DAYANA berjalan dengan malas mengekori rakan-rakannya yang lain. Mereka hendak berkelah untuk tiga malam di dalam hutan, kononnya hendak membuktikan keberanian mereka.
"Masih lama ke?" soal salah seorang daripada mereka, Irfan Rizqi.
"Dah nak sampailah kita ni," jawab Khalish yang mengetuai mereka.
"Cepatlah... dah nak gelap ni," suara Zara sambil menggaru-garu tengkuknya yang gatal digigit nyamuk.
"Sabarlah," balas Khalish geram. Rimas mendengar aduan mereka.
Selepas beberapa minit berjalan, Khalish berhenti berjalan menyebabkan mereka semua terhenti.
"This is the perfect spot," katanya. Dia tersenyum lebar. Mereka semua mengeluarkan beberapa barang dari beg mereka. Aril yang diamanahkan membawa tikar menghamparkan dua helai tikar untuk dijadikan alas tempat mereka berehat. Dayana dan Khalish pula mengeluarkan khemah dari beg mereka. Satu khemah untuk lelaki dan satu khemah untuk perempuan. Setelah siap berkemas, mereka semua berehat di dalam khemah mengikut jantina masing-masing.
Keesokan harinya...
Dayana keluar dari khemahnya perlahan-lahan. Jam sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi. Dia hendak berjalan sekeliling hutan, ingin mencari tempat untuk dia mandi. Beg galasnya dibawa sekali. Dia berjalan sambil berpeluk tubuh, sejuk. Dia memandang sekeliling hutan untuk mencari sungai. Semakin lama dia berjalan, semakin jauh dia meninggalkan kawasan perkhemahan mereka.
"Hai, seorang diri ke?" sapa seseorang.
Dayana terkedu. Langkahnya terhenti. Seorang lelaki menghampirinya dari belakang. Dayana berpaling.
"Tak takut ke?" soal lelaki itu lagi. Dia tersenyum sinis memandang Dayana yang ketakutan. Jarak dia dan Dayana semakin dekat menyebabkan Dayana mengundur. Tiba-tiba, seekor binatang berupa serigala menerkam lelaki tersebut. Lelaki tersebut meraung kesakitan apabila binatang itu mengoyak dagingnya dengan giginya yang tajam. Tanpa membuang masa, Dayana berlari ke kawasan perkhemahan sepantas kilat. Dia sangat takut. Dia masih ingin hidup. Dia menoleh dan melihat binatang itu sedang mengejarnya. Dia kembali memandang hadapan.
'Ya Allah, selamatkanlah aku!' doanya dalam hati.
Zara menggosok-gosok matanya. Dia duduk lalu melihat Dayana tiada. Dia mengejutkan Nadia yang sedang nyenyak tidur.
"Oi, bangunlah," ujarnya.
Nadia membuka matanya perlahan-lahan. Dia kemudian menguap lalu memandang Zara.
"Kenapa kejutkan aku?" soal Nadia.
"Mana Yana?"
Nadia memandang tempat tidur Dayana. Kosong.
"Kat luar kot," jawabnya.
Zara mengeluarkan kepalanya dari khemah tersebut. Dia memandang sekeliling. Kelihatan hanya Aril dan Khalish sedang menghirup udara segar di luar.
"Aril! Khalish!" panggilnya nyaring.
Aril dan Khalish menoleh. Mereka berlari-lari anak menghampiri khemah perempuan.
"Asal?" soal Khalish.
"Yana mana?"
"Entah," jawab Aril sambil mengangkat bahu.
"Dia takda dengan korang ke?" soal Khalish risau. Dahinya berkerut.
"Tak," jawab Zara. Dahinya turut berkerut.
Aril bercekak pinggang sambil memandang sekeliling manakala Khalish pula mula gelabah.
"Jomlah! Kita cari dia!" ajaknya.
Zara memandang Nadia yang masih tidur. Dia menggoncang kasar bahu gadis itu.
"Bangunlah! Kita nak cari Yana ni!" kejutnya.
Nadia segera bangun. "Kenapa dengan Yana?" soalnya panik.
"Dia hilang," jawab Zara.
"Tapi, aku belum mandi."
"Nanti-nantilah kita mandi. Yang utama sekarang ialah Yana."
Nadia mengangguk lemah. Dia sangat rimas kerana belum mandi, tetapi sekarang nyawa Dayana paling penting! Dia membuntuti Zara keluar dari khemah tersebut. Mereka berempat berjalan dalam satu kumpulan.
"Mana Yana ni," gumam Zara risau. Dia memandang sekeliling hutan.
"Aaaaa!" Satu jeritan seorang gadis kedengaran tidak jauh dari situ. Mereka segera berlari mengikut arah jeritan tersebut.
Air mata Dayana semakin deras mengalir. Binatang itu semakin dekat. Ia menyerupai serigala. Bulunya berwarna perang, begitu juga dengan matanya. Dayana terjatuh setelah kakinya diterkam binatang tersebut, namun cepat-cepat dia mengundurkan diri. Dia cuba untuk bangun namun gagal. Betis kanannya terasa pedih. Mungkin cedera akibat diterkam.
"Yana!" panggil Aril sebaik sahaja melihat Dayana. Dia berlari dengan laju menghampiri gadis itu. Dia kemudian memandang binatang yang turut memandangnya. Aril mengeluarkan pisau patah dari poket seluar jeansnya lalu membalingnya kepada binatang itu. Binatang itu sempat mengelak. Ia kelihatan takut sekali. Perlahan-lahan, ia mula berubah. Mata Dayana dan Aril membesar. Khalish, Nadia dan Zara yang baru tiba turut memandang apa yang dilihat mereka berdua. Dahi mereka berkerut. Pelik, kenapa mereka terkejut tengok pemuda di hadapan itu?
"Kau... manusia?" soal Dayana.
Pemuda itu tidak memberi sebarang respons. Angguk tidak geleng pun tidak. Nadia tersenyum memandang pemuda itu. Sangat gorgeous. Matanya hazel, kulitnya cerah, bibirnya merah, ketinggiannya melebihi 6 kaki, badannya tegap, rambutnya keperangan apabila dipancar matahari dan dia kelihatan seperti kacukan Inggeris. Aril menuding jari terhadap pemuda itu.
"Kau werewolf!" katanya.
Khalish, Nadia dan Zara memandang Aril terkejut. "Apa kau repek ni?" marah Nadia.
"Believe me, he just formed into a wolf! Dia yang serang Yana!" terang Aril.
"Kau pasti ke? Wujud ke werewolf?" Khalish masih ragu-ragu.
Pemuda itu menghampiri mereka perlahan-lahan. Mereka semua memandangnya.
"Yes, I am a werewolf. And 'we' exist," suaranya.

MEREKA berlima terdiam. Pemuda itu melutut di sebelah Dayana. Dia mengambil lengan Dayana lalu meletakkannya di belakang lehernya. Khalish cuba untuk melarang perbuatannya namun ditahan Aril. Dayana menarik semula lengannya.
"Apa kau nak buat?" soal Dayana.
Pemuda itu memandangnya. "Bawak kau ke pondok aku," jawabnya tenang.
"Pondok kau?" celah Khalish.
"Kawan kau kata aku cederakan dia," jelas pemuda itu. Dia memandang Khalish pula.
"Jap... awak tak ingat yang awak cederakan dia?" soal Zara pelik. Dia berpeluk tubuh.
Pemuda itu menggeleng.
"Jadi, kau lupa yang kau dah makan seorang lelaki?" suara Dayana.
Khalish, Aril, Nadia dan Zara terkejut.
"I'm a werewolf, aku lupa mangsa aku dan siapa yang telah aku cederakan selepas aku bertukar menjadi manusia," terang pemuda itu. Wajah mereka berlima dipandang satu per satu.
Pemuda itu mengambil lengan Dayana sekali lagi namun ditarik gadis itu sebelum dia sempat meletakkannya di belakang lehernya. Khalish memegang bahu pemuda itu.
"Bro, kalau kau nak bawak dia... let the ladies do it," tegas Khalish. Dia tahu Dayana tidak suka disentuh lelaki.
Pemuda itu mengangguk lalu bangun. Dia memandang Nadia dan Zara. Nadia dan Zara menghampiri Dayana.
"Kau okey?" soal Zara risau.
"Betis aku ni haa... diterkam dia," jawab Dayana. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit.
Nadia dan Zara memapah Zara ke pondok pemuda itu. Pemuda itu dan Aril mengetuai mereka manakala Khalish berjalan di belakang sekali.
"Kau kata kau werewolf," mula Aril.
Pemuda itu mengangguk. Dia memandang Aril yang berjalan di sebelahnya.
"Macam mana kau boleh jadi werewolf?" soal Aril ingin tahu. Soalan itu asyik bermain di fikirannya.
Pemuda itu tersenyum mendengar soalan Aril. Dia kembali memandang hadapan.
"Dua tahun lalu, aku belajar di England."
Aril mendengar dengan khusyuk.
"It was my last year, jadi beberapa kawan aku dan aku nak buat sesuatu yang tak akan kami lupakan. Salah seorang daripada kawan aku cadang pergi ke hutan semasa full moon sebab dia ingin membuktikan bahawa werewolf tak wujud. Dan kami semua bersetuju.
"Kami pergi semasa full moon. Malam itu, semua kawan aku dimakan werewolf kecuali aku. Aku sempat melarikan diri selepas lengan kiri aku digigit werewolf."
"Maksudnya, kau jadi werewolf selepas kau digigit?" soal Aril.
Pemuda itu mengangguk. "It changed my life forever. Setiap kali full moon, aku akan pergi ke hutan."
"Kenapa?"
"Aku tak nak cederakan orang lain. Apabila aku bertukar menjadi werewolf, aku akan serang sesiapa di depan aku. Termasuk ahli keluarga. Sebab itulah aku serang kawan kau," jelas pemuda itu.
"Dan selepas kau tukar semula menjadi manusia, kau lupa siapa yang kau dah cederakan?"
Pemuda itu mengangguk sekali lagi.
"Selepas full moon habis, apa kau buat?" soal Aril.
"Aku jalani hidup biasa, macam kau. Aku makan, pergi kerja, tidur," jawab pemuda itu.
Aril diam sejenak, memikirkan soalan seterusnya. Dia kemudian teringat kejadian tadi. Pemuda itu ketakutan apabila melihat pisau patah yang dibalingnya.
"Kenapa kau takut semasa aku baling pisau patah kat kau?"
"Aku akan mati kalau aku dicucuk benda silver."
Aril ketawa kecil. "That's not silver," katanya geli hati. Pemuda itu memandangnya pelik.
"But it looked like one."
"Kinda makes no difference huh?"
Meletus tawa pemuda itu. Tidak sangka dia tertipu. Mereka berhenti di hadapan sebuah pondok kecil.
"Kau tinggal sini?" soal Aril sambil menunjuk pondok tersebut. Di tepi pondok tersebut terdapat sebatang sungai. Pemuda itu mengangguk.
"Yay! Sungai!" sorak Nadia kegirangan.
"Jom, kita masuk. Biar dia rawatkan Yana," ajak Aril. Dia berpaling memandang rakan-rakannya.
Mereka berempat akur. Dayana diletakkan di sebuah bangku kayu di dalam pondok tersebut. Aril memandang sekeliling bilik itu. Kelihatan hanya sebuah bangku dan beg galas di dalam bilik tersebut.
"Kau tidur sini?" soalnya kepada pemuda itu.
Pemuda itu menggeleng. "Aku tidur sebagai werewolf, jadi aku tidur kat luar."
"Bangku tu?" Aril menunjuk bangku yang diduduki Dayana.
"Tu tempat aku bersantai," jawabnya.
"Macam mana kau makan?" Aril memandangnya pelik.
"Aku memburu," jawab pemuda itu pendek. Aril yang faham terus mengangguk.
"Lebih baik korang pulang selepas dia dirawat," suara pemuda itu.
"Kenapa?"
"Aku tak nak makan korang."
Gulp! Aril menelan air liur. "Okey," balasnya gugup.
Pemuda itu menyarungkan T-shirt merah dari begnya lalu menghampiri Dayana. "Boleh aku tengok luka kau?" soalnya.
Dayana mengetap bibir. Dengan hati yang berat, dia menyingsing seluar jeansnya lalu menampakkan betisnya. Khalish, Nadia, Zara, Aril dan dirinya sendiri terkejut melihat betisnya yang berlumuran dengan darah. Pemuda itu kelihatan serba salah. Dia bangun untuk mengambil kain dari begnya lalu keluar. Dia membasahkan kain tersebut di sungai kemudian masuk semula. Dia menghampiri Dayana.
“Ni akan pedih sedikit,” pesannya.
Dayana mengangguk. Pemuda itu mengelap darah di betisnya dengan perlahan. Dahi Dayana berkerut-kerut menahan sakit. Sesekali dia mengaduh kecil. Lama-kelamaan, kesakitannya tidak terasa. Dayana memandang pemuda itu.
“Aku dah kurangkan kesakitan kau,” jawab pemuda itu apabila melihat wajah keliru Dayana.

PEMUDA itu memandang dari jauh Khalish yang bertanyakan macam-macam kepada Dayana. Jelas Khalish kelihatan risau. Pemuda itu tersenyum sendirian.
"Ke mana kau pergi hah?" soal Khalish risau.
"Aku pergi cari sungai," jawab Dayana acuh tak acuh. Aril ketawa melihat mereka berdua.
"Asal kau risau sangat?" soalnya kepada Khalish.
Khalish memandangnya pelik. Dahinya berkerut.
"Mestilah, dia kan kawan kita," balasnya.
"Sekurang-kurangnya aku masih hidup," celah Dayana.
"Kau hidup pun sebab Aril selamatkan kau," marah Khalish.
Dayana bangun lalu berjalan terhincut-hincut menghampiri pemuda itu. Khalish terlopong memandangnya. Dia kemudian memandang Aril yang berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding.
"Dia tinggalkan aku macam tu je?" soalnya tidak percaya.
"Padan muka. Itulah kau, tak habis-habis membebel," balas Aril selamba. Dia tersenyum sinis.
Khalish menumbuk bahu Aril menyebabkan tawa Aril meletus. Suka melihat Khalish marah.
"Terima kasih sebab rawatkan aku," ucap Dayana.
Pemuda itu menoleh. Dia menghadiahkan senyuman.
"Tak perlulah berterima kasih. Sepatutnya kau benci aku, sebab akulah kau cedera," balasnya.
"Boleh aku tahu nama kau?" soal Dayana. Dia bersandar pada dinding di sebelah pemuda itu. Topi baseballnya dipusing ke belakang.
"Aryan Danial."
"Oh, aku Dayana Sofea. Panggil aku Yana."
Aryan mengangguk tanda faham. Dayana memandang Nadia dan Zara yang sedang merendamkan kaki di dalam sungai.
"Aku bermimpi ke?" suaranya.
"Kenapa?"
"Werewolves, do they really exist?"
Aryan sekadar tersenyum.
"I'm a big fan of Twilight, jadi berhadapan dengan werewolf... is just like a dream," kata Dayana dengan nada teruja.
"Peminat Jacob?" soal Aryan geli hati. Dia memandang Dayana dari tepi. Dayana ketawa.
"I prefer Edward," jawabnya menyebabkan tawa Aryan meletus.
"Kau? Suka Bella?" soal Dayana.
Aryan menggeleng. "Aku tak minat baca novel. Aku lebih suka main piano. It's so relaxing, membuatkan aku hanyut dalam dunia sendiri. Sometimes, I forgot that I'm a werewolf when I play piano."
Dayana memandangnya sayu. "Macam mana kau boleh jadi werewolf?"
"Aku digigit oleh werewolf dua tahun lalu."
"Tapi... kau boleh pecahkan sumpahan ni, kan?"
Aryan mengangguk.
"How?" soal Dayana ingin tahu.
"It's impossible."
"Mustahil? Kenapa pulak?" Dahi Dayana berkerut.
"Aku perlu bunuh werewolf yang gigit aku tu."
"Haa! Mana dia?" soal Dayana teruja. Dia berdiri tegak memandang Aryan.
"England," jawab Aryan.
Dayana tergamam. "England? Jauhnya," keluhnya.
"By the way, aku nak kau dan kawan-kawan kau keluar dari hutan ni segera. Aku takut aku akan serang korang," tegas Aryan.
Dayana memandangnya pelik. "Kau sanggup ke serang kita orang?'
Aryan mula kalut. "Tak, that's not what I meant! Argh! How should I explain this?" Dia meraup mukanya. Kemudian, dia memandang Dayana.
"Apabila aku bertukar menjadi werewolf, aku tak dapat kawal diri aku. Dan aku akan serang sesiapa saja di depan aku. Sebab itulah aku serang kau," terangnya.
"Lelaki tu?" soal Dayana merujuk kepada lelaki yang dimakan Aryan tadi.
"Lelaki mana?" Dahi Aryan berkerut.
"Laa... lupa ke?"
Aryan menepuk dahinya lalu memandang Dayana semula. "I've told you, selepas aku tukar semula menjadi manusia, aku akan lupa siapa yang aku dah cederakan."
"Oh..."
"Faham?"
"Faham."
"Good."
Dayana memandang sungai di luar pondok tersebut.
"Sungai tu panjang, kan?" suaranya.
"Yup. Kenapa?"
"Kita orang plan nak mandi kat sungai ni. Lelaki kat sini, dan perempuan jauh lagi."
"Kenapa tak nak perempuan kat sini?" gurau Aryan.
Dayana ketawa. "Eee! Dahsyatnya!"
"Gurau je la. Jaga diri tau."
"Okey."
DAYANA memandang luar tingkap kereta. Wajah Aryan melayar di minda. Khalish yang memandu kereta sesekali memandangnya melalui cermin pandang belakang.
"Fan, rugi besar kau tak ikut kita orang tadi," suara Aril.
Irfan melepaskan keluhan. "Itulah kau, tak kejutkan aku. Aku pun nak tengok werewolf," marahnya.
"Haha... padan muka! Tidur tak ingat dunia. Beribu-ribu kali aku kejutkan kau, kau masih jugak tidur."
"Sakit ke Yana? Diterkam werewolf?" soal Irfan kepada Dayana.
"Hmm?" Dayana masih blur.
"Dia syok kat mamat werewolf tu, sebab tu la termenung," sindir Khalish.
"Eh! Pandai-pandailah kau ni," nafi Dayana.
"Tapi kau syok kat mamat tu, kan?" usik Aril. Dia yang duduk di sebelah tempat pemandu memandang belakang sambil menunding jari ke arah Dayana.
"Tak boleh tau fitnah," jawab Dayana.
"Hmm, tak nak mengakulah tu." Aril mencebik.
Dayana ketawa. Dia kembali memandang luar tingkap. Harapnya, dia akan berjumpa lagi dengan Aryan aka Mr. Werewolf kelak.
DAYANA keluar dari kereta Alphard milik Khalish. Dia berjalan ke pintu pagar rumah agamnya. Loceng ditekan. Beberapa minit kemudian, pembantu rumahnya, Mak Melur, membuka pagar untuknya. Dayana memandang kereta Alphard tersebut semula lalu melambai ke arah rakan-rakannya yang masih berada dalam kereta. Tingkap kereta pemandu diturunkan lalu Khalish membalas lambaiannya sambil mengukir senyum. Dayana masuk ke dalam perkarangan rumah.
"Awalnya Yana balik?" soal Mak Melur yang sedang mengunci pintu pagar rumah.
"Susahlah bermalam kat hutan tu mak cik," rungutnya. Dia berjalan beriringan dengan Mak Melur.
"Memanglah susah. Kat hutan tu bukannya ada bilik air untuk mandi, makan semua cari sendiri."
"Tapi kat tv okey je."
Mak Melur menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata anak majikannya itu. Mereka berdua masuk ke dalam rumah lalu ke dapur.
"Mama dan papa mana mak cik?" soal Dayana apabila melihat rumah kosong.
"Kerja," jawab Mak Melur. Dato' Irham sibuk menguruskan syarikat manakala Datin Nazirah pula sibuk dengan butiknya.
"Oh. Mak cik seorang diri la ye?" Dayana membuka peti ais, melihat makanan dan minuman yang ada. Dia kemudian mengeluarkan botol 1 liter Tropicana Twister Orange.
"Apa pulak seorang diri. Abang Yana tu?" Mak Melur menyambung kerjanya mencuci pinggan yang tergendala tadi.
Dahi Dayana berkerut. Dia mencapai gelas kaca dari kabinet lalu menuang air oren tersebut ke dalam gelas. "Abang tak kerja ke?" soalnya pelik. Dia meneguk air tersebut sehingga habis.
"Tak, Dato' suruh dia berehat, sebab tu la Dato' kerja hari ni," jawab Mak Melur. Dayana menyimpan semula botol tersebut ke dalam peti ais lalu berjalan ke sinki untuk mencuci gelas tersebut.
"Yana letak je dalam sinki, nanti mak cik cuci," arah Mak Melur.
"Mak cik tak keberatan ke?" soal Dayana dengan kerutan di dahi.
"Tak. Ni memang tugas mak cik pun."
"Yana nak ringankan beban mak cik la."
"Yana rehat je."
"Okeylah kalau macam tu mak cik, Yana nak rehat jap," katanya seraya meletakkan gelas tersebut ke dalam sinki. Dia kemudian mendaki tangga setelah Mak Melur mengangguk. Dayana masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu. Dia meletakkan beg galasnya di birai katil. Topi baseballnya diletakkan di atas meja sebelum dia beredar ke bilik air.
Selepas merehatkan diri, Dayana masuk ke dalam sebuah bilik yang meletakkan sebuah piano berwarna hitam. Piano itu dulu milik abangnya namun kini kesibukan abangnya membuatkan piano tersebut terabai begitu sahaja.
"Aku tak minat baca novel. Aku lebih suka main piano. It's so relaxing, membuatkan aku hanyut dalam dunia sendiri. Sometimes, I forgot that I'm a werewolf when I play piano."
Suara Aryan terngiang-ngiang di pendengarannya. Dayana duduk di atas kerusi yang disediakan lalu memandang kosong piano tersebut. Entah mengapa, hatinya yang meronta-ronta ingin berjumpa dengan Aryan kini reda apabia dia melihat piano tersebut. Terbayang-bayang dia Aryan bermain piano.
"Adik," panggil abang Dayana, Danish, yang terjengul di muka pintu membuatkan lamunan Dayana terhenti. Dayana menoleh.
"Abang!" katanya riang.
"Kenapa adik kat sini?" soal Danish pelik. Mak Melur memberitahunya bahawa Dayana telah pun balik dan berada di bilik piano.
"Saja. Err... boleh adik tanya sesuatu?" mula Dayana.
Danish masuk ke dalam. "Sure," jawabnya pendek.
"Is it relaxing playing piano?" soal Dayana.
"Of course, listening to piano instrumental is relaxing enough, moreover playing it."
Dayana diam sejenak. "Abang percaya ke werewolf wujud?"
Danish tersenyum sinis. "Mestilah tak. Werewolves are just myths."
"Oh."
"Kenapa?"
"Tak ada apa-apalah."
"Haa... kenapa adik balik awal? Kata nak camping untuk tiga malam kat hutan."
"Susahlah tinggal kat hutan. Air susah nak cari, malam asyik digigit nyamuk."
"Itulah adik, fikir tinggal kat hutan senang ke?"
Tiba-tiba, Dayana teringatkan Aryan yang seorang diri di dalam hutan. Dia kemudian menggelengkan kepalanya, ingin membuang Aryan dari fikirannya.
"Kenapa dik?" soal Danish apabila melihat Dayana menggelengkan kepalanya.
"Nothing. Err... adik nak rehatkan diri dulu. Bye," dalihnya lalu keluar dari bilik tersebut. Danish memandang adiknya yang berlalu pergi lalu mengangkat bahu. Dia menghampiri piano itu. Mak Melur akan mengelap piano tersebut setiap hari menyebabkan piano itu tidak berhabuk. Dia duduk di atas kerusi lalu mula memainkan Kiss The Rain oleh Yiruma, lagu yang nostalgik baginya.
Malam itu, Dayana dan Danish ingin membuat kejutan bagi Dato' Irham dan Datin Nazirah. Mereka menyuruh Mak Melur merahsiakan kedatangan Dayana. Jadi, Danish, Dato' Irham dan Datin Nazirah menikmati makan malam seperti biasa.
"Apa agaknya Yana buat sekarang?" ujar Datin Nazirah risau.
"Jangan risaulah. Yana tu bukannya budak kecik, dah besar panjang," tenang Dato' Irham.
Danish menyuap nasi ke dalam mulutnya dengan sudu. Dia hanya mendengar perbualan ibu bapanya.
"Dia baru 21, bang."
"Irah jangan lupa, Yana tu lasak, ganas... dia bukannya lembik pun."
"Memanglah bang. Tapi-"
"Hai pa! Ma!" laung Dayana yang muncul di muka pintu ruang makan. Dato' Irham dan Datin Nazirah memandangnya terkejut. Dengan pantas, Datin Nazirah memeluk anaknya itu. Danish tersenyum sendirian.
"Bila Yana balik?" soal Datin Nazirah teruja.
"Pagi tadi," jawab Dayana.
"Laa... kenapa Yana tak call mama dan papa?"
"Yana nak surprisekan mama dan papa la."
"Jom kita makan sama-sama," pelawa Dato' Irham.
"Mama makanlah dulu, Yana nak ambik pinggan kat dapur," ujar Dayana.
Datin Nazirah menurut. Dayana berjalan ke dapur lalu mengambil pinggan dari kabinet.
"Mak cik tak nak makan dengan kita orang ke?" soalnya kepada Mak Melur yang sedang berehat di dapur.
"Yana makanlah dulu, nanti mak cik makan," tolak Mak Melur.
"Alaa mak cik, jomlah kita makan sama-sama. Takkanlah mak cik makan seorang diri," pujuk Dayana sambil menarik-narik lengan Mak Melur.
"Yela yela." Mak Melur mengalah.
"Yay! Thank you mak cik!" sorak Dayana lalu memeluk Mak Melur. Mak Melur ketawa kecil. Dayana mengambil pinggan untuk Mak Melur dari kabinet.
"Jom," ajaknya. Mak Melur membuntutinya ke ruang makan.
Selepas makan dan berbual dengan ahli keluarganya, Dayana berjalan keluar dari rumah tersebut. Dia berpeluk tubuh sambil memandang bulan penuh di langit.
"Aryan," gumamnya perlahan.
'Apa agaknya dia buat sekarang,' fikirnya.
DAYANA berjalan terhincut-hincut ke kelasnya. Beg sandangnya yang hampir terjatuh dari bahu diatur. Wajahnya sugul.
"Hei sis! Asal masam je muka?" tegur Zara sambil memeluk bahu Dayana.
"Tak ada apa-apalah."
"Share la dengan aku. Let me guess... kau rindukan mamat werewolf tu, kan?" usik Zara.
Dayana meleraikan pelukan Zara. "Taklah. Cuma, entahlah."
"Cuma apa? Mengaku je la, kau rindukan dia. Dah dua tiga hari perkara tu berlalu, takkan kau masih ingatkan dia kut."
"Aku cuma kesian kat dia. Dia masih muda tapi jadi werewolf."
"Alasan," cebik Zara.
"Kalau kau tak nak percaya sudah... aku tak peduli. Aku tak ada masa la nak bercintan cintun," marah Dayana lalu meninggalkan Zara seorang diri.
"Kenapa dengan Yana tu?" soal Aril yang baharu tiba dengan Khalish, Irfan dan Nadia.
"Entah. Macam takda mood je aku tengok," jawab Zara.
"Dia masih teringatkan mamat werewolf tu ke?" celah Khalish.
"Mungkin. Dia kesian kat mamat tu sebab perlu jadi werewolf."
"Best gila jadi werewolf," beritahu Irfan.
Aril menolak kepala Irfan. "Best kau kata? Derita wei," marahnya.
Nadia, Zara, Khalish dan Irfan memandangnya pelik. "Asal derita? Bukan werewolf awesome ke? Ada super strength, heals quickly dan macam-macam lagi la," soal Irfan.
Yang lain mengangguk. "Awesome tu memanglah, tapi tidak bagi mereka yang mengalaminya. Setiap kali bulan penuh, Aryan pasti akan lari ke hutan. Sebab dia tak nak cederakan sesiapa," jelas Aril.
"Habis? Asal dia serang Yana?" soal Khalish geram.
"Dia tak dapat kawal diri dia, dan sekiranya dia serang sesiapa, dia tidak akan ingat langsung selepas menjadi manusia semula."
"Yeah, right," gerutu Khalish.
Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkerut. "Betul ke dia werewolf? Korang tak reka cerita ke?" Dia masih ragu-ragu tentang kesahihan cerita rakan-rakannya itu.
"Nak reka apa bende, kau tak tengok ke kaki Yana cedera semasa kita balik hari tu?" soal Aril kembali.
"Tengok tu adalah, tapi confirm ke werewolf yang cederakan dia? Mungkin dia terjatuh ke," jawabnya.
"Aku lihat dengan mata aku sendiri yang werewolf tu nak makan Yana. Aku saksi," balas Aril geram.
"Kau bukan berhalusinasi?"
"Tak!"
"Asal kau tak kejutkan aku semasa nak cari Yana?" soal Irfan dengan nada kecewa.
"Kau ingat tak mamat dalam pondok semasa kita mandi kat sungai hari tu?" ingat Khalish.
Irfan mengangguk. "Ingat."
"Dialah werewolf tu," sambung Khalish.
"Kau pasti ke?"
"Ya, aku pasti. Sebab mata mamat tu sama semasa dia tukar jadi werewolf," sampuk Aril.
"Ah! Karut la korang ni. Werewolf tak wujud la." Irfan masih berdegil.
"Kalau kau tak nak percaya, sudah. Kita orang blah," celah Nadia lalu mereka meninggalkan Irfan seorang diri.
"Alaa... korang! Janganlah tinggalkan aku... Korang!" panggilnya sambil mengejar mereka.
KHALISH menghampiri Dayana yang sedang duduk seorang diri di kafeteria. Dayana menguis-nguis mi goreng yang dipesannya sambil termenung jauh.
"Boleh aku duduk sini?" tegur Khalish menyebabkan lamunan Dayana terhenti. Dayana menoleh lalu mengukir senyum.
"Duduklah," jawabnya.
Khalish duduk di hadapannya.
"Kenapa dengan kau?" soal Khalish prihatin.
"Tak ada apa-apalah." Dayana tersenyum tawar.
"Kita berkawan sejak kita Form One lagi, aku kenal sangat dengan perangai kau. Dan aku tahu kau ada masalah. Kau fikirkan mamat werewolf tu, kan?"
"Nama dia Aryan, bukan mamat werewolf," tegas Dayana.
Khalish terdiam. "Kau rindu dia, am I right?"
Dayana tunduk. "Aku tak tahulah. Tapi, mustahillah aku sukakan dia... aku baru berkenalan dengan dia."
"Itu namanya cinta pandang pertama."
Dayana mengeluh. Dia kembali memandang Khalish. "Aku tak pastilah sama ada aku sukakan dia atau..." Dia terdiam.
"Atau apa?" soal Khalish.
"Aku kesian kat dia," jawab Dayana lemah.
Khalish menggaru kepalanya. "Boleh aku tanya kau sesuatu?" soalnya.
"Tanyalah."
"Err... kenapa kau kesian kat dia? Hanya kerana dia werewolf?"
Dayana diam sejenak. "Sebenarnya, tak. Aku kesian kat dia sebab aku tak dapat tolong dia pecahkan sumpahan tu."
Dahi Khalish berkerut. "Kenapa tak dapat?"
"Aku lupa minta nombor telefon dia."
Khalish tersenyum geli hati. "Kau tak perlu risaulah. Nanti-nanti korang akan berjumpa jugak."
Dayana memandangnya pelik. "Maksud kau?"
"I've done some research about werewolves, he'll find you soon."
"Aku masih tak fahamlah."
"Apabila masanya dah tiba, kau akan faham jugak. Dia akan jelaskan kepada kau."
"Kau beritahu je la dengan aku," pujuk Dayana.
"Patience is virtue," jawab Khalish dengan sengihan lebar. Dia kemudian meninggalkan Dayana.
"Khalish!" panggil Dayana namun panggilannya tidak diendahkan.
Dayana menopang dagunya.
"Kau tak perlu risaulah. Nanti-nanti korang akan berjumpa jugak."
"I've done some research about werewolves, he'll find you soon."
Kata-kata Khalish terngiang-ngiang di pendengarannya. Mata Dayana membesar.
"Aku akan berjumpa dengan Aryan semula?"
DUA bulan berlalu...
"Thank you, please come again," ucap Dayana kepada pelanggan wanita 30-an itu. Wanita itu membalas senyumannya sambil mengambil beg plastik dari tangan Dayana. Dia kemudian keluar dari butik tersebut.
Dayana duduk semula. Dia dipaksa ibunya untuk menjaga butik sementara menunggu cuti semester tamat. Dayana memandang sekeliling butik.
"Psst!" panggil seseorang menyebabkan Dayana menoleh. Senyuman lebar serta-merta terukir di bibir.
"Apa kau buat sini?" soalnya teruja apabila melihat Aril sedang berdiri di hadapan kaunter.
"Saja, nak lawat kau."
Mereka berdua kemudian diam. Seorang pandang ke timur, seorang pandang ke barat.
"Okey, this is awkward," suara Dayana lalu ketawa. Aril turut ketawa.
"I know right?"
"Kau tak melancong ke mana-mana ke?" Dayana memandang Aril.
"Emm... malam ni aku pergi ke Paris," jawab Aril.
"Wow! Untungnya kau!"
"Kau ada plan tak cuti ni?"
"Tak. Aku jaga butik ni je."
"Eh! Okeylah ni daripada terperuk kat rumah. Manalah tahu, kau jumpa Aryan suatu hari," usik Aril. Dayana memukul bahunya. Dia ketawa.
"Aku dah lupakan dialah!"
"Yela tu."
"Betullah."
Aril memandang jam tangannya. "Okeylah, aku ciao dulu. Nak packing untuk malam ni," katanya lalu mengusap kasar kepala Dayana menyebabkan rambutnya berserabai. Dayana menolak tangannya. Aril ketawa besar sebelum keluar dari butik tersebut.
Dayana mengeluh apabila teringat kata-kata Aril.
“Eh! Okeylah ni daripada terperuk kat rumah. Manalah tahu, kau jumpa Aryan suatu hari."
"Harap-harap mulut kau masin, Ril. Amin." Dia meraup mukanya lalu tersengih sendirian.
Malam itu, Dayana merupakan orang yang terakhir keluar dari butik tersebut. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Tiba-tiba, dia terasa seseorang memaut lehernya. Dayana dengan segera menyiku perut orang itu tanpa memandangnya.
"Ouch!" aduh pemuda itu.
Dayana kemudian melarikan diri ke keretanya. Sepantas kilat, pemuda itu berjaya menangkap tangannya lalu menariknya menyebabkan Dayana menghadapnya. Mata Dayana membulat apabila melihat wajah pemuda itu.
"Macam mana..." Lidahnya terasa kelu untuk berkata-kata.
"Macam mana aku tahu kau kat sini?" teka Aryan.
Dayana mengangguk. Aryan tersenyum. "Jodoh?" jawabnya selamba.
Dayana tersenyum malu menyebabkan tawa Aryan meletus. "Just kidding," ujarnya dengan tawa yang masih bersisa.
Wajah Dayana mula membahang. Malu!
"Aku tahu lokasi sesiapa yang tahu akuwerewolf," terang Aryan.
"Betul ke? Kau bukan stalk aku?" gurau Dayana.
"Neah," jawab Aryan selamba.
‘Jadi, inilah maksud Khalish?’ fikir Dayana.
"Okey, untuk membuktikan kebenaran kata-kata kau, Aril sekarang kat mana?" Dayana mengangkat jari telunjuknya.
Aryan diam sejenak. "Dalam kapal terbang."
Dayana mengangguk-anggukkan kepalanya, kagum.
“Jom ar, kita makan kat mana-mana ke,” ajak Aryan.
“Aku nak balik ke rumah aku. Esok kita jumpa lagilah.”
Aryan mengeluarkan sehelai kertas tertulis nombor telefon dari dompetnya.
“Ni nombor telefon aku. Kalau rindu aku, just call me,” beritahunya selamba sambil menghulurkan kertas tersebut. Dayana menyambutnya.
“Tak ada masa lah aku nak rindukan kau,” balas Dayana. Dia menyimpan kertas tersebut ke dalam poket seluar jeansnya.
Aryan mencebik. “Yela tu. Macam mana luka kat betis kau?” soalnya apabila teringat luka di betis Dayana tempoh hari.
“Dah sembuh, tapi parut tak hilang,” jawab Dayana.
“Aku nak mintak maaf sebab cederakan kau,” ucap Aryan jujur.
“Tak apalah.”
“Dan aku jugak mintak maaf sebab parut tu tak akan hilang sampai bila-bila.”
Dayana terdiam sejenak. Kemudian, dia tersenyum. “Tak apalah, parut tu adalah tanda pertemuan pertama kita.”
“Woah, pertemuan pertama kita? Bunyi macam kita pasangan kekasih pulak,” ujar Aryan selamba.
Wajah Dayana membahang sekali lagi. “Maksud aku, pertemuan pertama kita yang menyebabkan wujudnya persahabatan ni,” jelasnya.
‘Dia tak suka aku ke? Argh! Jadi aku bertepuk sebelah tangan la ni?’ jerit hatinya.
“Yeah whatever. Jumpa kau esok?”
“Okey, kat mana?”
“It’s your choice.”
Dayana berfikir sejenak. “Kau nak makan apa selepas terperuk dalam hutan dua bulan?” soalnya geram. Entah mengapa, dia berasa sakit hati melihat wajah selamba Aryan.
“Wow, that’s offensive, but it’s okay. Aku nak makan kat Subway,” jawab Aryan.
“Kalau macam tu, kita jumpa di MidValley la,” putus Dayana.
“Okey. Aku pun nak singgah ke Starbucks,” kata Aryan.
“Aku baliklah. Bye,” ujar Dayana sebelum berpaling.
“Waalaikumussalam,” balas Aryan lalu beredar ke keretanya.
Dayana mengetap bibir.
‘Inikah perangai sebenar dia? Oh my!’ getus hatinya.
Dia masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan lalu kereta mula berjalan. Kepalanya runsing memikirkan perangai sebenar Aryan. Sangkanya, Aryan seorang yang romantik tapi rupa-rupanya… sebaliknya!
DAYANA berjalan menghampiri Aryan yang sedang mengisi perutnya di Subway. Pemuda itu memakai pakaian kerja seperti ahli korporat. Dayana duduk di hadapannya.
“Kau kerja sebagai apa?” soal Dayana serta-merta.
Aryan menghirup airnya. “Aku kerja kat syarikat bapak aku,” jawabnya sebelum kembali menggigit burger di tangannya.
“Oh.”
“Kau tak nak makan ke?” pelawa Aryan.
Dayana menggeleng. “Aku dah makan kat rumah. Sorry.”
“Kau diet ek?” usik Aryan.
Dayana memukul lengannya. “Taklah.”
Aryan ketawa.
“Aryan,” mula Dayana.
“Hmm?” Aryan mengangkat kening.
“Tentang sumpahan tu…”
Aryan menggigit kepingan burgernya yang terakhir sebelum kembali memandang Dayana. Dayana membalas pandangannya.
“Kalau kau tak keberatan, aku nak tolong kau pecahkan sumpahan tu,” ujar Dayana perlahan.
“Tak perlulah. Lagipun, mustahil untuk aku kalahkan ‘dia’,” jawab Aryan.
“Dia? Siapa?” soal Dayana pelik.
“He’s an Alpha.”
“Alpha?”
“Alpha adalah ketua kepada sesebuah Pack.”
“Maksud kau, ketua werewolf?”
Aryan mengangguk. Dahi Dayana berkerut.
“Tapi, kenapa kau perlu lawan dengan Alpha?” soal Dayana, masih tidak faham.
“Aku menjadi werewolf selepas aku digigit Alpha. Jadi, untuk pecahkan sumpahan, aku perlu bunuh dia,” terang Aryan.
Dayana mengangguk-angguk tanda faham. “Apa bezanya Alpha dengan werewolf biasa?” soalnya lagi.
“Alpha boleh sembunyikan bau mereka daripada werewolf yang lain. Jadi, Alpha dapat serang hendap aku. Kecederaan oleh Alphas akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. And the worst part, Alphas dapat mengawal mental betas yang telah mereka cipta, dan aku adalah salah satu betas yang telah dicipta,” jelas Aryan panjang lebar.
Dayana memandangnya tidak berkelip. Dia kemudian menopang dagunya dengan kedua-dua belah tangan. “Macam mana nak kalahkan dia kalau dia dapat kawal mental kau,” ujarnya perlahan.
“Sebab itulah aku malas nak pecahkan sumpahan ni,” rungut Aryan.
Dayana berfikir sejenak. Beberapa minit kemudian, dia memetik jarinya. Matanya bulat memandang Aryan. “Apa kelemahan Alphas?” soalnya.
"Entahlah. Tapi werewolves are vulnerable to silvers," jawab Aryan.
"Termasuk Alphas?"
"Yup." Aryan mengangguk.
“Kita tikam dia dengan silvers,” cadang Dayana.
“Kau ingat senang ke?” soal Aryan sambil berpeluk tubuh.
Dayana kembali menopang dagunya.
“Itu je idea kau?” soal Aryan, sarkastik.
Dayana mengangguk perlahan. Aryan tersenyum geli hati.
“Hei! Janganlah ketawa,” marah Dayana.
Aryan ketawa kecil. “Aku ingatkan idea kau hebat sangat sehingga kau petik jari bagai,” katanya selamba.
Dayana turut ketawa.
“Jomlah, kita pergi ke Starbucks pulak. Aku nak minum Frappucino Mocha favourite aku,” ajak Aryan seraya bangun. Dayana mengekorinya. Aryan berjalan di hadapan, Dayana pula di belakang. Sampai sahaja di Starbucks, mereka berdua berjalan ke kaunter. Aryan memesan Frappucino Mocha saiz Venti manakala Dayana pula Green Tea Latte, juga Venti. Selepas mengambil minuman, mereka berdua berjalan ke luar.
“Thanks belanja,” ucap Dayana.
Aryan mengukir senyum. “No prob. Ganjarannya kau perlu date dengan aku lagi esok,” balasnya selamba.
“Eee… date?” Dayana ketawa.
Aryan mengangguk. “Yup… esok aku ambik kau di rumah.”
“Kau tahu ke mana rumah aku?” soal Dayana pelik.
“Kau lupa ke? Aku tahu lokasi sesiapa yang tahu aku adalah werewolf,” jawabnya.
Dayana tersengih. “A’ah la. Lupa.”
“Dendanya, petang ni date lagi.”
“Kau suka dengan aku ek?” balas Dayana.
“Ya, memang aku suka dengan kau,” jawab Aryan selamba. Menyebabkan Dayana terdiam.
‘Itulah kau Yana! Nak sangat kenakan dia, kan dah kena balik!’ getus hatinya.
Aryan tersenyum kemenangan. “Jangan lupa petang ni, pukul 2 petang, aku ambik kau di butik,” ingatnya.
“Kalau aku tak nak?”
“Eleh… tak nak konon.” Aryan mencebik.
Dayana diam. Silence is golden. Lebih baik dia diam daripada melayan Aryan.
Mereka kemudian berjalan ke kereta masing-masing.
“Bye!” laung Aryan sebelum beredar.
Dayana menoleh. Dia tersenyum sendirian.
ARYAN berlari-lari anak ke seberang jalan. Dia kemudian menutup payung lalu masuk ke dalam butik. Sebelum dia membuka pintu, dia melihat Dayana sedang menopang dagunya sambil tersenyum sendirian. Dia menghampiri Dayana yang menoleh memandangnya.
"Hai," sapanya ceria.
"Hai, hujan ke kat luar tu?" soal Dayana.
Aryan mengangguk. Dia meletakkan sikunya di atas meja kaunter sambil tersengih-sengih.
"Kau teringatkan aku, kan?" usiknya.
Mata Dayana membulat memandangnya. "Eh! Taklah! Bazir masa aku je nak fikirkan kau," nafinya.
Aryan mencebik. "Yela tu. Tadi bukan main lagi tersengih seorang diri."
"Kau stalk aku ek?" gurau Dayana.
Aryan memandang jam tangannya. "Suka hati kaulah nak anggap macam tu..." balasnya selamba.
Dayana mengetap bibir. 'Pasti dia fikir aku perasan, sangka yang dia syok kat aku!' fikirnya.
"Haa... kenapa datang?" Sengaja Dayana mengubah topik.
Aryan mengetuk-ngetuk jam tangannya. Dayana memandang jam tangannya sendiri. 2:03 petang.
"So?" Sengaja dia buat-buat tidak faham.
"Jom ar, kita keluar," ajak Aryan.
"Malaslah."
"Okeylah kalau macam tu, aku ada maklumat tentang cara untuk pecahkan sumpahan aku ni," ujarnya sebelum beredar.
Dayana segera mengejarnya. "Aryan!" panggilnya menyebabkan Aryan menoleh. Dia tersenyum apabila melihat Dayana menghampirinya.
"Aku nak ikut kau," kata Dayana setelah berdiri di hadapannya.
"Good girl." Dia mengusap kasar rambut Dayana. Dayana menepis tangannya. Dia berpaling memandang salah seorang pekerja yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Kak Lisa, Yana keluar dulu ek. Kak Lisa tolong jaga kaunter okey?" arahnya lembut.
"Okey," balas gadis itu.
"Terima kasih kak," kata Dayana lalu kembali memandang Aryan. Mereka berdua berjalan keluar dari butik tersebut.
Aryan membuka payung. Dia kemudian memayung Dayana yang sedang mengikat rambutnya yang berserabai akibat diusap Aryan. Dayana tersentak. Aryan mencondongkan kepalanya sedikit seperti berkata 'Jom'. Dayana akur. Mereka berdua berjalan beriringan ke kereta Aryan yang diparkir di seberang jalan. Jarak mereka yang agak jauh menyebabkan sebelah bahu mereka basah. Dayana ditolak ke dalam tempat sebelah pemandu sebelum Aryan berlari ke tempat pemandu. Dengan segera dia membuka pintu lalu masuk ke dalam. Dia menutup payung kemudian meletakkannya di belakang. Dia menutup pintu kereta. Enjin kereta dihidupkan. Dia memandang Dayana yang duduk di sebelah. Bahu kanan gadis itu basah. Aryan mengambil kot yang digantung di belakang kerusinya lalu menyelimuti gadis itu dengan kotnya. Dayana memandangnya menyebabkan Aryan cepat-cepat memandang hadapan. Dia memakai tali keledar sebelum menekan pedal minyak.
Dayana tersenyum sendirian. Dia menyarung kot itu. Selesanya!
Sampai di Nando's, Aryan memakirkan kereta. Dayana membuka kot tersebut sambil mempamerkan wajah selamba. Kononnya tidak kisah dengan perlakuan romantiknya itu. Dia menghulurkan kot tersebut kepada Aryan.
"Asal?" soal Aryan pelik. Keningnya bertaut melihat kot tersebut. Dipandangnya kot itu dan wajah Dayana bersilih ganti.
"Kau nak aku simpan kot ni ke?"
"Memang taklah. Kau gantung je kot tu kat belakang kerusi," jawab Aryan sebelum keluar dari kereta. Dayana menurut arahannya. Dia kemudian keluar dari kereta.
Mereka berdua duduk di sebuah meja segi empat sama. Mereka duduk berdepan, lebih baik daripada duduk bersebelahan.
"Apa maklumat terbaru tu?" soal Dayana ingin tahu.
Seorang pelayan lelaki datang dengan dua menu di tangan. Dia menghulurkan kedua-dua menu tersebut kepada mereka.
"Nanti kami panggil awak," ujar Aryan kepada pelayan itu. Pelayan itu menganggukkan kepalanya lalu beredar dari situ.
"Maklumat apa?" soal Aryan pelik. Matanya tidak lepas dari memandang senarai makanan.
"Tentang cara untuk pecahkan sumpahan kau tu la," jawab Dayana dengan nada perlahan. Bimbang ada orang terdengar perbualan mereka.
"Oh. Aku tipu je." Selamba Aryan menjawab. Dia memandang muka surat sebelah pula.
Dayana melepaskan keluhan. "Kau ni memang suka cari pasal dengan aku, kan?"
"Kau comel kalau marah, sebab tu la,", balas Aryan sambil tersengih-sengih.
Dayana mengetap bibir. 'Ada-ada je jawapan dia untuk sakitkan hati aku, untuk sejukkan hati aku dan untuk curi hati aku,' rungutnya dalam diam.
Dia memandang Aryan yang sibuk memandang menu. Sesungguhnya pemuda itu sangat unpredictable. Kadangkala baik dan kadangkala sebaliknya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
ARYAN berjalan ke ofisnya. Dia menghidu kot yang dipakainya. Bau minyak wangi Dayana menusuk hidungnya. Dia tersenyum sendirian.
"Selamat petang encik," sapa pembantu peribadinya, Farisha.
Aryan menganggukkan kepalanya sambil menghadiahkan senyuman. Dia menghampiri meja pembantunya itu.
"Ada apa-apa meeting ke petang ni?" soalnya.
Farisha membuka buku notanya. "Ada, encik. Meeting pukul 4," jawabnya sambil matanya melekat pada buku.
Mata Aryan membulat. "Damn! I forgot!" ujarnya spontan. Dia masuk ke dalam ofis lalu mengambil briefcasenya di kerusi. Dia kemudian berlari keluar lalu ke lif. Butang lif ditekan. Dia memandang jam tangannya. 4:05 petang. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia masuk ke dalam. Dia menekan butang 4, iaitu 18 tingkat di bawah. Dia merapatkan diri ke pintu lif kerana seorang diri di dalam lif. Dia memang takut menggunakan lif seorang diri kerana banyak cerita seram berlaku di dalam lif. Dia keluar serta-merta apabila tiba di tingkat 4. Dia berjalan dengan laju ke bilik mesyuarat. Dia mengetuk pintu sebelum membuka pintu. Dia duduk di tempatnya. Kesemua mata memandangnya menyebabkan dia tertunduk malu.
Tan Sri Zayyad, bapanya, sekadar mengeluh. Anaknya itu memang selalu datang lewat ke mesyuarat.
"Where were we?" soalnya kepada yang lain.
"Kenapalah aku perlu duduk sebelah mamat ni," gerutu seorang pemuda di sebelahnya.
Aryan menoleh. Dia hanya mendiamkan diri. Danish memang tidak suka dengannya kerana diberitahu bahawa Aryan memikat bakal tunangnya sedangkan itu adalah fitnah semata-mata. Sejak hari itu, hubungan persahabatan mereka terputus. Puas Aryan menafikannya namun Danish tidak mengendahkannya.
Aryan kembali memandang bapanya yang berdiri di hadapan sekali.