Kumpulan dari Cerpen Cinta Melayu.

Kisah AKU dan KAU

Di sebuah kafeteria dalam sebuah sekolah, kelihatan seorang remaja lelaki sedang menulis sesuatu dalam sebuah buku yang kelihatan seperti diarinya.
Lelaki tersebut menulis dengan serius tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya.


PERTAMA kali aku bertemu dengan kamu adalah waktu aku memasuki tadika yang sama denganmu. Aku tidak berapa ingat bagaimana kita menjadi rakan tetapi yang paling kuingati adalah apabila kamu memberitahu namamu kepadaku. Oleh sebab aku masih kecil, nama kamu yang agak unik dan panjang adalah sukar untukku ingati. Tetapi kamu sedar tentang hal tersebut lalu meminta aku untuk memanggil kamu dengan nama “Arisa”. Kita teramatlah rapat. Terus menjadi kawan baik. Mungkin kerana kita menganuti agama yang sama.

Kadang-kadang aku rasa bersyukur, kita menganuti agama yang sama kerana persamaan itulah agaknya, kita menjadi rakan baik sehingga ke hari ini. Melalui persamaan itu juga, hubungan kita semakin rapat kerana aktiviti keagamaan yang kita buat bersama-sama.

Kita macam sukar dipisahkan. Dari kecil sehingga sekarang. Aneh, kawan-kawan lain masa tadika, kawan-kawanku semasa sekolah rendah tidak lagi berada di sisiku. Hanya kamu yang masih kekal walaupun masa berlalu. Kawan yang paling setia....”

Kedengaran suara seseorang memanggilnya.

“Oi!Ryan!”

Ryan pun berhenti menulis dan mendongak untuk melihat siapa yang memanggilnya. Rupa-rupanya adalah Arisa.

“Aduh, dalam ramai-ramai orang, kenapalah dia yang datang memanggil aku?” getus hati Ryan.

“Apa hal panggil aku?”

“Kau pula, sedang tulis apa sampai tiga kali panggil baru sedar. Bawa sini, beri aku lihat.”

“Eh, tak boleh.”

“Apa hal, pula tak boleh?”

“Adalah” kata Ryan sambil memandang ke arah lain.

“Amboi, cakap dengan orang, tengok arah lain! Mesti ada sesuatu ini.”

“Tak ada apa-apalah” kata Ryan sambil mengambil buku dan meletakkannya di belakangnya.

“Tak mungkin tak ada apa-apa kalau kau nak sembunyikannya dekat belakang kau. Apa yang kau ingin
sembunyikan dariku, Ryan?”

“Tak ada apa-apa. Betul-betul tak ada apa-apa!”

“Hmm..... Ryan yang aku kenal, kalau kata tak ada apa-apa maksudnya ada sesuatulah itu.” kata Arisa sambil memanjangkan tangannya ke arah Ryan.
“Eh, apa hal ini?” katanya sambil memanjangkan tangannya ke arah belakangnya.

“Kalau kau tak mahu beritahu, lebih baik aku cari tahu sendiri.”

“Susahlah macam ini. Tapi aku takkan mengalah.”

“Oh, cakap macam itu maksudnya betullah ada sesuatu. Buat aku lebih bersemangat.”

“Oops!” Dia dah tersalah cakap.

Arisa mulakan serangannya. Dia cuba mencapai buku Ryan. Tapi Ryan sempat menghalangnya dengan badannya. Tanpa dia sedar, tangannya memanjang ke arah atas. Arisa cuba mencapai buku itu tanpa menyerah kalah.

Apabila Ryan sedar Arisa sedang melompat-lompat untuk mencapai bukunya, dia secara tidak sengaja ketawa.

“Apa hal kau ketawa?”

“Aku ketawa sebab kau lompat-lompat tadi sangat lucu!”

“Oh ye ke?” kata Arisa.

“Uh oh! Ton suara itu!” katanya sambil menunggu benda
yang dijangka berlaku.

PUK! Satu tumbukan pada perutnya. Aduh,sakitnya! Inilah yang akan berlaku apabila buat Arisa marah.

“Aduh, sakit lah”

“Apa yang kau perlu cakap?”

“Maaf....” kata Ryan dengan suara yang rendah kerana ego aku.

“Apa? Aku tak dengar. Cakap lebih kuat.” kata Arisa.

“Minta Maaf!!” kata dia lagi. Kali ini dengan suara yang lebih
kuat.

“Bagus, jangan kau berani kata macam itu lagi.”

“Baiklah”

“Eh, nampaknya dia dah lupa pasal buku ini. Bagus inilah peluang aku.” fikirnya.

“Um... aku balik kelas dululah.” katanya sambil berlalu pergi.

Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba terdapat satu pegangan yang kuat pada buku Ryan. Dia menoleh untuk melihat siapa yang memegang bukunya.

“Woi, lepaskan buku aku”

“Tidak boleh dan tidak akan”
Suara yang dia amat kenal. Pemiliknya, tak ada yang lain selain daripada Arisa. Dia menarik bukunya sekuat yang boleh.
Sedikit pergelutan berlaku dan akhirnya buku tersebut berada di tangan Arisa.

“Yeah, I got it.”

“Aduhai!” keluh dia.

“Sekarang mari kita lihat apa yang disembunyikan oleh Ryan.” Dia mula membelek muka buku itu dan tiba-tiba buku itu ditutup.

“Ryan!!” kata Arisa sambil membelakangi Ryan.

Kali ini, Ryan mencapai buku dia dari arah belakang Arisa. Dia bergelut untuk mendapat barang kepunyaannya. Nasib baik tangannya panjang. Oleh itu dengan senangnya, dia merampas bukunya kembali. Selepas pergelutan itu, dia tersedar keadaan yang mereka berdua.

Kalau orang lain nampak, mesti difikir yang mereka sedang berpelukan. Ryan melepaskan diri daripada situasi itu.

“Maaf...” katanya.

“Tak apa.” kata Arisa sambil berjalan pergi.

“Itu merupakan situasi yang sangat janggal.” fikirnya.
SENJA menjelang dan Ryan sedang berada di biliknya. Dia sedang mengulang kaji pelajaran apabila telefonnya tiba-tiba berbunyi. Seseorang sedang memanggilnya. Dia membaca nama yang tertera pada telefon Samsungnya. Pemanggilnya adalah Kenrick. Dia menekan punat telefon bimbitnya untuk menyambung talian.

“Apa hal telefon aku?”

“Oh.... umm... kau buat apa sekarang?”

“Sebelum kau telefon aku, aku sedang ulangkaji.”

“Ohh... rajinnya. Mana Ryan yang aku kenal?” katanya seperti menyindir.

“Ini Ryan yang samalah.”

“Umm... buat aku percaya dengan memberitahu aku sesuatu yang hanya Ryan yang SE-BE-NAR sahaja yang tahu.”

“Oh, okay.” kata Ryan lalu membisikkan sesuatu kepada Kenrick selepas melihat kawasan sekeliling.

“Berhenti. Sudah. Berhenti! Aku mengaku kalah!”

“Pandai pun. Kita dah lama jadi kawan. Banyak benda aku tahu pasal kau.”

“Eeee... Ilmu itu sesuatu menakutkan”

“Tahu pun! Ah, apa hal kau mahu telefon aku tadi?”

“Oh, yea. Um... geng kita ada perjumpaan malam tuk.”

“Okay, dekat mana?”

“Aduh, kau ni! Tempat biasalah”

“OK!” kata Ryan lalu meletakkan telefon.

Dia terus lupa pasal pelajaran dan pergi mengambil kunci rumah. Dia pun keluar dari rumah dan berlalu pergi ke tempat biasa perjumpaan geng mereka iaitu kafe Pak Cik Ronald. Tempat itu tak berapa jauh. Oleh itu, berjalan kaki sudah mencukupi untuk pergi ke sana.

Semasa dalam perjalanan dia teringat pula pasal hal pagi tadi dengan Arisa. “Mesti janggal aku dengan dia nanti.”
Sesampainya Ryan di sana, dia mencari kelibat gengnya. Dia menggunakan cara bagaikan helang mencari mangsa untuk mencari mereka. Dia melihat kelibat seorang perempuan sedang duduk di satu sudut. Dia terus pergi ke arah perempuan itu tanpa berfikir.

Apabila terdapat kira-kira beberapa meter jarak antara mereka, baru dia teringat akan hal pagi tadi. Dia pun berjalan dengan tapak kaki yang perlahan-lahan.
“Hai... Arisa”

“Hai”

Ryan pun duduk seberang dia. Keadaan agak sunyi untuk seketika di antara mereka. Dia pun memberanikan diri untuk bercakap.

“Mana yang lain?”

“Belum sampai tapi tadi Danial datang beritahu aku yang sekejap lagi dia akan turun.”

“Oh, begitu.”

“Danial, apa hal kau belum dekat bawah ini? Aku tahulah kafe ini ayah kau yang punya dan rumah kau dekat sini tapi apa hal kau biarkan tetamu kau dekat sini seorang diri?” fikir Ryan.

Pak Cik Ronald merupakan ayah Danial. Geng mereka selalu membuat perjumpaan di kafe kepunyaan keluarga Danial kerana kafe tersebut agak dekat kepada rumah semua orang dalam geng.

“Umm....”

“Apa hal?”

“Maaf pasal pagi tadi.”

“Tak mengapa. Hal yang berlalu patut dibiarkan berlalu. Jangan diungkit lagi.”

“Okay....”

Sekali lagi suasana sunyi menyelebungi atmosfera. Janggalnya keadaan ini!

“Macam mana kau datang ke tempat ini tadi?” katanya. Ish, bodohnya aku. Mestilah dia datang dihantar oleh ‘pemandunya’.

“Aku datang pakai teksi.”

Apa?! fikir Ryan. Terperanjat dia mendengar jawapan yang dia tidak sangkakan.

“Apa hal kau datang pakai teksi?”

Arisa teragak-agak sebentar.

“Aku suruh ayah aku hantar aku ke satu tempat. Oleh sebab, aku tahu aku mesti lama dekat situ, aku beritahu ayah aku untuk pulang.”

“Lepas itu, apa jadi?”

“Lepas itu, aku dapat tahu daripada Kenrick tentang perjumpaan kita ini. Selepas dia beritahu, aku pun pergi telefon ayah aku dan tiba-tiba telefon aku beri isyarat bateri lemah. Jadi, terpaksalah aku pakai teksi.”

“Oh, begitu.”

Tanpa Ryan sedari, geng lain dah tiba.

“Kami kacau daun ke?” kata Michelle

“Apa hal pulak?”

“Kau orangkan sedang ada atmosphere yang bagus sangat tadi.” kata Kenrick.

“Atmosphere apa pulak ni?”

“Alah, lovey-dovey!” kata Danial.

“Eh, tak adalah!” jawab Ryan dan Arisa dengan serentak dan muka yang merah padam.

“Ye ke? Tapi tak apalah. Jom kita mulakan perjumpaan kita.” kata Danial

“Yalah. Tapi, apa hal pulak kita buat perjumpaan ini?” tanya Ryan.

“Ingat tak tugasan berkumpulan yang Encik Dirham bagi tidak lama dahulu?” jawabnya

Semua orang mengangguk.

“Perjumpaan ini untuk bincang pasal itu.”
Perbincangan pun dimulakan. Banyak idea dikeluarkan dan setiap orang diberi tugas masing-masing.

“Okey, rasanya cukuplah untuk hari ini.” kata Danial setelah lebih kurang dua jam berbincang.

“Hurray!”

Semua orang bersedia hendak pulang termasuklah Arisa. Ryan menghalangnya daripada pergi kerana ingin berbual dengannya sesuatu.

“Eh, Arisa. Tunggu dahulu.”

“Kenapa?”

“Kau balik dengan berjalan kakikah?”

“Yalah, terpaksa.”

“Aku hantar kau balik, boleh tak?”

“Boleh, tapi tak menyusahkan ke?”

“Tak, lagipun tak baik seorang perempuan balik seorang diri pada larut malam begini dengan teksi.”

“Okey....”

“Oh ya! Aku telefon ayah kau untuk beritahu yang aku hantar kau balik dahulu.”

Ryan pun menelefon ayah Arisa dan selepas itu, dia hantar Arisa balik. Rumah mereka sehala dan tak begitu jauh dari satu sama lain.
Keadaan yang agak senyap antara mereka begitu merimaskan untuk Ryan. Arisa tiba-tiba bersuara....

“Sebenarnya, apa yang tertulis dalam buku itu? Boleh tak kau beritahu aku?”

“Aku tak boleh beritahu kau sekarang.”

“Bila baru aku boleh tahu?”

“Apabila masanya sesuai, aku akan beritahu kau.”

“Owh...” kata Arisa dengan rasa sedih.

“Tidak lama lagi, kita akan sampai di rumah Arisa.” fikir Ryan dengan sayu. “Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih memikirkan itu.”

Arisa melihat ke arah Ryan. Dia terpaksa mendongak untuk melihat muka Ryan. Ryan perasan Arisa sedang melihatnya lalu menoleh ke arah Arisa. Menyedari ini, Arisa terus menoleh ke arah lain.

Ryan memberhentikan langkahnya dan memandang ke arah Arisa.

“Mengapa tengok aku?”

“Tak ada apa-apa. Lagipun, mana ada aku tengok kau?”

“Eh, kan tadi kau tengok aku.”

“Tak adalah. Fikiran kau sahaja tu.”

“Ye ke? Kalau begitu, baiklah.” kata Ryan sambil memulakan langkahnya lagi. Dia memberi jawapan itu kerana berfikiran,”Mungkin betul juga. Aku kan sedang berfikir tentangnya tadi.”

Beberapa minit selepas itu, lagi sekali Arisa menoleh ke arah Ryan sambil mendongak kepala.

Ryan sedar akan hal ini lalu secara mengejut menoleh ke arah Arisa. Arisa terkejut.

“Hah! Kau telah ditangkap. Betullah sangkaan aku yang kau sedang tengok aku.”

“Eh, tak adalah. Mana ada?”

“Jangan nak berdolak-dalih. Sekarang, beritahu aku kenapa kau tengok aku?”

“Se-se-se-bab-sebab....”

“Sebab apa?”

“Sebab aku geram tengok kau tinggi. Puas?!”

“Eh, apasal pula?”

“Kenapalah kau ini tinggi sangat?”

“Tak tahu. Ada masalah ke?”
“Ya, I ada masalah pasal ketinggian kau.”

“Kenapa pula?”

“Sebab aku rindu masa aku lebih tinggi dari kau.”

“Tapi dah aku jadi sebegini tinggi. Mana boleh tukar?”

“Hmph....” kata Arisa dengan marah.

Sesampainya mereka di rumah Arisa. Arisa membuka pintu. Ryan melambai ke arah Arisa tapi tidak dibalas oleh Arisa. Dia terus masuk ke dalam rumahnya.

MALAM itu di rumahnya, Ryan menulis lagi pada diarinya.

“Pada hari ini, dua perkara mengingatkan aku pasal masa lalu. Masa kau melompat-lompat ingin mengambil buku aku dan masa kau beritahu aku yang kau rindu masa kau lebih tinggi daripada aku. Aku pun teringat.

Masa itu, kita berdua berumur antara 8 hingga 11 tahun. Setiap kali aku berjumpa dengan kau. Aku selalu ingin melihat ketinggian kita berdua berharap yang aku akan lebih tinggi. Tetapi, setiap kali itu juga, aku berasa hampa. Manakala, kau berasa senang hati.

Aku berasa sangat geram. Kenapalah kau tinggi sangat? fikir aku selalu. Ibu kau selalu kata yang kau lebih tinggi daripada aku. Aku selalu berasa sedih.

Tetapi, tiba-tiba pada satu hari, aku memeriksa dan melihat yang kita lebih kurang sama ketinggian. Tidak lama selepas itu, aku dengan rasminya adalah lebih tinggi daripada kau. Dari hari itu, sampai sekarang, situasi kita telah berubah.

Aku faham situasi kau, Arisa. Kerana, aku pernah berada dalam situasi yang sama seperti kau......”

Ryan berhenti menulis dan menutup bukunya. Dia memadamkan lampu lalu baring di katilnya dan tidur.
RYAN pun pergi ke sekolah. Dia masuk ke dalam kelasnya. Dia melihat kelibat Arisa. Dia lihat yang Arisa sedang memandangnya dan melambai ke arahnya.

Arisa terus menoleh ke arah lain. Ryan berasa kecewa. Dia meletakkan begnya di atas kerusi. Tidak lama selepas itu, guru kelas masuk.

Ketua kelas menyeru semua berdiri lalu menyebut,
“Selamat pagi, cikgu!” dan yang lain mengikutinya di belakang.

Kelas pun bermula. Selepas empat waktu, loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Ryan mengeluarkan bekalnya.
Selepas itu, dia menoleh ke arah Arisa. Arisa pun melakukan hal yang sama.

Ryan melihat sekeliling dan melihat bahawa tidak ramai orang yang berada di dalam kelas. Kebanyakan telah pergi ke kantin ataupun tandas.

Ryan pun pergi dan duduk sebelah Arisa. Sejurus selepas Ryan duduk, Arisa berdiri dan pergi dari situ. Ryan sempat memegang tangannya.

“Lepaskan tangan aku!”

“Tunggu sebentar.”

“Kenapa pula?”

“Aku nak berbual dengan kau.”

Arisa menurut lalu duduk kembali.

“Pasal kelmarin, aku tahu kau tak suka yang aku lebih tinggi daripada kau.”

“Yeah, so?”

“Tapi, aku nak kau tahu.....” kata Ryan tetapi ayat-ayatnya tersekat di mulutnya.

“Tahu apa?”

“Aku nak kau tahu yang You are perfect just the way you are. Jadi, janganlah berasa sedih atau geram yang kau lebih pendek daripada aku.”

“Owh...” kata Arisa dengan muka yang merah padam. “Ayat-ayat itu biasa saja tetapi kenapa hati aku berdegup kencang?”

“Jadi, kau boleh maafkan aku tak?”

“Maaf? Maaf untuk apa?”

“Maafkan aku kerana aku lebih tinggi daripada kau.”
“Tak mungkin!” kata Arisa sambil berketawa. Ryan pun turut serta ketawa.

Habis sekolah, Ryan menghampiri Arisa.

“Arisa!”

“Apa hal?”

“Kau ada masa tak esok?”

“Kenapa?”

“Jangan jawab soalan dengan soalan.”

“Okey, aku ada masa, tapi kenapa tanya?”

“Bagus, esok kau siap-siapkan diri kau. Aku datang jemput kau pukul sepuluh begitu.”

“Jemput? Jemput pergi ke mana?”

“Esok kau akan tahu.” kata Ryan sambil berlalu pergi.

“Kenapa dengan dia? Apa dia nak buat esok?” fikir Arisa sambil berjalan pulang ke rumahnya.

RYAN pun bersiul gembira. “Yay, rancangan aku berjaya. Aku nanti-nantikan hari esok.” fikirnya. Sambil berjalan ke rumahnya.
KEESOKAN harinya, Arisa bangun pada pukul 8 pagi. “Hari ini, Ryan akan jemput aku.” fikirnya sambil melangkah ke bilik mandi.

PADA waktu yang sama, Ryan bangun dan terus pergi ke bilik mandi untuk bersiap-siap. Dia bersiul dan berkata,

“Yeah, hari yang ku nanti-nantikan telah tiba.”

Ryan pun mengemaskan dirinya. Dia memastikan yang dia telah bawa segala yang diperlukan. Dia pun berangkat dari rumahnya dan berjalan kaki ke rumah Arisa.

Apabila dia tiba, dia menekan loceng dan menunggu. Pintu dibuka dan yang keluar dari pintu itu adalah ibu Arisa.

“Selamat sejahtera, mak cik.”

“Selamat sejahtera, Ryan. Kenapa datang?”

“Saya sedang menunggu Arisa.”

“Oh, patutlah Arisa pagi tadi kecoh bersiap-siap.”

Mendengar ini, Ryan ketawa kecil. Gembira hati!

“Tunggu sebentar. Mak cik panggil Arisa.”

“Baiklah, mak cik”
Pintu ditutup dan Ryan menunggu. Tidak lama selepas itu, pintu dibuka dan yang keluar adalah Arisa.

Ryan terpegun melihat kecantikan Arisa dengan blaus merah jambu dan gaun merah.

“Hai, Arisa...”

“Hai...” balasnya.

“Jom...”

“Baiklah”

Mereka pun berjalan menuju ke stesen bas. Apabila mereka duduk di dalam bas, Arisa tidak tahan lagi.

“Sekarang, beritahu aku, kita hendak ke mana?”

“Tidak lama lagi, kau akan tahu.”
SELEPAS beberapa perhentian, Ryan menekan loceng menandakan yang mereka akan turun di tempat itu. Ketika itu, Arisa sedang tidur. Oleh itu, Ryan terpaksa membangunkannya. “Kalau bukan kerana terpaksa, pasti akan ku biarkan kau tidur kerana kau kelihatan cantik semasa kau tidur” fikirnya sambil menggerakkan badan Arisa.

“Woi, bangun! Bangun! Kita dah sampai.”

“Hah? Dah sampai ke?..” kata Arisa sambil menggosokkan matanya.

“Yalah, cepat.” kata Ryan sambil menolong Arisa berdiri.

Mereka pun berjalan ke arah pintu keluar. Arisa masih lemah sedikit. Oleh itu, Ryan perlu membantunya. Kelihatan terdapat beberapa orang sedang menaiki bas itu.

Ryan terpaksa menyelit untuk keluar. Tanpa dia sedari,
Arisa telah hilang.

“Arisa! Arisa!”

“Aku kat sini” katanya.

Ryan memandang ke arahnya dan melihat dia sedang bergelut dengan penumpang yang ingin masuk ke dalam bas.

Ryan pun cuba mencapai tangan Arisa. Apabila dia telah berjaya memegang tangan Arisa, dia membantu menarik Arisa keluar daripada pergelutan tersebut.

Apabila mereka sudah keluar daripada bas, bas tersebut pun berlalu pergi.

“Fuh! Selamat!” kata Ryan sambil mengelap dahinya.

“Um... Ryan” panggil Arisa.

“Kenapa?”

“Saya rasa sekarang kamu sudah boleh lepaskan tangan saya” katanya
“Oh...baiklah..” kata Ryan sambil melepaskan pegangannya ke atas tangan Arisa dengan muka yang merah padam. Dia tidak sedar yang dia masih memegang tangan Arisa.

“Maaf..” kata Ryan

“Tak mengapa dan terima kasih kerana bantu saya tadi.”

“Sama-sama”

Arisa menoleh ke arah sekelilingnya untuk melihat mereka berada di mana. Dia menghidu banyak bau yang wangi. Dia membaca nama tempat tersebut. “Taman Orkid”

“Inikan taman orkid?” tanya Arisa kepada Ryan.

“Yup”

“Kenapa kau bawa aku ke sini?”

“Kan kau kata yang kau amat teringin nak pergi ke tempat
ini?”

“Bila masa aku kata pada kau?”

“Kau memang tak pernah kata pada aku.”

“Jadi, bagaimana kau tahu?”
“Aku terdengar perbualan kau masa rehat hari itu. Kau mahu pergi ke sini tapi orang yang kau ajak kata mereka sibuk.”

“Oh...”

“Besides, ini adalah birthday present aku untuk kau.”

“Birthday?”

“Ya, hari jadi.”

“Tapi, kan dah lama berlalu?”

“Ya, tapikan hari tu, aku tidak sempat bagi kau apa-apa hadiah hari jadi kerana kesempitan wang.”

“Oh...”

“Jadi, inilah sebagai pengantinya. Hehehe...” kata Ryan
sambil tersenyum. Melihat itu, Arisa pun tersenyum.

“Terima kasih...”

“Sama-sama”

Mereka pun berjalan ke kaunter tiket. Ryan mengeluarkan dompetnya dan mengambil beberapa keping kertas wang untuk membayar tiket masuk.

Setelah Ryan membayar tiket masuk, Arisa yang terlalu teruja terus menarik tangannya dan masuk.
Ryan terkejut dengan perlakuannya ini tetapi dia tidak ambil peduli kerana dia tahu gadis itu terlalu gembira.

Ryan mengikut Arisa ke mana-mana dia hendak pergi dan setiap kali, Arisa berhenti, Ryan akan mendengar Arisa memberitahunya, “Bunga ini cantik kan, Ryan?” “Indah betul bunga-bunga ini!” “Wah, wanginya bau bunga ini”

Setiap kali Arisa memberitahunya itu, Ryan pasti akan melihat senyuman pada wajah Arisa. Itu membuatkan dia juga tersenyum girang. Ceria hari Ryan dibuatnya.

Selepas mereka telah melihat semua kalau tidak hampir semua bunga yang terdapat di taman itu, Arisa bercadang untuk berehat.

Mereka pun pergi ke kafeteria yang terletak berdekatan dengan pintu masuk. Mereka pun duduk di salah satu tempat duduk di tempat itu. Selepas beberapa lama, Ryan bertanya kepada apa yang Arisa ingin dia belikan, Arisa menjawab yang dia ingin aiskrim.
Ryan menurut dan berlalu pergi tetapi tiba-tiba dia terpaksa berhenti. Dia melihat ke arah belakang dan tersedar yang tangan Arisa masih memegangnya.

“Arisa, boleh kamu lepaskan tangan aku? Kalau tidak, aku tak boleh pergi beli.”

“Baiklah” kata Arisa sambil melepaskan pegangannya.

Perkara itu membuatkan Ryan terfikir, “Eh, kalau macam itu, adakah itu bermaksud selama kami berada meninjau setiap bunga, dia tidak pernah melepaskan tangan aku!”

Ryan pun pergi ke kafeteria dan membeli aiskrim. Setelah itu, dia kembali ke tempat duduk mereka tadi.

“Ini aiskrim kau.” kata Ryan sambil menghulurkan aiskrim Arisa kepadanya.

Arisa pun mengigit aiskrimnya. Manakala, Ryan menjilat aiskrimnya.

Arisa mengadu, “Sejuknya aiskrim ini”

“Mestilah”

“Tapi, sedap kan?”

“Ya...”

Tidak lama selepas itu, Ryan menghabiskan aiskrimnya. Dia pun menoleh ke arah Arisa yang masih dalam proses menghabiskan aiskrimnya. Ryan sedar yang terdapat kotoran aiskrim di muka Arisa.

“Arisa, di muka kau ada aiskrimlah.”

“Yakah? Kat mana?”

“Dekat dengan mulut kau.” kata Ryan sambil menunjuk kepada mulutnya.
Arisa cuba mengelap mukanya tetapi tetap tak jumpa.

Akhirnya, terpaksalah Ryan sendiri yang lapkan kotoran itu daripada mukanya. Ryan terus pergi ke tempat mencuci tangan untuk membuang kotoran tersebut daripada tangannya.

Lepas itu, Ryan kembali.

“Terima kasih...” ucap Arisa.

“Sama-sama...” kata Ryan sambil tersenyum dan menggaru kepalanya walaupun kepalanya tidak gatal.

“Jom kita pergi” kata Ryan selepas Arisa menghabiskan aiskrimnya. Ryan menghulurkan tangannya untuk membantu

Arisa berdiri.
MEREKA pun keluar melalui pintu keluar yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk. Setelah mereka keluar daripada taman orkid itu, Ryan melihat jam tangan di tangan kirinya untuk mengetahui masa. Waktu yang dibaca di jam tangan itu ialah pukul 2.15 petang. “Hmm.... masih ada banyak masa lagi?” fikirnya.

Ryan pun mencadangkan sesuatu kepada Arisa.



“Mahu pergi Waterfront tak? Lagipun masih ada banyak masa lagi ni.”



“Hmm....” kata Arisa sambil melihat waktu pada jam tangannya sendiri. “Betul juga....” fikir Arisa.



Setelah beberapa ketika berdebat dengan dirinya, Arisa akhirnya bersuara, “Boleh juga”



“Sweet” kata Ryan



Mereka menyeberang jalan untuk pergi ke tepi sungai dan menunggu perahu datang di bawah pokok. Keterikan matahari tak terkata.



Kelihatan sebuah perahu datang dari kejauhan, mereka pun turun ke bawah dekat dengan tempat perhentian perahu. Apabila perahu itu berhenti, mereka beri jalan untuk penumpang keluar kerana perahu itu datang dari arah seberang sungai dan hanya akan kembali ke sini kalau ada penumpang.



Beberapa orang keluar sambil mengambil gambar tempat

sekeliling. Nampaknya mereka ini pelancong.

Mereka berdua pun memasuki perahu tersebut dan pergi ke seberang sungai tersebut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit. Mereka pun tiba di sana. Sebelum keluar, Ryan membayar tambang untuk mereka berdua.



Setelah itu, mereka berdua pun keluar. Mereka berjalan-jalan di Waterfront sebentar. Walaupun rancangannya adalah untuk berjalan di situ tetapi keseronokan tempat tersebut hanya menyerlah ketika waktu malam.



Oleh itu, tukar rancangan dan mereka berjalan menuju ke Indiastreet. Nama sahaja Indiastreet tetapi di jalan tersebut, orang yang berjalan-jalan dan berjaja di jalan tersebut adalah terdiri daripada pelbagai kaum. Namanya pun datang daripada sejarah yang orang kaum India yang berjaja di jalan tersebut.



Walaupun begitu, tetapi tempat ini adalah antara tempat yang menarik di bandar ini. Ryan dan Arisa pun pergi seberang jalan untuk menuju ke Indiastreet.



Setelah tiba, mereka meninjau kedai-kedai. Mereka memasuki setiap kedai kasut dan kedai pakaian. Arisa bercadang untuk membeli kasut atau pakaian tetapi dengan satu syarat daripada Ryan.



“Arisa, kamu boleh beli tetapi satu syarat iaitu kamu cuma boleh beli satu pasang kasut atau pakaian.”



“Yakah...” Arisa membuat muka merajuk.



“Dah, jom pergi.”

Arisa pun melihat setiap kasut atau pakaian untuk melihat yang sesuai dengannya. Apabila jumpa, dia akan tanya Ryan akan pendapatnya. Apabila Ryan menggelengkan kepalanya, maksudnya dia perlu letak balik pakaian atau kasut tersebut.



“Kamu ini semua yang aku pilih, kamu reject. Macam mana nak dapat satu pasang kasut atau pakaian kalau begini?”



“Jangan risau! Kalau betul-betul sesuai untuk awak baru aku akan angguk kepala.”



“Macam mana kalau kita sampai ke kedai terakhir dan awak masih geleng kepala awak?”



“Kalau begitu, aku sendiri akan pergi ke setiap kedai dan pilih untuk awak. Lalu awak yang buat angguk dan geleng.”



“Okay, deal”



Dan seperti yang Arisa jangkakan, Ryan menggeleng kepalanya sehingga pilihan terakhirnya.



“Sekarang tunaikan janji awak.”



“Baiklah” kata Ryan sambil meregangkan badannya.



“Jom, kita pergi.”



“Baiklah” kata Arisa. “Aku menanti-nantikan apa yang akan dipilih oleh orang yang reject semua pilihan aku.



Mereka pun pergi ke kedai-kedai tetapi terdapat kedai-kedai yang tidak dimasuki oleh Ryan.



“Kenapa awak tak masuk beberapa kedai?”



“Semasa aku jadi hakim untuk pilihan kamu, aku juga menjadi hakim untuk kedai tersebut. Semasa awak memilih, aku melihat barangan di kedai tersebut juga. Kedai-kedai yang aku tak masuk merupakan kedai-kedai yang aku reject”



“Owh..” kata Arisa sambil berfikir, “Bersedia juga orang ini macam dia tahu yang dia akan pilih untuk aku.”



“Eh, kenapa awak dah bersedia macam ini? Macam awak tahu yang pilihan aku akan kau reject semuanya?”



“Itu...itu.. umm” kata Ryan tergagap-gagap.



“Itu apa?” kata Arisa sambil kemarahannya mula memuncak.



“Itu... Ah, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Hehehe...”



“Oh begitu....” kata Arisa dan dia mula tenang,



“Fuh! Selamat. Hampir-hampir saja tadi.” fikir Ryan.



Ryan pun memilih beberapa pakaian dan kasut untuk Arisa. Ryan memeriksa waktu dan melihat yang jam adalah 4 petang lebih.



“Arisa, masa dah suntuk jadi aku bawa kau pergi ke kedai yang mempunyai pakaian dan kasut yang paling cantik.”



“Okey”



Ryan memegang tangannya dan membawa Arisa ke kedai kasut terlebih dahulu kerana lebih cepat.”



Ryan mencari kasut yang telah dilihatnya tadi. Setelah jumpa, Ryan meminta Arisa memakainya dan kasut itu sesuai dengan cita rasa dan kesukaan Arisa. Oleh itu, Ryan meminta Arisa menanggalkan kasut tersebut. Lalu, dia memanggil salah satu pekerja di kedai tersebut.



“Saya hendak beli kasut ini.”



“Baiklah, encik.”



Ryan mengikut pekerja tersebut ke kaunter. Dia berbincang dengan pekerja tersebut jikalau harga tersebut boleh dikurangkan. Setelah berjaya, Ryan membayar.



Selepas itu, Ryan membawa Arisa ke kedai pakaian. Dia meminta Arisa untuk cuba memakai pakaian tersebut. Setelah Arisa memakainya, dia keluar dari tempat menukar baju dan Ryan suka dengan pakain yang telah dipilihnya. Arisa pun melihat dirinya di cermin dan berfikir, “Ini akukah? Wah, aku boleh jadi sebegini cantik!”



Apabila kedua-dua pihak suka, Arisa pun masuk bilik dan tutup pintu. Dia menanggalkan pakaian tersebut. Lalu, memakai blaus dan gaunnya tadi.



Mereka membawa pakaian tersebut ke kaunter. Seperti tadi, Ryan berbincang dengan pekerja di kedai tersebut untuk menurunkan harga. Akhirnya, mereka berjaya membuat keputusan.



Ryan dan Arisa pun keluar dari kedai tersebut.



“Sekarang, jom kita balik.”



“Baiklah”
Mereka pergi ke perhentian bas. Apabila bas yang dinantikan tiba, mereka beratur ke dalam bas. Tiba-tiba Ryan melihat seseorang berlari ke arah pintu masuk bas tersebut. Ketika itu, Arisa baru sahaja hendak menaiki bas tersebut. Ryan terus memegang tangan Arisa dan menarik Arisa daripada pintu masuk tersebut. Orang yang berlari tadi pun masuk ke dalam bas tersebut. Arisa terkejut. Ryan cuba menyedarkan dia.

“Woi, sedarkan diri kau itu.”

Arisa tidak bergerak. Dia masih tidak sedar. Terpaksalah Ryan masuk sambil memapah Arisa masuk. Dia menghadapi kesukaran membayar tambang kerana terpaksa memegang Arisa.

Tetapi, Ryan dapat memapah Arisa hingga ke tempat duduk yang disediakan di bas tersebut. Bas tersebut pun berangkat.

Sepanjang perjalanan, Ryan cuba menyedarkan Arisa. Beberapa kali dipanggil, Arisa masih tidak sedar. Akhirnya, Ryan terpaksa memapah dia keluar dari bas tersebut apabila tiba di destinasi.

Kerana menghadapi kesukaran memapah Arisa, Ryan bercadang untuk mengangkat Arisa di belakangnya. Rumah tak berapa jauh. Jadi, Ryan pun mengangkat Arisa sehingga ke rumahnya.

Setelah menghantarnya ke rumahnya, Ryan pulang ke rumahnya untuk mandi kerana sudah seharian keluar.

SEJAM kemudian, ibu Arisa memulas kain basah. Lalu, mengelap-lap muka Arisa. Lepas itu, dia melipat kain itu dalam bentuk segi empat tepat dan meletakkan kain itu di atas dahi Arisa.

Beberapa saat kemudian, Arisa mula membuka matanya. Dia cuba berkata sesuatu tetapi tidak jelas. Ibunya terdengar itu.

“Arisa, nak. Kamu dah sedar ke?”

“Aku berada di mana?”

“Nak, kau berada di rumah.”

“Macam mana aku boleh berada di rumah?” kata Arisa sambil membangunkan dirinya dan berfikir, “Benda yang terakhir yang aku ingat adalah aku dihalang dari memasuki bas dan ditarik ke dalam da-da-daka-daka-dakapan Ryan.” Mukanya menjadi merah padam.

“Tadi, Ryan bawa kau balik sini. Dia juga angkat kau ke bilik kamu ini. Dia kata kamu tiba-tiba tidak sedarkan diri semasa kamu orang keluar. Lepas itu, dia balik. Jadi, kenapa kamu pengsan tadi?”

“Aku pun tidak berapa pasti.”

“Tidak perlu risau pasal itu. Yang penting kau dah sedar dan nampaknya sihat.” kata ibu Arisa sambil meninggalkan bilik Arisa.

“Ya...”

Setelah ibunya pergi, Arisa berfikir, “Hah?! Ryan angkat aku ke sini. Kalau diikutkan memori terakhir aku, kami berada di perhentian bas. Jadi, kalau begitu, kami menaiki bas tersebut. Perhentian bas yang paling dekat kepada rumah ini pun adalah tiga kilometer dari sini. Jadi, maksudnya dia angkat aku sepanjang tiga kilometer tersebut. Tak mungkin! Mungkin dia panggil teksi. Tapi, kalau memang Ryan angkat. Itu bukan seperti dirinya yang aku kenal. Hmm....” Dia pun senyum kerana kebaikan rakannya yang tak pernah dia tahu akan.

Arisa pergi ke bilik mandi untuk tukar pakaian. Sebelum itu, dia tersedar akan beg plastik yang terletak di atas meja belajar dia dan senyuman dia menjadi lebih besar.

RYAN mengeluarkan pen dan membelek bukunya hingga ke muka surat terakhir yang telah ditulis olehnya.


Hari ini antara hari yang terbaik dalam hidupku. Rancangan aku untuk hadiah hari jadi mengejut berjaya. Kamu berasa sangat gembira dan senang hati. Walaupun duit aku yang semakin kurang dengan setiap pembelanjaan aku untuk kau, tapi itu adalah harga yang perlu aku bayar untuk melihat senyuman pada wajahmu yang tinggi harganya.

Aku sedar setelah tak beberapa lama kita di sana yang kita sedang dating seperti kekasih. Kamu tak sedar tetapi aku sedar selepas aku dapat tahu yang kita telah berpegangan tangan sepanjang pengembaraan kita di taman orkid tadi.

Janganlah marah kerana aku tidak terima semua pilihan kau. Ini kerana aku mahu yang terbaik untuk kau.

Apabila kau pergi ke dakapan aku, kau tak sedar yang hati aku ketika itu sedang berdegup kencang. Aku menjadi risau yang kau akan sedar akan hal itu tetapi apabila aku lihat yang kau tidak sedarkan diri. Aku sebenarnya setengah lega dan setengah risau.

Semasa perjalanan selama tiga kilometer, aku tidak berasa letih sedikit pun. Aku rasa mungkin kerana aku masih sayang pada kau. Hahahaha..... nampaknya hati aku masih sayang pada kau. Walaupun aku telah terdengar apa yang kau kata pada hari itu. Ayat-ayat kau yang masih terngiang-ngiang di telinga aku.

Hari itu, rakan sekelas kita meluahkan perasaannya kepada kau tetapi kau menolak sambil berkata, ‘Aku tidak mahu keluar bersama lelaki yang sama umur dengan aku. Aku suka lelaki yang lebih muda atau yang lebih tua. Maaf, harap kita masih kekal sebagai kawan.’

Mendengarkan itu, hati aku retak. Itulah sebab kenapa aku mengelakkan diri daripada kau dulu selama beberapa minggu. Aku perlu masa untuk hati aku pulih.

Adakah semua yang aku fikirkan imaginasi semata-mata? Adakah aku menipu diri dengan mengatakan aku tidak cinta padamu lagi?”
“Woi, kenapa dengan kau ini? Jalan macam itu. Kaki kau sakitkah?”

Arisa terdengar suara Kenrick yang datang dari luar kelas.

“Adalah, biar aku masuk kelas dulu.”

Suara Ryan didengarinya juga. “Kalau yang menjawab adalah Ryan maksudnya....” fikir Arisa sambil melihat Ryan masuk kelas dan ya, perjalanan kaki Ryan sedikit aneh. “Apakah kakinya begitu kerana aku? Maknanya dia memang angkat aku sampai rumah aku.”

Arisa pun menghampiri Ryan. Ryan sedang mengurut kakinya.

“Kenapa dengan kaki kau itu?” tanya Arisa walaupun dia boleh agak jawapan.

“Kecederaan lama.”

“Apa maksud kau?”

“Dulu aku pernah berlari, selepas itu aku jatuh tertiarap dan kaki aku cedera sedikit.”

“Bila itu?

“Minggu lepas sebelum aku bawa kau keluar.”

“Kalau cedera sedikit, jadi kenapa kau macam ini?”

“Nampak gaya, jadi semakin teruk.” kata Ryan sambil senyum.

“Kenapa kau senyum?”

“Aku okey.”

Arisa memaksa dirinya percaya kata-kata Ryan itu sebentar.

“Nanti aku balik dengan kau okey, Ryan?”

“Kenapa tiba-tiba mahu balik dengan aku?”

“Adalah, lagipun rumah kita kan sehala?

“Okey...”

Habis sekolah, seperti yang dijanjikan, mereka balik rumah bersama-sama. Sebenarnya, Arisa ingin melihat dengan sendirinya yang Ryan okey.

Dalam perjalanan, Arisa memulakan penyiasatannya.

“Kaki kau betul-betul okeykah?”

“Kan aku dah kata pagi tadi, kaki aku okey.”
“Aku sebenarnya tak percaya.”

“Macam mana aku nak buat kau percaya?”

“Buktikan kepada aku yang kaki kau okey.”

“Okey!” kata Ryan sambil berlari setempat dan melompat-lompat. Tidak lama selepas dia mula, dia meraung sakit. Lalu, dia jatuh tersungkur. Arisa terus pergi kepadanya.

“Kau tak apa-apakah?”

“Aku....tak apa-apa....”

“Bagaimana keadaan kau macam ini boleh dikatakan tak apa-apa?”

“Hehehe....”

“Ini bukan waktu untuk ketawa.”

“Kamu kata pagi tadi yang kamu dapat kecederaan sebelum kita keluar hari itu kan?”

“Ya....”

“Adakah mungkin kecederaan itu menjadi semakin teruk kerana kau angkat aku balik rumah?” tanya Arisa

“Bukan, salah aku sendiri.”

“Aku tak percaya. Ini mesti salah aku.”

“Bukan”

“Memang salah aku kerana kau angkat aku balik rumah aku walaupun kau dah cedera.”

“Bukan, aku sendiri yang mahu angkat kau balik rumah kau.”

“Kenapa kau begitu bodoh?”

“Macam mana pula aku bodoh?” katanya sambil cuba mendirikan dirinya.

“Yalah.....” Arisa memotongkan ayatnya setelah melihat Ryan cuba berdiri. Arisa pun memapahnya.

“Kau nak balik rumah kau ke?”

“Ya....kenapa?”

“Aku papah kau.”

“Kau....tak apa. Aku boleh balik sendiri.”

“Dengan keadaan kau ini, aku tak boleh biarkan kau balik sendiri. Lagipun, salah aku juga buat kaki kau macam ini.”

“Berapa kali aku dah kata ini bukan salah...” Ayat Ryan dipotong kerana Arisa meletakkan jari telunjuknya di mulut Ryan.

“Tak kira apa kau kata, aku akan papah kau balik.”
“Degilnya kau ini!”

“Kau baru tahu ke?”

“Hmph.....”

Arisa pun memapah Ryan. Dalam perjalanan ke rumah Ryan, mereka perlu melalui rumah Arisa. Oleh itu, Arisa mengambil kesempatan untuk meletakkan begnya di dalam rumah dan memberitahu ibu bapanya yang dia pergi rumah Ryan.

“Kau tunggu di sini! Kalau kau lari, ini akan jadi hukuman kau.” kata Arisa sambil menunjukkan penumbuknya.

“Baik. Baiklah” kata Ryan kerana takut. Dia pernah rasa penumbuk itu banyak kali dan dia tahu yang ianya menyakitkan.

Arisa pun memasuki rumahnya dan lebih kurang setengah berlalu dan dia akhirnya keluar dari rumahnya memakai pakaian kasual.

“Patutlah kau ambil masa yang lama. Sempat mandi dan tukar pakaian.”

“Hehehe...” kata Arisa.

“Hmph....” kata Ryan sambil berjalan dulu.

“Eh, tunggu dulu!”

“Kenapa pula? Aku dah lama tunggu kau tadi.”

“Maaf! Maaf” kata Arisa sambil mengejar Ryan.

Arisa berjalan dengan Ryan.

“Berhenti!” kata Arisa

“Kenapa?”

“Beri aku beg kau!”

“Kenapa kau mahu beg aku?”

“Jangan banyak tanya! Beri sahaja.”

“Okey.”

Ryan memberi begnya kepada Arisa dan Arisa mengalas beg itu di bahunya.

“Sekarang, jom kita jalan lagi.”

“Tak perlulah susah-susah untuk aku.”

“Ini tanggungjawab aku. Kaki kau cedera lebih teruk kerana aku.”

“Tapi aku dah kata...”

“Shh...........”

“Arisa....”

“Apabila kita sampai rumah kau, baru aku akan benarkan kau cakap.”

“Arisa!...”

“Dah... Kita dah nak sampai rumah kau ini. Tunggu sekejap sahaja, okey?”

Kisah AKU dan KAU Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Kusen Almunium Lampung