari manusia yang bertamadun itu. Dia tidak peduli lagi walaupun lelaki itu aneh pada pandangan matanya. Segera dia mendekati dan merasai gerak nadi lelaki itu. Nyata, nadi lelaki itu masih berdenyut lemah, tanpa bertangguh dia mengusung lelaki itu menuju ke satu arah.

Kuala Lumpur

Seseorang sedang bercakap di telefon di suatu tempat. “Kau sudah pastikan dia mati?”

“Yess Boss!”

“Kau jangan Yes Boss saja, kalau aku dapati dia masih hidup kau pula aku tembak nanti.”

“Confirm boss mamat tu dah mampus.”

“Kau tembak dekat mana?”

“Dadalah boss.”

“Kenapa tak tembak kepala dia sekali?”

“Kena ke boss?”

“Itu pun aku perlu ajar ke? Bahlol!!” Orang itu marah.

“Baik boss!!”

Mereka yang diarahkan itu bergegas memandu balik ke tempat mereka membuang mayat lelaki tersebut semalam. Sudah hampir separuh perjalanan balik ke Kuala Lumpur, tapi mereka terpaksa pula kembali bagi mempastikan lelaki itu sudah benar-benar mati.

Hutan Simpan Bukit Tapah, Perak 11.00 pagi

Sampai di sana mereka mencari-cari mayat lelaki tersebut tetapi tidak ketemu.

“Ada?”

“Takde. Aku dah cari serata tempat ni. Apa kita nak beritahu boss?”

Lelaki itu berfikir sejenak dan menjawab. “Aku tak rasa dia selamat, aku dah checkdenyutan nadi dia semalam, dia dah mampus. Confirm dia kena makan rimau ni.”

“Kau jangan terlalu yakin sangat Joe.”

“Aku yakin sebab orang kata Hutan Simpan Tapah ni ada rimau. Ala, kira selesailah tu.”

“Rimau? Kau biar betul, jomlah kita baik.”

“Dah-dah, kau jangan banyak songeh. Cari lagi! Apa kau ingat kita ni boleh tipu boss, silap haribulan dengan aku dan kau sekali jadi mayat dalam hutan ni.”

“Jadi, betul ke tak ada rimau ni?” Lelaki itu cemas bertanya.

“Entah, mana aku tahu. Tempat ni pun aku tak pernah datang. Dahlah, jangan banyak cakap. Kita cari!.”

Mereka kemudian memandang-mandang sekeliling dan memeriksa di beberapa kawasan berdekatan.

Kampung Pos Gedung, Bidor Perak

Semantara itu, Jalasan yang baru sampai dengan membawa seorang lelaki yang tidak dikenali dikerumuni orang kampung.

Salah seorang mendekati dan bertanya.“Bok imai hek eng deh Jalasan (siapa kamu bawa ini Jalasan)?”

“Eng pek panei apak,eng bakek ku darat ateh..(Saya tidak tahu, saya jumpa dia sebelah hutan sana..)”

Tok Batin mendekati lelaki itu. Semua memberi laluan.

“Pek la jalasan hek eng kik huc (Tidak apa Jalasan, bawa dia naik rumah saya)” Tok Batin memberi arahan.

Jalasan membawa lelaki tersebut naik dibantu orang kampung ke atas rumah Tok Batin. Kemudiannya seorang lelaki yang pandai dalam perubatan iaitu Pak Tamin diarah oleh Tok Batin memeriksa lelaki tersebut. Seketika kemudian Pak Tamin memandang Tok Batin dalam keadaan terkejut.

Tok Batin membalas pandangan dan bertanya. “Mong ma tamin (Ada apa Tamin)?”

Pak Tamin lantas menjawab. “Mong peluru tok..(Ada peluru tok)”

Semua yang berada di situ kelihatan agak terkejut.

“Tapi kik masih sui tok. Jalasan cip dek eng kot penglai rok petalatan eng! (Tapi dia masih hidup. Jalasan, pergi rumah aku ambil ubat. Lekas)!”

Pak Tamin memberi arahan, Jalasan mengangguk dan berlari ke rumah Pak Tamin mengambil ubatan dan peralatan untuk mengeluarkan peluru dari dada lelaki itu dengan berhati-hati.

“Semuak bokeh juk biar pak tamin perlay sengoi deh..(Semua boleh balik, biar Pak Tamin rawat orang ini.)” Tok Batin meminta penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing.

Hutan Simpan Bukit Tapah, Perak. 9.00 malam.

Hari semakin gelap. Dua orang lelaki yang diarahkan mencari masih di situ. Walau apapun terjadi, tugas perlu dilaksanakan. Mereka tidak rela untuk membawa berita kosong sahaja kerana nyawa mereka adalah taruhan. Apatah lagi berkali-kali lelaki yang mereka panggil boss itu menghubungi. Dia mahu mereka menunjukkan bukti bahawa lelaki itu benar-benar telah mati melalui kiriman MMS. Bulan pada malam itu teramat terang tetapi pokok-pokok hutan khatulistiwa di Hutan Simpan Tapah yang tinggi-tinggi membuatkan keadaan gelap. Dalam pada itu, sepasang mata sedang memandang mereka dari dalam semak. Melangkah perlahan-lahan dalam kelam malam dan bersedia bila-bila masa saja untuk menyerang.

“Aum!!”

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 6

HAMPIR seminggu Adam tidak bekerja kerana menjaga Danish. Malam itu dia perlu kembali bekerja, kalau tidak mana nak dapat duit, bayar sewa rumah, susu Danish dan sebagainya. Sebelum itu dia menghantar Danish ke rumah Kak Pah. Nadia mengambil Danish. Kanak-kanak berumur tiga tahun itu seakan faham akan kerja ayahnya. Adam menaiki motosikal dan ke tempat kerjanya. Motosikal itu sudah tidak kelihatan lagi seperti motosikal rxz cabuknya dulu, lelaki yang menolongnya bukan saja membaiki malahupgrade motosikal itu sedikit. Sampai di restoran, Encik Wahab selaku pengurus restoran sudah menunggunya.

“Maaf Encik Wahab, lama saya tak datang kerja.” Adam meminta maaf.

“Takpe Adam. Saya faham. Saya pun ada anak juga. Anak kamu sudah sihat ke?” Encik Wahab bertanya.

“Sudah encik. Masa saya takde, siapa yang nyanyi?”

“Mana ada orang yang lebih hebat dari kamu Adam. Kita main band saja tanpa penyanyi. Alhamdulillah kamu sudah back to work.” Encik Wahab memuji.

“Terima Kasih Encik Wahab.”

“Sama-sama.”

Adam memulakan kerjanya, ramai juga pelanggan malam itu. Tugasnya sebagai penyanyi di restoran mewah itu memang rutinnya, Adam akan terasa seperti kehilangan jika tidak menyanyi di situ. Hingga lewat jam 12 malam, akhirnya kerja Adam selesai. Apa yang berada di fikiran Adam adalah agar dia cepat sampai di rumah menemui Danish.

Berhampiran tempat itu Khalisah baru saja habis makan malam bersama Rafida. Selepas menghantar Rafida dia singgah sekejap di kedai 7-eleven dan selepas itu dia keluar. Adam juga berada di dalam kedai tersebut kerana mahu membeli minuman. Adam kemudiannya menuju ke luar sambil sibuk menaip pesanan ringkas kepada Kak Pah. Dia langsung tidak ternampak Khalisah yang baru keluar dari kedai tersebut dan mereka tiba-tiba terlanggar.

“Aduh. Hei! Buta ke?” Khalisah terjatuh.

“Maaf, maaf cik” Adam meminta maaf dan menghulur tangan ingin membantu.

Khalisah menolak tangan Adam lalu berdiri dan lantas memarahi Adam. “Hei. Awak jalan tak guna mata ya?”

“Dah! Saya tak nak bertekak!” Adam mengalah.

Mata Khalisah terbeliak dan memandang tajam Adam. Adam juga marah dan melihat Khalisah. Namun, sebaik terpandang wajah Khalisah, Adam terkejut, itu perempuan yang ditemuinya beberapa minggu lalu, perempuan itu mirip wajah Syakila, bekas kawannya di kampung. Adam hanya berdiam, Khalisah juga tersentak bila melihat wajah Adam. Ada sesuatu sedang berputar di kepalanya. Rasa seperti dia mengenali lelaki itu, rasa seperti..Ah! Malas mahu difikirkannya. Khalisah berpaling lalu menuju ke keretanya di seberang jalan.

‘Perempuan gila tu tak mungkin Syakila’ gumam Adam sendirian, dia membuka tin minuman sambil kemudian melihat ke arah Khalisah.

Tiba-tiba sebuah kereta yang pantas menuju ke arah Khalisah. Adam panik dan berlari menyelamatkan Khalisah. Mereka berdua terhumban ke tepi, dahi Khalisah terkena pembahagi jalan dan dia terus pengsan. Adam bangun dan melihat Khalisah pengsan. Nasib baiklah sebuah teksi kebetulan lalu di situ, Adam menahan dan Khalisah terus dibawa ke hospital. Adam rasa sangat bersalah.

Dalam keadaan panik, Adam mengambil tas tangan Khalisah yang erat dipegangnya. Nasib baiklah telefon bimbit Khalisah tiba-tiba berbunyi. Adam mengambil dan menjawab panggilan tersebut.

“Helo. Khalisah kat mana tu?” Seseorang bercakap di talian.

“Maaf cik. Saya bukan Khalisah.”

“Siapa awak? Mana Khalisah? Mana anak perempuan saya!?” Suara lelaki itu meninggi.

“Kami dalam teksi menuju ke hospital. Tadi anak cik hampir dilanggar kereta.”

“Asatagafirullahalazim...”

“Kami menuju ke Hospital Pantai.” Adam memberitahu.

“Saya akan ke sana.” Lelaki itu berkata tegas dan mematikan telefon bimbitnya.

Sangsi Adam hilang, Ah! Memang dia bukan Syakila. Syakila sudah lama tiada. Sebentar kemudian, teksi sudah sampai di hospital. Adam ke kaunter, jururawat membawa troli dan mengangkat Khalisah lalu membawanya masuk ke dalam wad kecemasan. Adam pula menunggu di luar wad. Beberapa minit kemudian Adam melihat dua orang lelaki, seorang separuh umur dan seorang lagi awal 30-an. Lelaki separuh umur itu seperti dikenalnya, dia lelaki yang menolongnya tempoh hari. Mereka ke kaunter dan bertanya kepada jururawat bertugas.

“Di mana wad anak saya. Khalisah?”

“Dia sedang dirawat Tuan.”

“Uncle, sabar uncle, sabar.”

Adam terdengar lelaki itu menyebut nama Khalisah dan dengan rasa bersalah Adam mendekati mereka.

“Assalamualaikum?”

“Waalaikumsalam.” Dato’ Mazil berpaling.

“Kamu, apa kamu buat dekat sini? Anak kamu masih lagi sakit?”

“Tak, dia dah sihat.”

Aril memerhati wajah Adam, seolah dia mengenali lelaki itu. Walau sudah 15 tahun berlalu, dia tetap kenal setiap inci wajah Adam bin Rashid yang amat dibencinya itu.

“Sebenarnya anak encik dengan saya.”

“Apa maksud kamu? Kamu apa-apakan dia ya!” Aril masuk campur kerana cemburu memikirkan Adam keluar dengan Khalisah.

“Tak, bukan macam tu, saya cuma selamatkan dia.” Adam cuba mempertahankan diri.

“Takpe Aril, takpe. Tadi uncle dah bercakap dengan dia di telefon. Awaklah Adam yang jawab call tadi?.” Dato’ Mazil melerai kemarahan Aril.

“Ya, saya Adam, Adam bin Rashid.”

Berdesing telinga Aril, umpama hendak pecah gegendang telinganya. Sangkaannya tepat, dia memang Adam yang dikenalinya. Aril sedikit panik tetapi tetap menunjukkan wajah tenang.

“Saya Dato’ Mazil, ini Aril anak saudara saya.” Dato’ Mazil memperkenalkan diri.

“Aril.” Aril menyalam tangan Adam endah tak endah.

Beberapa minit kemudian doktor keluar. Doktor itu sememangnya mengenali Dato’ Mazil.

“Doktor, macamana keadaan anak saya?”

“Baik Dato’. Luka sedikit saja dan mungkin dia agak penat bekerja.”

Dato’ Mazil terfikir seketika beban kerja berat anaknya Khalisah.

“Terima Kasih doktor.”

“Sama-sama Dato’, saya pergi dulu ya, ada patient lain lagi..”

“Okey.”

Dato’ Mazil dan Aril bersama Adam masuk untuk melihat Khalisah. Tiba-tiba Aril menegah Adam. Adam terkejut, dia sudah tahu lelaki itu akan menegahnya. Adam pasrah, dia tidak masuk. Namun demikian, Dato’ Mazil menoleh.

“Adam, masuklah sekali.”

Aril tersentak dan menjeling tajam Adam. Mahu tidak mahu Adam terpaksa juga masuk. Dato’ Mazil duduk di sebuah kerusi di sebelah Khalisah dan memandangnya. Khalisah sedang lena tidur. Dato’ Mazil memandang Khalisah, timbul rasa bersalah dalam hatinya, kalaulah Khalisah bersuami, mungkin beban Khalisah akan berkurangan, tetapi dia faham, Khalisah bukannya seorang yang mudah untuk dipasang-pasangkan. Dato’ Mazil menghormati setiap keputusan Khalisah. Beberapa minit kemudian Adam meminta diri dan ke tandas, seketika kemudian Aril juga masuk ke dalam tandas. Adam mencuci wajahnya, jam pada masa itu sudah hampir 2 pagi. Risau juga dia dengan Danish tapi rasa bertanggungjawabnya pada anak Dato’ Mazil juga difikirkan. Adam melihat Aril masuk dan ke singki di sebelahnya.

“Aku kenal kau siapa. Kau jangan cuba nak berangan ya.”

“Apa maksud kau? Aku tak kenal kau pun.”

“Itu kau tak perlu tahu. Aku nak kau jangan dekat dengan keluarga Dato’ Mazil terutamanya Khalisah. Kalau tak nahas kau.”

“Tapi..”

“Tiada tapi-tapi. Ingat, aku dah bagi kau amaran Adam bin Rashid!”

Aril menjeling ke arah Adam. Mata mereka memandang tajam, Adam seperti kenal jelingan tajam itu, jelingan tajam itu seperti mirip jelingan seseorang. Aril kemudiannya keluar dari situ meninggalkan Adam. Adam memikir-mikir, kenapa dia harus takut, dia bukan salah apa-apa. Adam kemudiannya kembali ke wad. Sampai di sana, Aril terkejut, Adam masih berani memaculkan wajahnya. Adam kemudian mendekati Dato’ Mazil.

“Maaf Dato’, saya kena balik, saya risaukan anak saya.”

Aril terdengar dan sekali lagi Aril tersentak, dalam fikirannya Adam sudah berkahwin. Dia sedikit lega.

“Baiklah. Terima Kasih Adam.”

“Sama-sama. Saya minta diri Dato’, Aril.”

Adam meninggalkan klinik itu dengan cepat. Namun Aril tetap memerhatikannya, dia mengekori Adam hingga keluar. Dia melihat Adam menghidupkan motosikalnya dan pergi dari situ.

“Baguslah kau dah kahwin Adam, sekurang-kurangnya Syakila tetap milik aku.” Aril memperlahankan suaranya dan masuk kembali dengan fikiran Adam tidak akan mengancam hubungannya dengan Khalisah.

“Assalamualaikum Kak Pah. Assalamualaikum.”

Adam menunggu beberapa minit, dia faham, mungkin Kak Pah sudah tertidur menunggunya pulang. Kak Pah kemudiannya membuka pintu.

“Kamu ke mana Adam? Masuklah.”

“Maaf Kak Pah. Tadi Adam tolong anak lelaki yang tolong Adam hari tu, anak dia pengsan.”

“Owh macam tu. Adam, dah jam 3 pagi ni. Kamu baliklah, biarlah Danish tidur dekat sini.”

“Kalau macam tu, biar saya sekali tidur dekat sinilah.” Adam meminta.

“Ish kamu ni, dekat rumah ni ada Nadia tau, tak baik jiran pandang. Kamu baliklah.”

“Tapi Kak Pah.. Danish..”

“Yalah-yalah, kamu angkat dia pelan-pelan, kang dia tersedar payah pula kamu nak tidurkan balik. Ni, bawa sekali nasi tomato tu, tadi Nadia buat untuk kamu, tunggu punya tunggu, kamu pun tertidur sekali.”

“Terima Kasih Kak Pah.”

Adam mengangkat Danish. Diciumnya anak comel itu. Kemudian dibawanya nasi tomato yang dibuat Nadia.

“Saya pulang dulu Kak Pah. Terima Kasih kak.”

“Sama-sama. Makan nasi tu.”

“Ya kak.”

Adam membawa Danish perlahan-lahan. Sampai di rumahnya, Adam membuka pintu dan terus meletakkan Adam ke dalam bilik. Adam menutup pintu dan makan nasi tomato yang sudah sejuk itu, sekadar untuk menunaikan permintaan Kak Pah, bagi Adam tak baik berjanji kalau tidak dipenuhi. Adam makan sedikit dan kemudian masuk ke dalam bilik, dia melihat Danish tidur lena. Adam mengingati kejadian tadi. Adam teringat kejadian 15 tahun lalu.

********

ADAM dan kawannya Hairi melihat seorang kanak-kanak perempuan bersama keluarganya baru berpindah ke kampung mereka.

“Adam, siapa yang pindah dekat rumah Pakcik Tahir tu?”

“Entah. Mungkin orang baru kot, tak pernah nampak.”

Adam dan Hairi memerhatikan seorang kanak-kanak perempuan memegang patung teddy bear memerhatikan ayah dan ibunya lalu masuk ke dalam rumah.

“Comel kan budak tu Adam.”

“Bolehlah. Wah, kau minat dia ya?”

“Takdelah.”

“Dia boleh jadi geng kita.”

“Kau biar betul Adam, dia nak ke panjat pokok, main lumpur, terjun sungai dengan kita?”

“Kau ni Hairi, takkan kita nak paksa dia pula.”

Hari persekolahan pada hari isnin itu seorang murid baru diperkenalkan oleh guru kelas mereka Cikgu Aisyah.

“Salam semua. Ini Syakila Arshad, dia baru pindah dekat sini. Syakila, ambil tempat duduk kamu sebelah Sarah.”

“Baik cikgu.”

“Adam, budak semalam.”

“Tak sangka dia satu kelas dengan kita kan?”

“Yalah. Kalau macam ni senang kita nak ajak dia masuk geng kita.”

“Kau ni Adam, kau tengoklah betapa bandarnya budak tu. Manalah dia nak kawan dengan budak lelaki. Apalah kau ni.”

“Belum cuba belum tahu.”

Waktu belajar dirasakan panjang oleh Adam. Dia mahu berkenalan dengan budak perempuan itu. Semasa pulang dari sekolah, Adam cepat-cepat mengejar budak perempuan tersebut.

“Syakila, Syakila, tunggu..”

“Sarah, siapa tu?” Syakila hairan budak lelaki itu memanggil namanya.

Sarah menoleh ke belakang. “Owh, dia tu Adam.”

Adam berlari dan tercungap-cungap sampai di hadapan Syakila dan Sarah.

“Kau nak apa ni Adam?” Sarah bertanya.

“Saya nak berkawan dengan Syakila.” Adam berterus terang.

“Awak?” Syakila terkejut

Adam memandang wajah Syakila. “Kenapa, tak boleh kah?”

“Bukan tak boleh, tapi awak lelaki, mak kita tak bagi kita kawan dengan lelaki.” Syakila memberi alasan kukuh.

“Adam, Hairi dan Lokman tu tak cukup lagi ke?” Sarah menyebut beberapa nama.

“Masuklah geng kami.” Adam tetap saja memujuk.

Syakila cuba mengelak. “Geng apa pula ni. Aku tak mahulah. Sarah, jom!”

Semantara itu tidak jauh dari situ.

“Kau tengok tu Lokman, si Adam tu memang muka tembok kan?”

“Dia memang.”

“Muka macam burung gagak, ada hati nak merak di kayangan.” Hairi menyindir.

“Dahlah, jom kita sergah dia.”

“Adam!!!”

“Hoi! Kamu ni kenapa?” Adam terkejut dan hampir menendang mereka berdua.

“Adam, daripada kau nak ajak Syakila tu geng dengan kita lebih baik kita terjun sungai, jom!”

“Ah! Aku malaslah, aku nak buat homework, UPSR dah nak dekat ni.” Adam memberi alasan.

“Macam-macam alasanlah kau ni Adam.”

SUATU petang semasa Syakila dan Sarah sedang bermain, Adam menyorok dan melihat mereka berdua.

“Sarah, dah nak petang ni. Jom kita balik.” Syakila mengingatkan.

“Jom!”

Syakila berlari ke arah jalan raya. Adam ternampak sebuah kereta bergerak pantas, dia meluru dan menyelamatkan Syakila.

“Syakila!!!! Adam berteriak.

Syakila selamat, Adam pula pengsan, kaki dan tangannya berlumuran darah.

“Adam, bangun Adam. Bangun...” Syakila menangis-nangis melihat keadaan Adam.

Tidak lama kemudian kereta ayah Syakila lalu. Dia memberhentikan kereta dan turun apabila ternampak Syakila menangis di tepi jalan.

“Kenapa ni Syakila?”

“Abah, budak ni selamatkan Syakila. Abah, bawa dia ke hospital bah.”

“Masyaallah...”

Ayah Syakila terkejut melihat keadaan Adam lantas membawanya ke dalam kereta dan mereka ke hospital.

Sampai di hospital Adam dimasukkan ke dalam ICU. Beberapa minit kemudian ayah dan ibu Adam datang.

“Mail, mana anak aku?”

“Anak kau masih kat dalam Rashid.”

“Kenapa boleh jadi macam ni Syakila?”

“Tadi ada kereta nak langgar Syakila, Adam selamatkan Syakila.”

“Astagafirullahalazim...” Ibu Adam beristigfar sehingga mahu pitam.

“Rokiah, Rokiah..” Ayah Adam memegang isterinya yang hampir pengsan.

Sejam kemudian doktor keluar.

“Macamana anak saya doktor?”

“Anak encik selamat, cuma tangan kanan dan kaki kirinya patah.”

“Boleh kami masuk?”

“Sila.”

Tiga hari kemudian barulah Adam tersedar. Puas dia dibebel oleh ayah dan ibunya, namun dia tetap senyum. Syakila pula berasa bersalah dan menemani Adam di hospital. Sebulan kemudian, Adam sembuh dan ke sekolah seperti biasa, dia juga telah berkawan dengan Syakila semenjak insiden tersebut.

“Pang!”

Sudu yang dipegang Adam terjatuh ke lantai. Adam tersentak. Adam mengimbas kenangan silam yang tidak dapat dilupakannya saat pertama dia mengenali Syakila. Adam tidak mahu ingat yang lainnya kerana kehilangan Syakila dalam hidupnya memberi tamparan dalam hidupnya yang takkan mungkin dapat dilupakan. Adam membasuh pinggan dan terus masuk ke bilik. Sampai di bilik, Adam mengambil telefon bimbitnya. Terdapat satu pesanan ringkas dari nombor peribadi. Adam membuka dan membaca pesanan ringkas tersebut.

“Jangan percaya apa yg dilihat, ia mungkin mengaburi. Jangan melihat pada kebenaran yg satu, ia mungkin menjerumuskan…”

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 7

SEMINGGU kemudian Khalisah dibenarkan keluar daripada hospital. Dato’ Mazil, ayah Khalisah dan Aril menjemputnya di hospital. Sampai saja di rumah, Khalisah naik ke biliknya untuk berehat, luka di dahinya cuma sedikit sahaja. Pelik juga kenapa dia ditahan di wad seminggu. Namun dalam masa yang sama dia faham, mungkin ayahnya sengaja menyuruhnya berehat di hospital bagi mengurangkan tekanan kerja. Dalam seminggu itu juga telefon bimbit Khalisah diambil ayahnya. Masuk saja ke dalam bilik, Khalisah mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas meja.

“Helo Fida. Office okey?”

“Office okey. Lisa, bila kau keluar hospital? Kau dah sihat ke tu?” Fida bagai terkejut apabila Khalisah menghubunginya.

“Fida, rileks. Bertenang. Aku okey. Luka sikit saja, abah aku kot yang nak aku dalam wad tu seminggu.”

“Bagus juga. Boleh berehat. Awak ni workholic sangat, kesihatan tu pun penting Lisa.” Rafida menasihat.

“Ya Rafida. Okey, esok aku datang office.”

“Really? Okey. I`m waiting.” Rafida gembira.

Khalisah meletakkan telefonnya. Kemudian dia membaringkan diri di katilnya yang sudah lama ditinggalnya. Namun, masih berfikir mengenai lelaki yang menyelamatkannya malam tersebut. Mahu saja dia berterima kasih, tapi bagaimana. Khalisah senyum sendirian.

Sementara itu, Adam berada di luar bagi menghadiri beberapa lagi sesi temuduga. Memandangkan hampir hujung tahun, banyak syarikat yang mengadakan pengambilan pekerja. Peluang seperti itu mesti dimanfaatkan Adam. Rasa-rasanya 50 temuduga yang sudah dihadirinya tetapi tiada satupun lepas, seolah-olah untuk mendapatkan pekerjaan itu adalah satu badi. Kalau bukan kerana kerjanya di restoran mewah itu entah apa kehidupan Adam sekarang. Adam mengisi borang permohonan yang acap kali diisinya itu. Kemudian menunggu namanya dipanggil.

“Adam bin Rashid.”

Belum panas tempat duduknya, namanya sudah dipanggil. Adam masuk, penemuduga itu terdiri daripada dua orang lelaki, Adam berharap sangat agar kali ini dia mendapat pekerjaan. Adam mengambil tempat duduk. Usai menjawab beberapa soalan yang sudah biasa dijawab Adam, Adam diminta menunggu sehingga dihubungi kembali. Terma-terma yang sudah dihafal Adam dalam temuduga. Adam kemudian meninggalkan syarikat tersebut. Dari riak muka penemuduga dia sudah tahu mereka sudah menemui calon, biasalah kalau syarikat besar, sengaja membuka sesi temuduga, kononnya mahu berlaku adil padahal calon sudah ditetapkan.

Semasa Rafida sedang memandu ke arah sebuah bank dia ternampak motor Adam. Seolah terkena renjatan elektrik, Rafida memberhentikan kereta dan memandang ke kiri dan ke kanan melihat kalau-kalau Adam berada di mana-mana. Apabila terdengar bunyi hon kereta dari belakang barulah Rafida sedar dia memberhentikan kereta. Kemudian, dia mencari mana-mana parkir yang kosong. Lantas saja, Rafida keluar, takut-takut kalau Adam sudah beredar, lagipula dia meletakkan kereta agak jauh. Rafida berjalan pantas. Nampak saja Adam mendekati motor, Rafida bergerak lebih pantas.

“Encik Adam, tunggu!” Rafida berteriak.

Adam menoleh ke kiri dan ke kanan melihat siapa yang memanggilnya. Kelihatan Rafida melambai ke arahnya.

‘Alamak, dia ni.’ gumam Adam sendirian.

Rafida sampai ke tempat Adam. “Kenapa tak datang interview? Awak tak sudi yea?” Rafida bertanya seperti telahan Adam.

“Bukan tak nak pergi, nak. Tapi kebetulan anak saya sakit. Saya minta maaf.” Adam menjawab.

Sekali lagi seolah terkena tamparan hebat, Rafida terkejut. Adam mempunyai anak? Maksudnya dia sudah berumahtangga. Namun demikian, Rafida tetap menunjukkan tahap profesionalnya.

“Owh. Anak awak sakit. Takpelah, tapi kerja tu belum diisi lagi tau. Sekarang ni, saya yang jadi setiausaha sementara boss saya.”

“Tapi, boleh ke saya?” Adam ragu-ragu.

“Saya rasa awak boleh. Awak datang ya esok, jam 9 pagi.” Rafida membidas lantas membuatkan Adam mati kata-kata.

“Insya ALLAH.”

Rafida senyum menuju ke dalam bank, sementara Adam menghidupkan motosikalnya. Rafida sempat menoleh ke belakang.

‘Macam tak caya dia tu dah beristeri. Kali ni aku memang silap, takpe, aku dah janji, jadi aku mesti tolong,” gumam Rafida sendirian.

Keesokannya di Syarikat Seria Holdings Rafida menunggu kedatangan Khalisah. Dia sengaja datang awal ke syarikat menanti kehadiran kawan baiknya itu. Seperti yang terjangka, Khalisah terpacul jua di pejabat itu.

“You lebih awal dari I? Ke, you tidur office malam tadi Fida?” Khalisah terkejut.

“Ish, takdelah. Saja saya datang awal. Lama tak nampak awak. Maaflah tak datang jenguk ke hospital. Aku busy dekat sini.”

“Takpe, aku faham. Jom!” Khalisah membawa Rafida masuk ke dalam bilik pejabatnya.

“So, seminggu di hospital. Banyak cantik rehat free,” Rafida menyindir.

Khalisah menekan butang on komputer dan melihat Rafida. “Amboi. Patutnya kau ucapkan tahniah aku kembali. Aku hampir mati malam tu.”

“Apa, apa maksud kau? Ceritalah, aku manalah berani nak tanya ayah kau.” Rafida ingi tahu.

“Malam tu aku singgah 7-eleven beli air. Ala, saja jalan-jalan. Then aku terlanggar satu mamat ni, aku jatuh, aku marah dia kaw-kaw. Entah mungkin bala aku marah mamat tu kot, aku hampir dilanggar kereta, tapi aku nampak bayangan mamat tu yang selamatkan aku. Lepas tu aku dah pengsan.” Khalisah bercerita panjang lebar.

“Wah, ada superhero. Kan aku dah kata dulu, dekat KL ni memang ada Keluang Man.” Rafida bergurau.

“Fida, boleh tak serius sikit. Aku cerita betullah.” Khalisah marah.

“Ala, aku main-main je. Tapi siapa mamat tu. Bertuah kau diselamatkan olehnya.”

“Entah. Tapi abah aku kenal dia. Tapi dia tak mahu bagi tahu siapa. Rahsia katanya.” Khalisah berkata.

“Takpelah. Yang penting kau selamat Alhamdulillah. By the way, aku nak bagi tahu kau ni. Aku dah jumpa calon secretary aku tu semalam. Mungkin dia datang temuduga hari ni.” Rafida memberitahu.

“Okey. Jam berapa dia nak datang?” Khalisah bertanya.

“Aku cakap jam 9 pagi mesti dah datang, ada lagi setengah jam. On the way kot.” Rafida menjawab.

“Okey.”

“Ni, kalau takde apa-apa aku keluar dulu, ada benda nak aku uruskan. Nanti bila dia dah datang aku inform dekat kau.” Rafida meminta diri.

Khalisah senyum. Rafida kemudian keluar dari ruangan pejabat Khalisah.

Tepat jam 9.00 pagi. Adam sampai ke Syarikat Seria Holdings. Dari kejauhan lagi, Rafida nampak kelibat Adam yang berpakaian kemas.

‘Datang juga dia, ingat tak datang,’ gumam Rafida sendirian.

Rafida kemudian menemuinya.

“Encik Adam, Selamat Datang. Ingatkan tak jadi datang. Masuklah, saya dah sediakan borang ni.” Rafida memberikan Adam borang untuk diisi.

“Boss awak sendiri yang akan temuduga saya? Mana calon lain?” Adam bertanya.

“Ya, boss saya yang akan temuduga awak. Calon lain memang ramai, beberapa minggu lepas memang ramai. Tapi sampai sekarang boss saya tak jumpa lagi siapa yang dia berkenan mahu diambil bekerja.”

“Takutnya. Saya yang biasa-biasa ni. Saya baliklah.” Adam seolah takut.

Rafida lantas menahannya. “Please Encik Adam. Cubalah dulu.” Rafida merayu.

Adam bukan boleh tahan kalau dengan perempuan, memang dia suka mengalah. “Okey.”

“Macam tulah. Tunggu kejap ya.” Rafida meninggalkan Adam di kerusi tetamu dan menuju ke mejanya.

“Puan Lisa. Calon setiausaha sudah menunggu.”

“Okey. Bagi dia masuk.” Khalisah memberi arahan.

Khalisah berdiri dan memberi isyarat kepada Adam untuk masuk. Dengan langkah yang terketar-ketar, Adam meneruskan langkah dan menuju ke bilik temuduga merangkap bilik bakal majikannya. Adam kemudian memusing tombol pintu. Namun sebelum itu, telefon bimbitnya bergetar di kocek seluarnya. Adam mengambil telefon bombit tersebut. Dia melihat siapa yang menghubungi. Namun, kemudian rupanya hanya alarm telefon bimbitnya. Adam kemudian memusing tombol pintu bilik Khalisah dan masuk ke dalam.

“Selamat Pagi.”

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 8

“SELAMAT PAGI. Apa yang abang fikirkan sangat tu? Hal lama tu biarlah berlalu bang.” Datin Sofia memandang suaminya yang memandang sebuah album lama semasa bersarapan.

“Kalaulah masa tu abang memandu berhati-hati, hal macam tu takkan berlaku. Haikal pasti dapat diselamatkan,” sesal Dato’ Malik mengenang peristiwa yang berlaku hampir 23 tahun lalu.

“Bukan salah abang, redha sajalah bang. Polis pun dah tetapkan yang anak kita tu hilang dan meninggal dunia dalam kemalangan tu.” Datin Sofia menuang air teh ke dalam gelas suaminya yang masih saja memandang gambar seorang kanak-kanak lelaki.

“Selagi saya tak lihat mayat anak kita tu, selagi tu saya takkan percayakan sesiapa,” bentak Dato’ Malik, Datin Sofia menggeleng kepala, bukan dia tidak tahu suaminya itu sangat menyayangi arwah anak bongsu mereka itu.

“Mak, ayah, ada apa ni?” tanya Aril yang baru turun ke bawah untuk bersarapan.

“Tak, ayah kau ni ha, masih terkenangkan arwah adik kau Haikal,” beritahu ibunya lembut dengan nada yang tidak mengguris hati suaminya.

“Ayah, janganlah dikenang apa yang berlaku tu. Itu semua sudah ketentuan yang maha esa, kita yang masih hidup ni perlu meneruskan hidup. Adik pun tak nak ayah sedih-sedih, mesti adik sedih, kalau kita gembira dan redha, pasti adik tenang di sana...” Aril cuba menenangkan ayahnya.

Dato’ Malik diam dan terus ke biliknya. Tidak sempat dia menjamah apa-apa. Datin Sofia dan Aril menggeleng kepala, entah kenapa sejak akhir-akhir ini Dato’ Malik teringat kembali peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam keluarga mereka. Seolah-olah ada sesuatu yang meragukan dalam benaknya, seolah-olah ada suara memanggil-manggil dan ingin memberitahu sesuatu kepadanya. Peristiwa kemalangan ngeri yang menimpa mereka sekeluarga menyebabkan dia kehilangan Haikal anak bongsunya, ketika itu Haikal berumur lingkungan lapan ke sembilan bulan. Mayatnya tidak ditemui dan diklasifikasikan hilang oleh pihak polis. Entah kenapa, keretanya boleh mengalami kemalangan secara tiba-tiba sewaktu mereka melancong di sebuah Pusat Peranginan di Johor Bahru.

“Aril nak gerak dah ni. Hari ni ada meeting penting dekat office. Assalamualaikum ma.” Aril menyalam tangan ibunya.

“Waalaikumsalam.” Datin Sofia membalas salam.

Pelik! Tiba-tiba Datin Sofia menangkap sesuatu yang lain pada Aril! Suaranya kedengaran berbeza.

Ah! Kenapa perlu ragu pada anak kandung sendiri.

Datin Sofia melihat Aril bergerak ke luar, sudah hampir 5 tahun Aril berada di luar negara. Mungkin kerana terlalu lama tidak melihat anaknya itu menyebabkan dia memikirkan yang bukan-bukan.

SEMENTARA itu di Syarikat Seria Holdings Adam memandang seseorang yang sedang menyusun fail-fail di rak. Dia tidak terlihat wajah perempuan itu kerana terlindung oleh rambutnya.

“Selamat Pagi, silakan duduk.” Wanita itu menjawab dan menyuruhnya duduk.

Adam menuju ke kerusi. Kemudian duduk sementara menunggu wanita itu selesai. Adam melihat wanita itu dari atas ke bawah. Usai kerja-kerja wanita itu selesai, jantung Adam bergerak kencang, laju. Seperti ada dentuman bom yang akan meletus. Iyalah, peristiwa dia dikehendaki catwalk beberapa minggu lalu masih terpampang difikirannya. Mungkinkah peristiwa itu bakal berlaku lagi. Oh! Harapnya tidak.

“Terima kasih kerana datang.” Khalisah berkata lalu berpaling.

Dia melihat lelaki yang duduk di hadapannya. Seolah dia mengenal lelaki itu. Adam juga turut terkejut.

‘Dia, habislah. Menyesal aku datang, haraplah dia tak kenal aku lagi,” gumam Adam seolah tidak mahu memandang, dia kenal benar perempuan di depannya itu.

Khalisah memandangnya.

“Boleh saya tengok resume awak?” tanya Khalisah walaupun dia kenal lelaki di depannya itu, dia lelaki yang terlanggar bahunya malam itu!

Adam lantas menyerahkan resumenya kepada Khalisah. Terketar-ketar tangannya, kalau dia tahu yang dia bakal ditemuduga oleh perempuan itu, awal-awal lagi dia tidak mahu datang!

Khalisah menarik resume tersebut, Adam pula seakan tidak mahu melepaskannya. Khalisah lantas menarik kuat.

“Adam bin Rashid, berumur 25 tahun. Belum berkahwin. Kelulusan, Ijazah Pengurusan...” Khalisah membaca resume Adam panjang lebar.

Sesudah itu, “By the way, sebelum ni bekerja di mana? Pernah jadi secretary dekat mana-mana?” tanya Khalisah.

“Saya belum bekerja tetap lagi. Sekarang saya bekerja sebagai penyanyi di sebuah restoran secara sambilan.”

“Bagus, boleh saya dengar awak nyanyi?” tanya Khalisah memandang Adam.

“Err..” Adam ragu-ragu.

“Tadi kata kerja sekarang menyanyi kan?” tanya Khalisah lagi seolah mendesak Adam.

Adam terpisat-pisat dan meraup wajahnya, kan dah kena!

“Kau adalah anugerah.. hadirnyamu mendamaikan.. Kau adalah anugerah.. yang membawa sebaik senyuman.. O..Hanya dikau yang dijiwaku, O...Kaulah satu dan kau yang satu.. Kaulah definisi cinta, cahayamu mempesona...”

Adam menyanyi lagu Anugerah Terindah nyanyian Aril AF, nasib baiklah dia hafal lagu itu kerana baru menyanyikannya tempoh hari di restoran, sambil-sambil itu dia memandang ke bawah. Iyalah, tengah menghayati lagu katanya.

“Okey, sedap suara. Nanti kalau ada annual dinner syarikat, mesti boleh nyanyi kan?” sapa Khalisah yang melihat Adam masih menyanyi.

“Insya ALLAH Puan.” Adam tunduk-tunduk mungkin juga malu.

“Boleh tak jangan panggil Puan. Saya rasa macam dah beranak 10 awak panggil macam tu. Panggil Cik sudah. So, berbalik kepada kerja. Takkanlah takde syarikat yang tak nak ambil awak bekerja?” tanya Khalisah lagi.

“Puan Khalisah, err... Cik Khalisah. Kelulusan macam saya ni ramai. Mungkin Cik Khalisah tidak pernah menghadiri temuduga, dalam 20 orang yang datang semuanya memiliki kelulusan yang sama, panel penilai akan mengambil pekerja kesukaan mereka saja, saya selalu berada di tengah-tengah, samada diambil ataupun tidak dan saya pula lelaki.” Adam pula bercakap panjang.

“Macamana awak tahu nama saya Encik Adam?” Khalisah sengaja bertanya.

Adam mati akal, sebenarnya dia tahu nama itu kerana dia yang terpaksa menyelongkar beg Khalisah malam dia kemalangan tempoh hari. Pantas! Cepat Adam berfikir, takkan nak kantoi pula. Dia cuba memberi alasan. Kalau mahu kata nama di depan pintu, dia hanya nampak papan tanda Pengarah Urusan.

“Benda tu.” Adam menunjuk ke arah nama Khalisah di tepi mejanya.

Nasib baik!

“Awak lelaki yang langgar bahu saya malam tu kan?” tanya Khalisah.

“Err.. memang saya, tapi saya tak sengaja Puan, Cik... Maaf. Saya tak berniat pun.” Adam terus saja mengalah.

Malunya! Jatuh saham yang memang tak laku itu, kali ini kalau kena suruh catwalk 20 round pun dia sanggup asalkan dapat kerja.

“Awak tahu tak gara-gara awak saya hampir mati malam tu? Berani awak datang sini minta kerja dengan saya!” marah Khalisah tiba-tiba.

Ketika itu mahu saja Adam mengatakan dia yang menyelamatkan Khalisah, tapi bila melihat betapa singanya Khalisah ketika itu mana mungkin dia akan percaya kata-katanya.

“Cik yang tak berhati-hati, bukan salah saya. Sudahlah, saya tak mahu bertekak di sini. Saya keluar dulu.” Adam terus berdiri mahu meninggalkan tempat tersebut.

Khalisah senyum.

“Tunggu. Awak ditawarkan menjadi setiausaha saya mulai saat ini Adam bin Rashid.” Khalisah menghentikan langkah Adam, dalam mindanya dia sudah mempunyai fikiran untuk mengenakan Adam.

Hah? Adam terkedu.

5 minit Adam terdiam. Mungkin masih mahu berfikir, patut atau tidak dia menerima tawaran itu.

“Awak nak kerja ke tak ni?” tanya Khalisah sekali lagi, lembut suaranya.

“Ya, ya, saya nak Cik Khalisah,” jawab Adam tergagap-gagap.

“Awak kena panggil saya Cik Boss.” Khalisah menegaskan.

“Faham Cik Boss.” Adam terpaksa menyebut perkataan tersebut walaupun dia tahu perempuan itu pasti mempunyai muslihat.

Iyalah, tiba-tiba baik pula. Tadi macam singa lapar, tetiba jadi kucing pula. Nampaknya Adam kena berhati-hati, salah langkah memang dia yang kena.

Seketika kemudian, Khalisah menekan interkom.

“Fida, tolong bawakan draf dokumen kontrak kerja ke bilik saya,” arah Khalisah.

“Baik Cik Khalisah.” Rafida menjawab, kedengaran suaranya girang.

Bilik Khalisah diketuk.

“Masuk!”

Rafida dengan senyuman paling manis masuk ke dalam dan memberikan dokumen yang diminta.

“Adam, awak boleh baca dulu syarat kontrak ni. Lepas tu boleh sign.” Rafida memberikan dokumen kontrak kepada Adam, belum-belum sempat Khalisah bercakap, dia pula yang lebih.

“Terima kasih.” Adam memandangnya dengan senyuman.

“Maaf, tapi saya tiada pengalaman kerja Cik Boss,” beritahu Adam terus terang.

“Its okey, saya percaya awak akan belajar dengan cepat dengan bantuan Rafida.” Khalisah memandang Rafida yang tak lepas memandang Adam.

“Ehem.. ehem..” segera Khalisah berdehem.

Rafida memandangnya. Adam mengangguk, terketar-ketar juga tangannya membaca draf dokumen perjanjian tersebut seimbas lalu dan kemudian menurunkan tandatangan.

“Selamat Datang ke Seria Holdings. Ini Rafida Ketua Bahagian Pemasaran syarikat merangkap setiausaha sementara saya. Apa-apa hal mengenai kerja awak nanti awak boleh rujuk kepadanya.” Khalisah memperkenalkan Rafida.

“Ala, tidak perlu kenalkan pun. Adam, tahniah.” Rafida memandangnya, Adam terasa pelik pula dipandang sedemikian.

“Terima Kasih Cik Boss.” Adam melempar senyuman. Bisanya senyuman manis lelaki tersebut, tersentak Rafida.

‘Cik Boss? Lisa, Lisa.. sempat kau buli dia,’ gumam Rafida sendiri, dipandangnya Khalisah, Khalisah senyum ada makna.

Sedang mereka berborak di dalam pejabat Khalisah, pintu Khalisah diketuk lagi. Khalisah pelik, siapa pula yang mengetuk pintu biliknya, tidak mungkin pula ayahnya datang secara tiba-tiba.

“Masuk!”

Tanpa disangka-sangka, Aril yang datang. Aril masuk ke dalam membawa sejambak bunga kepada Khalisah.

“Terima kasih abang Aril. Kenalkan, ini Adam, setiausaha baru saya.”

Berdesing telinga Aril mendengarnya. Dia ingatkan lelaki itu Megat pegawai kanan Khalisah kerana bentuk badannya hampir sama, dia tidak sempat pandang tadi. Geramnya bertambah-tambah, ingatkan dengan memberi amaran di hospital tempoh hari dapat menakutkan Adam tetapi dia malah datang ke syarikat Khalisah meminta pekerjaan.

“Saya Adam.” Adam bersikap profesional walaupun dia sudah menegenali Aril di hospital tempoh hari, dia menyalam Aril, Aril sengaja menekan tangannya kuat. Mungkin tanda amaran daripadanya. Kemudian dilepaskannya.

Adam pula kelihatan kurang selesa. Rafida perasan lalu membawa Adam keluar.

“Cik Khalisah, kami keluar dulu ya.” Rafida menarik tangan Adam.

“Siapa lelaki tu?” Adam bertanya sebaik mereka berada di luar.

“Ish awak ni, suka gosip juga ke?” tanya Rafida.

“Takdelah, saja tanya, saya nak tahu juga siapa orang-orang di sekeliling boss saya.” Adam memberi alasan.

“Dia tu bakal suami Cik Khalisah.”

Bagai mahu tersedak tekak Adam mendengarnya, tetapi dia hanya senyum.

“Owh, bakal suami Cik Boss.”

“Amboi, awak panggil dia Cik Boss? Baiknya awak..” puji Rafida.

“Eh, dia yang suruh, lagipun dia memang boss saya kan,” jawab Adam.

“Hmm.. takpelah, ikut suka awak. Jom, saya kenalkan awak dengan staf-staf.” Rafida membawa Adam untuk berkenalan dengan semua kakitangan syarikat.

Usai semuanya, Adam meminta diri untuk balik. Lagipula, tugasnya hanya bermula esok hari. Adam masuk ke dalam lif dengan hati yang gembira, kali ini dia benar-benar telah bekerja. Tidak sabar rasanya dia mahu memberitahu Kak Pah dan anaknya Danish. Setelah lebih tiga tahun bergelar penganggur terhormat akhirnya dia bekerja jua.

Kampung Pos Gedung, Bidor Perak

Pak Bidin masih lagi berusaha mengubati lelaki yang ditembak tersebut. Ada juga terlintas dalam hatinya mencadangkan kepada Tok Batin untuk menghantar saja lelaki itu ke hospital berdekatan, tetapi nanti ia akan melibatkan banyak pihak. Lagi-lagi orang yang tercedera akibat ditembak. Mahu-mahunya nanti dia dan orang kampung akan disoal siasat. Kerana tidak mahukan masalah, Pak Bidin memilih untuk mengubati sendiri lelaki tersebut dengan segala ubatannya dan juga beberapa ubat moden yang diperolehnya dari salah seorang anaknya yang bekerja di bandar. Dia percaya dia mampu, beberapa tahun lalu pernah juga seorang lelaki dijumpai ditembak tetapi terselamat juga apabila diubatinya. Pak Bidin juga percaya, hutan-hutan menyimpan pelbagai ubat yang belum diketahui umum, kebetulan, dia memang bekerja dengan Jabatan Perhilitan dalam memulihara hutan simpan di kawasan Perak tersebut. Orang-orang kampung juga melihat lelaki asing tersebut. Penduduk kampung tersebut memang agak prihatin sesama mereka dan juga orang luar. Namun, hanya sebilangan sahaja penduduk kampung tersebut yang mampu berbahasa Melayu. Antaranya Tok Batin di kampung tersebut.

Kuala Lumpur

Khalisah dan Rafida keluar makan tengahari. Untuk makan tengahari itu mereka makan di tempat yang agak eksklusif. Itupun selepas Khalisah kelihatan agak ceria ingin makan di tempat lain. Rafida meneka, mesti pasal Aril memberinya sejambak bunga ros merah kegemaran Khalisah ataupun dia terlalu teruja menemui setiausaha baru. Rafida memandang Khalisah yang senyum-senyum sendiri.

Rafida menguis tangan Khalisah. “Kenapa dengan kau ni Lisa? Senyum-senyum..” tanya Rafida.

“Err... aku gembira pun salah ke? Nanti aku moody kau juga yang susah,” jawab Khalisah.

“Amboi, ni mesti tak lama lagi sarung cincin kan? Lalalalala.... gitu,” sengaja Rafida menyindir.

“Ish, tak adalah, aku dengan abang Aril tu macam abang dengan adik sajalah. Wah, wah aku nampak kau macam syok saja dengan bakal setiausaha aku tu,” sempat Khalisah mengorek rahsia kawannya.

“Mana ada, dahlah. Makanlah nasi kau tu, nanti sejuk pula.” Rafida menafi tapi sempat senyum-senyum. Khalisah menggeleng kepala, macamlah dia tak tahu apa yang ada dalam fikiran kawannya itu.

Sambil-sambil makan, berbunga pula hati Rafida, seolah ada satu semangat baru pula. Lagipula, memang keinginannya agar Adam bekerja di Syarikat Khalisah. Wajah Adam yang malu-malu kucing itu memang menggamit perhatiannya. Tapi, itulah si Adam itu sudah beristeri, melepas...

Khalisah pula teringat kembali peristiwa pada malam dia hampir dilanggar kereta tempoh hari. Mana tidaknya, gara-gara Adam dia hampir dilanggar kereta. Persoalannya, siapa yang menyelamatkan dia malam itu? Tapi, semasa itu hanya Adam yang berada di sana. Mungkinkah dia? Telah Khalisah sendiri.

‘Ah! Sebab dia aku kena hampir kena langgar, dia nak selamatkan aku? Jangan haraplah, dahlah aku maki dia malam tu, dia lebih seronok barangkali kalau aku kena langgar,’ gumam Khalisah sendiri malas membuat andaian lelaki itu yang menyelamatkannya, apa yang penting dia mahu mengenakan Adam cukup-cukup.

‘Biar dia kenal Khalisah binti Dato’ Mazil ni siapa...’ sambung Khalisah lagi, penuh tekad.

Nampaknya makan tengahari itu menyebabkan dua wanita itu memikirkan jejaka yang sama!

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 9

AWAL pagi itu Aril menghubungi Dato’ Mazil ayah Khalisah mengenai hasratnya ingin memperisterikan Khalisah. Bagi Aril, semua itu harus dipercepatkan, dia takut kalau-kalau hati Khalisah berubah. Dato’ Mazil langsung saja bersetuju dengan hasrat Aril, baginya itu merupakan rahmat. Lagipula keinginannnya tinggi agar anak tunggalnya itu berkahwin dengan lelaki yang diharapkan seperti Aril sejak kematian isterinya beberapa tahun lalu. Arwah isterinya juga berhasrat agar Aril mengahwini Khalisah. Dalam erti kata lain, bolehlah syarikatnya dan syarikat ayah Aril itu bergabung. Maklum, adiknya Dato’ Malik ayah Aril itu menjalankan bisnes yang lebih kurang sama dengan syarikatnya. Sebenarnya, ada juga Dato’ Mazil menyarankan pada anak angkat ayahnya itu untuk bergabung tapi belum ada alasan kukuh pula.

“Jadi, bila rombongan merisiknya nak datang?” tanya Dato’ Mazil.

“Mungkin bulan depan, jangan inform Khalisah ya uncle, biar jadi kejutan,” pinta Aril.

“Okey. Itu pasti,” janji Dato’ Mazil.

Usai meletak telefon, Dato’ Mazil memanjatkan syukur.

“Papa, sarapan pa.. Mak Jah dah siap buat kopi papa ni..” Khalisah memanggil ayahnya yang berada di tingkat atas.

“Ya, ya, kejap...”

Dato’ Mazil melangkah pantas menuju ke meja makan, di sana Khalisah sudah menunggu ayahnya untuk bersarapan bersama. Khalisah memandang ayahnya yang tersenyum sinis di meja makan.

“Papa senyum-senyum ni kenapa?” tanya Khalisah.

“Senyum kan sedekah, lagipun dah tua macam papa ni, lebih baik banyak bersedekah,” jawab Dato’ Mazil.

“Iyalah pa. Tadi papa terima panggilan siapa? Lama berbincang..” tanya Khalisah.

Pertanyaan Khalisah membuatkan Dato’ Mazil hampir tersedak kuih pau ayam kegemaran yang sedang dimakannya, tetapi kemudian ditenangkan diri agar tidak membuka rahsianya dengan Aril.

“Tak, tak ada apa-apa. Kawan papa dekat Johor, saja dia tanya khabar, jemput majlis kahwin anaknya.” Dato’ Mazil memberi alasan.

Khalisah dapat menebak sesuatu, ada juga rasa ingin tahunya. Tetapi dibiarkan saja rasa kesangsiannya itu, lagipun masih banyak yang perlu difikirkannya di syarikat.

Usai bersarapan, Khalisah terus keluar. Kereta Skyline miliknya dimasuki dan sedia untuk beredar. Meskipun bergelar boss di sebuah syarikat besar, Khalisah tidak menggunakan khidmat pemandu, dia tidak mahu digelar si malas yang duduk di kerusi belakang. Sambil memandu dan melihat kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kuala Lumpur dia menekan punat radio. Nasib baiklah celoteh Usop Wilcha di Hot FM dalam segmen english education agak menghiburkan. Khalisah menunggu-nunggu juga kalau-kalau ada lagu kegemarannya diputarkan juruhebah. Memasuki lebuhraya Sprint, lagu kesukaan Khalisah dikumandangkan. Untuk menghilangkan tekanan akibat kesesakan jalan raya, Khalisah turut menyanyi lagu-lagu yang berkumandang, sekurang-kurangnya dapat menenangkan hati.

Setengah jam kemudian, Khalisah sampai ke syarikatnya. Apabila sampai ke pejabatnya, dia melihat Adam juga telah sampai. Rafida juga datang awal, Khalisah melihat mereka berborak, tapi kelihatan amat serius. Khalisah kemudian masuk dan menegur mereka.

“Wah! Macam bincang hal penting nampak?” tegur Khalisah.

“Cik Lisa ni, saya sedang ajar Adam kerja-kerja dialah.” Rafida menjawab.

“Selamat Pagi Cik Boss.” Adam menyapa tapi tidak dijawab Khalisah.

“Adam, masuk kejap, ada saya nak bincang, bawa semua dokumen yang Rafida bagi ya,” arah Khalisah, nampaknya tugas Adam akan bermula.

Adam masuk ke dalam bilik Khalisah. Wanita itu nampaknya sangat serius.

“Macamana dengan penerangan Rafida tadi? Lengkap? Secara ringkasnya, Syarikat Seria Holdings terlibat dalam bidang hartanah dan projek-projek perumahan, segala projek-projek kita bermula dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar. Dalam perniagaan ini, semua peluang harus diambil, awak faham-fahamlah persaingan pasaran sekarang.” Khalisah menerang lagi panjang lebar.

“Saya faham Cik Boss. Rafida dah explain semuanya,” jawab Adam.

“Okey. Jam 11 nanti awak temankan saya ke tapak projek.” Khalisah memberi arahan.

Adam memandang Khalisah. “Tapak projek? Untuk apa Cik Boss?” tanya Adam.

“Kenapa tanya? Awak nak kerja dekat tapak projek tu ke? Awak ikut sajalah, jangan banyak bunyi. Sekarang, ambil ni, saya nak awak photocopy semua dokumen ni buat 11 set ya,” arah Khalisah.

‘Ish perempuan ni, nak cekik rasanya’ marah Adam dalam hati.

“Uhuk, uhuk!” Khalisah terbatuk.

“Awak mengumpat saya ya?!” marah Khalisah.

“Ish, tak adalah, tak baik main tuduh-tuduh. Saya keluar dulu, ada kerja.” Adam pantas meminta diri dan membawa dokumen di atas meja.

“A.. wak!” marah Khalisah.

Sebaik keluar dari pejabat Khalisah, Adam senyum sendiri.

“Baru kau tahu jampi serapah aku, itu baru batuk.” Adam berkata seorang diri dan ketawa dalam hati.

Dilihatnya dokumen di tangannya. Fuh! Tebalnya sahaja cukup satu jangkal tangannya.

‘Ni hadiah tadilah ni, nasib-nasib...’ gumam Adam dan terus ke kawasan pencetak.

Harap-haraplah sempat dan harap-haraplah mesin photocopy di pejabat itu boleh digunakan. Kalau tidak memang masak dia, masak kunyit, masak gulai pun sapu.

“Wahai mesin photostat, tolonglah bermurah hati dengan aku, jangan buat masalah ya..” sempat pula Adam menyeru mesin photostat.

Punyalah penat, menunggu kertas keluar boleh tertidur. Adam termagu-magu di sana, kluk, klak, kluk, klak, itu sajalah bunyi yang didengarnya. Kadang nadanya perlahan, kadang nadanya laju, nasib baiklah setakat ini belum ada yang sangkut, kalau tidak memang dia lanyak agaknya mesin itu. Beberapa pekerja memandang Adam.

“Baru kerja dah kena dera?” tanya salah seorang staf yang kebetulan lalu di tepinya.

“Nasib badan..” jawab Adam membalas dengan senyuman.

“Shh.. orang tak bersuami memang macam tu, mood ikut dia, awak kerjalah hati-hati. Setakat ni dah lima orang setiausaha dia berhenti tau,” staf itu memberitahu, nada suaranya diperlahankan.

“Iya? Sebelum ni secretary lelaki ke perempuan?” tanya Adam berminat.

“Perempuan. Dia memang tak nak secretary lelaki. Awak bertuah tu, by the way saya Khalid.” Staf lelaki itu mengenalkan diri.

“Saya Adam.” Adam senyum dan berjabat tangan dengan Khalid.

“Okey, saya nak sambung kerja saya. Nanti bising pula boss tu.” Khalid meminta diri.

‘Tak mahu secretary lelaki? Jadi? Kenapa dia ambil aku? Ke, sebab nak balas dendam pasal malam tu ke?’ gumam Adam sendirian.

Dia mati kata. Biarlah apa orang nak kata dan biarlah Khalisah cuba mencari salahnya. Selagi dia mampu bertahan di situ, selagi itulah dia bekerja dan memberi khidmat. Bukan senang mahu mencari kerja di dalam keadaan sekarang.

*********

“Awak ada lesen memandu?” tanya Khalisah yang berada di depan keretanya, sebentar lagi mereka akan ke tapak projek.

Fuh! Terbeliak bijik mata Adam melihat kereta Skyline berwarna merah itu, sangat berkilat, gamaknya kalau bergambar di sebelah kereta itu, kereta itu lebih menonjol daripada manusia barangkali.

“Saya boleh memandu, tapi buat masa sekarang, saya hanya ada lesen motor sahaja,” jawab Adam jujur.

“Kalau macam tu, awak follow saya. Guna motor awak.” Khalisah membuka pintu kereta dengan lagaknya.

Ceh! Adam baru berangan hendak merasa naik kereta mewah. Tapi tidak apalah, tengok pun dah cukup. Ikutkan sajalah arahan Khalisah, dia kan Cik Boss...

Adam segera menuju ke tempat motosikalnya. Nasib baiklah sudah upgrade, kalau dulu-dulu punya, sah-sah kereta itu tidak dapat dikejarnya.

“Laju juga minah ni drive, alah, orang kaya kalau kena saman pun macam beli kasut dekat pasaraya.” Adam berkata sendiri dan masih cuba untuk tidak kehilangan kereta Khalisah di depan.

Beberapa minit kemudian mereka akhirnya sampai ke tapak projek. Jauh juga tapak projek itu, nasib baik Adam sudah mengisi minyaknya penuh. Kalaulah dia singgah lagi di stesen minyak mana mungkin bossnya yang seorang itu akan rajin menunggunya. Sumpah! Potong jari pun dia takkan tunggu.

Khalisah turun dari kereta dengan memakai sunglasses hitamnya. Sekali pandang memang sangat bergaya. Ala-ala model sunglasses pula, sempat Adam memandang kasut merah yang dipakai Khalisah. 5 inci tu!! Boleh ke jalan tempat-tempat macam tu.

‘Ish perempuan ni, agak-agaklah, dia ingat pergi shopping kat mall ke,’ gumam Adam mengherot mulut.

“Awak tunggu apa lagi tu, pegang payung ni,” arah Khalisah memberikannya payung berwarna merah jambu.

‘Jadi bodyguard pulak? Payung merah jambu pula tu, pleaselah...’

“Dah, cepatlah. Panas ni,” marah Khalisah, segera Adam mengambil payung di tangan Khalisah dan memayungkannya.

“Selamat Datang Cik Khalisah,” seorang lelaki separuh umur terkocoh-kocoh datang menghampiri mereka.

“Adam, ni Encik Majid, pengurus tapak projek ni.” Khalisah mengenalkan.

“Saya Adam.” Adam menjabat tangan lelaki tersebut, lelaki tersebut senyum memandangnya.

Adam mengikut ke mana Khalisah berjalan bersama Encik Majid. Khalisah melakukan pemantauan di sana kerana projek masih di peringkat awal. Adam memandang kawasan yang baru berturap itu, kawasan itu nanti bakal memberi manfaat kepada masyarakat di sekitarnya. Adam belajar untuk memerhati tetapi belum pantas untuk memberi pendapat.

“Macamana projek kita setakat ni Encik Majid?” tanya Khalisah.

“Setakat ini semuanya dalam keadaan baik Cik Khalisah. Cuma keadaaan cuaca agak tidak menghabiskan kerja mengikut jadual yang ditetapkan,” jelas Encik Majid.

“Tidak mengapa, proceed saja.” Khalisah faham.

Setelah berada lebih kurang sejam berada di tapak projek, Khalisah beredar. Adam masih memayungkannya. Semasa dalam perjalanan ke kereta, Khalisah terpaksa melangkah berhati-hati, batu-batu kecil di situ agak licin selepas hujan malam tadi, kasut tinggi yang dipakai Khalisah memang tidak sesuai untuk dipakai di tapak projek itu, memanglah mahal kasut itu, tapi kalau di batu-batu seperti itu ia umpama berjalan kaki di atas kaca.

Tiba-tiba... “Ouch!” Khalisah hampir tergelincir.

Adam lantas memegang lengan Khalisah dan memaut badannya untuk menyelamatkannya.

“Cik Boss tak apa-apa?” tanya Adam menunjukkan sikap prihatinnya.

Sempat Adam terpandang mata Khalisah, baru dia perasaan, mata wanita itu berwarna coklat ala artis seberang Luna Maya. Sunglasess yang dipakai Khalisah jatuh ke bawah.

“Sudah, lepaskan saya!” tiba-tiba pula Khalisah marah kepadanya.

“Okey, okey, saya pun tak hingin nak peganglah. Cik Boss pun satu, kalau tahu nak ke site tu, pakailah kasut lebih rendah sikit.” Adam menasihat tiba-tiba.

“Suka hati sayalah, saya nak pakai kasut 5 inci ke, 10 inci ke sekalipun, apa awak kisah?” marah Khalisah pula, apa tidaknya, dia tidak suka orang menasihatinya.

‘Perempuan tak kenang budi! Dah dua kali aku selamatkan kau,’ gumam Adam marah seorang diri.

‘Nak ambil kesempatan lah tu, dasar lelaki miang!’ marah Khalisah dalam hati.

Adam mendiamkan diri, malas dia melayan orang yang sedang marah, iyalah, api dengan api nanti marak membara pula.

Khalisah yang masih saja geram cuba berjalan menuju ke keretanya, “Argh!” Khalisah menjerit.

Adam menggeleng kepala dan terus membantu Khalisah sampai ke kereta.

“Ja.. jangan pegang saya!” marah Khalisah.

“Cik Boss jangan bodoh sombong boleh tak? Dah, drive hati-hati.” Adam pula mengarah.

Khalisah masuk ke dalam keretanya. Tiada sebarang kata-kata keluar dari mulut Khalisah. Terima kasih pun tidak. Adam faham, walaupun perempuan itu menyakitkan hati, tapi dia bukanlah jenis orang yang berdendam.

Sepasang mata memerhatikan mereka, mengawasi gerak langkah Adam dan Khalisah.

“Tak guna kau Adam. Kau nak sangat bermain ya,” marah orang itu dari dalam kereta.

“Okey, jalan!” Orang itu memberi arahan.

Khalisah menghidupkan enjin kereta dan terus keluar dari kawasan itu. Meskipun marah pada Adam, tapi dia tidak mahu mengikutkan perasaan sangat. Harapnya malam nanti Mak Jah orang gajinya dapat mengurut kakinya yang sakit tu. Kalau tidak alamatnya terpaksalah ke tempat urut ataupun klinik.

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 10

“Sari Berita Utama, mayat dua orang lelaki ditemui berhampiran hutan di Bidor Perak. Identiti dua mangsa itu tidak dapat dikenal pasti akibat rosak teruk kerana dipercayai dibaham binatang buas. Sehubungan itu, kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga atau mengenali mangsa diminta dapat memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan menghubungi nombor yang tertera di kaca televisyen anda.”

“Ni mesti malaun dua ekor ni. Kau orang berdua pergi bunuh orang tapi kau orang pula terbunuh. Memang tak guna!” marah seorang lelaki yang menonton berita di kaca televisyen di depannya.

Segera dimatikannya televisyen, geram barangkali.

“Ada kemungkinan dia tu masih hidup, kalau tidak mesti pihak polis dah jumpa. Tak mungkin yang kena baham tu dia, sebab ada dua orang. Dan mereka tu pun dah hilang seminggu, confirm bukan dia, dia masih bebas!” tebak lelaki tersebut kerana dia sudah puas menghubungi orang yang dipertanggungjawabkan untuk membunuh itu.

Pantas dicapainya telefon bimbit yang masih bercas kerana kehabisan bateri tadi dan dihubunginya seseorang. Dia perlu cepat menghubungi orang tersebut bagi menyiasat sesuatu, tempoh seminggu itu adalah tempoh yang sangat panjang. Mungkin juga orang tersebut terselamat dan sedang mencarinya. Pelbagai kemungkinan juga bermain-main di kepalanya.

Apabila sudah menghubungi orang tersebut, sejumlah wang juga perlu melayang bagi melunaskan kerja tersebut. Sekarang, bukan semuanya free, masuk tandas pun mesti bayar.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi.

“Helo?”

“Boss, yang mati tu memang Ali dengan Zam, dahsyatnya boss..” salah seorang orang suruhannya memberitahu.

Pantas lelaki itu mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak mahu mendengar alasan. Apa yang dia mahu dengar adalah berita yang baik-baik sahaja. Perkataaan gagal tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Apapun, panggilan telefon itu memang melegakannya kerana dia tidak perlu berteka teki, memang dia perlu mengupah seseorang bagi menjejaki di mana orang yang dibunuhnya berada. Dan, dia mesti cepat! Sebelum orang itu melakukan sesuatu. Pelbagai anggapan tergambar dalam kotak fikirannya.

Kring! Kring!

Telefon rumah pula berbunyi. Lelaki itu tidak senang.

“Helo. Saya dah kata cari dia cepat!” marah lelaki itu sebaik mengangkat telefon.

“Ayah ni.”

“Ayah, kenapa ayah call? Ingatkan orang saya tadi.”

“Saja tanya khabar. Macamana dengan kamu sekarang?”

“Saya okey ayah, janganlah risau. Ayah tu yang kena jaga kesihatan.”

“Okey. Ayah letak telefon dulu. Bye.”

“Bye ayah, jangan lupa makan ubat tu. Hujung minggu nanti saya balik.”

Lelaki itu meletakkan gagang telefon, hatinya masih marah. Semua itu perlu diselesaikan cepat, dia tidak mahu ada gangguan selepas ini.

************

ADAM berada di rumah sewanya, lega hatinya sedikit mendapat pekerjaan yang mampu menampung hidupnya dan Danish. Dilihatnya Danish yang sedang menonton kartun kegemarannya di kaca televisyen, elok dia duduk di sebuah sofa yang kelihatan sedikit lusuh. Pelik, meskipun Danish bukan sesiapa dan tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengannya tetapi dia terasa amat dekat dengan kanak-kanak lelaki tersebut. Mungkin juga kerana dia sudah berada dengan Adam terlalu lama. Pernah Adam terfikir untuk melaporkan Danish kepada pihak polis tapi dia sentiasa terfikir, benarkah tindakan yang diambilnya. Apa akan terjadi pada Danish nanti? Dan sebenarnya hati kecilnya mula berkata-kata bahawa dia sudah mula menyayangi Danish seperti anaknya sendiri, melalui Danish dia belajar mengenal erti hidup dan mengenal erti tanggungjawab.

“Papa, Danish lapar.”

Suara Danish membubarkan lamunannnya. Hujung minggu begitu, Adam selalunya akan memasak untuk mereka berdua, tidaklah expert mana, tapi bolehlah. Kalau takat Masterchef Malaysia tu memang dia tak layak masuk.

“Danish lapar ya. Nanti papa masakkan Danish, Danish nak makan apa?” tanya Adam mesra dan memeluk Danish.

“Danish nak makan ayam goreng,” pantas budak lelaki itu menyuarakan hasaratnya.

“Ayam goreng ya?” sekejap Adam berfikir, bukannya apa, ayam goreng itu sudah terlalu mewah bagi mereka. Bukanlah terlalu miskin, tetapi Adam lebih suka berjimat.

‘Kalau beli dekat mamak 2 ringgit seketul, kalau beli ayam dan goreng sendiri mesti banyak lagi nak guna duit,’ gumam Adam, memang dia pantas memikirkan mana satu yang dia hendak beli, dia pun baru bekerja, gaji pun belum dapat, gaji dari menyanyi di restoran mewah itu pula tinggal separuh kerana membeli baju dan seluar bekerja.

“Danish tukar baju, kita makan kedai uncle mamak. Jom! Nak tengok boleh tengok bola sekali.” Adam senyum memandang anaknya.

“Yeay! Yeay!” sorak Danish sangat gembira.

“Kalau lambat papa tinggalkan ya,” sengaja Adam mengacah anaknya itu.

“Ala..” rajuk Danish.

“Cepatlah, pandai mandi sendiri kan?” Adam memandangnya.

“Papa tak mandi sekali ke? Papa belum mandi kan?” bijak betul Danish cuba memancing ayahnya yang satu itu untuk memandikannya.

“Papa dah mandilah,” sengaja Adam tidak mengaku.

Segera Danish ke arah Adam dan mencium baunya, rambutnya juga dilihat.

“Papa tipu!” segera Danish menarik tangan Adam menuju ke bilik mandi.

“Ya, ya... papa nak mandilah ni..” Adam senyum sendiri.

“Budak lelaki mana boleh mandi berdua. Mesti mandi sendiri, Danish janganlah susahkan makcik, kalau pandai mandi sendiri, Danish mandi sendiri ya,” sengaja Adam berpesan demikian supaya Danish pandai berdikari.

Danish yang sedia faham mengambil sabun dan menyabun badannya, kemudian kepalanya. Selepas itu terus mengayung air. Adam ketawa sendiri. Budak 3 tahun itu memang faham apa yang dimaksudkan Adam, tapi cara pelaksanaannya masih belum teratur. Sabun hanya diletak pada dada sahaja dia terus simbah air, rambut pula belum semua basah.

“Bukan macam tu, sini papa ajar,” segera Adam menunjukkan cara-cara untuk Danish menyabun badannya.

“Kemudian, ambil gayung dan..”

Plash!

Danish menyimbah papanya.

“Main kasar ya!” jerkah Adam segera menutup bilik mandi.

Disimbahnya Danish dengan sebaldi air, masing-masing ketawa sendiri.

Usai mandi, Adam mengambil pakaian di almari dan memakaikannya pada Danish. Danish senyum-senyum manja dan memeluk papanya.

“Papa, mama Danish mana? Ada gambar mama tak?” tanya Danish ingin tahu.

Tersentak Adam. Dia tahu, suatu hari nanti kanak-kanak lelaki itu akan bertanya juga soalan tersebut. Tapi, dia tidak menjangka seawal itu. Apa yang dia mahu jawab, gambar siapa pula yang mahu ditunjukkan.

“Mama berada di syurga, gambarnya tak ada, sebab mama dalam ni..” Adam meletak tangan Danish di dadanya.

Danish seakan faham dan tidak bertanya lagi. Biasalah kanak-kanak, sekejap tanya, sekejap itu pula dia lupa.

‘Maafkan papa Danish, mungkin mama atau papa Danish yang sebenar ada di luar sana, Insya ALLAH kalau diizinkan tuhan Danish akan jumpa juga,’ gumam Adam sendiri.

“Papa, dah lambat ni, Danish dah lapar.” Danish berkata.

“Okey, okey.” Adam faham, segera dia menutup lampu dan mengunci pintu lalu membawa Danish menuju ke lif.

“Nak ke mana ni Danish?” tanya Nadia yang baru keluar dari lif, baru balik dari kuliah agaknya.

“Papa bawa Danish makan ayam goreng,” jawab Danish selamba, girang sungguh apabila menyebut perkataan ayam goreng itu.

“Owh, ya ke? Kak Nadia nak ikut boleh?” tanya Nadia memandang Danish dan menjeling ke arah Adam.

“Boleh-boleh,” segera Danish menjawab, diangguk kepalanya.

Adam terdiam, dia memang selalu blur kalau depan perempuan. Nadia memandangnya, lagilah dia tergamam. Adam, Adam.

“Danish pergilah. Kakak dah makan.” Nadia mengusap rambut Danish dan senyum kepada Adam.

“Kami pergi dulu ya Nadia.” Adam meminta diri.

Nadia mengangguk senyum. Danish melambainya, Nadia melambai kembali. Jauh di sudut hatinya lelaki duda itu memang kacak, kadang-kadang dia juga ragu samada Adam pernah berkahwin sebab dia biasa mengenali duda-duda yang tidak seperti Adam. Kadang-kadang, dia suka kalau lelaki itu buat tak tahu atau blur seketika, terasa comel dipandang.

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 11

PENGUNJUNG di restoran mewah itu dihiburkan dengan nyanyian Adam. Meskipun sudah mendapat kerja yang bolehlah dikatakan stabil tapi bagi dia apa salahnya untuk masih bekerja sambilan begitu. Lagipula mana mungkin dia akan meninggalkan pekerjaan yang disayanginya itu, kiranya menjadi penyanyi adalah hobi yang sangat diminati. Pernah juga sekali dua dia cuba-cuba menghadiri ujibakat tv, tapi entah kenapa, Adam tidak bersungguh-sungguh. Mungkin bukan citarasanya barangkali. Lagipula, dia suka menyanyi bukan mahu glamour, dia lebih suka menyanyi untuk ketenangan diri sendiri.

Melalui muzik juga, Adam dapat melepaskan tekanan dalam diri dan sebenarnya sejak akhir-akhir ini dia jarang dapat tidur lena kerana asyik bermimpikan sesuatu, sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Dia sering ternampak seorang kanak-kanak tercampak keluar dari satu kemalangan kereta. Entah kenapa bayangan-bayangan itu selalu berputar dalam mimpinya, dia sudah menganggap itu sebagai satu mainan tidur tapi apabila difikirkan ia membuatkan kepalanya sakit.

“Adam, meja nombor 5 tu request nak lagu ni,” bisik seorang pelayan sambil memberikan kertas kepadanya.

Adam memandang pengunjung tersebut kemudian menganggukkan kepala. Diberinya kertas tersebut kepada pemain muzik. Biasanya mereka menerima permintaan dari pengunjung, terkadang lagu hari jadi, terkadang lagu romantis dan macam-macam lagi. Bermacam sejarah yang ada di restoran mewah tersebut. Kadang-kadang Adam ketawa sendiri melihatkan gaya pelanggan yang mengunjungi restoran tersebut. Meskipun dia yang menyanyi di salah satu sudut restoran itu tapi dia seolah-olah memerhatikan satu sketsa di depan matanya, memerhatikan para pengunjung yang datang dengan pelbagai ragam dan sebagainya. Sebaik muzik dimulakan, Adam mula menyanyi lagu berjudul ‘Cinta Harus Memiliki’ nyanyian Anuar Zain..

Kringgg!!! Kringgg!!

Kedengaran bunyi loceng jam Adam berdering kuat, bunyinya saja cukup untuk menggegarkan seluruh rumah. Bingit dan nyaring. Sengaja Adam setkan agar dia tidak telat ke tempat kerja, entah kenapa pula kepalanya terasa berat pagi itu. Manakan tidak, semalam tidur jam dua pagi. Jam loceng disetkan jam 7 pagi. Sebaik saja bangun, sah-sahlah kepala rasa macam ada batu besar menimpa.

‘Tidur kejap lagilah, 2 minit pun jadi,’ gumam Adam, matanya separa sedar, antara nampak jam loceng di depannya atau tidak.

Plash!

Kedengaran bunyi gelas jatuh dari rumah sebelah. Adam segera bangun.

“Hah!” terkejut Adam apabila jam sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi.

Gila! Sudah buang masa 45 minit, selalunya kalau waktu begitu pasti dia sudah berada di jalan raya. Terkocoh-kocoh Adam kelam kabut.

“Danish, bangun Danish, bangun..” Adam membangunkan Danish.

Selepas itu segera Adam ke bilik air untuk bersiap.

Danish dihantar ke rumah Kak Pah, “Saya pergi dulu Kak Pah, dah lewat ni, Danish, papa pergi dulu. Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam,” jawab Kak Pah sambil mendukung Danish.

Adam cepat-cepat menuju ke lif. Cis! Lif pula rosak, segera dia berlari ke arah tangga. Nasib baiklah dia duduk di tingkat lima, kalau sepuluh, habis lencunlah bajunya basah dengan peluh. Sampai saja di bawah dipandang lagi jam di tangan kirinya. Memang dia tidak akan sampai tepat pada masanya.

‘Tawakkal sajalah,’ gumam Adam sambil menghidupkan motosikalnya dan segera memecut.

Awal pagi lagi terpaksa merempit untuk ke tempat kerja, nasib baiklah guna motor, boleh cilok kanan, cilok kiri. Bukan itu saja yang menggembirakan, abang trafik pun kebetulan tidak ada. Sonang nak suka suki. Adam sudah tidak mahu memandang jam tangannya. Cepat saja di membawa motor.

Klak!

Kad kerjanya dipunch sebaik sampai di Seria Holdings, kelihatan Uncle Ramu tukang jaga di sana senyum memandangnya. Fuh! Ada seminit lagi sebelum masuk kerja, nasib baiklah, kalau tidak memang sia-sia datang bekerja hari itu, duduk bekerja pun tapi dikira tidak hadir kalau terlewat. Segera Adam menuju ke lif.

“Selamat Pagi Adam,” sapa Rafida yang juga baru masuk ke dalam lif tersebut.

“Selamat Pagi,” balas Adam melempar senyuman, senyuman itu bukanlah senyuman untuk Rafida, tetapi senyuman untuk dirinya yang sempat punch card.

“Macamana semalam? Okey?” tanya Rafida yang memulakan cerita.

“Bolehlah...” nada suara Adam kedengaran seperti tidak puas hati.

“Its okey, boss awak tu memang macam tu. Tapi percayalah, dia tu baik,” sempat Rafida memuji Khalisah.

“Saya tahu, kalau tak, memang saya tak lepas nak kerja dekat syarikat ni,” balas Adam.

“By the way, kenapa lambat hari ni?” Rafida bertanya lagi.

“Terlajak...” selamba Adam menjawab.

“Isteri awak tak bangunkan ke?” soalan Rafida kali ini memang membuatkan Adam terzip mulut.

‘Aku lupa bagitau dia, tapi patut ke aku bagitau. Ah, bagitau sajalah..’ gumam Adam yang masih lagi berfikir nak menjawab atau sebaliknya.

“Tak, saya duda, rahsia tau,” perlahan nada suara Adam memberitahu, helo? Takkanlah nak orang dalam lif tu dengar kan? Gila? Duda hot tu. Nanti semua ambil borang. Agaklah kan.

“Owh, faham-faham. Bapa tunggal.” Rafida tersipu-sipu.

Ada sejuta pula perasaan hadir dijiwa Rafida. Nampaknya telahannya hari itu tidak benar, dia ingatkan Adam bahagia dengan isterinya. Rupanya sudah bercerai. Apapun, ya, mungkin Rafida sudah jatuh cinta pandang pertama. Jatuh cinta yang sedikit unik, boleh dikatakan jatuh cinta pada superhero malam itu.

‘Apa aku fikir ni? Tapi tak salah, dia single, aku pun single,’ gumam Rafida sendiri sambil menguntum senyuman, senyuman bahagia yang bukan kepalang.

Ting!

Adam segera keluar dari lif. Iyalah kan, harus lapor diri dengan boss, nanti kalau Khalisah tidak nampak dikata pula curi tulang. Adam menoleh.

“Mana pula si Rafida ni?” Adam memandang ke kiri dan ke kanan segera dia menoleh ke belakang.

“Rafida, Rafida, kita dah sampai,” tegurnya.

“Oh, iya, iya,” segera Rafida keluar dari lif. Adam menggeleng kepala. Apa pula kena dengan minah yang seorang itu.

Rafida berjalan menuju ke department nya manakala Adam duduk di mejanya, di luar pejabat Khalisah.

Sempat mata Rafida menjeling ke arah Adam, sipi kepala kanan, sipi kepala kiri. Tidak sudah-sudah pula dia mahu memandang Adam.

“Fida, tengok siapa tu?” tanya Khalisah yang lalu di hadapannya.

“Eh, tak adalah, tak.., aku tengah tengok habuk dekat sini ni, mungkin makcik cleaner tu lupa bersihkan kot,” balas Rafida senyum ke arah Khalisah.

“Hari ni jangan lupa, ada meeting dengan wakil Indah Holdings,” sempat Khalisah mengingatkan.

“Ya, Ya Lisa. Eh, kenapa dengan kaki kau tu?” tanya Rafida yang pelik melihat kaki Khalisah berbalut.

“Aku terpelecok semalam.” Khalisah memberitahu sambil memandang Adam.

“Iya, so tak sakit lagi ke?” tanya Rafida lagi.

“Tak, semalam Mak Jah urutkan. Katanya terseliuh sikit je. Okeylah, nanti kita borak, aku masuk dulu.”

Khalisah berjalan menuju ke bilik pejabatnya, begitu juga Rafida. Dilihatnya Adam sedang menyusun fail dan mengemas meja.

“Nanti tolong bawa benda yang saya suruh awak photocopy tempoh hari ke bilik mesyuarat ya,” pesan Khalisah dan masuk ke biliknya.

“Baik Cik Boss.” Adam faham dan kemudian melihat dokumen yang di photocopy nya semalam, sempat dia memandang kaki Khalisah. Telinganya memang telinga kuali, setiap inci perbualan Khalisah dan Rafida tadi didengarnya.

‘Itulah, lain kali jangan pakai kasut tinggi ke site, kan dah kena..’ umpat Adam dalam hati.

Kring! Kring!

Adam mengangkat panggilan telefon di mejanya.

“Adam, tolong masuk kejap,” arah Khalisah melalui interkom.

‘Ish perempuan ni, cakap tadi kan senang,’ gumam Adam sendiri tapi cepat-cepat dia bingkas dan ke bilik Khalisah.

“Ya Cik Boss?” sapa Adam sebaik membuka pintu bilik Khalisah.

“Awak nampak cawan tu?” tanya Khalisah.

“Nampak.”

“Awak pandai buat air nescafe?”

“Err..” Adam ragu-ragu.

Pantas saja Khalisah memberi arahan, “Ambil cawan tu dan buatkan saya air nescafe. Cepat ya.”

Segera Adam mengambil cawan di meja Khalisah lalu keluar menuju ke pantry.

‘Aih, belajar tinggi-tinggi pun akhirnya buatkan air untuk perempuan pula. Ceh.’

Usai selesai, segera Adam membawa air nescafe tersebut ke bilik Khalisah.

“Cik Boss.”

Air nescafe itu diletakkan Adam di meja Khalisah. Segera Khalisah mengambil dan meminumnya.

“Phtui! Panas, panas, awak nak bunuh saya ke apa? Agak-agaklah..” marah Khalisah.

“Well, air nescafe memang panas, takkanlah sejuk pula kan. Saya nak kata panas tadi, Cik Boss pula minum terus. Bukan salah saya kan?”

“Sudahlah, awak boleh keluar. Lain kali kalau buat air bagi separuh air panas, separuh air sejuk, ni nak bagi orang takde lidah ke apa,” pesan Khalisah.

“Baik Cik Boss.”

Segera Adam melangkah.

“Hei, cawan nescafe ni bawa keluar sekali ya.”

Adam mengambil cawan tersebut, sempat dia Khalisah menjeling ke arahnya. Adam melangkah keluar dengan senyuman.

‘Rasalah nescafe aku tu.. hihi..’ Adam ketawa sendiri.

*********

“Macamana? Dapat jumpa dia?” tanya lelaki itu melalui telefon kepada orang-orangnya.

“Buat masa sekarang, saya masih menjalankan siasatan di beberapa buah kampung dekat sini. Lagi-lagi berdekatan dua mayat yang kena jumpa polis tu. Dengarnya ada seorang penduduk kampung di kampung sebelah ada jumpa seseorang beberapa minggu lalu. Tapi itulah, jalan ke sana mengambil masa sedikit, saya akan hubungi bila saya sudah temuinya,” jawab orang yang telah diarahkan itu.

“Jangan bagi aku tunggu lama, aku rasa rimas dan tak aman. Aku nak kau cepat ke kampung tu, kalau jumpa kau terus bawa dia pergi walau dengan apa cara sekalipun. Kali ni biar aku yang uruskan semuanya. Ingat! Kau harus cepat!” tegas lelaki itu memberi arahan.

“Baik boss!”

Segera lelaki itu meletak telefon selepas memberi arahan, kemudian menuju ke bilik air dan melihat wajahnya di cermin. Tiada sebarang tanda dia suka dengan keadaan itu. Cuma itu sahaja kini yang menjadi penghalang. Ke mana-mana saja orang itu merasa terancam seolah-olah dia diekori.

“Tak guna!!!” marahnya dan terus menumbuk cermin di depannya, luka-luka yang keluar dari tangan itu sudah tidak dipedulikan. Darah merah membasahi singki, kesakitan yang mencucuk itu sudah tidak dirasai lagi. Kali ini dia benar-benar bertekad, walau apapun terjadi orang yang dicari itu harus ditemui!

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 12

MAJLIS perkahwinan Kirana bakal menjelang seminggu lagi. Khalisah dan Rafida sibuk hendak memilih baju yang sesuai. Selepas majlis akad nikah, majlis resepsi akan berlangsung selang dua hari selepas itu di sebuah hotel. Setelah Mona yang berkahwin selepas mereka habis belajar, kini tiba pula giliran Kirana setelah enam tahun Mona berkahwin. Nampaknya hanya Khalisah dan Rafida lagi yang menunggu calon yang sesuai. Kalau Khalisah mungkin tidak lama lagi, Rafida pula sebarang lelaki pun tidak ada lagi. Risau juga dibuatnya apabila terpaksa menghadiri majlis resepsi itu nanti berseorangan. Pasti rakan-rakan yang lain akan bertanya itu ini, almaklumlah, tiga kawan yang lain rapatnya yang lain sudah berpasangan.

“Fida, kau rasa sesuai tak yang ni?” tanya Khalisah sambil memakai sepasang baju kurung berwarna putih, mulanya dulu nak pakai warna tarqoise dan warna-warna yang agak susah disebut, tapi semacam over pula.

“Cantik, okey, okey.” Rafida menjawab sambil senyum seorang diri.

Khalisah pelik, entah kenapa kawannya itu senyum sendiri, mungkin ada putera raja masuk meminang agaknya.

“Fida, apa pasal semenjak dua menjak ni aku perasaan yang kau selalu senyum-senyum, dah jumpa Mr Tuxedo ke?” tanya Khalisah cuba mengorek rahsia-rahsia hati Rafida yang dikawal ketat kononnya itu.

Rafida tersentak!

“Tak adalah, tapi kalau ya pun apa salahnya kan?” sengaja Rafida menunjuk klue sendiri.

“Dah agak dah, tak payah cakap pun..” Khalisah membalas, Rafida senyum-senyum malu menjawab.

“Macamana Mr Secretary kau tu Lisa? Okey kan?” Rafida bertanya.

“Okey kau kata, semalam dia buat air nescafe panas gila, nak terbakar lidah aku ni tau. Entah dari mana-manalah kau angkut dia tu...” marah Khalisah.

“Laa.. iya, kau nak suruh dia buat air kenapa. Kan dah kena..” Rafida menggeleng kepala.

“Aik, setiausaha aku dulu okey je aku suruh buat air. Dia pula tak boleh.”

“Yalah Cik Boss, andalah yang sentiasalah betul. Amboi, panggilan tak nak kalah, Cik Boss gitu.” Rafida mengalah.

“Alah, okey apa. Bukan macam kau, selalu panggil aku Puan, bila aku dengar perkataan Puan tu saja, aku ingatkan yang aku ni dah ada anak 10 tau,” ujar Khalisah.

“Hmm.. iyalah Cik Boss, nampak muda kan...”

“Iyalah Cik Rafida yang sedang bahagia diulit cinta oii...”

Rafida pantas menjelingnya!

Khalisah senyum-senyum, nampak sangat si Rafida suka dengan setiausahanya itu, iyalah, marah tu kan ertinya sayang.

***********

USAI memilih baju di butik tengahari itu, Khalisah dan Rafida kembali semula ke pejabat. Nampaknya sepanjang tengahari itu mereka sanggup tidak keluar makan semata-mata untuk melihat baju di beberapa butik sempena majlis perkahwinan Kirana nanti. Adam memerhati dua gadis tersebut, maklum mereka berdua adalah kawan baik. Sebelum Khalisah masuk ke dalam pejabatnya Adam menegur.

“Cik Boss, tadi ada panggilan telefon dari Silver Holdings.” Adam memberitahu, membuatkan Khalisah menghentikan langkahnya.

“Apa pesanan mereka?” tanya Khalisah yang tahu syarikat itu amat cerewet dalam pengurusan syarikat.

“Minggu depan mereka nak lihat Kondo yang syarikat kita usahakan,” beritahu Adam yang kelihatannya profesional.

“Baik, petang nanti awak ikut saya. Kita tengok kondo tu.” Khalisah memberi arahan.

“Saya Puan?” tanya Adam.

“Ya, awak. Kenapa? Tak boleh ke? Siapa yang bayar gaji awak?”

Segera Khalisah masuk ke pejabatnya, Adam pula mati kata. Mahu dilawan ada benar kata-kata bossnya itu. Beberapa pekerja memandang Adam, pandangan kasihan ada, pandangan simpati pun ada.

‘Tanya pun tak boleh, ingat aku hadap sangat ke kerja dekat sini,’ marah Adam dalam hati.

TEPAT jam 3.00 petang, Khalisah membawa Adam ke beberapa kondominium yang siap dibina di sebuah tempat. Kondo itu kelihatannya sedia untuk diduduki. Suasananya sangat menyenangkan, pemandangannya saja sangat mendamaikan, berbeza sekali dengan flat buruk tempat tinggal Adam. Entah bila dia akan duduk di kondo mewah seperti itu, mungkin sampai bila-bila pun tidak agaknya. Khalisah dan Adam meninjau keadaan kondo tersebut. Amboi, trip-trip jadi boss sekejap.

Usai dua tiga buah kondo dilawati, Khalisah mula bertanya apabila mereka masuk ke sebuah kondo lain.

“Macamana Adam, apa pendapat awak tentang keadaan kondo ni?”

Tersentak Adam seketika, layakkah dia memberi sebarang komen? Layakkah dia bersuara dan layakkah dia mengkritik hasil usaha Khalisah sendiri. Tapi, Adam bukannya jenis yang suka berselindung.

“Pada saya, semuanya nampak okey, cat okey, luas okey, pemandangan okey..” habis semua dijawab okey oleh Adam, manalah dia berani nak mengkritik lebih-lebih.

“Okey saja? Awak tak ada perbendeharaan kata yang lain ke? Ke, Bahasa Melayu awak masa SPM cukup-cukup makan?” sengaja Khalisah cuba berlagak supaya Adam akan segera mengkritik.

Adam berasa marah pula dikatakan sebegitu, malu pun ada, marah pun ada. Segera Adam menuju ke bahagian dapur dan merasa jubin lantai dapur tersebut.

“Saya hanya ada satu komen. Jubin lantai dapur ni licin sangat. Bayangkan berapa jam sehari seorang surirumah berada di dapur? Mereka memerlukan keadaan yang selesa, maksud saya jubin ni kalau kasar sedikit lebih baik. Sekurang-kurangnya risiko tergelincir tidak akan berlaku,” Adam memberi pendapat panjang lebar.

“Ya ke?” sengaja Khalisah cuba menolak pendapatnya.

“Cik Boss boleh rasa sendiri.” Adam mempertahan pendapatnya.

Khalisah merasa jubin tersebut, sebenarnya dia sudah puas hati dengan jubin itu. Dipandangnya Adam, Adam seolah yakin pendapatnya bakal diterima Khalisah.

“Awak tinggal dekat mana?” tanya Khalisah.

Adam terdiam, mungkin jawapannya nanti bakal merubah persepsi Khalisah.

“Flat je,” jawab Adam perlahan.

“Sekarang awak pun tahu kan perbezaan antara flat dan kondominium mewah ni kan? Saya sudah lama membuat projek sebegini dan awak yang hanya tinggal di flat boleh memberi pendapat yang bagi saya kurang bernas.” Khalisah seolah menghina Adam.

‘Ek eleh minah ni, flat pun rumah jugak tau!’ marah Adam dalam hati.

Adam sudah biasa dengan persepsi sebegitu, dia bukanlah jenis yang suka menipu atau dalam bahasa pepatah tidak mengukur kain di badan sendiri. Dia lebih rela mengaku tinggal di flat asalkan dia selesa dengan keadaannya itu. Bukannya ada hati sesiapa yang perlu dijaga. Adam hanya diam, dia tahu Khalisah akan memanjang-manjangkan perkara itu bila dia mulai bersuara lagi. Malas dia nak bertelagah hari ini.

‘Nanti aku tukarlah jubin tu, pendapat dia ni betul juga,’ gumam Khalisah senyum sendiri. Keningnya diangkat bersetuju sebenarnya dengan pendapat Adam setelah merasa sendiri keadaan jubin di bahagian dapur.

Akhirnya diturut juga kata-kata si secretary bernama Adam itu. Entah kenapa dia amat benci dengan Adam, mungkin juga kerana Adam yang menyebabkan dia kemalangan tempoh hari atau juga sikap Adam yang terlalu bermulut lancang itu. Entah, dia sendiri tidak tahu, adakalanya dia rasa macam mahu smack down saja Adam sampai lunyai.

“Okey, itu saja untuk petang ni. Kita balik office,” arah Khalisah.

Adam menurut, Khalisah berjalan terus menuju ke keretanya manakala Adam ke motosikalnya yang diparkir tidak jauh dari situ.

‘Perempuan ni buat aku bengang sangat, tapi sabar ajelah, dia boss, aku ni secretary cabuk saja,’ Adam berkata dalam hati lalu menghidupkan motosikalnya, dijelingnya kondo mewah itu.

‘Aku pun tak hingin duduk kondo mewah kalau orangnya keras kepala macam batu,’ gumam Adam lagi.

Bukan main lagi Khalisah melajukan keretanya, asap-asapnya saja mengena pada Adam.

‘Dia ni tak nampak atau buat-buat tak nampak, nampak sangat kedekut nak servis kereta, asap bukan main, boleh buat awan,’ marah Adam dalam hati.

Adam menghidupkan motornya dan terus ke jalan raya utama. Bayang-bayang kereta Khalisah pun dia tidak nampak. Dia pun malas juga nak ikut di belakang, lagipula kereta banyak masa itu.

‘Agaknya si Khalisah tu mesti dah sampai office.’

Sementara itu di satu tempat, Khalisah terpaksa memberhentikan keretanya apabila tiba-tiba kereta itu semput-semput di tengah jalan raya. Nasib baiklah masa itu memang kereta semua macam keretapi tunggu turn berlepas lampu hijau, segera Khalisah ke tepi. Lampu signal kiri di pasang.

“Damn! Hampeh punya kereta!” segera Khalisah menendang tayar kereta tersebut, sudahlah berhenti di jalan raya, nasib baiklah sempat ke tepi jalan, kalau mahu hubungi teksi pasti akan lambat.

Pening! Lagi memeningkan.

“Call Adamlah, tapi...” terfikir juga Khalisah mahu menghubungi Adam, manalah tahu jejaka itu masih di belakang lagi, tapi takkan pula dia nak membonceng motosikal Adam, dress bukan main baik lagi tapi naik motor rxz cabuk. Ingat ni filem Adnan Sempit yang si Adnan hantar awek ke pejabat pakai motor tiap hari. Tak rela rasanya!

“Ah! Tak payahlah.” Khalisah bulat dengan keputusannya, kemudian keluar dari kereta dan menuju ke tepi jalan cuba-cuba menghubungi seseorang.

Adam berasakan hujan rintik-rintik itu bakal menjadi semakin lebat. Dilajukan sedikit pemanduan untuk cilok mencilok supaya cepat sampai.

Tiba-tiba...

‘Apahal pula boss aku buat tepi jalan tu, ada runway ke? Ish-ish, taubatlah wei..’ gumam Adam pelik.

Segera Adam menuju ke arah Khalisah, Khalisah pula buat-buat tak nampak.

“Hai Cik Boss Khalisah, tunggu sapa tu? Nak catwalk ke? Agak-agak runway highway ni panjang juga ni...” tanya Adam sebaik memberhentikan motosikalnya, bertanya ada, menyindir pun ada rasanya.

Kali ini giliran Khalisah pula untuk tergamam, nampaknya apa yang dicakapnya pada Adam di kondo tadi berulang padanya.

“Awak tak nampak kereta saya rosak ni?” marah Khalisah.

“Manalah saya tahu kereta Cik Boss ni rosak, takde letak papan tanda pun.”

“Sudahlah. Kalau awak nak sindir-sindir saya, awak baliklah office, tak lama lagi ada trak tunda datang.”

“Naiklah motor saya ni Cik Boss. Hari dah nak hujan. Trak tunda tu mesti lambat sampai, waktu puncak ni, kereta banyak.” Adam tiba-tiba menawarkan untuk membonceng Khalisah.

“Nak naik motor buruk ni, pleaselah...” Khalisah menyombong lagi.

Hujan mulai turun di kawasan itu renyai-renyai, kedengaran juga bunyi guruh. Khalisah memandang ke kiri dan ke kanan. Kalau dia dalam kereta saja mungkin boleh, tapi kalau trak tunda lambat sampai macamana, gila nak tunggu sampai malam. Adam masih memandang Khalisah di sana.

“Kalau Cik Boss tak nak saya balik dulu.” Adam meminta diri.

“Ish, iyalah, iyalah,” dengan tidak rela Khalisah mendekati juga motosikal cabuk itu.

“Nah, pakai helmet ni, nanti demam, hujan nak lebat tu.” Adam senyum sendiri dan menanggalkan helmet di kepalanya.

“Sini!” Khalisah mengambil helmet di tangan Adam, kemudian naik ke atas motosikal tersebut.

“Jangan bawa laju sangat.” Khalisah sempat memberi amaran.

“Yess Cik Boss!” jawab Adam senyum seorang diri.

Broom! Broom!

Segera motosikal itu memecut di jalanraya.

“Hei Adam! Hei! Slowlah sikit!” marah Khalisah.

“Nak hujan lebat ni, nanti kita basah kuyup pula, ini dikatakan emergency.” Adam menjawab dan masih melajukan pemanduan.

Benar! Sebaik mereka hampir sampai ke pejabat, hujan turun dengan amat lebat. Segera Adam masuk ke kawasan parkir. Kepalanya basah, bajunya juga basah semua.

“Lain kali saya tak nak naik motor cabuk awak ni,” marah Khalisah sambil memberikan helmet kepada Adam, Adam hanya diam. Malas dia bertekak masa itu.

Sampai saja ke pejabat, Rafida menemui Khalisah sementara Adam ke mejanya.

“Kau dari mana ni Lisa? Basah bagai ni? Takkanlah kau naik motor dengan si Adam tu,” tanya Rafida yang melihat Khalisah sedang mengelap bajunya yang sedikit basah.

“Memang aku naik motor dia tu pun, kereta aku buat hal tepi jalan. Kalau tak pasal nak hujan aku takkan naik motor tu,” jawab Khalisah bengang.

Wajah Rafida berubah.

‘Mesti Adam tu ambil berat dengan kau Lisa, takkanlah dia sanggup tumpangkan kau’ Rafida berkata dalam hati.

“Aku sumpah tak nak naik motor tu lagi, gila punya kerja.” Khalisah masih lagi membebel, Rafida sudah melayang-layang fikirannya.

“Tapi seronok juga naik motor dalam hujan tu..” sekejap Rafida berangan.

“Seronok kau kata, azab adalah. Dah-dah, kau tak payah cari lelaki macam Adam tu, cari yang ada kereta, boleh tumpangkan kau di kala panas dan di kala hujan.” Khalisah berkata.

“Eh, aku lupa pula. Tadi Aril datang, macam ada benda dia nak bagitau dekat kau, dia bagi kad ni untuk kau, hmm... bertuah kau ya, macam nak ajak dinner je.” Rafida memberitahu dan memberikan kad yang diberikan oleh Aril.

“Okey, thanks tau.” Khalisah senyum seorang diri.

“Aku keluar dululah, ada benda nak siapkan.” Rafida meminta diri.

Semasa keluar dari bilik Khalisah, Rafida memandang Adam, lelaki itu memberikan senyuman kepadanya. Rafida macam berada di awang-awangan. Adam mengelap kepala dan bajunya yang basah.

Pap!

Sempat dia terlanggar meja yang ada di situ. Rafida tersedar dan terus menuju ke bilik pejabatnya. Selepas menutup pintu, dia melihat Adam melalui langsir. Duda itu memang hot! Lagi-lagi bila dia buka tali leher, adoi! Jauh fikiran Rafida melayang. Nyata, dia sudah mabuk cinta dengan duda itu. Borang please? (kalaulah ada jual dekat pasaraya senang kan? Kalau tak, tanyalah empunya badan tu sendiri...)

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 13

PULANG dari pejabat petang itu, Adam terus balik ke rumahnya. Kepalanya seakan pening, pandangannya berpinar-pinar, semua yang dilihatnya menjadi dua. Dia tahu, dia alah dengan hujan, kena sikit saja dia boleh demam. Kalau tidak kerana prihatin kepada bossnya yang seakan Hitler itu, tidak mungkin dia menumpangkannya dan terkena hujan. Sebenarnya dia terfikirkan arwah Syakila sebaik memandang Khalisah, entah. Mungkin apabila memandang wajah Khalisah yang mirip Syakila itu membuatkan dia tenang. Mata Adam seakan berat, kemudian dia mengingat kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu..

6 tahun lalu...

Adam baru selesai mengambil keputusan peperiksaan STPM di sekolahnya. Adam menyambung pelajarannya di sebuah sekolah menengah di bandar. Syakila pula menyambung tingkatan enamnya di kampung. Apabila melihat keputusan STPM itu, tidak sabar rasa hatinya untuk balik ke kampung memberitahu Syakila. Dia mahu berkongsi berita gembira itu pada Syakila, wanita yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu. Sampai saja di kampung, Adam melihat telah ramai orang di rumah Syakila. Dia pelik, apa yang berlaku. Ayah dan ibunya berdiam sahaja seolah-olah tahu sesuatu.

“Mak, ayah, ada apa dekat rumah Syakila tu?” tanya Adam memandang ramai orang kampung di sana.

Langsung tiada jawapan. Adam segera keluar daripada kereta dan naik ke atas.

“Pakcik, makcik, mana Syakila?” tanya Adam. Namun tiada jawapan.

Adam pelik apabila dia mendengar orang membaca Surah Yaasin di bahagian ruang sana. Perlahan-lahan dia melangkah dan menuju ke ruang tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Syakila terbaring kaku dan diselimutkan dengan kain putih.

“Syakila!!!” teriak Adam.

Segera Adam ditenangkan oleh ayah Syakila, Encik Mail.

“Sabar Adam, sabar... relakan pemergian Syakila.. biar dia tenang..” Encik Mail menenangkan.

Air mata Adam tumpah, ya dia perlu kuat. Kemudiannya dia bertenang, semasa itu Adam merasakan hidupnya kosong. Macam baru semalam dia berkenalan dengan Syakila, macam baru semalam dia menyatakan dia menyukai Syakila. Iya, semuanya macam baru semalam dan hari ini Syakila sudah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya. Pegangan tangan Encik Mail dilepaskan, Adam tenang, tetapi kemudian berlari turun.

Adam lari sekuat-kuat hati, Adam lari laju sangat. Adam lari jauh, Adam mahu lari dari kenyataan. Sehinggakan Adam tak sedar kakinya luka-luka, sampailah Adam berhenti dekat pantai tempat dia dan Syakila selalu berjumpa.

“Syakilaaa!!!” teriak Adam sekuat hatinya.

“Kenapa kau tinggalkan aku Syakila???!!” teriak Adam lagi, air matanya berjuraian jatuh.

Kemudian Adam terduduk, Adam rasa penat. Adam pengsan.

Dua hari kemudian barulah Adam tersedar dan segera bertanya tentang Syakila. Nampaknya Adam tidak bermimpi, Adam tidak berangan. Segera dia meminta ayahnya membawa dia ke pusara Syakila. Sampai di sana, hati Adam sebak, tapi dia redha. Tuhan lebih sayangkan Syakila. Dibacanya Surah Yaasin. Dia mengharapkan Syakila tenang di sana. Syakila pergi dengan tenang, Syakila pergi dalam tidurnya akibat penyakit leukemia yang tidak diberitahu pada sesiapa.

***********

“Nadia, tadi masa naik ada nampak motor abang Adam dekat bawah?” tanya Kak Pah kepada anak saudaranya yang baru balik dari kolej.

“Ada, kenapa makcik? Dia tak ambil Danish lagi ke?” Nadia pula bertanya.

“Mungkin dia penat agaknya kerja dekat syarikat tu, tak apalah.” Kak Pah faham.

“Tak apalah makcik. Danish, mari, kakak hantarkan.” Nadia menawar diri.

“Yeay!” gembira Danish apabila dia akan dihantar ke rumahnya.

“Ambil beg ni, nanti pesan dekat Adam. Kak Pah dah mandikan Danish, ni, bawa makanan ni, mesti dia tak makan lagi tu.” Kak Pah memberikan beg dan bekal kepada Nadia.

“Ditanggung beres.” Nadia senyum-senyum.

Segera Danish berlari ke luar, berjalan beriringan dengan Nadia.

“Assalamualaikum.” Nadia memberi salam.

Namun, salamnya tidak berjawab, Nadia memberi salam lagi beberapa kali, tapi juga tidak berjawab. Segera dia membuka pintu.

Klak.

Nadia melihat Adam sedang tidur di sofa.

“Papa kamu ni Danish, kalau pencuri masuk rumah pun dia tak sedar agaknya.” Nadia menggeleng kepala.

“Abang Adam, abang Adam, bangun.. bangun..” Nadia membangunkan Adam yang enak tidur.

Perlahan-lahan Adam membuka mata, pandangannya kabur. Kepalanya sangat pening. Kemudian Adam kembali tertidur.

“Dah kenapa pula abang Adam ni.” Nadia merasa pelik.

Dirasanya dahi Adam.

“Panasnya..”

Segera Nadia membasahkan tuala kecil Danish di dapur dan meletakkannya di dahi Adam. Diusapnya kepala Adam lembut. Danish hanya memandang ayahnya di tepi.

“Papa tak apa-apa ke kak?” tanyanya.

“Tak, papa kamu sakit kepala sikit,” jawab Nadia mengusap kepala Danish.

Nadia memandang Adam yang kelihatan tidur selesa. Memandang lelaki itu memang menggetarkan jiwanya. Bukan saja kerana kekacakan lelaki itu, tapi juga kerana tanggungjawabnya terhadap Danish. Jarang ada lelaki yang menduda demi menjaga anak.

Klak.

Kedengaran pintu dibuka. Nadia hampir saja mahu bersembunyi, almaklumlah, kalau pencegah maksiat yang datang beratus juga soalan yang akan dijawabnya.

“Nak ke mana tu Nadia? Adam mana?” kedengaran suara Kak Pah di muka pintu.

Fuh! Nasib baik hanya Kak Pah.

“Abang Adam pening kepala rasanya ni makcik, tadi dia bangun kemudian dia tidur lagi.” Nadia memberitahu.

“Tak apa, biar dia rehat. Mungkin kena hujan tadi ni. Kamu ambil selimut.” Kak Pah berkata.

Nadia masuk ke dalam bilik dan mengambil selimut lalu memberikannya kepada Kak Pah.

“Danish lapar tak?” tanya Nadia, kanak-kanak lelaki itu mengangguk.

“Jom makan dengan kakak.” Nadia mengajaknya makan dan membuka bekal yang diberikan Kak Pah.

“Bila abang Adam nak bangun makcik?” tanya Nadia.

“Biar dia lelap dulu, nanti dia bangunlah. Kepala dia pening agaknya, Kak Pah dah letak minyak angin, harapnya okeylah.” Kak Pah memberitahu.

********

Kampung Pos Gedung, Bidor Perak

Lelaki yang ditemui Jalasan sudah sedarkan diri, tapi untuk bergerak agak sukar. Peluru yang berada di badan lelaki itu juga sudah dikeluarkan. Lelaki itu tinggal di rumah Tok Batin, selain untuk mengubati luka yang masih belum sembuh, Tok Batin adalah antara orang yang boleh berbahasa Melayu di perkampungan orang asli itu. Bukan yang lain tidak pandai, tetapi masih banyak perkataan yang masih belum belum pasti menyebutnya.

“Macamana rasa badan kamu?” tanya Tok Batin sebaik lelaki itu membuka mata.

“Di, di mana saya? Siapa kamu?!” lelaki itu meninggikan suaranya.

“Kamu di hutan, di tempat saya, kamu selamat.”

Lelaki itu cuba bangun tapi dia merasakan dada dan kaki kirinya sakit.

“Urgh!” marah lelaki itu.

“Sudah, sudah, kamu berehat dulu.”

“Sebenarnya saya dekat mana ni?” tanya lelaki itu.

“Kamu di kampung kami. Salah seorang anak buah tok yang jumpa kamu di tepi hutan. Cedera ditembak,” Jawab Tok Batin.

“Siapa nama kamu nak?” tanya Tok Batin.

“Azha....n”

Tiba-tiba lelaki itu pengsan lagi. Tok Batin cepat-cepat mengambil ubat dan meletak di tempat luka lelaki itu, disentuh dahi lelaki itu. Panas. Segera dibasahkan tuala dan diletak di dahi lelaki itu. Nampaknya dari segi loghat, lelaki itu berasal dari Kuala Lumpur. Dia tidak bercakap dialek bahasa negeri.

Kuala Lumpur

Aril menanti Khalisah dengan debaran di sebuah restoran yang biasa dikunjunginya dengan Khalisah. Malam itu ada yang lain dari biasanya, malam penentu segala yang diingininya. Jawapan kepada usahanya selama ini. Harapnya segala usahanya berbaloi. Meja sudah disiapkan, malahan terdapat seorang pemuzik yang diupah khas oleh Aril.

“Tuan, semuanya sudah siap,” salah seorang staf restoran memaklumkan.

“Terima Kasih.” Aril menjawab dengan senyuman.

Bimbang juga apabila melihat jarum jamnya bergerak mengikut arus masa. Manalah tahu Khalisah ada hal pula malam itu. Dia pun hanya menjemputnya melalui kad yang ditinggalkan di pejabat. Selalunya Aril akan menjemput Khalisah sendiri di rumahnya.

Klak.

Pintu restoran dibuka perlahan. Kelihatan Khalisah dengan bajunya yang kelihatan sangat anggun. Aril gembira Khalisah setuju untuk datang. Nampaknya peluangnya sekarang semakin baik.

“Terima Kasih kerana datang, ingatkan tak datang. Lama I tunggu.” Aril menyapanya.

“By the way, tadi lambat balik dari office. Maaf kerana menunggu,” balas Khalisah.

“So, Lisa nak makan apa malam ni?” tanya Aril, jantungnya semasa itu berdegup kencang. Yalah, dia berharap Khalisah akan memesan makanan biasa yang disukainya, kalau tidak habis rancangan rapinya.

“As always,” jawab Khalisah selepas berfikir 2, 3 minit.

Fuh! Lega lelaki itu, perancangan berjalan lancar setakat ini.

Telefon bimbit Khalisah berdering. Segera dia mengangkatnya.

“Helo. Ya. Okey, okey...”

Kelihatannya sangat cemas. Aril pula semakin takut perancangannya tidak berjaya. Yalah, dia faham kalau Khalisah selalu saja sibuk 24 jam. Aril bersedia bila-bila masa kalau-kalau Khalisah akan meminta diri.

“Aril..”

Aril segera memandang Khalisah, mungkin betul apa yang sedang berada dalam kotak fikirannya sekarang ni.

“Papa Lisa kirim salam.”

Fuh! Lega hati Aril, ingatkan tadi ada emergency ke apa.

“Owh, waalaikumsalam..”

Dalam masa sama hidangan yang dipesan sampai ke meja mereka. Bermula dengan makanan yang agak berat hinggalah sampai ke pencuci mulut.

“Ni, awak import dari mana mereka ni?” tanya Khalisah apabila dia perasaan seorang pemuzik berada tidak jauh dari meja mereka memainkan muzik yang sangat romantis.

“Well, saya tak import. Nanti kos mahal, saya pinjam pemuzik kawan saya kejap, suka ke? Available tu, anytime kalau awak ada function dia boleh datang,” jawab Aril sengaja berseloroh.

Khalisah ketawa sendiri. Aril memang macam dulu, suka bergurau. Semasa dia sedang makan kek desert kegemarannya. Khalisah perasaan ada sesuatu di balik kek tersebut. Segera dia mengambilnya. Pantas! Memandang Aril.

“Will you marry me?” tanya Aril.

Khalisah tergamam seketika. Hendak berkata seolah mulutnya terkunci. Entah kenapa di saat seperti itu, Khalisah berasakan setelah 5 tahun dia merasakan Aril hanyalah sebagai seorang abang sahaja. Lagipula mereka telah bersetuju dengan hal itu semasa Aril balik bercuti dari UK. Khalisah masih ingat apa yang berlaku malam itu.

5 tahun lalu...

Semasa sedang berada dalam rumah Aril untuk kenduri kesyukuran. Khalisah mendekati Aril semasa makan-makan. Nasib baiklah masa itu Aril kebetulan balik ke Malaysia dan Khalisah mengambil kesempatan itu untuk berjumpa dengan idolanya yang satu itu. Ya, dia memang idola Khalisah juga gurunya.

“Abang Aril, balik tak bagitau pun,” tegur Khalisah di meja makan mereka.

“Ala, ini pun kebetulan papa buat kenduri kesyukuran. So, Lisa apa khabar? Still study kan?” tanya Aril pula.

“Yes, final year yang sangat mencabar,” jawabnya.

“Ini mesti dah ada boyfriend dekat universiti ni kan?” sengaja Aril meneka.

“Abang Aril kan boyfriend Lisa,” spontan kata-kata itu terpacul dari mulut Khalisah.

Masa itu Aril hanya mendiamkan diri, tidak menjawab soalan Khalisah, seolah-olah Khalisah berkata sesuatu yang salah.

“Maaf kalau Lisa salah cakap,” segera Khalisah meminta maaf.

“Tak adalah.” Aril senyum menyimpan rasa.

“Kalau ikutkan Lisa sukakan abang Aril tapi Lisa anggap abang Aril macam abang Lisa, suka yang Lisa maksudkan hanyalah antara abang dan adik. Abang kan dah ada Sakinah.” Khalisah berkata cuba menafikan perasaannya.

“Samalah. Lisa dah macam adik Aril. Ala, selalu panggil abang kan? Ni, belajarlah rajin-rajin. Ingat apa yang abang Aril pesan dulu.”

Khalisah mengangguk macam burung belatuk. Dia faham hati Aril pada Sakinah teman sekuliahnya di sana juga kekasih hatinya dari dulu.

Selepas 5 tahun Aril kembali semula ke Malaysia dan semasa itu Khalisah sudah menjawat jawatan sebagai CEO Seria Holdings milik ayahnya.

**********

“Abang Aril, kakak Sakinah mana? Abang tak dengan dia lagi ke?” tanya Khalisah semasa makan malam itu, Khalisah tidak berkesempatan untuk bertanya soalan itu semenjak Aril pulang ke Malaysia.

Wajah Aril berubah.

“Dia dah ada orang lain...” Aril memberitahu, nada suaranya perlahan, mungkin sedih barangkali.

“Maaf kalau Lisa salah cakap..”

“Tak apa, abang faham. Macamana? Terima ke tak?” Aril memandang mata Khalisah mengharapkan satu jawapan, namun sebaik terpandang mata itu, Khalisah merasakan sesuatu, sesuatu yang berbeza pada abang Aril yang dikenalnya dulu.

“Lisa, kenapa ni?” tanya Aril sebaik melihat Khalisah seakan mengelamun.

“Tak, tak ada apa. Oh ya, untuk cincin abang ni, bagi saya sikit masa untuk berfikir ya.” Khalisah cuba tidak melukakan hati Aril.

Ya, dia tidak dapat memberi sebarang jawapan. Entah. Macam-macam dalam kepalanya sekarang. Semuanya berputar pantas. Kemudian dalam masa sama boleh-boleh dia terfikirkan Adam. Entah, mungkin keikhlasan Adam membantunya petang tadi memaut hatinya. Ah! Sebenarnya dia tidak mahu jatuh hati pada secretary nya. Dia tak mahu cakap, nanti benar pula mulut Rafida yang sentiasa masin itu. Ish-ish, apa pasal pula Adam yang terlintas dalam fikiran, Aril kan ada segala-galanya. Entah, Khalisah pening. Apakah?

“Tak apa, abang Aril faham.” Aril senyum pahit memandang Khalisah.

“Lisa nak balik dulu, Lisa penat sangat. By the way, thanks for the great dinner and the musician....”

Khalisah tiba-tiba meminta diri.

“Okey, okey. Take your time.” Aril faham.

Khalisah mengundurkan kerusi dan segera bergerak keluar dari restoran.

‘Entah-entah dia syok dengan Adam tu agaknya. Kalau tak, takkanlah dia dapat kerja di syarikat tu, nanti kau Adam!’ marah Aril dalam hati.

Segera dia meninggalkan restoran tersebut selepas membayar bil. Mungkin juga ada perasaan hampa. Entah di mana yang dia terkurang. Laju saja ditekannya minyak untuk sampai ke tempat yang boleh menenangkan jiwanya.. ya, tempat itu, tempat untuk melupakan masalah itu!

Nama Pena: Fatrim Syah

Bab 14

Kampung Pos Gedung, Bidor Perak.

ORANG yang diupah itu sampai ke sebuah lagi perkampungan di mana dia terdengar tentang penemuan seorang lelaki tercedera di sana. Orang itu bersembunyi di satu tempat. Dia mengawasi tempat tersebut. Kemudian dia meneliti percakapan mereka, ia amat sukar difahami. Tapi dia yakin ada sesuatu yang akan membantu penyiasatannya di sana. Dia tahu, tidak mungkin dia akan berkomunikasi dengan sesiapa di sana. Orang asing sepertinya mungkin tidak disenangi di kalangan penduduk perkampungan tersebut. Nasib baiklah ada seorang dua yang diupah lelaki itu dari kampung sebelah untuk meninjau keadaan dan mereka boleh berbahasa Melayu.

“Helo, ya boss. Saya dah sampai ke tempat itu.” Orang itu memberitahu.

“Bagus, ingat apa yang aku beritahu tempoh hari. Aku nak dia hidup-hidup.” Lelaki yang mengupahnya mengingatkan.

“Baik boss,” segera lelaki itu mematikan telefon dan mula menjalankan tugasnya.

Perlahan-lahan dia bergerak menuju ke satu tempat bersama orangnya. Ini bukannya masa untuk keluar. Lelaki itu mengarahkan orangnya pergi memeriksa keadaan kawasan itu.

Setengah jam kemudian..

“Macamana? Apa yang kamu dapat?” tanya lelaki itu kasar.

“Kami sudah periksa semua rumah, tapi tak dapat masuk, mungkin lelaki itu ada di rumah Tok Batin,” salah seorang lelaki yang diupah itu menjawab.

“Tok Batin rumahnya yang mana satu?” tanya orang itu lagi.

“Yang besar di hujung sana. Ingat, hati-hati, dia bukan Tok Batin sembarangan,” sempat orang yang diupah itu mengingatkan.

“Sudah. Kita balik dulu,” orang itu mengarahkan, dapat melihat sasaran sebenarnya sudah cukup baik.

Tanpa sedar, Jalasan melihat perbuatan orang-orang yang diupah itu ketika dia baru mengambil buruan yang dijeratnya berhampiran satu kawasan. Dia melihat seorang yang asing di matanya, kemudian dia mendengar satu persatu kata-kata orang yang diupah lelaki asing itu. Walaupun dia tidak faham apa yang diperkatakan mereka, tapi dia dapat menjangka apa yang sedang dicari oleh orang asing tersebut kerana Jalasan memikirkan orang itu sedang mencari lelaki yang tercedera tempoh hari. Apatah lagi pakaian mereka lebih kurang sama. Segera dia ke rumah Tok Batin memberitahu.

“Tok, bukak pintuk tok! (Tok, Tok buka pintu Tok,)” Jalasan mengetuk pintu Tok Batin agak kuat, dia cemas sambil waspada memandang ke kiri dan ke kanan.

Pintu dibuka, segera Jalasan masuk, “Mong mai bi kiq deh.. mai kampung englax rok mai asing, bahaya Tok! (Ada orang cari orang ni.. orang kampung sebelah sama orang asing. Bahaya Tok!)” Jalasan memberitahu.

“Hik kenak pindahkan keq deras, deras tolung eng Jalasan. Deres! (Kita kena pindahkan dia, cepat tolong aku Jalasan. Cepat!)” arah Tok Batin, dia segera masuk ke dalam.

“Kita nak ke mana?” tanya lelaki yang masih dalam kesakitan itu.

“Ada orang cari kau, kita kena pindah, mungkin orang yang tembak kau.” Tok Batin memberitahu.

“Hah!” lelaki itu terkejut.

“Deres, Jalasan deres... tolung aku! (Cepat Jalasan, cepat.. tolong aku!)”

Jalasan segera membantu Tok Batin memindahkan lelaki itu ke sebuah tempat. Tempat persembunyian yang takkan diketahui sesiapa, mereka terus bergerak masuk ke dalam satu tempat selamat.

************

KHALISAH sampai awal ke pejabatnya hari itu. Dia masih memikirkan lamaran Aril semalam. Kenapa pula abang Aril terburu-buru untuk melamarnya. Walhal, dulu hubungan antara mereka berdua hanyalah antara abang dan adik. Memang dia pernah menyintai lelaki itu, tapi cintanya tidak bersambut dan dia redha. Dia faham ketegasan abang Aril itu, kalau dia kata A, tetap A juga yang dia mesti dapat. Semenjak dua menjak ini Khalisah merasakan perangai abang Aril juga pelik, tidak sama dengan abang Aril yang dikenalinya dulu.

Kring! Kring!

Kedengaran bunyi telefon di luar bilik pejabatnya, ia membubarkan lamunan Khalisah. Lama telefon itu berdering sampaikan Khalisah terpaksa keluar. Dia melihat telefon di meja Adam yang berdering.

‘Mana pula si Adam ni? Dah lambat ni...’

Khalisah pelik kerana pada waktu sebegitu Adam selalunya sudah melapor diri kepadanya.

Segera di angkatnya panggilan telefon tersebut. Kemudian dia masuk ke biliknya kembali.

Tok. Tok.

Pintunya diketuk usai dia duduk di kerusinya.

“Masuk!” arah Khalisah sebaik terdengar pintunya diketuk.

“Kau Fida, ingatkan Adam tadi. Mana dia? Selalu sudah datang time macam ni,” tanya Khalisah.

“Ni yang aku nak inform ni. Mr Secretary kau tu demam, yalah, selalu nak jadi superhero,” beritahu Rafida.

“Superhero? Apa maksud kau?” tanya Khalisah yang tak faham apa maksud Rafida.

Opss! Terlepas cakap.

“Tak, tak ada apa-apa.”

“So, bila dia akan masuk kerja?” tanya Khalisah lagi.

“Esok agaknya, mungkin.” jawab Rafida.

Khalisah sebenarnya ingin memberitahu Rafida tentang lamaran Aril. Tapi patutkah dia cakap. Ada sedikit perasaan malu untuk meluahkan masalah. Itulah orang yang bernama Khalisah itu, ada kawan tapi macam tak ada kawan.

“Aku keluar dululah. Itu saja pesanan untuk you.” Rafida melempar senyuman.

‘Demam pula dia, ke dia demam pasal kena hujan semalam?’ gumam Khalisah sendiri, dia meraup wajahnya, ada juga rasa bersalah, tapi bukan dia yang minta Adam mengambilnya semalam. Bukan dia minta helmet Adam semasa hujan semalam. Ah! Sekali sekala Adam tiada di sana elok juga.

Sementara itu di rumah Adam, dia berehat sepanjang hari itu. Memang dia tidak boleh ke pejabat sebab kepalanya masih berat, walaupun begitu dia masih jua dapat menguruskan Danish. Meskipun Kak Pah meminta Danish dihantar ke rumahnya tapi Adam lebih selesa kalau Danish dijaganya sendiri. Kak Pah yang sedia faham itu akur.

“Assalamualaikum,” seseorang memberi salam di luar.

Segera Adam menuju ke pintu dan membukanya, kelihatan Nadia dengan mangkuk di tangannya.

“Waalaikumsalam. Nadia. Masuklah.”

Nadia segera masuk dan meletak mangkuk yang bertutup itu di atas meja.

“Ni sup halia, awak tahulah kan makcik saya tu. Katanya boleh kurangkan sakit kepala abang Adam tu.” Nadia memberitahu.

“Awak tak ada kuliah hari ni?” tanya Adam.

“Petang nanti. Ni nak keluar kejap, ada apa-apa nak kirim?” tanya Nadia pula.

“Rasanya tak ada.”

“Okey, Nadia dah lambat ni. Nanti terlepas pula bas rapid tu. Bye Danish.”

“Bye Kak Nadia,” balas Danish yang menonton televisyen.

Selepas Nadia pergi, Adam membuka mangkuk yang berisi sup halia itu. Baunya saja cukup menyegarkan. Nasib baiklah dia sudah masak nasi tadi. Dibeleknya sup halia itu, memang kalau sup halia buatan Kak Pah ada macam-macam campuran di dalamnya.

“Danish nak makan tak?” Adam memandang Danish yang leka menonton kartun spongebobnya.

Danish mengangguk, “Nak papa suapkan ya?” tanya Adam, Danish senyum.

Adam ke dapur dan mengaut sepinggan nasi. Alang-alang guna satu pinggan saja. Lagipun Danish minta disuapkan. Kalau dia yang makan sendiri alamatnya berteraburlah semuanya.

*********

Selepas hari demam yang mengelisahkan, Adam bertugas kembali. Rasanya selepas berehat sehari dia rasa sangat segar. Mungkin kerana kesibukannya bekerja siang malam membuatkannya jatuh sakit. Tapi, kerana tanggungjawab dia harus lakukan itu semua.

“Adam, masuk,” arah Khalisah melalui interkom.

“Baik Cik Boss.” Adam menjawab.

Segera dia masuk ke dalam bilik Khalisah.

“Ya Cik Boss, ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanyanya.

“Duduk dulu.” Khalisah mengarahkan, kemudian menekan keypad komputernya.

Adam menanti apa arahan Khalisah.

5 minit kemudian..

“Awak tolong hantarkan dokumen ni pada Dato’ Malik. Ini alamatnya. Dokumen ni penting, saya tak dapat arahkan office boy sebab dia amik cuti hari ni.” Khalisah memberikan dokumen yang bersampul kuning ke tangan Adam.

“Baik Cik Boss. Ada apa-apa lagi?” tanya Adam seolah meminta tugas.

“Buat masa ni itu sahaja. Tolong cepat tau, dokumen tu penting. Jangan tersalah alamat pula.” Khalisah mengingatkan.

Segera Adam keluar, pagi-pagi begitu memang best kalau dapat menunggang motosikal. Tidaklah dia ronggeng depan mesin photocopy ataupun menaip dokumen yang banyak seperti selalu. Diambilnya helmet yang diletaknya di bawah meja tadi lantas ke lif.

Ting Tong! Ting Tong!

Kedengaran bunyi loceng berbunyi.

“Siapa pula yang datang awal pagi ni?” Dato’ Malik berkata sendiri.

Segera dia menekan alarm pagar. Sebaik pagar terbuka, Adam masuk ke dalam. Rumah itu memang besar dan indah. Dia menjangkakan mesti kos pembuatannya juga hampir mencecah jutaan ringit.

“Assalamualaikum Dato’ Malik, ada surat untuk Dato’ dari Seria Holdings.” Adam memberi salam dan memberitahu tujuannya sebaik Dato’ Malik menemuinya.

“Waalaikumsalam, masuklah.” Dato’ Malik menjemputnya.

Tiba-tiba, Dato’ Malik merasakan sesuatu pada Adam. Entah perasaan apa. Seolah dia kenal dengan Adam.

“Tak apalah Dato’ saya hantar dokumen ini saja.” Adam cuba untuk menolak.

“Tak apa, masuklah. Isteri saya keluar shopping, boleh kita minum kopi.” Dato’ Malik menjemput.

Adam rasa serba salah tiba-tiba, kalau menolak lagi pasti Dato’ Malik akan memberitahu perbuatannya pada Khalisah. Setelah berfikir dua tiga kali Adam terus masuk. Pelik. Adam seolah-olah pernah berada di sana. Tapi tidak mungkin, mungkin juga dia pernah ke sana sewaktu kecil.

“Nama awak siapa? Awak setiausaha Khalisah ya?” tanya Dato’ Malik yang sedia dimaklumkan Khalisah sebenar tadi.

“Nama saya Adam, ya Dato’, saya setiausaha Khalisah, baru saja saya bekerja dengannya,” jawab Adam.

“Jarang kaum lelaki jadi setiausaha, bagus. Saya suka orang yang sukakan cabaran, lagi-lagi dengan boss perempuan..” puji Dato’ Malik. Adam membalasnya dengan senyuman.

Adam memandang beberapa gambar di dinding rumah. Dia kenal orang dalam salah satu gambar itu. Kini dia sudah tahu, Dato’ Malik itu adalah ayah kepada Aril juga teman lelaki Khalisah.

“Ini gambar keluarga saya. Ini Aril, ini Qayyum dan yang ni Haikal. Aril lepas habis belajar law dekat oversea terus saya suruh uruskan syarikat saya sendiri, nasib baiklah peguam tu minat bisnes, lagipun dia tak ada pilihan, kena dia juga yang uruskan perniagaan keluarga. Qayyum ni pula di luar negara, dia kerja dekat sana, Haikal pula...” tiba-tiba Dato’ Malik menghentikan kata-katanya, air matanya menitis. Adam pelik.

“Haikal hilang masa kami kemalangan 24 tahun lalu..” Dato’ Malik sebak.

Adam faham perasaan Dato’ Malik, dia cuba menenangkannya, “Ini semua qada’ dan qadar Dato’ sabarlah..” Adam menyentuh bahu Dato’ Malik. Sentuhan itu seperti pernah dirasanya, pelik, banyak perasaan bercampur baur ketika Adam berkata kepadanya.

“Saya sudah cuba pelbagai usaha cari dia, tapi polis sahkan Haikal hilang dan meninggal dunia, tapi saya percaya Haikal masih selamat.” Dato’ Malik berkata yakin.

Tiba-tiba Adam berasakan kepalanya sangat sakit. Kemudian dia terbayang-bayang pula mimpi-mimpinya kebelakangan itu, mimpi tentang kanak-kanak yang terkeluar dari kereta semasa kemalangan. Adam memandang gambar di tangan Dato’ Malik. Adam cuba menahan sakit kepalanya, namun lama kelamaan dia sudah tidak sedarkan diri lagi.

“Adam.. Adam.. bangun Adam...” Dato’ Malik cuba menyedarkannya.

Datin Sofia baru balik bersama Pak Mat, pemandu keluarga Dato’ Malik. Dia mendengar Dato’ Malik berteriak cemas. Segera dia menuju ke arah suaminya.

“Ada apa ni bang? Siapa dia ni?” tanya Datin Sofia.

“Dia setiausaha Khalisah, pengsan tiba-tiba.” Dato’ Malik menjawab dan cuba untuk tidak panik.

“Pak Mat, Pak Mat..” Datin Sofia memanggil pemandu mereka.

Segera Pak Mat masuk.

“Angkat dia ke kerusi,” arah Datin Sofia.

Pak Mat segera mengangkatnya ke kerusi. Kemudian dibacakan Al-Fatihah dan direnjisnya sedikit air ke wajah Adam. Perlahan-lahan Adam bangun.

“Maaf, maafkan saya Dato’, Datin..” Adam meminta maaf.

Melihat wajah Adam lebih dekat membuatkan Dato’ Malik tersentak lagi, kerlingan wajah dan mata itu.

“Tak apa, mungkin kamu penat.” Dato’ Malik memandangnya.

“Minum ni.” Pak Mat memberi segelas air, malu pula Adam, sudahlah pengsan, minum lagi di depan Dato’ dan Datin, dia rasa serba salah sangat.

“Dato’, saya balik dulu ya. Nanti Khalisah cari saya pula.” Adam meminta izin, Dato’ Malik masih lagi terpaku di tempatnya.

“Okey. Kirim salam dengan Khalisah ya.” Datin Sofia berpesan.

“Assalamualaikum,” sempat Adam menyalam tangan Dato’ Malik, sikapnya itu walaupun agak kekampungan tapi dia masih ingat amanat arwah ayahnya, kalau berada dengan orang tua hormati mereka, kalau boleh jabat tangan sebagai tanda hormat.

“Waalaikumsalam..” jawab Dato’ Malik.

Datin Sofia hanya memandang, dia memerhatikan Adam berlalu, kemudian tiba-tiba Adam menoleh ke belakang dan melempar senyuman kepada mereka. Senyuman itu memang mirip, mengingatkan Datin Sofia pada anaknya yang hilang 24 tahun lalu.

“Sofia..” Dato’ Malik menoleh ke arah isterinya.

“Sofia pun fikirkan benda sama, tapi dia bukan anak kita bang, anak kita dah lama meninggal dunia.” Datin Sofia cuba menenangkan suaminya.

“Tapi...” Dato’ Malik cuba berkata sesuatu.

“Sudahlah bang, abang berehatlah.” Datin Sofia cuba mengubah topik.

‘Tapi dia memang macam Haikal, mungkinkah itu dia? Ya Allah, kuatkanlah hati kami menerima ketentuanmu..’ gumam Datin Sofia dalam redha.

bersambung....

Nama Pena: Fatrim Syah

BAB 15

ARIL resah di pejabatnya, sudah dua hari sejak dia melamar Khalisah. Tapi, langsung tidak ada panggilan dan sebagainya daripada Khalisah. Aril bimbang kalau-kalau Khalisah menolaknya, siapa tidak bimbang andai gadis idaman hati masih belum memberikan jawapan untuk bersama. Memang mereka telah bertunang atas persetujuan keluarga. Tapi, Aril masih ragu kalau-kalau Khalisah mencintainya, pertunangan tidak membuka sebarang hubungan antara mereka, ikatan pertunangan itu hanya atas nama sahaja, bila-bila boleh putus. Aril bimbang.

Kring! Kring!

Bunyi telefon membubarkan lamunan Aril. Segera dia mengangkat panggilan telefon tersebut, manalah tahu panggilan daripada Khalisah.

“Helo Encik Aril, Encik Rudy di talian satu nak bincang pasal kontraknya,” kedengaran suara Anita pembantunya memberitahu tentang klien mereka.

“Okey, sambungkan,” arah Aril.

Baru saja hatinya berbunga-bunga tadi, ingatkan Khalisah rupanya orang lain. Usai menjawab panggilan tersebut, Aril terfikir sesuatu. Kenapa tidak dia mengajak Khalisah makan tengahari bersamanya saja. Mungkin cara itu dapat melembutkan hatinya.

Sementara itu di Syarikat Seria Holdings, Adam baru sampai ke pejabat lepas menghantar surat tadi.

“Adam masuk,” arah Khalisah melalui interkom.

“Baik Cik Boss,” jawabnya.

‘Matilah aku, ni mesti pasal kes tadi ni,’ gumam Adam yang sudah meneka soalan yang akan ditanyakan Khalisah padanya.

Tok. Tok.

“Masuk!”

“Saya Cik Boss.” Adam tunduk-tunduk.

“Kenapa dengan awak ni? Macam ada masalah saja?” tanya Khalisah.

“Tak, tak ada Cik Boss.” Adam menafi.

“Macamana dokumen tu? Dah hantar ke tangan Dato’ Malik?” Khalisah memastikan.

“Sudah Cik Boss.”

“Awak ke mana tadi? Lambat balik, rumah Dato’ Malik tu di Sabah ya?” sengaja Khalisah bertanya soalan itu.

“Tak, tak Cik Boss. Tadi jalan raya sesak.” Adam memberi alasan.

‘Selamat aku, takkanlah nak bagitau pula aku pengsan tadi’ gumam Adam sendiri.

“Okey. Ingatkan awak curi tulang pergi makan ke, melencong ke mana. Ambil dokumen ni, tolong semak dan buat laporan ya. Kalau nak tahu tentang dokumen tu boleh tanya staf lain,” arah Khalisah.

“Baik Cik Boss.” Adam faham.

“By the way, ada beberapa surat yang awak kena hantar. Urgent,” arah Khalisah lagi.

‘What?! Aku lagi yang kena!’ marah Adam dalam hati.

“Kenapa pandang saya macam tu, pergilah cepat.” Khalisah bertegas.

“Ya, ya. Saya tengah nak cepatlah ni,” sengaja Adam menjawab lalu berlalu keluar.

‘Hmm... jadi secretary cum office boy sekali, ni kalau aku ke pejabat buruh mengadu ni baru kau tau’ Adam geram sendiri.

Segera diambilnya beberapa surat yang ada di atas meja Bidin.

“Bro, kan aku dah cakap,’ seorang staf menegurnya.

“Ala, biasalah Khalid, nak hidup..” balas Adam cuba menyenangkan hatinya sendiri.

“Dah nak jam 12 ni, nanti makanlah sekali,” Khalid mengajaknya makan.

“Tak apalah, aku ada banyak kerja. Sebab Bidin cuti, aku pun jadi office boy hari ni.” Adam memberitahu.

“Baru aku teringat, tak apalah. Lain kali ya.”

“Boleh, boleh.” Adam melempar senyuman.

Adam melihat Khalid berlalu ke mejanya. Untung benar si Khalid, jawatan biasa saja dalam syarikat, tapi kerja di meja saja. Bukan macam dia, itu ini nak kena buat. Lepas hantar surat nanti kena pula buat laporan. Adoi! Masak dia! Hari Marathon Sedunia!

**************

SEBUAH kereta berhenti di depan Syarikat Seria Holdings. Seseorang memandang sebuah motosikal yang amat dikenalinya baru keluar dari kawasan parkir. Tidak lama kemudian dia mengekori motosikal yang ditunggang Adam. Adam pula masih tercari-cari hendak ke arah mana, dia bukan biasa sangat dengan kawasan tersebut.

“Sudah sampai masanya, lepas simpang tu awak hadang dia,” arah seseorang kepada pemandunya.

Adam masih lagi tidak perasan dirinya diekori, dia masuk ke satu simpang dan melihat-lihat beberapa rumah yang agak besar. Hampir setengah jam juga dia sampai ke sana, nasib baiklah ada sign board kalau tidak sampai ke petang barangkali mencari-cari alamat tersebut. Iyalah, tiba-tiba jadi posmen, manalah dia tahu cari alamat. Kalau ada GPS tak apa jugak.

“Ni baru nombor 20, mana nak cari nombor 29 ni, mesti lagi jauh ni.” Adam bercakap seorang diri, segera dilajukan pemanduan untuk sampai ke tempat yang ditujui.

“Sekarang!”

Sebuah kereta memotong motosikal Adam secara dekat. Dia tidak mampu mengawal motosikalnya sehingga terjatuh di tepi jalan.

“Hei, buta ke?!” marah Adam yang sudah terjatuh di pinggir jalan.

Dia melihat kereta itu berlalu dengan cepat dan hilang dari pandangan. Seolah dia kenal kereta itu, tapi dia tidak ingat di mana.

“Urgh! Memang tak ada mata!” Adam menaikkan motosikalnya, sikunya luka, nasib baiklah tidak ada yang teruk berlaku.

Adam mengambil tisu di kocek seluarnya dan mengelap darah tersebut. Dipandangnya ke kiri dan ke kanan. Memang agak sunyi kawasan itu, almaklumlah kawasan elite. Sebaik memandang rumah di hadapannya, dia melihat nombor yang dicari.

“29!”

Segera Adam menekan loceng.

Ting Tong!

Kelihatan seorang pembantu rumah keluar menemuinya.

“Ya, cari siapa?” tanya pembantu rumah tersebut.

“Saya hantar surat, tolong bagi tuan rumah awak, kalau boleh cepat. Urgent ni.” Adam menghulurkan sepucuk surat.

“Baik.”

“Terima Kasih.”

“Sama-sama.”

Pembantu rumah itu kembali masuk ke dalam rumah. Kemudian Adam ke tempat lain menghantar lagi beberapa surat kepada alamat yang diberikan. Nasib baiklah alamat-alamat yang lain itu mudah dicari.

Selepas semuanya selesai Adam kembali semula ke pejabat. Dia teringat ada meeting petang nanti, walaupun dia bukannya orang penting dalam meeting tersebut, tapi tugasannya sebagai setiausaha memerlukan dia dalam mesyuarat tersebut.

Sampai saja di pejabat, Adam menemui Khalid di mejanya.

“Khalid, kau ada pembalut luka tak? Ala, handy plus,” tanya Adam.

“Ada, kejap aku cari. Kenapa, kau luka ke?” tanya Khalid pula.

“Luka sikit saja.”

“Nah.” Khalid memberikan handy plus kepada Adam.

“Terima Kasih.”

“Sama-sama.”

Adam menuju ke mejanya, Rafida memandang Adam dari bilik pejabatnya. Dia terlihat Adam menampal lukanya di tangan, luka itu agak besar juga. Apa yang berlaku pada Adam tadi? Ke, dia kena pukul? Rafida tiba-tiba bimbang.

Segera Rafida menekan interkom.

“Adam, masuk bilik saya kejap.”

“Okey.”

Tok. Tok.

“Masuk!”

Adam masuk dan menemui Rafida, pelik, entah kenapa pula Rafida mahu menemuinya. Mungkin ada perkara penting agaknya.

“Tadi saya nampak siku awak luka, kenapa tak pergi klinik?” tanya Rafida.

‘Alamak, dia nampak ke, masak aku.. nak jawab apa ni..’ gumam Adam sendiri.

“Tak sempat, petang ni kan ada meeting. Luka sikit saja ni,” jawab Adam menyenangkan hati Rafida.

“Sikit awak kata. Sini saya tolong balutkan,” Rafida segera mengambil first aid miliknya dan menyelak lengan baju Adam.

Malu pula Adam dibuat sedemikian. Rafida pula berasa berdebar, minyak wangi yang dipakai Adam saat itupun terlalu mendebarkan jiwanya.

“Tak apalah Fida, saya buat sendiri.” Adam malu-malu.

“Tak apa.” Rafida mengesat luka tersebut dengan ubat, membuatkan Adam menahan pedih ubat tersebut.

“Kan dah okey tu.” Rafida membalut luka tersebut dengan hati-hati.

“Terima Kasih.” Adam berterima kasih.

“Tak apa, awak tu kena jaga diri. Awak hantar surat ke tadi?”

“Iya. Bidin ambil cuti. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dululah ya.” Adam meminta diri, Rafida mengangguk.

Lega juga sikit pedihnya luka tersebut. Adam terus menuju ke mejanya dan membelek agenda mesyuarat petang nanti.

bersambung....

Nama Pena: Fatrim Syah

BAB 16

MESYUARAT petang itu berjalan lancar, semua agenda dicatat oleh Adam. Dia tahu tugasnya sebagai setiausaha yang perlu merekodkan semua minit mesyuarat. Denyutan tangannya yang luka mulai terasa, dia cuba menahannya. Khalisah pula perasan Adam asyik memegang tangannya, mungkinkah ada yang berlaku. Ah! Tiba-tiba pula mahu prihatin bagai. Biarkanlah, mungkin sakit sikit saja barangkali, terlanggar pintu ke, jatuh motor ke. Dia tidak mahu memikirkan soal Adam, sebaliknya agenda mesyuarat itu lebih penting untuk dibincangkan.

“Rafida, bagaimana bahagian pemasaran?” tanya Khalisah yang kelihatannya sangat profesional.

“Buat masa sekarang, kita menumpukan pada penjualan rumah yang mana pembelinya adalah dalam golongan yang mampu milik. Setakat ini proses penjualannya adalah antara 50 ke 60 peratus. Mungkin dalam sedikit masa lagi proses ini akan semakin meningkat dengan promosi dan penawaran yang akan kami jalankan. Mengenai rumah-rumah seperti kondo mewah, promosi dan sasaran pelanggan juga semakin baik.” Rafida menjawab selaku Pengurus di bahagian Pemasaran Syarikat, soalan yang ditanyakan Khalisah itu sememangnya adalah soalan yang pasti akan ditanyakan setiap kali mesyuarat diadakan.

“Baik. Saya nak semuanya berjalan lancar ya Rafida. Akan ada lagi sebuah projek yang hampir siap. Saya yakin pada bahagian pemasaran, cuma usahanya kena lebih 200%.” Khalisah berkata yakin.

Agenda diteruskan dengan bertanyakan kewangan syarikat dan macam-macam lagi. Ya, mendengarnya saja boleh membuatkan Adam pening 7 hari 7 malam. Adam cuba menyelesakan diri sebaik mungkin. Ini adalah mesyuarat kedua yang disertainya dalam Seria Holdings. Walaupun tidak ada sebarang kuasa untuk bersuara tetapi cukuplah tahu perjalanan syarikat dan boleh mengeluarkan pendapat mengenainya.

“Baiklah, mesyuarat kali ini ditangguhkan sehingga tarikh yang telah ditetapkan. Ingat, anda semua sebagai Ketua Jabatan bahagian masing-masing harus memberikan yang terbaik dan perlu menjadi teladan pada yang lain, Terima Kasih.” Khalisah mengakhiri mesyuarat petang tersebut setelah berbincang panjang lebar dengan semua ketua jabatan.

Semua staf beredar daripada bilik mesyuarat tersebut. Hanya tinggal Khalisah dan Adam, Adam sibuk mencatat beberapa agenda. Ambik kau labu, nak jadi secretary sangat. Tangannya yang luka tadi dibuka, darah sudah membasahi pembalut, Khalisah tersentak sebaik melihat luka di siku Adam.

“Kenapa dengan tangan awak tu? Awak jatuh motor ke tadi? Dah pergi klinik?” tanya Khalisah bimbang.

“Tadi masa saya hantar surat ada orang potong jalan, tu yang jatuh. Tak sempat tadi, ni minta handy plus Khalid tadi, lepas tu Rafida dah tolong balut dengan kain.” Adam memberitahu.

“Yang awak tak pergi klinik apa pasal, awak nak mati ke? Banyak darah tu.” Khalisah seakan bimbang.

“Tak apa, sikit saja. Tak matipun,” sengaja Adam menaikkan volume diperkataan mati yang disebut Khalisah lalu keluar dari ruangan itu.

“Ingat aku nak sangat ke tanya, biar kau mati kering pun aku tak hadaplah!” marah Khalisah sebaik Adam keluar dari sana.

“Lisa, kita kena cepat ni, Kirana ada sesi fitting kat butik Mona. Katanya dia nak merajuk kalau kita tak ada.” Rafida membuka pintu bilik mesyuarat tiba-tiba.

“Jomlah.” Khalisah mengherot mulut, bukan dia tidak tahu perangai Kirana yang manja tak bertempat itu, nasib baiklah kawan, sudah faham ragam masing-masing.

Iyalah kan, manusia, mana ada yang sama. Kerana perbezaan itulah yang membuatkan kita lain daripada yang lain.

Masuk saja di dalam kereta, Rafida sudah mula bertanya.

“Kenapa suruh Adam hantar surat. Dia sikit lagi kena langgar tau.” Rafida mengherot mulut.

“Amboi, amboi, tak boleh ke?”

“Bukan tak boleh tapi agak-agaklah.”

“Dia tu yang manja sangat, biarlah sekali-sekala dia buat kerja lain. Ambil berat pasal dia ni ada hati ya?” sempat Khalisah cuba mengorek isi hati Rafida.

“Ish, awak ni Lisa. Bukan macam tulah, aku kesian dekat dia je. Manalah tahu dia tu masih demam.” Rafida menafi lagi.

Apabila mendengar Rafida berkata demikian, Khalisah terasa sangat, terasa dia bersikap kuku besi kepada Adam. Mungkin benar Adam masih demam. Tiba-tiba ada pula rasa bersalah di hatinya. Dia diam saja bila Rafida bercakap tentang benda lain. Mungkin berdiam itu lebih baik baginya. Kereta Skyline miliknya meluncur laju ke sebuah butik yang agak mewah.

************

DARI kejauhan, Rafida dan Khalisah sempat melihat kereta Kirana yang diparkir tidak berjauhan dengan mereka. Untung kawan mereka yang satu itu, bakal naik pelamin beberapa hari saja lagi.

“Kirana, Mona..” sapa Khalisah sebaik sampai ke butik tersebut.

“Nasib baik datang, ingat tak datang tadi. Jom, aku nak tunjuk baju aku ni.” Kirana kelihatan sangat girang, almaklumlah bakal bergelar raja sehari.

Segera Kirana masuk ke dalam bilik persalinan. Mona, Khalisah dan Rafida berpandangan, mereka senyum sendiri.

“Ta.. da... Macamana? Cantik tak?” tanya Kirana memandang kawan-kawannya.

“Cantik...” tak terkata Rafida sebaik ternampak gaun yang dipakai oleh Kirana, sekejap dia berangan dirinya yang sedang memakai baju tersebut disamping Adam yang memakai tuxedo.

Khalisah pun membayangkan yang sedemikian, tapi masalahnya betul ke keputusannya untuk menerima abang Aril. Dia sendiri belum memberikan jawapan pasti.

“Lisa, Fida, yang korang tercengang ni kenapa? Terbayang pakai gaun ni atau terbayang Mr Tuxedo masing-masing ke?” tanya Mona senyum sedan.

“Ish, tak adalah..” Khalisah menafi.

“Pandai-pandai je.” Rafida juga sama.

“Well, Mr Tuxedo I di hujung butik ni still single and available..” sengaja Mona menggugahkan hati dua gadis tersebut.

“Aku nak tukar lagi dua baju, korang tunggu tau. Yang ni baju untuk pre-weeding photoshoot esok..” Kirana memberitahu dari dalam.

“Pre-weeding photoshoot punya baju pun dia tempah?” tanya Rafida.

“Well, bakal isteri CEO, apalah sangat kan..” Mona memberitahu.

Amboi. Girang wajah Mona, manakan tidak fulus yang masuh poket bagai perigi di timba air. Manakan tidak senyumnya sampai ke telinga.

“Ha Lisa, kau bila lagi? Mr Tuxedo kau dah ada kan..tak baik lambat-lambatkan perkara baik..” Mona bertanya, amboi, siap berkias lagi.

Fuh! Sebijik juga soalan cepu emas Mona, Khalisah diam-diam ubi. Hendak menjawab salah, tak dijawab pun salah. Dia sendiri tidak pasti.

“On the way..” jawab Khalisah perlahan.

“Baguslah. Jangan lupa ke butik aku, awas kalau kau ke butik yang lain. Dan kau Fida, makin berseri-seri wajah tu, ni mesti dah ada yang punya ni kan?” Mona mahu mengorek rahsia kerajaan sekejap, tukang gosip itu memang pantas saja mulutnya.

“Err.. ada tu ada, tapi on the way juga..” Rafida senyum sendiri menjawab soalan Mona.

“Eh, macamana dengan secretary Khalisah hari tu? Jadi ke Mr Secretary? Ke, Miss Secretary?” tanya Mona lagi.

“Mr Secretary, hensem tau macam pemain bola Harimau Malaya tang seorang tu..” Rafida memberitahu, cepat saja dia menjawab.

“Amboi, amboi, dah berkenan ke Rafida? Single lagi ke dia?” tanya Mona lagi, sibuk betul mahu tahu.

Tersentak Rafida ditanya demikian, dia sememangnya tahu Adam duda. Tapi dia tidak yakin kalau Khalisah tahu mengenai itu.

“Single lagi.” Khalisah menjawab pantas, tak sempat Rafida membuka mulut.

“Wah, peluang tu. Eh, lama bebenar minah seorang ni. Kirana, kau buat apa dalam tu, pakai baju ke jahit baju?” tanya Mona.

“Kejap, kejap. Aku dah siap ni. Ta.. da... Macamana? Cantik tak?” tanya Kirana sebaik keluar dari bilik persalinan. Baju kurung itu kelihatan sangat simple.

“Tema kampung ke ni? Nak buat dekat mana photoshootnya?” tanya Khalisah ingin tahu.

“Aku nak buat dekat kampung akulah kat Johor. Nak dekat sungai, yang ni untuk first photoshoot. Ada lagi baju untuk second photoshoot, modern style,” Kirana memberitahu sambil berpusing-pusing di depan cermin. Ketiga kawannya menyentuh baju tersebut.

“Tak sangka kau dah nak jadi bini orang. Lama betul si Khairil tu tunggu kau.” Khalisah memegang tangan kawannya yang seorang itu.

“Itulah, macam-macam jadi. Khairil pun nak bina kerjaya dulu. Korang pun tahu kan, dua tiga tahun kebelakangan ni barulah syarikat perabot mereka tu maju. Alhamdulillah, aku doakan kau dan Fida dapat jodoh yang baik macam Khairul.” Kirana berharap.

“Ni sesi apa pula ni? Tak naklah sedih-sedih dekat butik aku ni ha?” Mona menyampuk, perempuan yang satu itu, baru orang nak feeling-feeling, dia dah macam mulut murai.

“Kau ni Mona, nak feeling sat pun tak boleh.” Kirana mengherot mulut.

“Aku sesaja jelah. Apalah kau orang ni. By the way, kau pergi slim world ke Kirana? Kurus nampak?” sengaja Mona bertanya.

“Helo? Natural tau, sebulan aku tak makan nasi. Lepas tu pergi spa, ni pun susah payah. Eh ya ke? Aku tak perasan pun aku dah kurus?”

“Boleh tak perasan, dulu kan kau tembam sikit, sampai baju pun tak muat..” Mona menggeleng kepala, senyum-senyum sendiri.

“Ha, yang hangpa dua orang ni. Baiklah siap-siap jaga badan. Macam tak lama lagi tu...” sindir Mona yang memang pedas mulutnya. Menasihat pun ada.

“Ya Puan Mona, nanti saya dan Lisa tak makan nasi setahun.” Rafida menjawab.

“Setahun, kau orang berdua dah jadi lidi. Nanti bakal suami pula lari.” Mona membalas.

“Amboi mulut kau Mona, longkang amat.” Rafida berkata sambil memukul lengan Mona.

“Hahaha.. aku jenis longkang yang bersih, hari-hari berus gigi tau!” sempat Mona berseloroh.

Empat sekawan itu ketawa bersama-sama. Macam-macam yang dibualkan mereka. Butik itu dimeriahkan dengan gelak tawa empat sekawan itu.

“Mona, Lisa, Fida, aku nak balik dulu tau. Ada banyak benda nak kena handle, kau orang faham-fahamlah kan.. bye..” Kirana meminta diri.

“Okey, bye..” mereka bertiga membalas dan saling berlaga pipi. Mereka memerhatikan Kirana memandu keretanya keluar dari kawasan tersebut.

“Kami pun nak balik. Mona, jumpa nanti tau. Mr Tuxedo tu kau simpan belakang sikit, aku dah booking,” sengaja Rafida bergurau.

“Oh, okey. Ha Lisa, Mr Tuxedo kau yang tepi tu tak nak booking?” tanya Mona.

“Err..” Khalisah malu-malu.

“Hmm... Lisa, kau ni masih macam dulu kan? Selalu tak pasti.” Mona menggeleng kepala.

“Bukan tak pasti, takut tak jadi...” Khalisah menjawab.

“Kita serahkan semuanya pada takdir. Insya ALLAH, kalau dia pemilik tulang rusuk kiri kau tu, memang dialah yang akan menjadi teman kau.” Mona berkata, amboi, sempat trip-trip macam ustazah.

“Ha, ni sesi apa pula ni?” Rafida menyampuk.

“Ni namanya sesi kuliah jodoh..” sampuk Mona ketawa kecil.

“Oh. Kalau ada memang aku nak daftar,” balas Rafida.

“Borang dah habis, limited editon only.” Mona senyum-senyum sengaja bergurau. Rafida muncung.

“Kami balik dulu ya Mona.” Khalisah meminta diri.

“Okey. Take care tau, daa..” Mona melambai ke arah mereka.

Khalisah dan Rafida menuju ke kereta. Terngiang-ngiang di telinga Khalisah kata-kata Mona tadi. Mungkin itulah jalan penyelesaian yang dia patut ikut. Tidak perlu dia memberikan jawapan kepada lamaran abang Aril tempoh hari, biarlah ia terjawab sendiri. Mungkin juga Khalisah belum bersedia dengan semua itu. Mungkin juga hatinya bukan untuk abang Aril. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini dia selalu memikirkan mengenai Adam. Ah! Kenapa pula si Adam itu yang perlu difikirkan, dia bukan sesiapa dalam hidupnya. Dia pening sendiri.

“Lisa, Lisa...” Rafida membubarkan lamunan kawannya.

“Oh, ya, ya Fida.” Khalisah segera menjawab.

“Kenapa tak tekan alarm kereta kau lagi, lama dah aku tunggu ni, termenung jauh nampak..” Rafida memandangnya.

“Oh, maaf-maaf. Aku teringat something tadi. Masuklah, nak pergi mana-mana lagi tak?” tanya Khalisah.

“Taklah. Aku nak balik. Rasa letih pula,” jawab Rafida.

Segera Khalisah menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari kawasan tersebut ke lebuh raya. Disetnya GPS untuk memudahkan perjalanan ke rumah Rafida. Nasib baiklah ada alat teknologi yang satu itu, senang sikit dia bergerak.

“Kau macam diam je semenjak dua menjak ni Lisa? Ada masalah ke?” tanya Rafida tiba-tiba.

Soalan itu saja belum mampu dijawab Khalisah secara jujur. Entah, perlukah dia memberitahu sesiapa atau sekadar di simpan dalam hati. Perlu ke dia memberitahu hatinya berbelah bagi untuk menerima lamaran abang Aril.

“Fida, kalau ada orang melamar kau, kau gembira tak?” Khalisah pula bertanya, soalan Rafida belum dijawabnya, mahu tersedak Rafida mendengar soalan tersebut, iya. Pusing kanan, pusing kiri dia tahu apa yang ada di fikiran Khalisah dan dia tahu apa yang sedang berlaku.

Sebagai sahabat, dia cuba untuk berlaku seolah tidak tahu. Takkanlah kan terus-terus cakap eh, kau dah kena lamar dengan Aril ke kan. Itu namanya menjawab tak guna akal, memang si penjawab itu akan berfikir dua tiga kalilah. Macam facebook, orang selalu letak dekat wall status merapu meraban tapi sebenarnya ada benda yang orang itu nak sampaikan.

“Kalau akulah kan, aku fikir dalam-dalam. Mungkin aku akan solat Istikharah minta petunjuk.” Rafida menjawab.

Jawapan Rafida sedikit menenangkan Khalisah.

“Aku tahu kau bijak Fida, kau tentu faham maksud aku. Entah, aku rasa aku belum sedia dengan semua tu.”

“Kalau kau ragu-ragu aku sarankan kau Solat Istikharah, tawakkal.”

“Insya ALLAH.”

Fikiran Khalisah jauh melayang, mungkin apa yang disarankan Rafida ada baiknya. Dia tidak mahu mengecewakan abang Aril, tapi entah ada sekelumit perasaan dalam hati Khalisah yang mengatakan ada sesuatu yang meragukan tentang abang Aril.

‘Ah! Pasang radio lagi baik, boleh layan lagu, pening kepala saja nak memikir,’ gumam Khalisah.

Punat radio ditekan Khalisah. Sengaja dipasang saluran radio nombor satu masa kini. Kedengaran lagu ‘Dan Sebenarnya’ di corong radio. Lagu itu barangkali paling dekat di hatinya buat masa kini. Entah!

bersambung....

Nama Pena: Fatrim Syah

BAB 17

MAJLIS perkahwinan Kirana dan Khairil berlangsung meriah di Palace of The Gorden Horses. Majlis akad nikah tempoh hari diadakan di rumah Kirana. Majlis resepsi itu juga mempertemukan kembali semua bekas rakan-rakan universiti Kirana dan Khairil yang dijemput khas. Khalisah datang bersama Aril, Rafida datang berseorangan manakala Mona datang bersama anak dan suaminya. Nasib baiklah Mona hanyalah pereka busana perkahwinan bukan pengurus perkahwinan, kalau tidak nampaknya dia tidak menang tangan mengatur aturcara majlis. Khalisah memerhatikan rakan-rakannya yang menjeling ke arahnya, manakan tidak Aril tidak lekang berada di tepinya, mesti ada yang berkata bakal suami, bakal tunang dan segala bakal lagi.

Sementara itu di suatu tempat, Adam bersama Nadia dan Danish dalam perjalanan menuju ke majlis perkahwinan. Mereka menaiki teksi Pak Bakar menuju ke lokasi majlis. Mahu juga diajak Kak Pah sekali tetapi Kak Pah pula ada temujanji di klinik. Perancangan Adam sebenarnya hanya mahu membawa Danish sahaja tapi bila Nadia ingin ikut sekali dia tidak menolak. Lagipula ada juga yang tukang tengok-tengokkan Danish nanti. Setengah jam kemudian mereka akhirnya sampai ke tempat yang dimaksudkan.

“Betul ke lokasi ni bang?” Nadia bertanya sambil memegang tangan Danish, diingatnya majlis perkahwinan itu hanyalah di sebuah rumah mewah biasa. Terkejut juga Nadia apabila Adam memberitahu Pak Bahar supaya belok masuk ke hotel mewah tersebut.

“Betul, jomlah kita masuk, majlis dah bermula tu.” Adam memberitahu Nadia dan memimpin Danish.

Mereka beriringan masuk dan mendaftar. Kemudiannya mengambil tempat setelah ditunjukkan oleh staf di sana. Semasa masuk ke dalam Adam melihat rakan-rakan universitinya. Sudah hampir 3 tahun mereka tidak berjumpa, ada juga Adam dijemput menghadiri majlis perkahwinan rakannya yang lain tapi dia tidak berkesempatan untuk pergi. Hanya kali ini dia lapang. Kelihatan beberapa orang rakan universiti Adam bersama pasangan masing-masing. Ada senior dan juga juniornya di sana. Kemudian, Adam membawa Danish dan Nadia ke meja rakan-rakannya.

“Adamlah, bila dia kahwin? Aku tak tahu pun. Cantik bini dia.” Haris berbisik kepada Sari apabila nampak Adam datang bersama seorang budak kecil dan seorang perempuan.

“Entah, mungkin anak buah dia kot,” jawab Sari. Kawan-kawan lain di beberapa meja juga memandang.

Kemudian Adam mendekati mereka, mereka semua bersalaman.

“Hai Haris, Sari, apa khabar?” tanya Adam menyapa mereka.

“Khabar baik,” jawab mereka berdua serentak.

“Papa!” Danish memanggil Adam membuatkan persoalan di benak Haris dan Sari terjawab, mereka berpandangan.

Danish kemudian diambil oleh Adam.

“Apa khabar bro? Lama tak jumpa, sekarang kerja dekat mana?” Haris bertanya.

“Aku okey, sekarang kerja dekat Seria Holdings, jadi secretary...” jawab Adam.

“Secretary? Kau biar betul Adam, agak-agaklah.” Sari seolah tidak percaya.

“Betullah Sari, apa pula aku nak tipu.” Adam memandangnya, Sari terus percaya, mungkin juga katanya dalam hati, lagipula kursus Adam skopnya luas.

“Kau ni memang fleksibel sejak zaman universiti dulu. Ni, bila kau kahwin, dia tu bini kau ke?” tanya Haris lagi.

Terkedu juga Adam, mahu dijawab salah, tidak dijawab lagi salah.

“Dia ni adik saya, ni anak saya,” jawab Adam, sengaja dia memperkenalkan Nadia sebagai adiknya supaya mudah difahami rakan-rakannya.

“Owh, ingat bini tadi. Bini tak bawa sekali ke?” tanya Sari lagi.

“Dah divorce..” perlahan Adam menjawab, Sari dan Haris faham, Nadia buat-buat tak dengar.

Nadia memandang mereka dan bersalaman. Meskipun baru berada di bandar, Nadia pandai juga bergaya sedikit, tudung shawl yang dipakainya memang cantik. Apakan tidak, meskipun bertudung muslimah begitu, Nadia mengambil jurusan rekaan fesyen di kolejnya, sekarang ni baik bertudung ataupun tidak, perkembangan fesyen sudah semakin meluas.

Majlis berlangsung meriah, apalagi bila keluarga kedua belah pihak naik ke pelamin untuk memberi restu dan menepung tawar. Adam dan tetamu lain hanya memerhatikan.

“Majlis menjemput para tetamu untuk naik ke pentas.” Juruacara majlis memberitahu.

“Adam, naiklah. Batch kita tak ramai ni, awak wakilkan kami.” Haris mempersila. Sari pula sudah bagi signal.

Mahu tak mahu, selesai giliran beberapa orang tetamu. Adam terpaksa naik ke pentas. Dia membawa Danish sekali. Semasa menuju ke atas pentas itulah Rafida ternampak Adam. Dia berharap sangat agar Khalisah tak perasan.

‘Alamak, matilah..’ gumam Rafida sendiri, nampaknya rahsia Adam bakal terbongkar.

‘Kata belum berkahwin, tu anak dia ke,’ Khalisah meneka sendiri dalam hati sebaik ternampak Adam bersama Danish. Macam ayah dan anak lagaknya, takkanlah pula anak buah kan.

“Jom Lisa.” Aril memanggilnya, Khalisah segera bergerak dari situ menuju ke tempat duduk disediakan. Matanya tak lekang dari memandang Adam.

“Khairil, Selamat Pengantin Baru bro..” Adam menyalam tangan Khairil. Sebenarnya Adam dan Khairil bukanlah satu rakan fakulti, tapi kerana masing-masing sering terlibat dengan aktiviti kampus dari situlah mereka berkenalan, Adam sedia maklum yang Khairil memang anak orang berada.

“Terima Kasih Adam kerana datang, kenalkan ini isteri aku Kirana, lama tak nampak. Kerja mana sekarang? Anak ke ni?” tanya Khairil, sempat pula berborak di atas sana.

“Aku kerja kat Seria Holdings, setiausaha di sana. A’ah ni anak aku,” jawab Adam.

Kirana terkejut, mungkinkah dia Mr Secretary yang disebut mereka tempoh hari. Iyalah, takkanlah secretary Khalisah tu ada ramai pula.

“Isteri saya ni kawan baik Cik Khalisah boss Seria Holdings, tu mereka.” Khairil menunjuk ke arah Khalisah dan Rafida duduk.

Adam mati kata. Habislah, rupanya Kirana adalah kawan Khalisah. Di mana pula dia mahu bersembunyi. Tembelang sudah pecah, kalau Khalisah tahu dia ada anak. Mesti dia akan diberhentikan.

“Okeylah Khairil, kami duduk dulu.” Adam senyum meminta diri.

Selepas itu, Adam kembali ke tempat duduknya. Mata Khalisah tetap juga tidak lari dari memandang anak yang dipegang oleh Adam. Apabila melihat Adam memberikan anak yang dipegangnya kepada seorang perempuan di sebelahnya, Khalisah bertambah yakin yang Adam tu sebenarnya sudah berkeluarga.

‘Dasar secretary penipu!’ marah Khalisah dalam hati.

Kemudian dia nampak pula Adam menyuap kepada Nadia. Lagi dia bertambah syak. Khalisah habis fikir, nanti dia mahu bertanya Adam betul atau tidak dia sudah berkahwin, kenapa Adam memalsukan resumenya untuk bekerja di syarikatnya. Acara seterusnya dalam majlis itu adalah nyanyian daripada artis jemputan Dayang Nurfaizah. Para tetamu mendengar lagu Seandainya Masih Ada Cinta yang dinyanyikan petang itu...

Usah kau berpura di sebalik kata..

Kerana ku tahu siapa diriku..

Tak perlu merayu dengan pujukanmu..

Biarkanlah saja semuanya pergi..

Cukuplah sekali kau menghiris hati..

Menghancurkan kasih yang lama terbina

Seandainya masih ada cinta lagi..

Lupakan oh! Sayang

Hasrat dan perasaanmu..

Rindu nan membara

Nyala dan membelai jiwa

Tiada berteman,

Sepinya berpanjangan..

Resah dan gelora menjadi sahabat derita..

Berakhirlah kisah dusta dan dilema..

Pintaku semoga kau sedar kesilapanmu..

“Shall we dance?,” Aril menghulurkan tangannya untuk menari bersama Khalisah.

Khalisah menerima ajakan Aril walaupun fikirannya masih melayang-layang. Mereka menari bersama tetamu lain, muzik romatik petang itu memang agak syahdu, tiupan angin agak sepo-sepoi membuatkan tetamu tenang. Rafida melihat perempuan yang bersama Adam beredar ke tempat lain, kemudian Rafida mendekati Adam, saja-saja mahu mendekati Danish.

“Adam, anak awak ke ni?” tanya Rafida tiba-tiba.

“Oh, ya Rafida. Rupanya awak ni kawan isteri Khairil tu. Ha Danish, salam aunty.”

Danish kemudian menyalam Rafida.

“A’ah, eh, comelnya anak awak ni..” Rafida mengusap kepala Danish.

“Jangan cakap macam tu, nanti budak ni jadi comel betul, habis duit saya beli susu,” jawab Adam sambil memeluk Danish.

Danish memegang-memegang rambut Rafida, Rafida senyum sambil melayan Danish mesra.

“Siapa perempuan tadi tu? Cantik. Kekasih awak ya?” sengaja Rafida bertanya, iyalah, dia pun mahu tahu kalau-kalau dia ada saingan.

“Taklah, dia adik saya,” jawapan Adam sangat-sangat melegakan hati Rafida, dia senyum sendiri melayan karenah Danish yang memang comel.

Sementara itu di dalam bilik air, Nadia baru keluar dan menuju ke singki dan membetulkan shawlnya. Khalisah pula baru masuk ke dalam bilik air. Apabila ternampak Nadia, hatinya terdetik untuk bertanya banyak perkara kepadanya. Khalisah kemudian memandang ke kiri dan ke kanan. Skodeng sikit kalau ada orang, malu pula bertanya kalau ada ramai orang di sana. Kemudian dia memberanikan diri membuka bicara.

“Saya Khalisah. Awak ni.. is..isteri Adam?” tanya Khalisah gagap.

“Kalau ya kenapa?” jawab Nadia.

Khalisah terkejut dengan pengakuan Nadia.

“Jadi, anak tu anak awaklah,” tanya Khalisah lagi.

“Sebenarnya saya bukan isteri dia. Budak tu anak Adam dengan bekas isterinya dulu.” Nadia memberitahu.

Nadia berasa pelik apabila wanita itu bertanya soalan mengenai Adam. Tapi dia tidak ambil kisah.

“Thanks ya.” Khalisah berterima kasih dan cepat-cepat beredar.

Nadia melemparkan senyuman, Khalisah pula terus keluar selepas mencuci tangannya. Sempat dia memandang Nadia dari jauh, gadis bertudung itu memang cantik. Entah-entah mereka itu pasangan kekasih, tekanya sendiri. Tapi yang paling menimbulkan persoalan, kenapa Adam tidak memberitahu dia telah berkahwin dan ada anak. Bukannya Khalisah tidak mengambilnya bekerja pun kalau sekalipun Adam itu duda. Dia ingat Khalisah nak ambil borang ke? Mintak simpanglah!

Dipandangnya ke arah Adam, dia nampak Rafida sedang bermain-main dengan anak Adam. Aril pula sibuk berborak dengan kawan lama, majlis petang itu hampir selesai. Akhirnya Khalisah memutuskan untuk balik selepas berjumpa dengan Kirana dan Khairil. Namun, sebelum melangkah keluar dia terlanggar Adam kerana bergegas.

“Cik Boss,” sapa Adam.

“Dekat sini aku bukan boss kaulah. Dasar penipu!” Khalisah tiba-tiba marah.

“Cik Boss, dengar dulu penjelasan saya..” Adam cuba mempertahankan diri.

“Sudah. Kalau penipu tu penipu juga!” marah Khalisah.

“Yang Cik Boss nak marah-marah kenapa?”

Pertanyaan Adam membuatkan Khalisah terdiam. Entah kenapa dia marah benar, nasib baiklah tona suara yang digunakan mereka tidak kuat dan disembunyikan dengan bunyi muzik pemuzik jemputan.

Khalisah malu sendiri dan terus berjalan tanpa memandang Adam. Adam pelik melihat kelakuan Khalisah.

Kemudiannya Adam menuju ke arah Rafida dan mengambil Danish daripada tangan Rafida.

“Sudahlah tu Fida, jangan dilayankan budak ni, nanti awak yang penat. Danish, sini jangan nakal-nakal, sian aunty ni, jadi tak cantik dia nanti.” Adam berkata, sempat memuji Rafida, apalagi kembanglah sedikit hati Rafida jadinya. Macam kena pam-pam je masa tu.

Kata-kata Adam memang menawan hati Rafida. Rafida senyum dan membetulkan rambutnya. Nadia melihat wanita bernama Rafida itu, dia memang lebih bergaya dan lebih cantik daripadanya. Dan, dia memang nampak wanita itu kelihatan berminat dengan Adam. Tapi, Nadia tidak menunjukkan rasa kurang senangnya. Apabila Rafida beredar, barulah Nadia mendekati Adam.

“Awak pergi mana tadi?” tanya Adam kepada Nadia.

“Saya duduk dekat meja sana, abang lama lagi ke dekat sini?” tanya Nadia.

“Taklah, dah lewat petang ni. Jom balik, nanti abang call Pak Bakar dulu,” jawab Adam.

Nadia pula memegang Danish yang agak letih, kemudian mereka menuju ke pintu luar menunggu kedatangan Pak Bakar membawa teksinya. Sampai di pintu keluar, Danish kelihatan mengantuk. Adam kemudian mengangkat Danish, selepas itu Danish tertidur di bahu Adam. Mereka kemudian menunggu di salah satu kerusi yang disediakan, nasib baiklah Pak Bakar datang tidak lama selepas itu.

Sementara itu di dalam, Aril mencari-cari Khalisah. Dia pelik, ke mana pula Khalisah. Majlis belum lagi selesai. Dia kemudian mendekati Rafida.

“Fida, nampak Lisa tak?” tanyanya.

“Entah, tapi tadi macam nak balik.”

“Dia balik pakai apa? Dia bukan bawa kereta pun.” Aril agak gelisah.

“Tak perlulah risau Aril. Dekat luar tu berlambak teksi.”

Betul juga kata Rafida, tapi ada juga sedikit kebimbangan di dalam hati Aril. Tadi mereka datang bersama, sekarang balik asing-asing. Kemudian Aril menghubungi telefon bimbit Khalisah. Bila dia mendapat tahu Khalisah dalam perjalanan ke rumahnya, hatinya lega.

“Abang Adam, tadi ada seorang perempuan tanya pasal abang.” Nadia memberitahu semasa mereka masuk ke dalam teksi.

“Siapa?” tanya Adam.

“Kalau tak silap nama dia Khalisah.” Nadia memberitahu, tersentak Adam.

“Apa dia tanya?” Adam ingin tahu.

“Dia tanya siapa saya dan siapa Danish.”

“Nadia cakap apa?”

“Nadia bagitau Nadia ni adik abang Adam dan Danish ni anak abang dan bekas isteri abang.” Nadia memberitahu.

Fuh! Menyirap darah Adam. Patutlah Khalisah dingin saja tadi, tapi nak siasat buat apa juga. Suka hatilah. Tapi, memang sebenarnya dia belum berkahwin, tidak disangkanya hal itu bakal mendatangkan masalah kepadanya. Entah apa yang difikirkan Khalisah. Mungkinkah dia bakal dipecat. Terbayang pula kesusahan menghadiri banyak interview dahulu, harapnya Khalisah dapat bertimbangrasa. Adam senyum tawar, kalau dia tahu Khairil dan Kirana itu kawan Khalisah, awal-awal lagi dia tidak mahu hadir. Tapi itulah, manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan segala-galanya.

BAB 17

MAJLIS perkahwinan Kirana dan Khairil berlangsung meriah di Palace of The Gorden Horses. Majlis akad nikah tempoh hari diadakan di rumah Kirana. Majlis resepsi itu juga mempertemukan kembali semua bekas rakan-rakan universiti Kirana dan Khairil yang dijemput khas. Khalisah datang bersama Aril, Rafida datang berseorangan manakala Mona datang bersama anak dan suaminya. Nasib baiklah Mona hanyalah pereka busana perkahwinan bukan pengurus perkahwinan, kalau tidak nampaknya dia tidak menang tangan mengatur aturcara majlis. Khalisah memerhatikan rakan-rakannya yang menjeling ke arahnya, manakan tidak Aril tidak lekang berada di tepinya, mesti ada yang berkata bakal suami, bakal tunang dan segala bakal lagi.

Sementara itu di suatu tempat, Adam bersama Nadia dan Danish dalam perjalanan menuju ke majlis perkahwinan. Mereka menaiki teksi Pak Bakar menuju ke lokasi majlis. Mahu juga diajak Kak Pah sekali tetapi Kak Pah pula ada temujanji di klinik. Perancangan Adam sebenarnya hanya mahu membawa Danish sahaja tapi bila Nadia ingin ikut sekali dia tidak menolak. Lagipula ada juga yang tukang tengok-tengokkan Danish nanti. Setengah jam kemudian mereka akhirnya sampai ke tempat yang dimaksudkan.

“Betul ke lokasi ni bang?” Nadia bertanya sambil memegang tangan Danish, diingatnya majlis perkahwinan itu hanyalah di sebuah rumah mewah biasa. Terkejut juga Nadia apabila Adam memberitahu Pak Bahar supaya belok masuk ke hotel mewah tersebut.

“Betul, jomlah kita masuk, majlis dah bermula tu.” Adam memberitahu Nadia dan memimpin Danish.

Mereka beriringan masuk dan mendaftar. Kemudiannya mengambil tempat setelah ditunjukkan oleh staf di sana. Semasa masuk ke dalam Adam melihat rakan-rakan universitinya. Sudah hampir 3 tahun mereka tidak berjumpa, ada juga Adam dijemput menghadiri majlis perkahwinan rakannya yang lain tapi dia tidak berkesempatan untuk pergi. Hanya kali ini dia lapang. Kelihatan beberapa orang rakan universiti Adam bersama pasangan masing-masing. Ada senior dan juga juniornya di sana. Kemudian, Adam membawa Danish dan Nadia ke meja rakan-rakannya.

“Adamlah, bila dia kahwin? Aku tak tahu pun. Cantik bini dia.” Haris berbisik kepada Sari apabila nampak Adam datang bersama seorang budak kecil dan seorang perempuan.

“Entah, mungkin anak buah dia kot,” jawab Sari. Kawan-kawan lain di beberapa meja juga memandang.

Kemudian Adam mendekati mereka, mereka semua bersalaman.

“Hai Haris, Sari, apa khabar?” tanya Adam menyapa mereka.

“Khabar baik,” jawab mereka berdua serentak.

“Papa!” Danish memanggil Adam membuatkan persoalan di benak Haris dan Sari terjawab, mereka berpandangan.

Danish kemudian diambil oleh Adam.

“Apa khabar bro? Lama tak jumpa, sekarang kerja dekat mana?” Haris bertanya.

“Aku okey, sekarang kerja dekat Seria Holdings, jadi secretary...” jawab Adam.

“Secretary? Kau biar betul Adam, agak-agaklah.” Sari seolah tidak percaya.

“Betullah Sari, apa pula aku nak tipu.” Adam memandangnya, Sari terus percaya, mungkin juga katanya dalam hati, lagipula kursus Adam skopnya luas.

“Kau ni memang fleksibel sejak zaman universiti dulu. Ni, bila kau kahwin, dia tu bini kau ke?” tanya Haris lagi.

Terkedu juga Adam, mahu dijawab salah, tidak dijawab lagi salah.

“Dia ni adik saya, ni anak saya,” jawab Adam, sengaja dia memperkenalkan Nadia sebagai adiknya supaya mudah difahami rakan-rakannya.

“Owh, ingat bini tadi. Bini tak bawa sekali ke?” tanya Sari lagi.

“Dah divorce..” perlahan Adam menjawab, Sari dan Haris faham, Nadia buat-buat tak dengar.

Nadia memandang mereka dan bersalaman. Meskipun baru berada di bandar, Nadia pandai juga bergaya sedikit, tudung shawl yang dipakainya memang cantik. Apakan tidak, meskipun bertudung muslimah begitu, Nadia mengambil jurusan rekaan fesyen di kolejnya, sekarang ni baik bertudung ataupun tidak, perkembangan fesyen sudah semakin meluas.

Majlis berlangsung meriah, apalagi bila keluarga kedua belah pihak naik ke pelamin untuk memberi restu dan menepung tawar. Adam dan tetamu lain hanya memerhatikan.

“Majlis menjemput para tetamu untuk naik ke pentas.” Juruacara majlis memberitahu.

“Adam, naiklah. Batch kita tak ramai ni, awak wakilkan kami.” Haris mempersila. Sari pula sudah bagi signal.

Mahu tak mahu, selesai giliran beberapa orang tetamu. Adam terpaksa naik ke pentas. Dia membawa Danish sekali. Semasa menuju ke atas pentas itulah Rafida ternampak Adam. Dia berharap sangat agar Khalisah tak perasan.

‘Alamak, matilah..’ gumam Rafida sendiri, nampaknya rahsia Adam bakal terbongkar.

‘Kata belum berkahwin, tu anak dia ke,’ Khalisah meneka sendiri dalam hati sebaik ternampak Adam bersama Danish. Macam ayah dan anak lagaknya, takkanlah pula anak buah kan.

“Jom Lisa.” Aril memanggilnya, Khalisah segera bergerak dari situ menuju ke tempat duduk disediakan. Matanya tak lekang dari memandang Adam.

“Khairil, Selamat Pengantin Baru bro..” Adam menyalam tangan Khairil. Sebenarnya Adam dan Khairil bukanlah satu rakan fakulti, tapi kerana masing-masing sering terlibat dengan aktiviti kampus dari situlah mereka berkenalan, Adam sedia maklum yang Khairil memang anak orang berada.

“Terima Kasih Adam kerana datang, kenalkan ini isteri aku Kirana, lama tak nampak. Kerja mana sekarang? Anak ke ni?” tanya Khairil, sempat pula berborak di atas sana.

“Aku kerja kat Seria Holdings, setiausaha di sana. A’ah ni anak aku,” jawab Adam.

Kirana terkejut, mungkinkah dia Mr Secretary yang disebut mereka tempoh hari. Iyalah, takkanlah secretary Khalisah tu ada ramai pula.

“Isteri saya ni kawan baik Cik Khalisah boss Seria Holdings, tu mereka.” Khairil menunjuk ke arah Khalisah dan Rafida duduk.

Adam mati kata. Habislah, rupanya Kirana adalah kawan Khalisah. Di mana pula dia mahu bersembunyi. Tembelang sudah pecah, kalau Khalisah tahu dia ada anak. Mesti dia akan diberhentikan.

“Okeylah Khairil, kami duduk dulu.” Adam senyum meminta diri.

Selepas itu, Adam kembali ke tempat duduknya. Mata Khalisah tetap juga tidak lari dari memandang anak yang dipegang oleh Adam. Apabila melihat Adam memberikan anak yang dipegangnya kepada seorang perempuan di sebelahnya, Khalisah bertambah yakin yang Adam tu sebenarnya sudah berkeluarga.

‘Dasar secretary penipu!’ marah Khalisah dalam hati.

Kemudian dia nampak pula Adam menyuap kepada Nadia. Lagi dia bertambah syak. Khalisah habis fikir, nanti dia mahu bertanya Adam betul atau tidak dia sudah berkahwin, kenapa Adam memalsukan resumenya untuk bekerja di syarikatnya. Acara seterusnya dalam majlis itu adalah nyanyian daripada artis jemputan Dayang Nurfaizah. Para tetamu mendengar lagu Seandainya Masih Ada Cinta yang dinyanyikan petang itu...

Usah kau berpura di sebalik kata..

Kerana ku tahu siapa diriku..

Tak perlu merayu dengan pujukanmu..

Biarkanlah saja semuanya pergi..

Cukuplah sekali kau menghiris hati..

Menghancurkan kasih yang lama terbina

Seandainya masih ada cinta lagi..

Lupakan oh! Sayang

Hasrat dan perasaanmu..

Rindu nan membara

Nyala dan membelai jiwa

Tiada berteman,

Sepinya berpanjangan..

Resah dan gelora menjadi sahabat derita..

Berakhirlah kisah dusta dan dilema..

Pintaku semoga kau sedar kesilapanmu..

“Shall we dance?,” Aril menghulurkan tangannya untuk menari bersama Khalisah.

Khalisah menerima ajakan Aril walaupun fikirannya masih melayang-layang. Mereka menari bersama tetamu lain, muzik romatik petang itu memang agak syahdu, tiupan angin agak sepo-sepoi membuatkan tetamu tenang. Rafida melihat perempuan yang bersama Adam beredar ke tempat lain, kemudian Rafida mendekati Adam, saja-saja mahu mendekati Danish.

“Adam, anak awak ke ni?” tanya Rafida tiba-tiba.

“Oh, ya Rafida. Rupanya awak ni kawan isteri Khairil tu. Ha Danish, salam aunty.”

Danish kemudian menyalam Rafida.

“A’ah, eh, comelnya anak awak ni..” Rafida mengusap kepala Danish.

“Jangan cakap macam tu, nanti budak ni jadi comel betul, habis duit saya beli susu,” jawab Adam sambil memeluk Danish.

Danish memegang-memegang rambut Rafida, Rafida senyum sambil melayan Danish mesra.

“Siapa perempuan tadi tu? Cantik. Kekasih awak ya?” sengaja Rafida bertanya, iyalah, dia pun mahu tahu kalau-kalau dia ada saingan.

“Taklah, dia adik saya,” jawapan Adam sangat-sangat melegakan hati Rafida, dia senyum sendiri melayan karenah Danish yang memang comel.

Sementara itu di dalam bilik air, Nadia baru keluar dan menuju ke singki dan membetulkan shawlnya. Khalisah pula baru masuk ke dalam bilik air. Apabila ternampak Nadia, hatinya terdetik untuk bertanya banyak perkara kepadanya. Khalisah kemudian memandang ke kiri dan ke kanan. Skodeng sikit kalau ada orang, malu pula bertanya kalau ada ramai orang di sana. Kemudian dia memberanikan diri membuka bicara.

“Saya Khalisah. Awak ni.. is..isteri Adam?” tanya Khalisah gagap.

“Kalau ya kenapa?” jawab Nadia.

Khalisah terkejut dengan pengakuan Nadia.

“Jadi, anak tu anak awaklah,” tanya Khalisah lagi.

“Sebenarnya saya bukan isteri dia. Budak tu anak Adam dengan bekas isterinya dulu.” Nadia memberitahu.

Nadia berasa pelik apabila wanita itu bertanya soalan mengenai Adam. Tapi dia tidak ambil kisah.

“Thanks ya.” Khalisah berterima kasih dan cepat-cepat beredar.

Nadia melemparkan senyuman, Khalisah pula terus keluar selepas mencuci tangannya. Sempat dia memandang Nadia dari jauh, gadis bertudung itu memang cantik. Entah-entah mereka itu pasangan kekasih, tekanya sendiri. Tapi yang paling menimbulkan persoalan, kenapa Adam tidak memberitahu dia telah berkahwin dan ada anak. Bukannya Khalisah tidak mengambilnya bekerja pun kalau sekalipun Adam itu duda. Dia ingat Khalisah nak ambil borang ke? Mintak simpanglah!

Dipandangnya ke arah Adam, dia nampak Rafida sedang bermain-main dengan anak Adam. Aril pula sibuk berborak dengan kawan lama, majlis petang itu hampir selesai. Akhirnya Khalisah memutuskan untuk balik selepas berjumpa dengan Kirana dan Khairil. Namun, sebelum melangkah keluar dia terlanggar Adam kerana bergegas.

“Cik Boss,” sapa Adam.

“Dekat sini aku bukan boss kaulah. Dasar penipu!” Khalisah tiba-tiba marah.

“Cik Boss, dengar dulu penjelasan saya..” Adam cuba mempertahankan diri.

“Sudah. Kalau penipu tu penipu juga!” marah Khalisah.

“Yang Cik Boss nak marah-marah kenapa?”

Pertanyaan Adam membuatkan Khalisah terdiam. Entah kenapa dia marah benar, nasib baiklah tona suara yang digunakan mereka tidak kuat dan disembunyikan dengan bunyi muzik pemuzik jemputan.

Khalisah malu sendiri dan terus berjalan tanpa memandang Adam. Adam pelik melihat kelakuan Khalisah.

Kemudiannya Adam menuju ke arah Rafida dan mengambil Danish daripada tangan Rafida.

“Sudahlah tu Fida, jangan dilayankan budak ni, nanti awak yang penat. Danish, sini jangan nakal-nakal, sian aunty ni, jadi tak cantik dia nanti.” Adam berkata, sempat memuji Rafida, apalagi kembanglah sedikit hati Rafida jadinya. Macam kena pam-pam je masa tu.

Kata-kata Adam memang menawan hati Rafida. Rafida senyum dan membetulkan rambutnya. Nadia melihat wanita bernama Rafida itu, dia memang lebih bergaya dan lebih cantik daripadanya. Dan, dia memang nampak wanita itu kelihatan berminat dengan Adam. Tapi, Nadia tidak menunjukkan rasa kurang senangnya. Apabila Rafida beredar, barulah Nadia mendekati Adam.

“Awak pergi mana tadi?” tanya Adam kepada Nadia.

“Saya duduk dekat meja sana, abang lama lagi ke dekat sini?” tanya Nadia.

“Taklah, dah lewat petang ni. Jom balik, nanti abang call Pak Bakar dulu,” jawab Adam.

Nadia pula memegang Danish yang agak letih, kemudian mereka menuju ke pintu luar menunggu kedatangan Pak Bakar membawa teksinya. Sampai di pintu keluar, Danish kelihatan mengantuk. Adam kemudian mengangkat Danish, selepas itu Danish tertidur di bahu Adam. Mereka kemudian menunggu di salah satu kerusi yang disediakan, nasib baiklah Pak Bakar datang tidak lama selepas itu.

Sementara itu di dalam, Aril mencari-cari Khalisah. Dia pelik, ke mana pula Khalisah. Majlis belum lagi selesai. Dia kemudian mendekati Rafida.

“Fida, nampak Lisa tak?” tanyanya.

“Entah, tapi tadi macam nak balik.”

“Dia balik pakai apa? Dia bukan bawa kereta pun.” Aril agak gelisah.

“Tak perlulah risau Aril. Dekat luar tu berlambak teksi.”

Betul juga kata Rafida, tapi ada juga sedikit kebimbangan di dalam hati Aril. Tadi mereka datang bersama, sekarang balik asing-asing. Kemudian Aril menghubungi telefon bimbit Khalisah. Bila dia mendapat tahu Khalisah dalam perjalanan ke rumahnya, hatinya lega.

“Abang Adam, tadi ada seorang perempuan tanya pasal abang.” Nadia memberitahu semasa mereka masuk ke dalam teksi.

“Siapa?” tanya Adam.

“Kalau tak silap nama dia Khalisah.” Nadia memberitahu, tersentak Adam.

“Apa dia tanya?” Adam ingin tahu.

“Dia tanya siapa saya dan siapa Danish.”

“Nadia cakap apa?”

“Nadia bagitau Nadia ni adik abang Adam dan Danish ni anak abang dan bekas isteri abang.” Nadia memberitahu.

Fuh! Menyirap darah Adam. Patutlah Khalisah dingin saja tadi, tapi nak siasat buat apa juga. Suka hatilah. Tapi, memang sebenarnya dia belum berkahwin, tidak disangkanya hal itu bakal mendatangkan masalah kepadanya. Entah apa yang difikirkan Khalisah. Mungkinkah dia bakal dipecat. Terbayang pula kesusahan menghadiri banyak interview dahulu, harapnya Khalisah dapat bertimbangrasa. Adam senyum tawar, kalau dia tahu Khairil dan Kirana itu kawan Khalisah, awal-awal lagi dia tidak mahu hadir. Tapi itulah, manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan segala-galanya.

bersambung....

Nama Pena: Fatrim Syah

BAB 18

Kampung Pos Gedung, Bidor Perak.

“Urgh! Takkan salah maklumat pula. Matilah aku dengan boss ni..” lelaki yang diupah untuk mencari itu geram.

Sudah 3 hari dia dan rakannya cuba mencari tapi usaha mereka gagal. Maklumat yang diterima mengenai lelaki yang tercedera lalu diselamatkan orang kampung itu tidak benar. Apabila salah seorang orang lelaki itu bertanya, mereka tidak tahu menahu soal tersebut dan mengatakan tiada siapa yang mereka temui. Lelaki itu mati kata, ke mana pula lagi dia hendak mencari. Hampir seluruh kampung berdekatan itu sudah disiasat tapi orang dicari tidak ditemui. Selama itu juga lelaki itu terpaksa bermalam di dalam hutan. Nasib baiklah ada penduduk dari kampung bersebelahan yang boleh dia minta pertolongan kerana mereka tahu berbahasa Melayu. Kalau tidak memang dia kena cari sendiri orang itu.

“Helo Jalal. Tolong datang sini, bekalan aku dah nak habis ni. Kau pun tolonglah sekali.” Lelaki itu menghubungi rakannya.

“Kau datang tau. Aku tunggu.” Lelaki itu berkata lagi kemudian meletakkan telefon bimbitnya.

Tiba-tiba telefon bimbit itu berdering, dilihatnya nama yang terpapar. Segala urat sendinya lesu apabila melihat nama pemanggil itu. Takut juga untuknya mengangkat. Ah! Diangkatnya jua.

“Helo boss..” perlahan suara lelaki itu.

“Macamana? Dah jumpa dia?” tanya seseorang yang dipanggil boss itu.

“Belum lagi boss. Kami sudah cuba sedaya upaya boss..”

“Bodoh! Bengap! Sudah seminggu baru kau beritahu aku! Kau tahu tak, mungkin orang tu dah lari jauh dari situ. Aku nak kau cari dia sampai dapat, kalau tak, kau akan jadi macam dua orang melaun tu. Kau faham?!” jerkah boss tersebut.

“Ya, ya boss, ya..” Lelaki itu ketakutan.

Apabila tiada suara orang dipanggil boss itu ditalian. Lelaki itu menekan butang off, nyata ugutan orang tersebut membuatkan lelaki itu tekad untuk mencari. Dia faham benar apa yang bakal berlaku jika boss itu tidak puas hati. Walau dengan apa cara sekalipun dia perlu mencari orang itu sampai dapat. Dilihatnya gambar yang diberikan melalui sampul beberapa minggu lalu. Orang yang dipanggil boss itu memang misteri, dia tidak pernah menunjukkan wajahnya pada sesiapa, apa-apa bungkusan atau urusan akan dibuat melalui orang lain.

***************

ADAM datang awal ke Seria Holdings, dia cuba berfikir sebaik mungkin. Ya, dia tahu apa yang bakal berlaku, ya, dia tahu hukuman bagi orang yang memalsukan identiti. Dia terima apa saja, tapi kalau dibolehkan dia mahu menerangkan hal sebenar kepada Khalisah. Tapi, selamatkah keadaan itu untuk diberitahu kepada Khalisah. Sedangkan dia baru saja mengenali Khalisah. Kak Pah yang sudah dikenalinya bertahun-tahun sekalipun dia tidak berani memberitahu inikan pula Khalisah yang baru dikenalinya tidak sampai sebulan. Mungkin salah Adam juga tidak memberitahu lebih awal, kan senang kalau dia beritahu dia duda. Adam habis fikir.

“Adam, masuk bilik saya.” Khalisah memberi arahan melalui interkom.

“Ya Cik Boss.”

Acap kali apabila melangkah masuk ke bilik Khalisah, Adam tidaklah setakut ini. Kali ini umpamanya seluruh sendi dan urat-uratnya bergegar. Ya, berkemungkinan dia bakal mengemas mejanya dalam masa 5 minit lagi. Ya, dia juga bakal menjadi setiausaha seterusnya yang dipecat daripada syarikat itu. Walau apapun berlaku selepas keluar dari bilik keramat itu, Adam mesti keluar dengan bermaruah!

Tok.Tok.Tok.

“Masuk!”

Tona suara Khalisah kali ini kedengaran lain daripada biasa, jantung Adam sudah berdegup kencang macam orang lari 100 meter.

“Awak tentu tahu kenapa saya panggil awak kan?” tanya Khalisah.

“Tahu. Saya minta maaf Cik Boss.” Adam cuba berdiplomasi.

“Saya sebenarnya tak suka orang yang menipu untuk mendapatkan pekerjaan. Ia samalah seperti rasuah.” Khalisah cuba menggertak Adam.

“Lagi satu, tak salah kalau letak awak dah berkahwin dalam resume. Ia takde kaitan dengan kerja awak,” kata Khalisah lagi.

“Saya bukan apa Cik Boss. Alang-alang dah bercerai, baik saya letak tidak berkahwin saja.” Adam cuba mencari alasan.

“Mana isteri awak?” tanya Khalisah lagi.

Soalan kali ini banyak kali ditanyakan oleh ramai orang, sedaya upaya Adam menjawab tapi banyak kali juga dia cuba mengelak daripada memberikan jawapan. Kalau dia menjawab soalan itu, bermakna dia akan menipu lagi.

“No comment.” Adam menjawab soalan Khalisah.

“Amboi, jawab macam artis. Oh, baru saya teringat, awak ni penyanyi.” Khalisah seolah memperlinya.

“Saya cuma tidak mahu ungkit perkara lama. Past is past.” Adam berkata.

“Saya faham. So, duda lah ni? Duda hot?” sengaja Khalisah menekan perkataan hot di hujung.

“Hot tu tak adalah Cik Boss, saya orang biasa saja,” balas Adam yang sebenarnya kurang selesa ditanya soalan demikian.

“Memandangkan saya pun tak ada setiausaha baru nak ganti tempat penipu macam awak, saya terpaksalah kekalkan awak untuk sementara. Awak boleh keluar sekarang.” Khalisah sengaja berkata demikian.

“Pecat sajalah saya kalau Cik Boss mahu. Saya tak suka bila orang panggil saya penipu.” Adam kelihatannya tidak senang dipanggil penipu.

“Awak jangan cabar kesabaran saya Adam! Saya dah cukup baik tak pecat awak serta-merta tau!” Khalisah membentak.

“Boleh je saya kemas meja saya. Oh, saya lupa pula yang saya hanya bawa badan saja ke sini.” Adam mempertahankan diri.

Rafida yang mendengar perkara tersebut terus masuk ke dalam.

“Ada apa ni?” tanya Rafida.

Adam terus keluar dari situ, Khalisah pula masih menahan marah. Rafida mengangguk kepada Khalisah dan kemudian berlalu mengejar Adam. Dia faham apa yang sedang berlaku.

“Adam, awak nak ke mana ni?” Rafida bertanya sebaik melihat Adam berkemas.

“Saya nak balik, saya tak suka orang panggil saya penipu.” Adam marah.

“Adam, calm down okey. Takkan awak nak cari pekerjaan lagi? Awak nak cari kerja lagi? Danish?”

“Tapi.” Adam bulat hati.

“Tapi awak kena teruskan kerja dekat sana. Awak cuma letak tidak berkahwin dekat resume, undang-undang mana yang kata kalau letak tidak berkahwin, berkahwin, duda, janda dalam resume kena pecat? Awak ni, kena gertak sikit pun dah ambil keputusan. Jangan risaulah, nanti saya cakap dengan Cik Khalisah. Awak stay saja. Susah tau nak cari kerja masa ni.” Rafida cuba menasihati Adam.

Kata-kata Rafida membuatkan Adam diam, ya, bukan senang dia mencari pekerjaan. Pekerjaan secretary itu adalah temuduganya yang ke-21. Lagi-lagi apabila nama Danish disebut, Adam teringat pula kesusahan semasa menjaga Danish dulu. Adam kemudiannya tidak jadi mengemas.

Kemudiannya Rafida meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian, Rafida datang lagi.

“Adam, untuk awak.” Rafida membawa segelas air nescafe.

Terkejut Adam.

“Terima Kasih Rafida atas kata-kata awak. Saya cuba stay selama mungkin.”

“Sama-sama. Saya hanya membantu, awak dengan Cik Khalisah macam anjing dengan kucing. Cubalah berbaik, dia pun bukan jahat mana.” Rafida mengingatkan.

“Hmm... tengoklah dulu, si pemarah tak tentu pasal tu.” Adam mengherot mulut.

“Dah-dah, buat kerja awak. Ni, tengahari nanti awak makan tengahari dengan saya nak?” tanpa segan silu Rafida bertanya.

“Err..” Adam mati kata.

“Okey, kira jadilah tu kan.” Rafida berlalu dan masuk ke dalam biliknya.

‘Alamak. Aku manalah ada banyak duit, kalau dia makan restoran mahal, boleh pokai aku.’ Adam bimbang, iyalah, ekonominya belum kukuh, lagi-lagi hujung bulan itu.

Adam kemudian meneruskan kerja-kerjanya. Dia berharap sangat agar Rafida tidak jadi untuk makan tengahari bersamanya.

Sementara itu Khalisah melihat dari pejabatnya, dia menyelak tingkap. Walaupun tadinya dia marah pada Adam, tapi bila Adam tekad mahu berhenti kerja ada juga rasa bimbang dan gusar. Entah, rasa kehilangan barangkali. Kemudiannya dia duduk kembali ke mejanya apabila teringat masih banyak kertas kerja yang perlu diperiksanya. Lelaki itu memang buat dia pening. Kali ini memang betul, kalau boleh mahu saja di smack down nya Adam berkali-kali, biar lunyai, biar kempis lelaki itu. Ha, bahagian mulut Adam tu dia nak jahit pakai benang halus, biar tak terbuka lagi.

***********

“Kenapa tak turun lagi?” tanya Rafida kepada Adam yang masih di mejanya.

“Err.. saya banyak kerja sikit.” Adam memberi alasan.

Ketika itu Khalisah baru hendak mengajak Rafida makan, dia berada di muka pintu melihat Rafida dan Adam berbual.

“Marilah, dah lambat ni.” Rafida memegang tangan Adam membuatkan Adam terkejut.

Iyalah, kali pertama perempuan memegang tangannya selain ibunya sendiri.

Khalisah pula tersentak, entah. Mungkin memikirkan mereka sudah declare barangkali. Sebaik memandang Rafida memegang tangan Adam ada pula rasa lain dalam hatinya, mungkinkah itu rasa cemburu? Ah! Dia cuba untuk tidak menidakkannya dan mengatur langkah selepas Rafida dan Adam berlalu.

Sampai saja di bawah, Rafida membawa Adam ke keretanya.

“Masuklah.” Rafida menjemputnya, macam terbalik, sepatutnya Adam yang berbuat demikian.

“Kita nak makan dekat mana?” tanya Adam ingin tahu.

“Nanti awak tahu juga. Tempat biasa saja,” jawab Rafida, enjin keretanya sudah dihidupkan.

15 minit kemudian mereka sampai ke tempat yang dituju. Kata saja tempat biasa, tapi itu semacam restoran ekskludif, tiba-tiba jantung Adam tergendala. Iyalah, tidak sanggup memandang dompetnya yang bakal kosong.

“Jom, biasanya saya dan Khalisah selalu makan dekat sini.” Rafida memberitahu, Adam senyum pahit.

Mereka berjalan beriringan menuju ke restoran tersebut. Sampai saja pesanan, Adam kelihatan sangat risau.

“Adam dengan Nadia tu memang adik beradik ya?” tanya Rafida membuka bicara.

“Sebenarnya Nadia tu jiran saya, tapi saya dah anggap dia adik.” Adam memberitahu.

“Oh, macam tu. Anak awak macam suka dia je.”

“Nadia tu anak buah makcik yang jaga Danish, sebab tu Danish biasa dengan Nadia tu.”

“Lepas bercerai dulu, Adam tak cari pengganti ke?” tanya Rafida.

‘Fuh! Terlepas cakap pula.’gumam Rafida sendiri, mulutnya itu memang payah hendak dikawal.

“Tak, siapalah yang nak dekat saya. Kerja pun tak ada.”

“Tak baik cakap macam tu. Kan sekarang dah ada kerja ni. Dalam hidup ni kita kena ada impian tau.” Rafida semacam ahli falsafah pula.

Adam khusyuk mendengar kata-kata Rafida. Dia selesa dengan perempuan itu dan sebab perempuan itu jugalah dia dapat kerja di sana.

Usai makan, Rafida memanggil waiter restoran. Adam sudah bersedia dengan duitnya.

“Tak apa Adam, saya belanja untuk makan tengahari kita yang pertama.” Rafida tahu Adam bimbang mengenai itu, dia tidak mahu menyusahkan Adam.

Ada juga rasa malu apabila makanan sendiri dibayar oleh seorang perempuan. Tapi, kalau Rafida sudah berkata begitu dia ikutkan saja. Mereka kemudiannya menaiki kereta balik ke pejabat, Rafida senyum sendiri. Adam pula banyak berdiam. Harapnya Rafida tidak meminta lebih daripada itu. Adam cuba mengawal dirinya sebaik mungkin, baik perbuatan, juga kata-katanya.

Ting!

Lif di tingkat bawah Seria Holdings berbunyi dan terbuka. Adam dan Rafida masuk ke dalam, tiba-tiba pintu lif terbuka lagi. Khalisah masuk ke dalam.

“Hey babe, seronok makan berdua?” tanya Khalisah pada Rafida.

“Okeylah.” Rafida menjawab malu-malu.

Pertanyaan Khalisah itu macam berbaur sindiran pun ada, Adam hanya mampu senyum pahit mungkin masih terkenang pergaduhan mereka pagi tadi. Kemudian dia memandang Khalisah yang berada di sisinya, pelik. Ada sesuatu yang dirasakannya, entah, rasa bersalah barangkali. Ah! Dia buang jauh-jauh fikiran itu, bukannya dia buat salah apa-apa.

‘Aku benci kau Cik Boss!’ marah Adam dalam hati.

‘Kau ingat kau hensem sangat, dasar penipu!’ Khalisah pula mengumam sendiri.

Lif itu dirasakan lambat bergerak, sekali sekala dirasakan pula terlalu panas. Fuh! Mana tidaknya, hati yang sedang panas menggelegak itu mengeluarkan habanya.

bersambung...

Nama Pena: Fatrim Syah

BAB 19

DANISH tidur lena di sofa kerana kepenatan bermain, Adam pula menonton televisyen. Ditekan remote, rancangan drama meleleh air mata, tekan lagi rancangan game show entah apa-apa. Semuanya buat dia mengantuk. Dilihatnya Danish yang tidur tenang, diusapnya rambut Danish lembut. Dia membayangkan kalau suatu hari nanti mempunyai anak sendiri dan kalaulah Danish itu benar-benar anaknya. Tapi itulah, calon isteri pun tak nampak lagi. Kalau adapun, duit simpanan pun belum cukup lagi. Ingat apa, nak pinang anak dara sekarang mahal, ikut kelulusan. Kalau ijazah mahunya 15k – 20k. Fuh! Meremang dengarnya, patutlah ramai yang kahwin lari ke Siam. Ops!!

“Assalamualaikum,” kedengaran suara seseorang memberi salam, nyata salam itu membubarkan lamunannya tentang hantaran kahwin.

“Waalaikumsalam,” jawab Adam pantas, manalah tahu orang memberi salam itu menyangka dia tiada di rumah.

Segera dibukanya pintu.

“Kak Pah, ada apa ni Kak Pah?” tanya Adam melempar senyuman.

“Tak ada apa-apa, Kak pah ada buat kuih sikit. Ni yang hantar ke sini, Danish suka kuih seri muka ni,” satu kontena kecil berwarna hijau bertukar tangan.

“Kak Pah ni, susah-susah saja.” Adam segan.

“Tak apa, Kak Pah tak kisah. Ni, Kak Pah balik dulu nak bagi jiran sebelah lagi ya. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Adam memerhatikan Kak Pah berjalan ke satu tempat. Kemudiannya dia menutup pintu, dibukanya kontena tersebut. Memang gebu-gebu kuih seri muka itu, dimakannya sedikit. Selebihnya disimpan untuk Danish. Bertuah badan dapat jiran baik macam Kak Pah. Makan kuih itu teringat pula Adam akan ibunya di kampung, selalu kalau petang-petang begitu, macam-macam kuih yang ibunya buatkan. Malahan kuih kegemaran Adam adalah kuih pisang buatan ibunya, kuih pisang itu dari kebun ayahnya. Lepas pencen jadi cikgu, ayah Adam terus berkebun. Kalau teringat kuih pisang yang panas-panas itu mahu meleleh air liurnya.

“Papa..” tiba-tiba Danish terbangun.

“Owh ya Danish, buka baju tu, mandi, dah petang ni.”

Lamunan Adam tadi terhenti, dilihatnya Danish yang menggeliat malas. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia mengangkatnya lalu membawanya ke kamar mandi. Kalau tidak memang berkurunlah nak mengharapkan Danish masuk dalam bilik air.

********

ADAM meneruskan kerjanya di Seria Holdings. Minggu lalu, rahsianya terbongkar semasa menghadiri majlis perkahwinan teman universitinya. Sikit lagi Adam berhenti kerja kerana Khalisah asyik memanggilnya penipu. Sesungguhnya Adam memang kurang senang digelar sebegitu, nasib baiklah Rafida menenangkannya. Kalau tidak, hari itu juga dia cabut. Bila teringat nama Danish disebut Rafida, Adam akur.

Ting tong!

Kedengaran loceng pintu masuk berbunyi. Semua staf diam, umpamanya malaikat lalu. Adam tahu, kalau diam macam tiada orang begitu, sudah pasti Khalisah yang datang. Amboi kau singa, semua orang takut. Seram bulu roma, siapalah yang malang menjadi suami tu. Khalisah berlalu di depan mejanya. Sengaja dia buat tak tahu dan tidak memandang Khalisah. Bukan dia malu atau takut tapi malas mahu melihat lagak Khalisah.

Pok Pak, Pok Pak bunyi kasut tinggi Khalisah berbunyi, bunyinya saja boleh menggerunkan staf di sana.

Beberapa minit selepas Adam membuat kerja, interkomnya berbunyi.

“Masuk Adam,” arah Khalisah.

Segera Adam berjalan masuk ke dalam pejabat Khalisah.

“Saya Cik Boss.”

“Awak ambil dokumen ni, tolong semak dan bagi dekat Rafida, tolong buat cepat.”

“Baik Cik Boss.” Adam faham.

Adam kemudiannya keluar selepas tidak menerima apa-apa lagi arahan. Wajahnya serius tidak seperti biasa. Khalisah memandang lelaki itu.

“Dasar penipu! Berani nak tunjuk muka, bujang konon. Padahal dah beristeri!” Khalisah membebel selepas Adam keluar.

“Siapa yang dah beristeri Cik Lisa?” tanya Rafida yang masuk tiba-tiba.

“Err.. tak, kau salah dengar tu.”

“Tak payahlah nak berdrama swasta depan aku Lisa, macamlah aku tak tahu.”

“Aku tak cakap kan? Itu anggapan kau saja.”

“Iyalah Cik Boss oii..”

“Fida!” Khalisah geram bila dipanggil sebegitu.

“Kenapa nak marah sangat ni? Biarlah Adam tu dah ada anak isteri,” sengaja Rafida bertanya.

“Tak adalah, malas aku kalau kena tipu hidup-hidup ni.”

“Sudahlah Lisa, Adam tu tak salah apapun, asal kerja tip top yang lain tu tak payahlah ambik kisah sangat.”

“Amboi Fida, back up nampak?” Khalisah jeling-jeling.

“Haruslah.”

Rafida kemudiannya keluar sambil senyum sendiri. Khalisah nampak macam tak puas hati, masih saja geram dengan Adam, tapi dia tidak mahu mempedulikan. Iyalah, kalau dipedulikan, itu saja yang akan difikir, itu saja yang akan dikira-kira dan diperkatakan. Buat kerja sendiri lagi bagus. Ada juga faedahnya.

Jam 5.00 petang....

SEMUA staf sudah beransur pulang. Adam juga dalam perjalanan balik. Dia melihat semua staf memakai kereta kecuali dia, paling cabuk pun ada yang memakai kereta kancil saja. Tapi, Adam bukanlah jenis yang suka menunjuk atau bergaya, dia lebih suka ukur baju di depan sendiri. Kalau tak mampu jangan beli, kalau mampu pun fikir dua tiga kali, ada faedah ke tak benda yang nak dibeli tu. Kalau lebih banyak keburukan dan was-was tu baik tak payah. Simpan duit lagi bagus dari menabur duit, ya dak?

“Adam, teman saya makan? Awak tak lapar?” tanya Khalisah yang entah datang dari mana, tiba-tiba betul.

“Teman Cik Boss makan?” tanya Adam yang sedikit girang. Iyalah, manalah tahu Khalisah mahu membelanjanya, bak kata pepatah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.

“Ya, awak follow kereta saya saja,” arah Khalisah.

Khalisah bergerak keluar, Adam membontotinya. Mana Adam mahu lepaskan peluang keemasan begitu. Mungkin saja makan mahal-mahal dan sedao. Hati Adam berbunga-bunga, Khalisah senyum sendiri. Bagi Adam mungkin ini juga salah satu cara untuk Khalisah berbaik-baik dengannya. Mudah-mudahan...

Kereta Khalisah parkir di sebuah tempat makan yang agak ekslusif. Sebaik turun dari kereta, Adam mengikut Khalisah, dia langsung tidak tahu dalam erti kata lain makan di situ.

“Nak makan apa?” tanya Khaklisah.

“Macam takde mood je makan. Kenyang masih.”

“Tak apa, makan sikit je.”

Khalisah memandang Adam. Usai makan, waiter dipanggil. Khalisah melihat dompetnya tidak ada.

“Adam, boleh tolong bayarkan tak?” tanya Khalisah.

“Saya?” terkejut Adam.

“Ya, awak.”

“Semuanya berapa ya?” tanya Khalisah pada waiter tersebut.

Bil diberikan kepada Khalisah.

“Nah,” bil itu diberikan pada Adam.

“Apa?!” nyata Adam terkejut, makanan yang ala-ala begitu pun mahal.

“Saya pergi dulu ya, ada hal.” Khalisah meminta diri. Adam ditinggalkan termagu di sana.

‘Cis! Kena tipu aku hidup-hidup, inilah padahnya kalau cepat percayakan orang. Kau ni Adam memang lembu dicucuk hidung betul, baru orang tu buat baik sikit kau dah percaya bulat-bulat, sekarang, ambik kau!’ Adam berkata sendirian, nak sesal pun tak ada gunanya, memang dia yang tak berawas. Memang dia yang terjerat.

“Boleh hutang tak?” tanya Adam pada waiter itu sebaik Khalisah beredar.

“Encik tengok tu. Cash Only.” Waiter itu menunjukkan kepada satu papan tanda yang ditulis cantik. Besar dan berkilau lagi, siap ada lampu LED berwarna warni seakan-akan mentertawakan Adam.

‘Macamana nak bayar ni, dahlah aku ada 50 hinggit je ni, kurang asam punya perempuan, nanti kau, hari ni hari aku, esok belum tentu!’ gumam Adam sendiri, cuba berfikir-fikir mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, Khalisah berada di dalam kereta. Dia senyum sendiri.

“Kau rasalah penipu oi. Tanggunglah sendiri. Puas hati aku!” Khalisah ketawa dan meninggalkan Adam sendirian di sana.

“Encik, tolong bayar.” Waiter itu memberitahu.

Wajah Adam sudah berkerut seribu.

Ting!

Adam terdengar bunyi gitar. Dia menoleh memerhatikan kumpulan band di sebelah hadapan. Fuh! Idea mari!

“Boleh saya jumpa pengurus awak?” tanya Adam.

Waiter itu mengangguk, kemudiannya Adam dibawa oleh waiter itu ke bilik pengurus. Semua pelanggan sudah memandangnya. Adam terpaksa coverline malu.

“Boss, ada orang nak jumpa.”

“Ya, ada apa?” tanya pengurus lelaki itu.

Adam memandang pengurus lelaki itu, orangnya agak lembut. Berdiri bulu roma Adam, setelah waiter itu meninggalkan tempat itu. Pengurus lelaki itu memandang Adam tajam. Matanya saja sangat menakutkan. Apakah?

“Kenapa dengan awak ni? Tadi kata nak jumpa saya, awak tak boleh bayar bil ya?” tanya pengurus lelaki itu, matanya terkebil-kebil memandang Adam.

“Ya encik, tapi saya boleh menyanyi encik. Kira kalau malam ni saya menyanyi untuk bayar bil tu boleh?” tanya Adam cuba meminta simpati.

“Okey, lagipun penyanyi kami hari ni on leave. Awak memang bernasib baik.” Pengurus lelaki itu memandang dan mengenyit mata kepadanya.

Fuh! Bagai nak gugur jantung Adam. Ini semua Khalisah punya pasal! Nanti dia!

Kring! Kring!

Panggilan telefon menyebabkan perbualan Adam dan pengurus lelaki itu terganggu. Cepat Adam meminta diri.

“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya?”

Pengurus lelaki itu mengangguk. Nasib baik!

Maka, malam itu Adam terpaksa menyanyi di restoran eksklusif itu dengan memakai baju kemeja dan seluar slack. Mana tidaknya, dia tidak sempat menukar bajunya. Nasib baiklah ada bakat kurniaan tuhan itu. Kalau tidak entah apa yang terpaksa dibuatnya untuk membayar bil makan itu.Dia akan ingat sampai bila-bila apa yang Khalisah buat padanya!

bersambung...

Nama Pena: Fatrim Syah

BAB 20

KHALISAH memandu balik dari Seria Holdings, kata ayahnya ada hal dekat rumah, itu yang dia kena balik awal. Pelik Khalisah, hal apa pula yang penting sangat sampai dia kena balik bagai, kata ayahnya perkara itu berkaitan soal hidup dan mati. Menyirap juga darah Khalisah apabila mendengar perkara sedemikian. Manalah tahu ada apa-apa yang mahu diberitahu oleh ayahnya. Ataupun ada apa-apa yang berlaku pada ayahnya. Lagipula hanya ayahnya itu saja yang dia ada di dunia ini. Apa-apa sahaja arahan ayahnya itu pasti akan dituruti Khalisah sebaik mungkin. Dilajukannya pemanduan sedikit, manalah tahu ada hal kecemasan di rumah. Khalisah berharap semuanya baik-baik saja.

Sebaik sampai di perkarangan rumah, Khalisah melihat banyak kereta di kawasan rumahnya. Apa yang lebih menghairankan, hampir kesemua mereka memakai baju semacam Hari Raya, tapi mood agak hening semacam, tak macam Hari Raya yang meriah, suasana juga sangat sunyi seperti ada berlaku sesuatu di dalam rumahnya. Jantungnya berdegup kencang, mungkin sekencang-kencangnya. Pelbagai anggapan menerpa di fikiran, mungkinkah ini, mungkinkah itu. Apakah ini? Apakah itu? Apalagi dia tidak melihat kelibat ayahnya di sana, lagi dia berasa sangat bimbang. Sebaik sampai di dalam Khalisah memberi salam.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam,” beberapa tetamu yang datang di rumah itu menjawab salam Khalisah. Mata Khalisah terlihat semacam dulang hantaran, apa sebenarnya yang berlaku, siapa yang nak berkahwin. Ke, ayahnya itu merancang untuk berkahwin satu lagi, tapi ayahnya tidak pernah memberitahu khabar itu pun padanya.

“Lisa, papa ada benda nak cakap sikit.” Dato’ Mazil ayahnya menarik tangannya dan membawa Khalisah ke belakang.

Sebaik sampai di sana...

“Ada apa ni papa? Papa nak kahwin ke? Ish papa ni, sampai hati tak inform Lisa, mana bakal mak tiri Lisa tu? Cantik ke orangnya?” tanya Khalisah dengan soalan cepu emasnya membuatkan orang tua itu tergelak sendiri.

“Kahwin? Tolonglah, calon pun papa tak ada lagi. Aih Lisa, takkanlah tak kenal siapa yang datang tu, cuba tengok baik-baik siapa tu,” ayah Khalisah masih saja berteka teki sambil menyuruh Khalisah memerhatikan tetamu yang datang.

Khalisah segera menoleh, apalagi terhendap-hendap macam pencuri di rumah sendiri jawabnya. Kemudian apabila Khalisah meneliti para tetamu yang hadir. Dia terkesima.

“Papa, itu Datin Sofia mama abang Aril...” Khalisah mengecam.

“Ya, bakal ibu mertua kamu Lisa,” spontan ayah Khalisah memberitahu, semasa itu jantung Khalisah bagai jatuh entah antara suka dan gembira.

“Tapi pa...”

“Tapi mereka dah datang merisik kamu, kalau boleh mereka nak upacara bertunang diteruskan hari ini juga. Yakinlah, Aril tu lelaki yang baik Lisa, dia jodoh kamu, pemilik tulang rusuk yang hilang...” Ayah Khalisah memegang tangan anaknya penuh harapan. Khalisah tahu, ayahnya sentiasa mengharapkan yang terbaik. Ya, dia memang cintakan Aril sepenuh-penuh hatinya, tapi untuk menerima semua itu dengan tiba-tiba? Rasanya belum pasti, rasanya belum tercetus.

“Macamana? Kamu setuju kan?” tanya ayahnya lagi melemparkan senyuman seorang ayah yang penuh harapan.

Sekali lagi Khalisah terkesima, entah dia sendiri kurang faham apa yang berlaku. Mungkin juga tidak bersedia, tapi sepatutnya dia berasa gembira. Kenapa pula dia berbelah bagi, dia bakal bertunang dengan jejaka yang dicintainya sejak kecil. Siapa yang tidak mengimpikan hal itu. Impian Mat Jenin yang menjadi kenyataan, siapa yang tidak mahu mengambil peluang. Tapi Khalisah tetap diam, tiada sebarang reaksi.

“Dekat atas Mak Jah dah siap dengan baju kamu, naiklah,” ayah Khalisah cepat bertindak, dia faham Khalisah masih terkejut.

Khalisah melangkah naik ke atas, perlahan tapi langkahnya besar menapak dua anak tangga. Entah, untuk menukar pakaian atau untuk berfikir sedalam-dalamnya. Ini balasan barangkali kerana mengenakan Adam hari itu, kan tuhan dah bagi balasan terus. Itulah, menganiayai orang lagi. Entah kenapa saat itu dia memikirkan Adam tiba-tiba, padahal dia sangat benci dengan lelaki itu. Patutnya dia gembira, ini hari yang selama ini dia tunggu-tunggu. Ini hari yang sangat dia mahukan.

“Duduklah Lisa,” sapa Mak Jah yang sedia menunggu di dalam biliknya. Siap dengan baju yang telah ditempah khas lagi.

Khalisah dimekapkan, tiba-tiba saja air matanya berguguran. Mak Jah pelik, tapi dia menyangka itu air mata gembira Khalisah. Dia faham perasaan Khalisah, bukan Khalisah tak pernah bercerita padanya tentang cintanya dia pada Aril. Pada Mak Jah diluahkan segala rasa, citanya pada Aril jejaka idamannya sejak kecil itu.

“Insya ALLAH Lisa, semuanya akan dipermudahkan.” Mak Jah menenangkan Khalisah. Khalisah mengangguk tetapi tidak bereaksi, cermin di hadapan dipandangnya sepi.

Usai semuanya, Khalisah menukar baju dan menunggu dalam bilik. Majlis dimulakan. Semuanya mengikut adat, usai perbincangan demi perbincangan. Datin Sofia masuk ke dalam bilik Khalisah dan menyarungkan cincin tanda ke jari manis Khalisah. Namun, secara tiba-tiba saja Khalisah berasa seram sejuk dan akhirnya pengsan.

“Lisa, Lisa...” Datin Sofia cuba membangunkannya, dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku.

Segera Mak Jah keluar dari bilik memberitahu Dato’ Mazil.

“Lisa pengsan Dato’.”

Suasana menjadi riuh di dalam rumah itu, Khalisah dibaringkan oleh Mak Jah, Dato’ Mazil naik ke atas kemudian menghubungi seorang doktor untuk memeriksa keadaan Khalisah di rumahnya.

Selepas setengah jam...

“Macamana anak saya tuan doktor?” tanya Dato’ Mazil yang masih bimbang, rombongan Aril tadi semuanya telah balik.

“Dia cuma penat Dato’, jangan bimbang.” Doktor tersebut menjawab kemudian berlalu pergi.

Dato’ Mazil segera masuk ke dalam melihat keadaan anaknya. Dia merasakan ada sesuatu yang menggangu fikiran Khalisah, mungkinkah dia tidak bersetuju dengan pertunangan itu? Mungkinkah kejutan mendadak ini membuatkan Khalisah berasa gusar. Dato’ Mazil berdoa semoga semuanya baik-baik saja. Dilihatnya Khalisah yang masih saja lena, diangguknya kepala kepada Mak Jah yang masih berada di dalam bilik di tepi katil Khalisah. Ditutupnya pintu perlahan berdoa agar tidak terjadi apa-apa kepada anaknya.

*********

DUA hari selepas itu Khalisah kembali ke pejabat. Rafida adalah antara orang pertama yang menemuinya. Apalagi kalau tidak bertanya tentang khabar Khalisah sudah bertunang dan sekaligus mahu merajuk sebab tidak dijemput barangkali.

“Amboi Lisa, engage tak inform aku kan, sampai hati.” Rafida mengherot mulut sebaik melihat Khalisah membuka pintu pejabat.

“Ala, ayah aku buat kejutan, tiba-tiba saja dah ada rombongan, mahu aku tak panik masa tu.” Khalisah menjawab girang.

“Iyalah tu..”

“Fida, kau ni.. tak payahlah nak merajuk sangat. Aku pun tak tahulah yang ayah aku dan Aril berkomplot, sampai aku pengsan hari tu.” Khalisah memberitahu apa yang terjadi.

“Wah, macam drama pula. Pengsan sebab gembiralah tu kan.” Rafida meneka.

“Entah, mungkin sebab terkejut barangkali, aku pun tak tau..”

Adam mendengar perbualan dua rakan baik itu dari jauh, entah kenapa dia merasa sayu pula, patut gembiralah kan. Si boss itu bakal kahwin, pasti kelakuannya akan berubah. Iyalah, angin monsun itu pasti akan beralih arah, almaklumlah orang-orang yang dilanda bahagia. Kemudian Khalisah masuk ke dalam bilik pejabatnya bersama Rafida.

“So, mana cincinnya, nak juga tengok, nak ambil berkat..” Rafida sengaja bergurau.

“Ta.. da..” Khalisah menunjukkan jari manis tangan kanannya, apalagi si Rafida terus saja menerkam tangan itu.

“Wah.. mesti mahal ni, berkilau tu.. sakit mata aku ni ha.”

“Ish kau ni, berkilau tang mana pula, biasa sajalah.”

“Orang yang tak dapat cincin memanglah kagum kan..” Rafida berubah wajah.

“Kenapa nak sedih pula ni? Kau dengan si dia tu bila lagi?” tanya Khalisah sengaja memancing jawapan.

“Entah, declare pun tak lagi, nak dapat cincin lambat lagi rasanya. Meh, aku ambil berkat cincin kau ni. Wahai cincin cantik berseri, tolonglah ada orang masuk meminang ya..” Rafida seolah menjampi pula.

“Ish kau ni Fida, khurafat bagai. Kesian cincin aku ni ha.”

“Aku amik berkat sikitlah. Eh, by the way kan, aku nak bagitau kau pasal Silver Holdings, mereka puas hati tau dengan kondo tu. Kau nak tahu, aku ni dah bergetar lutut, ada pula suri rumah macam mak-mak datin gitew yang datang buat penilaian, di rasanya lantai, disentuhnya cat... And then...” Rafida memberitahu tugasnya ketika Khalisah bercuti.

“And then apa? Okey ke?” tanya Khalisah ingin tahu.

“And then suri rumah yang mak-mak datin gitew puas hati, paling mereka suka tang lantai dapur tu.”

“Iya? Alhamdulillah.” Khalisah bersyukur, nampaknya syarikat yang sangat cerewat itu setuju juga untuk menguruskan, selalunya memang begitu, dihantarnya orang dari mana-mana pergi melihat dan menilai, sudah lama Khalisah cuba meyakinkan mereka. Khalisah gembira sangat, itu adalah antara hasil pertamanya yang memang dari ideanya sendiri, beberapa projek terdahulu adalah projek tinggalan ayahnya yang hanya berpindah kepadanya.

“Aku nak keluar ni, nak pergi Hilton Hotel kejap jumpa klien.” Rafida meminta diri.

“Okey, see you later.”

Khalisah lega sebaik mendengar berita daripada Rafida tadi. Apabila mengetahui para penilai menyukai rumah itu dia rasa gembira sangat, kemudian Khalisah menuju ke bahagian hadapan tingkapnya dan melihat Adam.

“Ni semua jasa Adam, harus aku berterima kasih dekat dia,” kata Khalisah sebaik saja Rafida keluar.

‘Eh kejap, mesti dia marah pasal di restoran hari tu. Entah apa yang dibuatnya untuk bayar bil. Nanti sajalah,’ gumam Khalisah sendiri, sempat dia memerhatikan cincin di jari manisnya. Ada banyak perasaan apabila melihat cincin itu tersarung di jari manisnya. Perasaan yang bercampur baur. Dia sendiri tidak pasti. Mahunya ada mesin scan hati barangkali untuk menganalisis masalah.

**************

“Adam ada pergi mana-mana tak lepas ni?” tanya Khalisah tiba-tiba melalui telefon dua hari kemudian.

“Tak,” pendek jawapan Adam, masih saja kedengaran sinis tak puas hati.

“Nanti tunggu saya dekat parking lot,” arah Khalisah.

“Ya Cik Boss,” kasar suara Adam.

Adam pelik, entah apa yang nak jumpanya dekat parking lot, entah-entah mahu membelasahnya pula. Perempuan itu bukan boleh percaya sangat, lagaknya saja macam Hitler. Lagipun, masih segar diingatan Adam bila Khalisah meninggalkannya semasa makan hari itu. Boleh dia buat selamba badak saja macam tak ada apa-apa. Perempuan tak ada perasaan! Dia boleh buat tak tahu. Tak minta maaf pun! Hatinya masih berbekas! Masih bernanah! Adam berfikir bukan-bukan mengenai niat perempuan itu hendak berjumpanya. Adam bersiap sedia dengan apa saja kemungkinan. Meskipun Adam masih geram tapi dia tetap juga menurut arahan, manalah tahu ada perkara penting yang disampaikan.

Petang itu selepas waktu kerja Adam menunggu di kawasan parkir, dia sudah bersedia dengan motosikalnya. Kelihatan Khalisah berjalan menuju ke arahnya.

“Jom naik kereta saya,” ajak Khalisah.

Besar mata Adam terkejut, nak naik ke tak nak naik, entah-entah nak tinggal dekat jalan. Entah-entah nak tinggalkan dia dekat Lebuhraya Karak sana. Seram tu...

“Tapi Cik.. kita nak ke mana?” Adam terasa segan, tak percaya pun ada, manalah tahu itu satu lagi tindakan Khalisah untuk mengenakannnya.

“Ini arahan, awak jangan nak membantah. Takkanlah saya nak culik awak pulak kan...” arah Khalisah lagi.

Adam dengan wajah serba salah masuk juga ke dalam kereta tersebut. Pertama kali dalam hidupnya dia masuk ke dalam kereta mewah, ada juga perasaan teruja. Baunya saja cukup wangi, tempat duduknya, Pergh!! Selesa amat! Kalau berumah dalam kereta itupun sangat-sangat selesa. Sekejap Adam berangan memandu kereta tersebut, angan-angan yang tidak mungkin kesampaian. Helo bang, lesen memandu kereta pun tak ada lagi.

“Kita nak ke mana Cik Boss?” tanya Adam sekali lagi, sekadar memastikan.

“Awak ni banyak bunyilah, ikut sajalah.” Khalisah menjawab marah dan kemudian menghidupkan enjin keretanya menuju ke satu tempat yang tidak diketahuinya.

‘Alamak, dia nak bunuh aku ke ni? Kalau aku terjun boleh selamat ni,’ gumam Adam sendiri berfikir bukan-bukan, siap sedia melihat pintu di sebelah kirinya dan keadaan jalan.

Apabila sudah sampai separuh perjalanan, Adam dapat merasakan mereka menuju ke kawasan kondominium yang diusahakan syarikat Khalisah. Melalui persimpangan utama dan masuk ke kawasan itu. Adam lega.

“Jom. Saya nak tunjuk sesuatu dekat awak.” Khalisah membawanya. Adam turun dan mengikutnya.

Salah sebuah kondominium itu dibuka, mereka berdua masuk ke dalam. Adoi! Kalau ada pencegah maksiat boleh ditangkap mereka. Kalau dulu ada juga pengurus projek tukang teman. Adam melihat sekeliling kondo itu, kelihatannya sangat berbeza dengan pertama kali dia melawat dulu. Tapi apahal pula perempuan ni bawa dia ke sana, Adam hairan sendiri.

“Awak nak tahu tak, pihak Silver Holdings suka sangat dengan kondo ni dan para penilai mereka suka dengan lantai dapur ni.” Khalisah memberitahu.

“Tahniah Cik Boss.” Adam mengucapkan tahniah.

“Ini semua jasa awak tau.” Khalisah memberitahu.

“Jasa saya? Tapi saya tak buat apa-apa pun.” Adam hairan.

“Ada, awak ada komen pasal lantai dapur ni kan. Saya terus tukar keesokannya tau.” Khalisah memberitahu, dia kelihatan girang.

Adam terkejut. Tapi dia tidak menunjukkan reaksi lebih-lebih. Entah, mungkin masih marah pada Khalisah barangkali. Perempuan itu dulu marah sebab dia komen, sampai hina dia tinggal flat bagai. Tapi lepas tu ganti juga lantai dapur tu, kemain hari tu tak nak kalah. Khalisah pula gembira tidak bertempat, dipandangnya seluruh kondo itu. Tapi apabila dia sedar Adam seperti tidak teruja dibawa ke situ dia pula serba salah. Adam hanya pandang-pandang saja, kekadang mulutnya mengherot seolah tidak puas hati. Salah Khalisah juga, kekadang baik, kekadang jahat, kekadang pemarah, kekadang bertegas. Malah baru mengenakan Adam tempoh hari. Mungkin kerana sikapnya itu, apa-apa saja reaksi daripada Khalisah tidak dipercayai Adam lagi.

“Jom, nanti lambat pula awak balik.” Khalisah membawa Adam balik.

Sepanjang jalan itu Adam hanya diam, Khalisah juga begitu. Dua-dua serba salah, Adam sebenarnya mahu saja gembira tapi untuk apa, bukannya dihargaipun.

‘Hari tu duk marah orang sebab komen lantai dapur tu, tapi tukar juga, hipokrit betul perempuan ni,’ gumam Adam sendiri.

‘Ish si secretary ni, orang bawa dekat sini nak share berita gembira, dia pula macam patung takde reaksi. Dia marah aku lagi ke?’ Khalisah berkata dalam hati.

“Eh! Kereta tu Cik Boss!” teriak Adam sebaik terlihat kereta di depan mereka yang keluar dari simpang jalan, segera Khalisah memperlahankan pemanduan.

“Cik, Cik Boss tak apa-apa ke?” tanya Adam panik.

“Tak, saya okey.”

Adam menggeleng kepala, nasib baik selamat. Entah apa difikirkan Khalisah sampai tidak terlihat kereta itu tadi. Dia memandang Adam, prihatin jugak lelaki itu. Ada suatu kata-kata halus berkata-kata tentang lelaki itu dalam hatinya. Ah! Takkanlah pula.

“Saya balik dulu ya Cik Boss dan tahniah untuk majlis pertunangannya.” Adam sempat mengucapkan tahniah atas pertunangannya sebaik mereka sampai semula ke syarikat.

“Terima Kasih.”

Saat Adam mengucapkan tahniah untuk majlis pertunangannya baru Khalisah teringat yang dia telah bertunang. Mungkin dia mulai merasakan sesuatu pada Adam barangkali. Dilihatnya lelaki itu berjalan ke arah motosikalnya, motosikal yang pernah dinaikinya itu. Khalisah kembali teringat saat itu. Kenapa harus dia berasa senang apabila berada dengan Adam, kenapa hatinya senang bila ada lelaki itu di sisi?

Ah! Dia menolak perasaan sendiri. Punat radio ditekannya, mungkin bosan barangkali, kedengaran lagu Kisah Hati nyanyian Alyah sedang berdendang syahdu, tepat-tepat pula di bahagian chorus...

Tapi... Cinta bukan milik kita..

Semua... harus berakhir..

Cinta kau dan aku takkan mungkin bersatu..

Untuk saat ini..

Di dunia ini..

Mungkin kita bersama..

Nanti di atas sana..

Biar ku setia..

Menjaga cintamu,

Selamanya..

bersambung...

Gaun Cik Bos, Tuxedo Mr Secretary Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Kusen Almunium Lampung